Saturday, May 19, 2012

Allah Maha Kaya-Akhirnya Permainan Rafizi Menjerat Lehernya Sendiri

Beberapa bulan lepas kita semua dapat saksikan bagaimana galaknya Rafizi Ramli melakukan pendedahan bersiri berhubung kes NFCorp.

Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa berundur dari jawatan menteri.

Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama sekelip mata melalui lembu.

Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak mengapalah...jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp. 

Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.

Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.

Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli hartanah di Bangsar.

Petikan dari malaysiakini
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.

Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.

Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.

Disinilah terletaknya kebodohan Rafizi....

Dia dapatkan segala dokumen bank mengenai NFCorp melalui kakitangan bank yang ada kabel dengannya. Kemudian dia dedahkan pula dokumen itu kepada wartawan. Itu sudah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Terlebih galak kerana nak jadi hero tak bertempat.

Tindakan Rafizi mempamerkan dokumen bank milik NFCorp dan Salleh kepada media telah mengundang mereka membuat laporan kepada Public Bank dan Bank Negara. Lihat di sini

Itu hak NFCorp dan Datuk Salleh. Setiap rakyat Malaysia ada hak masing-masing termasuk Rafizi. Berapa puluh kali sehari Rafizi nak buat PC untuk serang Shahrizat atau NFC, tiada siapa yang boleh halang. Itu hak dia.

Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah....Itu hak mereka.....

Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.

Lebih bodoh lagi kerana dia tidak pandai melindungi pemberi maklumatnya. Setiap penyata yang dicetak di bank ada ID kakitangan yang akses kepada akaun berkenaan. Jika ID dipadamkan sekali pun, pihak pengurusan bank boleh kesan pula bila, dimana dan siapa yang mencetaknya melalui sistem mereka.

Siasatan yang dijalankan Public Bank dan Bank Negara akhirnya dapat mengesan kakitangan bank yang mencetak penyata kewangan NFCorp dan berikan kepada Rafizi untuk didedah serta kepada media. Dan kini kakitangan berkenaan sedang disiasat oleh Bank Negara. Sabit kesalahan beliau bakal berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.

Rafizi yang sebelum ini begitu ghairah dan teruja dengan pendedahannya kini sudah mula panas bontot dengan laporan yang dibuat oleh NFCorp. Beberapa hari lepas dia panggil satu sidang media berhubung perkara berkenaan. Dalam sidang media berkenaan dia mengentam BAFIA dan NFCorp cukup-cukup.

Bekas kakitangan Public Bank yang menjadi mangsa kebodohan Rafizi juga turut serta dalam PC berkenaan. Anda perhatikan video dibawah. Perhatikan air mukanya. Dia kelihatan tidak selesa, marah, terpaksa dan merasakan dirinya menjadi alat kepada Rafizi. Kenyataan yang dibacanya juga dalam keadaan terpaksa. Rafizi sendiri turut menyedari ketidakselesaan bekas kakitangan bank tersebut. Sebab itu sekejap-sekejap dia toleh orang itu. Kerana kebodohan Rafizi kini sebuah keluarga hidup dalam tekanan.

Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza....


Sekarang Rafizi melompat-melompat menyalahkan BAFIA apabila akta itu telah menjerat lehernya. Sebelum ini kenapa dia tidak mempertikaikan BAFIA ?

Pak-khatan rakyat ada berpuluh ahli parlimen dalam Dewan Rakyat, kenapa sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah mengusulkan agar BAFIA dipinda ?

Tetapi apabila BAFIA sudah terkena atas batang hidung Rafizi, tiba-tiba baru Rafizi panas bontot menentang BAFIA. 

Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA ? Pelabur asing mana yang hendak percayakan sistem kewangan di Malaysia , jika sesiapa sahaja boleh pergi ke bank periksa dan ambil penyata kewangan seseorang atau syarikat, kemudiannya dedahkan kepada umum ?

Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ? 

Datuk Salleh dan keluarganya telah dilondehkan lebih dari yang sepatutnya oleh kamu. Pelbagai jenis perisa kamu tambah untuk menyedapkan cerita kamu bagi menjatuhkan mereka sekeluarga. Sekarang terimalah giliran kamu. Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar, Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan Datuk Salleh. Yang salah tetap salah. Jika beliau salah biarkan undang-undang yang memutuskannya. Tapi undang-undang juga harus adil kepada beliau. Jika beliau boleh diaib, difitnah, disiasat dan didakwa,kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan istimewa bagi dirinya ? 

