Monday, April 9, 2012

PTPTN Siri 3 - RM 720 Ribu Pun Tak Boleh Tanggung Ada Hati Nak Janji Berbilion-Bilion


Dalam satu ceramah di Shah Alam Sabtu lepas Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sekiranya tidak mampu menyedia kos RM43 bilion untuk hutang pelajar. Sini

Lidah tidak bertulang, bercakap memang senang. Tambahan pula orang yang tengah angau untuk menjadi PM. Sama juga seperti orang yang tengah angau memikat perempuan. Waktu nak memikat bukan main lagi. Bila dah dapat ? Hmmmmmmm.....

Percayakah anda kepada kata-kata Anwar ?

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda. Anda baca dulu....anda lihat dulu....kemudian anda fikirlah sendiri samada anda nak percaya atau tidak apa yang dikatakan Anwar.

Negeri Selangor diperintah PKR.

Penasihat Ekonomi Selangor - Anwar Ibrahim. 

Semasa zaman pemerintahan BN, kerajaan mereka pada ketika iu mewujudkan sebuah institut kemahiran dibawah Yayasan Selangor di Sabak Bernam. Ianya dinamakan Institut Kemahiran Yayasan Selangor Sabak Bernam (IKYS). 

Tujuan diwujudkan institut berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada remaja-remaja yang tamat tingkatan 5 yang tidak berminat atau gagal dalam pengajian akademik untuk belajar dalam bidang vokasional. 

Terdapat 280 orang pelajar yang mengambil pelbagai kursus vokasional yang disediakan di institut terbabit. Kos mengurus institut berkenaan adalah RM 60 ribu sebulan termasuk gaji tenaga pengajar. Setahun RM 720 ribu.

Sepanjang pemerintahan BN semuanya berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar yang tamat kursus semuanya telah mendapat kerja. 

Bagaimanapun keadaan telah berubah selepas PKR memerintah Selangor. Pada bulan Julai 2010 IKYS Sabak Bernam telah diarah supaya ditutup atas alasan ianya tidak menguntungkan.

Laporan Berita Harian 18.07.2010 
Kerajaan Selangor kelmarin menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sungai Besar, yang menyebabkan masa depan kira-kira 280 pelajar, kebanyakannya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu, terjejas. Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.  
Logikkah sesebuah kerajaan mengambil kira untung rugi dalam menyediakan pendidikan kepada rakyat ?

Tetapi itulah realitinya di Selangor dimana negeri yang Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya sebuah pusat kemahiran untuk anak-anak bangsa belajar terpaksa ditutup kerana tidak menguntungkan. 

Kalau untung rugi yang diambil kira, maka kerajaan pusat harus menutup semua sekolah, universiti awam , institut kemahiran, maktab perguruan dan sebagainya kerana itu semua tidak menguntungkan.

Soalan saya mudah sahaja...

Jika RM 720 ribu untuk anak-anak bangsa mendapatkan ilmu tidak mampu ditanggung oleh kerajaan PKR yang Anwar menjadi penasihat ekonominya ,percayakah anda mereka mampu tanggung atau akan tanggung berbilion-bilion ringgit untuk pendidikan tinggi secara percuma ?

16 comments:

Anonymous said...

biarlah dsai meroyan, jangan rakyat meroyan,

Anonymous said...

Untung petronas RM90 billion setahun..RM46 billion kasi hapus itu PTPTN..selebihnya? byk lagi..

mudah betul kira2 matematik si anwar ni..org background sastera bila sebut ilmu ekonomi, kewangan, beginila..tp bila sebut bulan bintang mmg dia x dinafikan paling bagus, sbb ramai cendiakiawan2 genius kita pun tertipu, termasuklah Dr M..tp org2 bijak tak selalu biarkan dirinya tertipu..


PETRONAS sendiri membelanjakan RM50 billion setahun utk tujuan capital expenditure sahaja..itu belum lagi operating expenditure..kenapa PETRONAS membelanjakan sebegitu byk? sebab survival PETRONAS utk jangkamasa panjang..JATUH BANGUN MALAYSIA bergantung kpd PETRONAS..

jawapan aku simple..

janji manifesto bantuan RM100 setahun budak skolah tadika di Selangor da kasi belum? itu selangor je tu, tak payah nak tanggung negeri2 lain..PTPTN RM43 billion dia berani sebut pulak..

Anonymous said...

Setuju bro..
Nuar cakap saja. Gula2 tu.

cam playboy tu..
masa nak, rayu dan janji nk bertanggungjawab..

Bila dah dpt..blah.

rakyat kena jual dek nuar

Anonymous said...

bebudak muda sekarang bukan faham apa yang korang cakap kat sini..yang depa tau percaya pada cakap anwar bulat2..bila pakatan menang esok pagi minyak turun jadi seringgit...letrik turun harga......semua gula2 tu sedap sangat bagi depa....bila belum dapat kuasa macam2 boleh dikata dan dijanji..kelak bila dah pegang kuasa..habis la malaysia..silap2 buat pinjaman bank antarabangsa sebab tak mampu nak tampung kos.

