Monday, April 16, 2012

Syukur, Bangga dan Terima Kasih

Sebelum PRU 2008 saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang buta IT. Kalau tahu pun sekitar dalam 20 % sahaja. Komputer pun tiada pada waktu itu. 

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas PRU 2008. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia internet di cyber cafe. Setelah hampir setahun berulang-alik ke cyber cafe mula terasa bosan. Maklumlah nak berebut tempat dengan pelanggan-pelanggan lain, bising dengan kanak-kanak yang bermain, jam 12 tengah malam kedai dah nak tutup dan tidak lupa juga masalah RM. Sehari belanja RM 10-12 untuk bayar cyber cafe. Sebulan RM 300.00

Timbul pula perasaan hendak beli komputer, tetapi duit tak cukup. Masa itu komputer tidaklah semurah sekarang ini. Satu hari blogger GAP yang saya kenali sejak tahun 90an menawarkan kepada saya sebuah lap top terpakai yang ingin dijual oleh kenalannya dengan harga RM 1100. Model Acer, tebalnya....mak oiii.....

Kebetulan masa itu baru dapat gaji. Fikir 1000 kali. Kalau aku beli lap top itu, nanti tak cukup duit pula bulan ini. Fikir punya fikir , akhir saya beli juga komputer tersebut dengan menggunakan wang untuk membayar ansuran kereta. Tangguh dulu bayaran kereta untuk 1 bulan. 

Maka dapatlah saya sebuah komputer. Timbul pula masalah talian internet. 3-4 tahun dulu nak dapat broadband bukannya semurah hari ini. Beratus-ratus juga kena bayar. Maka kedai mamak 24 jam lah yang menjadi mangsa untuk wi fi percuma. 

Dari situ bermulalah episod memblog saya. Blog pertama yang saya buat secara suka-suka sambil belajar dinamakan ?  Ah....malulah nak cerita apa nama blog itu. Rakan-rakanku pasti sedang ketawa berguling-guling sekarang apabila saya cerita kisah nama blog saya yang dulu. 

Selepas dah pandai dan menerima kutukan rakan-rakan akhirnya nama blog yang asal telah bertukar menjadi RBF. Dan kini pula dah jadi RBF Online. Antara orang yang banyak membantu saya untuk bergelar blogger adalah GAP dan blogger MIK. Pada masa itu belum kenal lagi Parpukari , Papa Gomo dan rakan-rakan yang lain. 

Itulah serba sedikit pengalaman saya untuk menjadi seorang blogger yang tidak pernah saya ceritakan selama ini.

Tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa satu hari blog ini akan mendapat sambutan atau dalam bahasa mudahnya dikatakan ada nama.

Sesuatu yang amat membanggakan saya berlaku pada tahun 2010 apabila sebuah akhbar arus perdana , Mingguan Malaysia, melalui ruangan popularnya setiap Ahad, Awang Selamat, menghargai kewujudan blog ini. 
Rocky's Bru dan juru blog
Seorang guru tingkatan enam baru-baru ini menceritakan kepada Awang tentang kecenderungan dan minat pelajar untuk menjadi apa dan seperti siapa, apabila dewasa nanti.

Katanya, ada beberapa pelajar tidak langsung memilih kerjaya sebagai akauntan, jurutera, doktor, arkitek mahu pun peguam. Apa yang mereka pilih? Rupa-rupanya mereka mahu menjadi pengendali blog popular. Nama yang paling banyak disebut ialah Rocky's Bru (nama sebenar Ahirudin Attan).

Begitulah pengaruh blogger atau jurublog dewasa ini. Salah satu sebab mengapa jurublog seperti Ahirudin menjadi idola orang muda adalah kerana keberanian dan ketajaman tulisan mereka. 

Sebenarnya ramai lagi jurublog termasuk negarawan, bekas ketua editor, bekas pegawai awam dan aktivis sosial, menjadi perhatian masyarakat. Sama ada suka atau tidak, mereka semakin mewarnai hidup kita. Ada sebahagian hal yang kita tidak mampu lakukan, mereka yang ke hadapan dalam memainkan peranan itu. Awang angkat topi kepada semua termasuk kalangan yang muda seperti Big Dog, Mykmu dan RBF.