Untuk pengetahuan para pembaca juga, pendedahan Rafizi berkenaan NFCorp membeli hartanah KL Eco City menggunakan kemudahan wang pinjaman kerajaan juga adalah satu pembohongan. Dokumen yang diperolehi Rafizi dari staf bank dan ditunjukkan kepada media adalah dokumen pinjaman untuk pelaburan lain sejak tahun 2005, iaitu sebelum wujudnya lagi NFCorp dan KL Eco City.  Bohong kelas 1, sebab itu Allah bayar tunai....

Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung....

Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma. 

94 comments:

Anonymous said...

aku orang pkr di selangor.rafizi ni nak bodek dsai sebenarnya.nak jadi jaguh.dia sedang lobi untuk bertanding di kelana jaya.pkr minta dia tanding di terengganu.tapi dia tak berani.dalam pkr pun dah banyak orang bercakap pasal kebodohan dia berpolitik.dia juga nak cipta nama untuk bertanding ketua amk nanti.pendek cerita rafizi ni jenis manusia yang tak blh diajar dan ditegur.ego,sombong,bongkak semuanya tinggi.dia fikir hanya diri dia ja cerdik.org lain semuanya bodoh.

Anonymous said...

Giler ke ape rafizi ni, abis tu takkan bank statement semua org kene wat public.. kalaulah ia terpakai utk NFC, aku rasa pihak bank boleh jugak reveal bank statement Anwar, azmin dan ketua2 politik PR... Come on lah, act tu dah ada berpuluh2 tahun bagi melindungi pelanggan bank, sedangkan gaji pon confidential...

Anonymous said...

ish Public Bank ni apa amik staff camni? dia nak keje ke nak politik? mane leh suke2 bagi tau orang customer punya account? wah macam ni abis la Fix Deposit, Unit Trust semua orang boleh tau...

Anonymous said...

saluran tak betul.. kalau dia buat report sprm n polis dulu aku rasalah..mesti ada jalan untuk bongkar masalah ni.. mmg ko salah la mamat 2 ekor..

Anonymous said...

KONON NAK JADI HERO.. BLAH LAH WEYH,.. TUNGGU LAH KAU KENA DAKWA PECAH AMANAH... JADI KERANI JER INGAT PENGURUS YANG PECAH AMANAH.. PADAN MUKA..... NAK JADI HERO KENA GUNA AKAL LA WEYH

Lantak Hangpa La said...

Tak pa PKR banyak lawyer yang sanggup berkorban, kalau setakat kes macam ni , latipah koyan,surendran mesti kedepan punya.
kepada pekerja bank tersebut,tahniah la kerana berjaya menyusahkan diri sendiri,menyusahkan keluarga dan anak-anak, tapi tak pa PKR akan bantu...

Semua yang tolong PKR, depa akan bantu...macam tu lah selalu

Anonymous said...

Padan muka...untuk kedua2 duanya. Berani buat berani tanggungla. bravo.

Anonymous said...

penulisan yang baik.sgt rasional dan menulis dlm keadaan matang dan profesional.tahniah.

sbb yg salah tetap salah jika sudah didapat bersalah katanya. betul tu.

yang anjingnya, yg dok menyalak mencari salah org macam rafizi tu!azab tak sekrg?<--aku plak emo*

Anonymous said...

SI BODOH. AKU CAKAP BODOH RAFIZI LEMBIK GANG NUAR TOTE BENGKOK!
INI MALAYSIA BANGANG, YANG KAU NAK CERITA PASAL UK TU APAHAL? KENAPALAH BODOH SANGAT MANGKUK AYUN NI. BENGAP, AKU PUN DULU KEJA BANK LAH, SETIAP AKAUN CLIENT TU RAHSIA. MANA BLEH SUKA2 BAGI PUBLIC BODOH! KALAU AKU BAGI INFO PADA PEROMPAK DIORANG TAU SIAPA KAYA. BODOH PUNYA RAPIZI LEMBIK. CAKAP DAH MACAM SPESIS PONDAN! ENGKAU, KALAU DAH DENGAN NUAR BENGKOK TU, SEMUA BOLEH. IKUT SUKAHATI MAK BAPAK KAU ORANG JE. BANGANG. BUDAK TADIKA PUN LAGI PANDAI LAH. MEMALUKAN!
LAST, AKU NAK KATA PKR NI MEMANG PARTI PENUH DENGAN ORANG-ORANG BODOH, MUNAFIK & MAIN BLAKANG. STOR KUNYIT. GANG SODOM. JAHANAM PUNYA UMAT!