Anonymous said...

Ya Allah, Ya Rasul masih ada lagi orang Melayu yg membenarkan diri mereka dizalimi dan 'diliwat' oleh Anwar. Tak serik2 kena tipu macam2 hal dari 16 Sept, janji PRU13, zina china doll dan sokong keselamatan Israel. Sekarang ni nak kasi free universiti. Takde satu universiti dlm dunia pun yang kasi free. Mesti ada percentage yg dibayar oleh siswa ataupun melalui tax yg tinggi.

Sapa yang dah pinjam ptptn tu bayarlah....tak berkat hidup kalau lari dari hutang. Kalau tak nak hutang simpan duit dari kecil.

Anonymous said...

dia yg patut digesa secara besar2an oleh rakyat utk letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan jawatan ahli parlimennya..kerana menipu rakyat, yg dipertuan Agong dan general2 askar pasal 16 sept!!
Dan banyak sangat skandal seksnya

Anonymous said...

Amek kau Nuar. Apa alasan kau nak bagi. Satu kupasan yang mantap dari RBF. Untuk pengetahuan semua, saya membayar setiap sen yang dipinjamkan kepada saya oleh JPA. 1 sen pun tak diskaun. Bezanya dulu takde 1% belanja pengurusan. Tapi saya bayar balik semua sekali kerana memikirkan orang lain yang memerlukan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran. Duit itu kepunyaan rakyat Malaysia, bukan duit ayah saya.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

Sama lah macam slogan popular PR dulu..kalau hari in menang..esok kita akan tutup kilang arak!!...Realitinya tak de pun!! Kali in janji lagi.." hari ini menang..esok kita akan hapuskan PTPTN"..boleh caya ke?..yg pelik ada yg percaya juga..

Anonymous said...

Dia nak cari jalan supaya Malaysia akan tergadai kepada IMFkah, USkah atau Yahudikah???? mana2 pun asalkan dia boleh jadi baruah kepada negara2 Barat dan mudahlah dia nakkan sesuatu yuang disukainya....
Dasar keparat!!!!!

Anonymous said...

jalan berlubang2 diSgor..lampu jalan tak berfungsi berminggu,lampu isyarat simpang juga sering tak berfungsi..rumah urut,pub jual arak bertambah2kecurian dan maksiat makin meningkat,..ini bukan Selangor yang aku tahu makin terok..tolong lah kita semua nyahkan PKR

Adi Kencana said...

Teruskan bagi analisa berasaskan fakta utk membuka penipuan Anwar!

PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI SIBUK PINDAH, NURUL IZZAH SENANG2 BERJOLI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

kena bg label yg tepat kt nuao gila ni

anuo playboy....
anuo tutup sekolah rogi selangor..

'Jelajah Janji Ditepati' pasti merimaskansslpkf dann pas

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

akusokongPKR said...

Gua ape kesah lu orang nak meroyan pasal untung ke tak untung ke PETRONAS tu. Yang pentingnya anwar akan jadi PM lepas ni.. taulah korang rakyat sokong sape sebenarnya. Yang meroyan tak sokong anwar tu satu kelompok ciput je.. Ptuiii...

poyo said...

boleh sangat..tggu aje PR amik alih kerajaan pusat...umno pun bnyk bg duit free pd kroni2 dia tak bayar..nf fidlot,tajuddin,dan yg seangakatan dgn nya...nak harapkn umno, memang tak bolh harap lg dah...

Chairel Hafidz said...

kepada yg percaya pd DSAI,

tlg suruh DSAI dan MB2 kpd 4 negeri taklukan PR praktik dl apa yg dijanjikan pd peringkat persekutuan.

1) UNISEL adalah milik kerajaan negeri Selangor. Jadi, Kerajaan NEgeri berhak buat keputusan utk berikan free education pada semua pelajar UNISEL.

2) MB 4 negeri ni, bila ada yg dpt sambung belajar dr kalangan rakyat negeri kamu, Kerajaan Negeri sila sediakan biasiswa kepada mereka supaya mereka tak perlu apply PTPTN.

3) MB 4 negeri ni (kecuali Sgor), tolong sediakan Univ Negeri sendiri dan praktikkan dulu apa yg kamu warwarkan utk dilaksanakan di peringkat Persekutuan.jadi semua pelajar dr negeri kamu akan belaja atas biasiswa kerajaan negeri di univ kelolaan kamu sendiri. bak kata pepatah, sikit2 lama2 jd bukit. buktikan di negeri kelolaan kamu sendiri dan dari situ rakyat akan buka mata utk terima kamu sbg pemerintah di peringkat Persekutuan.

persoalannya : adakah kamu berani menyahut cabaran saya hamba rakyat yang hina ni? kan saya bakal menjadi rakyat di bawah pemerintahan kamu, jadi itu tuntuan saya kepada bakal pemimpin saya kerana sy pegang pada prinsip ACTION (in a positive way) SPEAKS LOUDER THAN WORDS.