Pada Awang, peranan yang dimainkan oleh kelompok ini kepada masyarakat amat besar biarpun kerap mencetuskan kontroversi terutama berkaitan isu-isu yang panas. 

Awang turut tertarik dengan analisis yang segar dan mendalam seperti yang selalu dihasilkan dalam kadirjasin.blogspot; hambali1.blogspot.com dan sakmongkol.blogspot

Terbaru kupasan Hambali Latif (bekas editor) mengenai media termasuk Utusan yang disajikan dalam dua bahagian, cukup menarik. Ada juga jurublog yang hentam Awang, itu pun Awang tidak kisah. Biarlah mereka menyuarakan apa sahaja dan terserah kepada pembaca menilai. Namun secara keseluruhannya, kebanyakan jurublog di negara ini walaupun kritis bersikap bertanggungjawab. Bayangkanlah juga kehidupan kita di depan komputer tanpa mereka. Tentu hambar.

Saya hanya orang biasa yang baru terjun ke dunia blog dan tidak ada pengalaman sebagai penulis atau wartawan berbanding dengan nama-nama lain yang disebut merasa sangat bersyukur kerana diletakkan bersama dengan nama-nama besar yang lain. 

Itu tahun 2010, hari ini pula berlaku sekali lagi peristiwa yang amat-amat membanggakan saya. 

Laporan Utusan Malaysia di muka surat 7 hari ini melaporkan kenyataan Negarawan Ulung yang kita kasihi dan cintai tentang sikap Anwar Ibrahim berhubung isu PTPTN. 


Dalam berita yang melibatkan seorang Negarawan Ulung terselit nama blog ini berhubung tulisan saya sebelum ini berkenaan penubuhan PTPTN yang berlaku semasa Anwar memangku jawatan PM. 

Ya Allah....gembiranya tak terkata.....bayangkanlah Tun Dr M, satu nama yang cukup besar , orang yang kita minat dan kita sayang daripada zaman kita kanak-kanak lagi, tiba-tiba berita mengenai blog kita diletakkan bersama dengan berita beliau. Tidak gembirakah anda jika itu berlaku kepada anda ? 

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan rasa terima kasih kepada rakan-rakan pembaca yang sentiasa memberi sokongan kepada blog ini. Tanpa anda semua blog ini tidak akan ke mana.

Terima kasih semua.....

34 comments:

Anonymous said...

tahniah rbf!
sebagai pembaca tetap blog anda saya juga turut berbangga dengan pengiktirafan tersebut.


-kak chah-

Dr M i M said...

Tahniah Haji RBF.

Anonymous said...

tahniah bro

PAPA GOMO said...

syabas Haji RBF Onlie... lu memang terbaik dan layak duduk di Utusan Malaysia.

Errr awat tak sebut nama blog yang pertama tu? AKu sebut boleh?

Untuk makluman semua Blog pertama RBF Onlien adalah

"Sepi Mengenang Nasib"

Hahahaha.... jangan marah ye Abang Haji

mat yeh said...

bro,gua tumpang bangga

add said...

Gua lagi la ,, klu berbicara isu politik, gua selalu promo blog RBF dan Pengabung Suara. Caya lah Takbir........

Anonymous said...

tahniah bro..tak sia2 sejak dari dulu gua siapkan diri dengan hujah2 yg diambil dari blog lu sebelom turun "bersidang" ngan kengkawan pembangkang kat kedai mamak..congrats!

RBF Online said...

dr MiM, terima kasih. u pun apa kurangnya.selalu di tv

RBF Online said...

papa gomo,kau blogger kesayangan anwar ibrahim.dah berapa kali nama kau mendapat tempat dalam blog anwar. itu tanda dia sayangkan kau.

pstttt....lain kali eja online tu betul2. pergi belajar dengan aaron aziz.

persepsi....

google chrome....

kah...kah...kah....kah.....

RBF Online said...

anon 11.16, terharunya saya dengar apa yang anda kata.

Terima kasih bebanyak....

Anonymous said...

Tahniah Tuan..tersukan usaha hingga anwar dan kuncu2nya hilang dari menipu rakyat Malaysia

PAPA GOMO said...

Haji RBF Online kena open table ni.... ini malam ye jangan lupa kasi open Table baik punya.