Anonymous said...

Bodoh tahap tertinggi rafizi gay nie... Ko tanggungla si johari tu ank beranak... Npla ko slhkn sharizat n keluarganya... Ko yg meracun pd mmt tu tuk pecahkan sttment bank tu... Dendam sialla ko ni gay...

Anonymous said...

walau apapun , tindakan Rafizi tetap salah , dia jadi peguam ..jadi pendakwa , jadi hakim dalam masa yg sama !

mendedahkan akaun individu kepada umum adalah satu kesalahan besar dalam perbankan , mendedahkan akaun seseorang kepada umum adalah salah dari segi undang , apatah lagi jika ianya tidak melalui prosedur normal iaitu dengan adanya kebenaran dari pihak polis , pihak bank dan Bank negara khasnya !


benda sudah berlaku , family Shaharizat ada hak utk bertindak , NFC ada hak penuh utk saman Rafizi ,BAFIA lagilah ada hak ...
kini terpulang pada Rafizi utk berhadapan dengan apa jua tindakan mereka ,

rafizi harus diajar , dia sudah terlebih biadab , melampau tahap normal , saman tetap saman !

Anonymous said...

Memang bodoooo tahap gaban staff Public Bank ni. Kau kerja kat mana skalipun dalam donia ni mana bole bocorkn maklumat organisasi dan pelanggan. Muka spesis taik lembik ni mmg patut duduk dlm kumpulan TAIKKKKK juga!

Anonymous said...

masa nak buat tak ingat akta bafia. bila dah kena batang hidung baru tahu benda itu jadi satu kesalahan. orang macam ini sebenarnya memang patut dikenakan tindakan undang2 kerana telah melanggar undang2 instutsi kewangan maka layaklah mereka didakwa walau apa sekali pun kerana iannya telah terang2 melakukan kesalahan dibawah bafia.

Anonymous said...

perkara mcm ni lah boleh menyebabkan pelanggan bank(pendeposit) hilang kepercayaan kepada bank tu sendiri.siapa nak simpan klo staff suka2 dedah akaun pelanggan kat public.public bank dan terjejas di mata pelanggan2 nya bila ada staf yg x jujur cuba menghalalkan perbuatannya atas nama politik.

Anonymous said...

kerja dengan agensi manapun ada sekatannya , kerja dnegan Bank kakitangan kena patuhi akta dan rahsia perbankan , sebab itu ada akujanji ...ada sign agreement akan menyimpan rahsia syarikat , mana2 agensi atau mana2 syarikat pun sama saja , ada syarat dan aktanya sendiri

kerja dengan Bank , jika ada satu sen wang customer hilang gara2 perbuatan kita , dan customer membuat aduan pada bank , si kakitangan yg terlibat boleh dikenakan tindakan paling tidak DI , domestik inquiry ..

apatah lagi mendedahkan akaun customer utk tatapan ramai , itu kesalahan berat !

johari memang salah , tindakannya salah , sepatutnya dia tidak boleh berikan document peribadi customer itu pada pihak lain tanpa izin ,

pihak Bank pula tidak boleh dipersalahkan kerana mendakwa dan menyiasat itu memang hak mereka , pihak Bank kena jaga Integriti , kena jaga nama , sekiranya dibiarkan alamat tidak ada lagi orang akan menyimpan duit di Public Bank , kerana mereka dah hilang kepercayaan ! Public Bank boleh lingkup bankrap !

