Friday, April 6, 2012

PTPTN Siri 2 - Anwar Turut Terlibat Dalam Penubuhannya

Seperti yang saya katakan semalam, PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim masih lagi mempunyai kuasa yang cukup besar iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. 

Tidak lupa juga pada waktu itu Anwar Ibrahim adalah satu-satunya insan madani kesayangan PM pada ketika itu, Tun Dr M. Sayangnya Tun M kepada Anwar hinggakan dia dilantik sebagai pemangku PM. Dalam sejarah Tun M menjadi PM, timbalannya yang paling setia dan paling lama (1986-1993) adalah Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Tetapi Tun Ghaffar tidak pernah pun dilantik sebagai pemangku PM. Begitulah sayangnya Tun Dr M kepada Anwar. Pendek kata waktu itu apa sahaja yang Anwar minta semuanya akan dapat.

Selain pernah memegang kuasa yang cukup besar, Anwar juga bekas aktivis pelajar.

Dipendekkan cerita, Anwar pernah jadi pelajar, pernah jadi Menteri Pendidikan, pernah jadi Menteri Kewangan, pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah jadi Pemangku Perdana Menteri. 

Hari ini Anwar berkata pinjaman PTPTN adalah bebanan kepada para pelajar yang meminjamnya untuk menampung pendidikan.

Soalnya, kenapa semasa dia menjadi menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM dia tidak fikir atau rangka satu formula bagaimana untuk menanggung kos pendidikan tinggi tanpa pelajar perlu membayar balik ? 

Tidak lupa juga kenapa Anwar turut bersetuju dengan penubuhan PTPTN dulu ? Kau ada kuasa pada waktu itu sepatutnya pada waktu itu kau fikirkan apa yang dikatakan bebanan yang akan ditanggung pelajar. 

Harus diingat penubuhan PTPTN sebagai sebuah perbadanan dan pemberi pinjaman serta penentuan kadar interest, semuanya perlu melalui Kementerian Kewangan walaupun PTPTN terletak dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Samalah seperti NFC, walaupun ianya terletak dibawah Kementerian Pertanian tetapi Kementerian Kewangan turut berkuasa ke atasnya.

Tahukah anda berapakah kadar interest yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 1997 kepada PTPTN bagi dikenakan kepada peminjamnya ? 4 % setahun bro......

Siapa Menteri Kewangan ketika itu ? Anwar Ibrahim Al Jub

Hari ini Anwar nak bercakap pasal PTPTN membebankan pelajar ?  Kah...kah....kah....kah....kah.....

Kalau Anwar tak setuju dan dia tahu itu membebankan pelajar, patutnya pada masa itu dia bantah atau dia arahkan batal. Tapi pada masa itu mana Anwar ada masa nak fikirkan para pelajar atau mahasiswa. Dia hanya fikirkan bagaimana nak rembat kekayaan negara dan nak kayakan kroni-kroni seperti Rahim Ghouse, Kamarudin Jaffar , Nazree Abdullah dan ramai lagi.

Hari ini bila tiada kuasa dan nak kejar kuasa baru nak fikirkan pasal beban yang ditanggung mahasiswa. Podahhhhh chittttt......

Pada saya senang sahaja, Anwar kalau bercakap tiada satu yang betul. Dia buka mulut sahaja bohong...buka mulut sahaja bohong.....buka mulut bohong......bab janji dia memang nombor wahid. Kalau tak percayalah pergilah jumpa mana-mana pemimpin PKR yang keluar parti, mereka boleh ceritakan satu persatu temberang Anwar. 

Kalaulah ditakdirkan Anwar itu seorang penjual ubat atau peniaga jualan langsung, saya rasa dah lama dia jadi bilionaire walaupun produk yang dijualnya temberang. Semuanya kerana dia cukup pandai bercakap, berjanji dan seterusnya memukau orang ramai. Orang seperti dia kalau jual ais krim di kutub utara pun akan berebut-rebut orang eskimo membelinya.

Itu hakikat yang terpaksa kita akui kerana dia pandai bercakap dan putar belit yang boleh memukau orang. Contohnya senang, Tun Dr M yang bijak pandai itu pun Anwar senang-senang boleh goreng sehingga dapat jadi TPM. Setakat kita semua ini lagi senang Anwar goreng.

Akibat terlalu kemaruk nak kejar kuasa dan nak jadi PM membuatkan Anwar sudah tidak sedar diri dan fikirannya sudah jadi tak betul, maka dia cakap dan akan janji apa sahaja yang keluar dari mulutnya. 

Untuk nak menang pilihanraya kecil pun dia berbohong, apatah lagi untuk memastikan dia dapat jadi PM maka lagi besarlah pembohongannya.

Untuk memastikan dia menang pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008, dia bohong pasal 16 September. Dia kelentong seluruh Malaysia, selepas dia menang di Permatang Pauh pada Ogos 2008  dia akan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September 2008.

Tidak cukup dengan itu , orang-orang dia pun dia bohong guna nama Agung, kononnya Agung sedang menunggunya untuk mengangkat sumpah di Istana Negara. 

Setahun selepas itu, semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos 2009 dia berjanji lagi. Dia kata sekiranya calon Pas, Salleh Man menang, maka Salleh akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang . 

Tup...tup....selepas menang dan sampai masanya orang lain yang dilantik dan itu menimbulkan kemarahan orang-orang Pas. Sekarang ini baru kedengaran ura-ura Salleh akan dilantik. Itu pun setelah pilihanraya umum semakin dekat kerana Anwar bimbangkan dia tidak mendapat kerjasama penyokong-penyokong Pas untuk jentera pilihanraya kawasannya. 

Dah dua janji yang dibuktikan bohong....