Anonymous said...

tahniah..
jika artikel itu baik dan bersifat jujur..maka akan ada pihak lain yang ambil tahu..
teruskan menulis dan menghasilkan artikel2 yang hebat.
selamat maju jaya utk anda!

Anonymous said...

AKU HENSEM

HAIL THE KING!!!!!!!!!!!

bzz said...

congratz bro!!!

Blog bro, outsyed, medaninfo, satd mmg kene baca. ini blogs yg taip blog guna fakta. bukan sebab nk glamer je...

Pengundi Baharu said...

tahniah.

SELAMATKAN MALAYSIA said...

Tahniah Haji...

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Unknown said...

tahniah tuan haji... saya dah lama membaca dan mengikuti blog tuan dan member2 tuan yg lain spt papagomo, housepk, dr mim dan banyak lagi.. teruskan usaha murni tuan... seronok baca blog RBF ONLINE sebab bahasa mudah dan sangat tersusun...

Anonymous said...

Tahniah kepada semua...saya walau pun takde blog tapi pengunjung setia disini....semuanya bermula selepas PRU 2008 ...bermula dengan blog GAP ...dan terus kepada kawan-kawan yang lain....betul wujudnya kalian memang betul-betul buka mata kepada pengundi muda....kini segala tohmahan puak sebelah dapat dipatahkan dengan mudah...mereka tidak sewenang-wenang keluar sesuatu isu fitnah, tanpa perancangan rapi.....terima kasih GAP, rbf, papagomo, dr mim, unspinner, gelombang rakyat, gerakan timur, MIK, flyingkick dan ramai lagi...
Perjuangan masih belum selesai...Insyaallah kemenangan PRU 13 kelak adalah sebahagian usaha kalian juga.

Anonymous said...

bro rbf
di harian metro pun ada juga berita sama.ms 11

tahniah!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam rbf n kwn2..

aku masuk blog ni lepas blog gap selalu kena kunci komen..kena plak kuar suat kobor...

kita jgn fitnah ...tp kita serang mereka..kita tibai depa..kita hentam pakatan sampai mampuih

tahap serangan aku

no.1 dap laknatullah
no.2 anwar ibrahim n geng2 parasit
ni.3 pas

maklumlah bekas pas...kawan 2 masih ramai dlm pas..ada yg dah jadi calon..n.9..tahniah kwn2 ku..

aku masih... jauh disudut hati sayangi pas...apakan daya..
kwn2 masih byk yg tegar..payah...yg boleh aku kempen aku kempen...aku niat kerana ALLAH...SO DAPAT PAHALA..jgn buat kerja sia2 atau nama sj.. tgk anwar buka nkah pasal nama juga dia tersembam ke bumi..

wallalhualam..

Anonymous said...

Bro you pejuang hebat, TAHNIAH!

Anonymous said...