sekarang Johari boleh minta kerja dengan PKR , minta kerja dengan Rafizi , ini semuanya Rafizi punya pasal , kalau tak Rafizi yg sogok Johari , tak akan ada semua ini ...tak ada kena DI dan Johari masih kerja dnegan Bank ,rezekinya tak terganggu ,
sebenarnya Johari ni tamak , dia gelap mata dengan duit sogokan pkr , dia sebenarnya kakitangan tak amanah , dan dia memang patut dibuang kerja! [dia diberhentikan , bukan berhenti secara sukarela ]

walau dia dah berhenti , sekiraanya pihak Bank telah membuat laporan polis , dia masih tetap akan dipanggil pada bila2 masa sekiranya kes masuk mahkamah , dia tak akan terlepas tersenyum riang begitu saja,

sendiri berak tengah jalan tapi salahkan orang lain !!!!

nahhh ..susah apa , Rafizi kan ada , Johari mintalah kerja dnegan PKR ! minta pkr tanggung makan minum anak bini dia sampai kiamat, minta pkr langsaikan segala hutang piutang dan loan Johari ,

padan muka , padan muka !!!!!

#anakSELANGOR said...

wat d *** .. statement dlm vid ke dua at "00.43-01.07" mmg nampak sgt rafizi nak pusing citer, raih simpati masyarakat yang xtau ape2.. ape bodoh sgt??? mintak masyarakat sedar,2 billion masuk acc ko ingat xde org monitor ker??? workers dlm deparment AMLA ko ingt duk diam saje ker???? stupid rafizi!!!!!! AKU MARAH sgt sbb knapelah isu mcmni pun rafizi nk twist ke politik...rase mcm rakyat Malaysia ni mudah jer nk diperbodohkan... nonsense la... harap semua pembaca faham, justice will not look at just who you are!!!!even if you ada experience dlm dealing with financial inst. pun,there is no guarantee that he will not breach the law... basic 1 on 1.. ;)

Anonymous said...

Kesian aku tengok mamat bank tu...jadi kambing korban PKR ...jANGAN kata majikan lain nak mengajikannya...PKR pun tidak akan mengambilnya sebagai pekerja ..TAK boleh PERCAYA ..dan mudah dibeli.

Rafizi dan sekutu2nya cuba memutaarbelitkan istillah 'WHISTLEBLOWER' nak menyelamatkan dirinya..kah3x.Yang BEBAL je akan terpedaya...

Allah itu adil. fitnah adalah dosa besar. said...

rafizi memang deserve the punishment dari allah. beliau adalah saorang melayu yang bekerja dengan kartel cina untok membunoh syarikat melayu. semua pekerja 250 orang adalah melayu dan keluarga mereka menghadapi masaalah akibat pembohongan rafizi dari mula-mula lagi hingga sekarang. Allah maha mulia dan Adil. rafizi dan anwar adalah dari PKR= parti khianat rakyat. tapi kami ingin mengtahui kenapa bank negara masih tidak ambil tindakan keatas rafizi. rafizi telah mengecam betubi tubi bnm. tapi tidak sesiapapun ambil tindakan. mana undang undang?

orangkampung said...

Senang cite...dua ekor lembu ni dah langgar akta perbankan negara Malaysia...silap la korang..dungu.

Johari dengar lagi cakap rafizi taik lembu tu. Sekarang sapa nak tangung kau dan anak bini.

Banyak majikan takan percaya lai sama kau sebab tak boleh simpan rahsia!!!

orang islam perlu bersatu said...

rafizi telah membuat fitnah menganai nfc sejak mula mula lagi. dari awal rafizi auta mengenai pencapaian nfc. rafizi orang melayu yang munafik yang bekerja dengan orangkafir untok menhancurkan orang islam. syarikat cina yang monopoli business yang berniali 2billion ringgit. nfcorp adalah usahwan bumiputra pertama. cina tidak mahu memberi peluang bagi bumiputra maju dalam bidang ini. cina memang bijak dan rifizi memang bodoh diguna olih chinese cartel untok membunuh syarikat melayu yang mana pekerja adalah melayu. 250 pekerja dan keluarga dihancurkan olih rafizi. i hope you feed good stupid boy. tambah johari. why do you have to destroy orang malayu. you orang kafirkan?

orang islam perlu bersatu said...