Yang ketiga, ini yang paling best. Kata orang kering-kering ja kena tipu....

Ini perkataan yang dilafazkan Anwar kepada penduduk Kampung Buah Pala Pulau Pinang sewaktu kempen PRU 2008.
“you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..”
Berpegang kepada janji itu menjadi asas kepada penduduk Kampung Buah Pala memilih calon DAP sebagai wakil mereka dan Allah Maha Kaya nak tunjuk kepada kita siapa dia Anwar dan bagaimana sifatnya dalam menunaikan janji, maka tertubuhlah kerajaan DAP  Pulau Pinang. 

Yang dijanjikan 2 minggu akan selesai, apa yang terjadi kini ? Kampung Buah Pala benar-benar selesai dan kini tinggal dalam lipatan sejarah. 

Kepada mana-mana mahasiswa atau ahli keluarga yang rasa terpesona dengan janji Anwar, silalah pergi cari mana-mana penduduk Kampung Buah Pala dan tanya mereka kenal tak Anwar Ibrahim ? Kalau boleh bawa kapas sikit untuk sumbat lubang telinga, takut tak tahan makian atau cacian yang begitu kuat sampai nak pecah gendang telinga dibuatnya. 



Bersambung.....

11 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim sedang tersepit dan terhimpit. Dia sedar dia tidak ada isu lagi untuk menghadapi PRU13. Segala isu yang yang dibawanya dengan mudah dipatahkan oleh Kerajaan BN dan Dato' Seri Najib. Populariti DS Najib semakin melonjak sedangkan populariti Anwar Ibtahim menjunan. Isu moralnya menambahkan lagi serabut kepala Anwar Ibrahim. Jadi apa lagi yang boleh dilakukan selain terus berbohong dan berbohong. Dia akan terus berbohong untuk menutup pembohongan sebelumnya.

Sampai bila Anwar Ibrahim akan terus berbohong? Jawapanya SAMPAI BILA2.

MTK

Anonymous said...

dari segi populariti pm najib memang tak dapat nak di sangkal lagi.namun harus diingat generasi muda kini kebanyakan sudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang...lihat saja di fb,minyak ron97 naik 10sen pun diorang salahkan kerajaan, mana Penerangan? diorang sepatutnya beri penjelasan giatkan kempen..masuk ke media sosial untuk menjelaskan hal ni

Anonymous said...

betul tu golongan org muda mudah benar terpengarauh dengan janji2 palsu yg manis2 harap pihak kerajaan giat memgeluarkan hujah2 yg mampu mematahkankan fitnah2 puak pembangkang..harap kerajaan prihatinn dengan hal tersebut klau tidak kian bermaharajalelalah puak2 ni memainkan isu2 yg x logik tp mudah dterima oleh golongan muda..anwar tau golognan muda mempunyai msa yg pnjang untuk mengundi dimsa hadapan jd sasaranya ialah para pelajar dan golongan belia..lihat saja isu yg dmainkanya psti pelajar dan golongan belia...anwar...anwar...anwar bertaubatlah...

Adi Kencana said...

Anwar rupanya yg terlibat wujudkan PTPTN. Skrg tiba2 kata PTPTN x adil... Lawak lawak...

NURUL IZZAH MENGAKU DIA TIDAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI!! Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Tulisan RBF memang mantap dan rasional. Cuma malangnya ialah ramai orang Malaysia hari ni bukan lagi rasional. Kalau video sek 99% tulen tu pun masih dia boleh tipu, apalah setakat isu ptptn dan dia jadi "dalang" yang mewujudkannya. Saya kadang kadang merasa sangat pelik dengan ramai orang Malaysia. Kenapa mereka terus terpukau dengan orang ni sehingga fakta depan mata pun tak boleh nampak.

Anonymous said...

ANON 11:25AM

TU BUDAK2 MUDA YANG BODOH SETARAF ADAM ADLI JE..DEPA NAIK MOTOR KAPCAI ADA HATI NAK BISING PASAL RON97 NAIK 10SEN. NAMPAK TAK BETAPA BODOHNYA DEPA TU? HEHEHE

timun said...

hahahahahaha...isi RON 97 RM 6 je dah penuh tangki kapcai..lebih kurang 30 sen jerr tambahan tapi rokok tetap pilih yang ada jenama RM10/20 batang...duit mak bapak ke ??? haprak punya mahasiswa sewel a MAHASEWEL. entah2 dapat naik kapcai pun dari duit ptptn, atau pun hasil pendapatan ibubapa kerja dengan kerajaan ZALIM...

Anonymous said...

ANWAR ZALIM DIA NAIKKAN KADAR PROSES pinjaman DARI 1% Ke 4%.. harap asmin tolong jawab

Anonymous said...

Kupasan terbaik bro RBF. Eh... mana pegi pencacai. Sonyap yo.

akuantipakatan.

Anonymous said...

Tadi ada kawan FB pautkan aku satu artikel dari MKini. Al Jub kata kalau Najib tak boleh cari RM43b, letak jawatan dan serahkan jawatan pada dia dan janji akan selesaikan isu PTPTN. Hmph, janji lagi. Dia ingat senang ke nak korek RM43b cam tu saje? Apa, jual bontot semua rakyat Malaysia, macam tu? Kalau bukan, jual semua aset2 dalam negara? Kalau bukan jugak, pinjam IMF? Janji, janji, JANJI! Kat Selangor pun janji banyak tak terbuat....

Anonymous said...

link balik dia anwar zalim naikkan 4%...najib bg 1% je..

statistik MLM
kaum terbanyak kena tipu SKIM CEPAT KAYA .MLM

no.1 Melayu
NO.2 melayu
no.3 melayu
no.4??? penat lanak type..agak jelah