Penduduk Seksyen 19 mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji RBF dan beberapa blogger lain yang datang bertemu penduduk pada 11/09/2009 selepas isu panas demonstrasi kepala lembu di SUK. Ketika blogger pembangkang menghentam penduduk Islam kerana isu kepala lembu dianggap menghina agama lain namun masih ada pihak yang bersimpati kepada penduduk Islam. Ketika itu penduduk baru saja mengadakan sidang media - "Penduduk nafi kuil berusia 106 tahun". Logikkah laporan Harakah kuil Seksyen 19 berusia 150 tahun?. Selepas ramai pertikai, usia kuil turun pula 106 tahun. Logikkah kuil kecil dibesarkan menghampiri rumah penduduk Islam pada tahun 2006 tanpa permit PBT berusia 106 tahun?. PKNS pasang dua papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa" selepas aduan penduduk kepada DYMM Sultan Selangor pada 28/07/2006. Logikkah kuil dikatakan sudah didaftarkan tahun 1903 tetapi bekalan air dimasukkan pada Jun 2006 dan tandas dibuat pada November 2006?. BN arahkan kuil pindah ke Seksyen 22 pada 29/12/2007 tetapi dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak jauh kedalam. Pada akhir 2008 gangguan kuil menjadi kronik penduduk minta bantuan NGO kerana aduan kepada pihak berkuasa tidak ada tindakan. Januari 2009 NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 PR bersetuju pindahkan kuil ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 buat bantahan tidak mahu kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka tetapi bantahan mereka tidak dipedulikan. Pada 28/08/2009 penduduk Seksyen 23 buat demonstrasi di SUK. Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor terbitkan risalah bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil Mariaman di Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan risalah bersikap double standard hanya menulis fakta dan aduan dibuat oleh pengunjung kuil Seksyen 19. Masalah penduduk Islam tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa lebih prihatin selesaikan aduan rakyat. Kenapa Pertubuhan NGO Islam lebih prihatin membantu penduduk diSeksyen 19 dan diSeksyen 23?. Logikkah Pertubuhan NGO datang membantu penduduk Islam dituduh sebagai dalang yang menimbulkan isu pertelingkahan kaum. Jika benar seperti dinyatakan “Keadilan Untuk Semua”, gangguan Hindu kuil kepada penduduk Seksyen 19 wajar didedahkan didalam risalah itu. Pemimpin PR yang patut dipersalahkan dalam isu kuil itu kerana menyebabkan suasana menjadi tegang di Seksyen 19 dan Seksyen 23. Selepas demonstrasi kepala lembu, kuil tidak dibina bersebelahan Padang Permainan Seksyen 23. Kuil Seksyen 19 terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko Seksyen 23. Kuil dijanjikan pindah pada Sept. 2010 tetapi tertangguh beberapa kali. Pada 22/09/2011 penduduk hantar aduan ditandatangani lebih 100 penduduk kepada SUK YB Dato’ Khusrin minta pemindahan kuil disegerakan. Kuil di Seksyen 19 sudah pun robohkan pada 02/02/2012. Selepas pemindahan selesai blog2 PR membuat ulasan “ UMNO PIJAK KEPALA LEMBU - MASALAH KUIL SEKSYEN 19 SELAMA 24 TAHUN DISELESAI PR HANYA DALAM 4 TAHUN”. Kenapa setiap bantahan penduduk mesti dikaitkan UMNO?. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Tetapi jangan lupa pelbagai cabaran, tekanan emosi dan risiko dihadapi oleh penduduk Seksyen 19. Hakikatnya pelbagai gangguan berlaku dalam masa 4 tahun PR berkuasa (April 2008 – Januari 2012) lebih teruk berbanding semasa BN dahulu. Yang pasti masalah penduduk selesai selepas campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan jadi isu negera tahun 2009.

Anonymous said...

Tahniah RBF. Blog tuan dan AIDC antara blog terawal yang saya lawati semasa saya mula2 mengenali bloggers anti pakatan. Tulisan RBF yang ringkas dan analisis yang lengkap menjadikan ia antara blog pilihan yang mesti dibaca setiap hari.

Antara sifat terpuji RBF yang memang takde pada blogger pakatan ialah keikhlasan dalam memohon maaf dan mengaku kesilapan. Tukar Tiub atau Milo Suam nak mintak maaf. Jangan harapla.

Kita lawan mereka secara bijaksana, biar mereka terkedu, biar pencacai2 hilang suara. Kita patahkan hujah mereka dengan fakta bukan dengan emosi dan kebodohan.

akuantiPAKATAN

baginda® said...

"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam," katanya lagi.

Menurut beliau, rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1997.

Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan selepas itu manakala Kementerian Pelajaran dikekalkan....

udah2 tipu RBF, Parlimen yang luluskan dan ia dibawah bidang kuasa kementerian Pengajian Tinggi

RBF Online said...

Baginda-tunggu jawapan esok.

gabanX said...

Tahniah bro Hj RBF! ;)

Aku tau blog pertama tu.. Hehe

SetiausahaKJ? Hehe

Anonymous said...

Tahniah Tuan Haji

YB Raz said...

tahniah bro

Anonymous said...

Rbf, saya peminat awak sejak di luar negara dulu lagi. Tahniah.

Anonymous said...

Slm rfb, wpun dulu tak pandai itu tidak menjadi masalah. Dengan bahasa yg bersahaja dan fakta, tidak hairan lah blog tuan dikunjungi ramai. Tahniah sekali lagi.

Andy Zs said...

SALAM.. TAHNIAH ATAS USAHA YAN MENAMPAKKAN HASIL.. BIAR KONSISTEN ATAS PENULISAN TUAN YANG MENJADI MINAT SAYA MEMBACANYA... :)