rafizi telah membuat fitnah menganai nfc sejak mula mula lagi. dari awal rafizi auta mengenai pencapaian nfc. rafizi orang melayu yang munafik yang bekerja dengan orangkafir untok menhancurkan orang islam. syarikat cina yang monopoli business yang berniali 2billion ringgit. nfcorp adalah usahwan bumiputra pertama. cina tidak mahu memberi peluang bagi bumiputra maju dalam bidang ini. cina memang bijak dan rifizi memang bodoh diguna olih chinese cartel untok membunuh syarikat melayu yang mana pekerja adalah melayu. 250 pekerja dan keluarga dihancurkan olih rafizi. i hope you feed good stupid boy. tambah johari. why do you have to destroy orang malayu. you orang kafirkan?

tibai anwar said...

cara ckp pon xlayak nk jd YB..cmne nk bertanding~~mmg btl ladia ni nk bodek anwar jer ni..

Anonymous said...

semoga semua bahagia dunia akhirat.

projek besar (billion), pinjaman kecil, tak buat pelaburan (sinking fund/ syndication) macamana nak cover pinjaman, nak sambung operasi, nak capai hasrat 'pengusaha maju' dan bantu melayu/ rakyat nak berjaya.

lepas tu nak tuduh melayu tak reti ...

cheti/ along yang belasah habis tanah/ harta rakyat - sapa pun tak peduli.. yang kutip cukai pun tak nampak aktiviti golongan ni.. atau ..

Anonymous said...

puak umno haram ni, lembu rakyat pun nak dicuri.

umno haramjadah

Anonymous said...

tak yah kesiannnnnnnnnn la kat MAMAT PUBLIC BANK TU dia sendiri yang pilih pasai TAMAK KAN WANG RINGGIT YANG DITAWARKAN UNTUK DOKUMEN SULIT PELANGGAN la nie nak buat muka pantat basi jer aku tengok pun naik menyampah ... takpa nanti UMNO/MCA/MIC dan lain-lain dalam BN akan bantu anda bagi duduk rumah free, makan free minum free semua free laaa selama 5 tahun betapa prihatin nya kerajaan terhadap anda wohahahahhahah

Anonymous said...

BAFIA act is the law. U breached, u pay. Senang abes citer. Tak kira hang BN, PKR dan sebagainya.

Unknown said...

Trio dato T dedah bahan dilarang undang undang. Walaupun tujuan baik. Merka kena masuk mahkamah dan di denda. So...kena tanggung sendIri lah

Anonymous said...

si bodoh yg tersangatlah bodoh!!! ko kambing hitamkan mamat ni semata2 nak selamatkan tengkuk ko...sial nye rafizi...kalo account org senang2 ko nak disclosed mmg tak selamat la duit ko bongoookkk!!!

Anonymous said...

Apa ingat, nama bank tu Public Bank, semuanya hak milik public ke? Mangkok, mangkok!

kalau gitu, sesiapa yang waras, politik tak keras, jangan berurusan dengan bank yang namanya ada kaitan awam, macam public bank. so, publik bank you kena telus dan pastikan kakitangan you tahan kena korek! tak songlap! tak main blakang! ada faham?

rafizi tongok, kamu tak layak jadi pemimpin. pastikan mangkok jamban ni akan dihumban ke reban b.a.b.i

Anonymous said...

Muka Johari tu nampak muka tak amanah. Padan muka. Sedikit pun tiada simpati.

manjung (TIBAI) said...

Tak pa encik Johari nanti anuWar boleh bagi encik Johari kerja pembancuh kopi. Sekarang ni anuWar tengah mencari seorang pembancuh kopi so boleh le encik Johari cuba...okey.Lain kali kalau nak buat sesuatu tu pikir le beribu kali jangan nak ikut si rafisi lembu tu. Dia tu memang bodoh tahap lembuuuuu pahammm encik Johari....

Anonymous said...

Kenapalah ex staff Public Bank tu bongok sangat. Dia bukan sahaja menyusahkan famili dia tapi akan menyusahkan rakan sekerja. Setau saya, to print the statement, kawan kita tu kena mintak officer to sign on into the system and i believe dia tu berbohong kat officer untuk dapatkan access. so my point is, officer tu pun 100% kena interrogate...kesian...kesian. dah keja berbelas tahun but masih tak faham what is BAFIA.

anti bohmau said...

aiyah! en lafiji aa?

belani buat belani tanggung aa?

mikin kilija mcm halam jadah! lafiji muleh kasi syalikat melayu jd jahanam talak apa, nnt tokey2 cina kasi upahlaa..

mr.rafizi, since you are so bright, i believe you can fork your way out of this shit on your own!!

Anonymous said...

Akta BAFIA. Pekerja bank kena simpan rahsia customers semasa masih berkerja atau pun setelah resigned dari perkerjaan. Maksudnya, rahsia customers akan dibawa bersamanya kedalam kubur.

Anonymous said...

nonsense lh rafizi! mcm tu aku pun bole mintak tlg sape2 yg keje dlm bank amik taw keluar masuk duit anwar ngan azmin,kat mane shopping ,berapa byk yg dh joli ...n aku akan salahkn bafia sebagai backup bile dh tesepit nnti! hahaha PR- Penipu Rakyat!

Zarul said...

Dalam pengelaman aku, setiap butiran di bank adalah rahsia,kecuali kpd pemilik shj,jika pihak ketiga yg nk keluarkan butiran bagi org lain mestilah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa yg dibenarkan melalui akta seperti polis,sprm dll jika berkaitan,selain dari itu adalah menjadi kesalahan serius oleh sesiapa yg mengeluarkan apa-apa butiran bank milik org lain tanpa kebenaran..so biarlah pihak berkuasa yg siasat jgn lah wat pandai2....

Anonymous said...

Nampak nya Rafizi ini lalok. Tak payah salah orang lain . tak payah salah bank public kerana tekanan pengadu baru ambil tindakan malah jika berlaku pada kita pun yang pasti tekanan harus dikenakan kepada bank yang kita percayaai suapay megambil tindakan. apa jadi sekiranya terdapat staff sebegitu yang boleh menyebabkan wang kita hilang. bank rugi ? tentu nya sebab nanti kena bayar ganti rugi. Jadi tidak dibawah BAFIA adalah wajar dikenakan terhaap Rafizi dan juga rakannya . Dalam soal ini tidak perlu komrpomi walaupun hanya mahu menutup kesalahan lain.

kepada Rafizi , padan muka luuu

Adi Kencana said...

Berani buat, berani tanggung..

HOT!! RAJA NONG CHIK & KELUARGA JADI MANGSA FITNAH POLITIK! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

RashidAli said...

i believe this is a something that everyone has to realise what is being the KEY thing taught by keadilan, PKR, and PR taught the MALAYSIANs since 1998. No accountability, cheat, irresponsibility. Tiada lagi kerahsiaan samada peringkat peribadi sehingga peringkat hubungan antarabangsa. Semoga bangsa kita kembali bertamaddun dan semoga kemenangan dan perlindungan sentiasa berada di pihak yang benar.

Anonymous said...

sendiri dah salah...lagi mau pusing cerita...lepas ni saper nak amek mamat ni kerja? jenis tak amanah... suruh ajer si rafizi tanggung makan minum anak bini si johari ni... dah terang2 dorang salah...ni dia nak pusing cerita salahkan semula shahrizat and husband...laki si shahrizat tu dah dihadapkan ke mahkamah pun...ko tunggu lah plak turn ko ya johari and rafizi...

Anonymous said...

aku tak tahulah macamana punya tahap bodoh lah mamat yang kerja dengan public bank ni kena jadi "LEMBU" rafizi. Percayalah, yang susah adalah kamu johari, dan yang menjadi susah dari kesusahan ni adalah keluarga kamu. Percayalah, kamu johari yang mencari susah ini.

Anonymous said...

Klu nak ubah Bafia tu untuk keselesaan pembangkang. Mmmm payah klu memerintah nanti lagi teruk dari BN semua di akta d ubah untuk kepentingan diri aduh aduh aduh ....hendak ke kita pemerintah mcm ni...hancussss

Anonymous said...

Puak-puak PR memang macam ni. Asal buat salah aje mulalah putar alam, berlakon kononnya merekalah yang teraniaya. Sudah-sudah la guna taktik basi.

Anonymous said...

ada pulak sekor lembu ni terlepas kat sini

Anonymous said...

Boleh jalanlah brader Jo, kitaorang tak simpati pada penjenayah.

Anonymous said...

Johari ikan bilis rupanya.. Patutla kena pukat. Lebih bodoh dari lembu.

Kump. Adik2 Keluar UMNO said...

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Anonymous said...

perjuangan kita yang sebenar adalah untuk anak2 kita. bukalah mata kalian.

Anonymous said...

Bapak lembu sudah dapat anak!

Anonymous said...

apa pasal mamat seko tuu terbedik2 jee matanya,yg seko lagi kan main lagi buat ceta.....nasib le labu.

Anonymous said...

MAMAT TU MACAM BENGANG JE DENGAN RAFIZI.

PADAN DENGAN MUKA DIA . SIAPA SURUH TAK AMANAH.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNGLAH

Unknown said...

sistem bank canggih.
1. Ada report akan keluar every single transaction.
2. Report print by account pun boleh.
3. Dlm report akan mention which one punya terminal...maksudnya kaunter mana.
4. Setiap kaunter ada log in id masing masing.
5. Utk penyata, kena ada kelulusan personal level lain.
6. Ada cctv yg rekod 24 jam ikut masa utk terminal.

Jadi, tak pasal pasal kawan yg bagi kelulusan pun kena nanti.

So, lantiklah beliau jadi calun pembangkang nanti...itu pun kalau nak tolong.

Anonymous said...

SUDAHLAH ENGKAU TU BODOH, YANG KAU BAWA AGONG PULA DALAM CERITA KEBODOHAN ENGKAU PA HAL....APALAH BODOHNYA ENGKAU NIE....

budak kampung said...

Public Bank pun komfem nak saman dua2 ekor ni,nak cover air muka.Public Bank ni bank pilihan business community,kalau tak saman abesla hilang byk deposit.Lugi wooo..

Anonymous said...

klo public bank buat x tau je,confirm ramai pendeposit dr syarikat dan individu start pindah ke bank2 lain yg dirasakan lebih selamat.rasa x secure akaun syarikat,individu klo staff bank suka2 expose kat pihak luar tanpa kebenaran.ni bukan masalah politik dan perniagaan,tapi lebih kepada isu keselamatan pendeposit sendiri.

Anonymous said...

Terlalu nak sangat berpolitik nak mengenakan orang kerajaan itulah jadinya. Perasan diri hebat sangatlah dapat mengena kerajaan. Kalau bersih sangat checklah pulak akaun bos kau bersama bini dan anak2nya. Check jugak Akaun assmin dan shamsidar. Buatlah kajian pulak! BaguS ke tak bagus dia orang. Penyangak ke tak penyangak!

Dah salah nak marahkan akta pulak. Bercakap macam orang bijak tapi bangang.

Anonymous said...

Kau kacau periok nasi orang tak perasan ka?????????Ini semua gara2 hati busuk..Padan muka ...

Jangan nak berdolak dalik..Masuk penjara..elok lah ko berdua merengkok kat penjara..

Sekor tu,pekerja yg tak berETIka..sekor tu.nak cari ruang dan peluang..elok sangat...

PADAN MUKA kau berdua..

Anonymous said...

Dulu ada kes pistol terjumpa dalam peti simpanan bank.

Tak boleh jadi kes untuk tuan punya pistol kerana peti itu adalah kepunyaan peribadi dan tanggungjawab bank pula untuk menentukan ianya selamat.

Sama lah ni.

Bijak belajar tak sama dengan bijak berpolitik.

Kalau Rafizi pernah baca buku. IQ untuk kepintaran tidak boleh di ukur kepada orang yang pandai berpolitik atau binatang politik.

Rafizi bukan binatang politik tapi Jenin Politik.

Anonymous said...

JIKA BENAR DIA DISOGOK UTK MENGELUARKAN MAKLUMAT AKAUN TU..ITU BUKTINYA MARUAHNYA BOLEH DIBELI. AGAK2 BERAPA RAFIZI BAGI KAT DIA YE?

Lebai Malang said...

...ini kes jual maklumat pelanggan la. Kalau dia jual kepada perompok lagi naya tuan punya akaun bank tu. Berapa PKR bayar si kerani bank tu.

Anonymous said...

Saya menyeru pihak Public Bank dan Bank Negara ambil tindakan segera terhadap mereka yang telah pecah amanah dan melanggar undang2 BAFIA. Saya pernah pernah berkerja di sebuah bank sebagai pegawai. Memang benar semua pekerja bank amat takut dengan BAFIA kerana penalti nya tiada kompromi. Benar, sekiranya BAFIA senang2 dilanggar dan tiada tindakan undang2, ini mengancam kepercayaan orang ramai dan pelabur asing. Rakyat expect mereka yang berkuasa mengambil tindakan segera, "withour fear or favour!!!"

Anonymous said...

lepas ni pasti ada puak pakatan kata yang menegakkan keadilan seperti Rafizi dihukum dan dipenjara, dan orang UMNO yang mengikis duit negara dibebaskan begitu saja.Mentaliti puak pakatan.

Anonymous said...

aku rasa mamat ni last2 akan bunuh diri kerana malu....macam cina dap seko tu.

Anonymous said...

Yang kesian tu mamat bank tu la. Rafizi apa peduli. Dia gaji berpuluh ribu, sana masyuk sini masyuk. Tak de apa-apa kesan pada kerja dan rezeki dia. Yang mamat bank ni hanya bergantung rezeki dengan kerja bank aje. Dia tu bukannya ahli politik. Tak pulak kerja di pejabat penasihat.

Anonymous said...

Mamat Budak Bank ni tentu budak suruhan UMNO...
Ini mesti kerja UMNO saja perangkap Makhluk bernama Rafizi..kah kah kah
Lepas ni tentu Budak Bank tu akan dapat kerja bila jumpa PM...kah kah
Yang buruk dari UMNO dan yang BERSIH suka main belakang dari PKR Anuar Ibrahim..kah kah kah

NottyGroove said...

Apa nk herankan pasal rafizi ni.. Sapa tak kenal rafizi masa dia dlm Petronas dulu esp org2 Petronas Gas kat.. Bab pendedahan Dan aibkan org bukan asing bagi dia.. Org tak kan lupa email berbelas2 muka Surat Yang dia hantar sekeliling Petronas community untuk mengaibkan boss dia SGM kat Petronas Gas.. Kalau baca email tu pun kita rasa "camni ke budk high flyer Petronas? Well educated and in the pipeline to be president?.." mana tak Nya kalau bab SGM tu x ajak dia beraya kat Rumah or SGM tu x melawat dia masa Rumah affected land slide kat Bukit antarabangsa tu pun dia nk tulis.. Kesian minah SGM tu, sampai kena panggil ngan president's office gara gara email "Anak emas" Petronas ni.. Susah kalau jadi org pandai ni, org lain semua x betul, dia je la betul.. Walaupun pengalaman hidup baru setahun jagung.. So mmg x heran la.. Agak2 berani x dia bertanding kat parlimen Kemaman.. Dia kan org Kemaman.. Knp nk bertanding kat kelana jaya.. Rafizi rafizi.. Apalah nk jadi..

NottyGroove said...

Apa nk herankan pasal rafizi ni.. Sapa tak kenal rafizi masa dia dlm Petronas dulu esp org2 Petronas Gas kat.. Bab pendedahan Dan aibkan org bukan asing bagi dia.. Org tak kan lupa email berbelas2 muka Surat Yang dia hantar sekeliling Petronas community untuk mengaibkan boss dia SGM kat Petronas Gas.. Kalau baca email tu pun kita rasa "camni ke budk high flyer Petronas? Well educated and in the pipeline to be president?.." mana tak Nya kalau bab SGM tu x ajak dia beraya kat Rumah or SGM tu x melawat dia masa Rumah affected land slide kat Bukit antarabangsa tu pun dia nk tulis.. Kesian minah SGM tu, sampai kena panggil ngan president's office gara gara email "Anak emas" Petronas ni.. Susah kalau jadi org pandai ni, org lain semua x betul, dia je la betul.. Walaupun pengalaman hidup baru setahun jagung.. So mmg x heran la.. Agak2 berani x dia bertanding kat parlimen Kemaman.. Dia kan org Kemaman.. Knp nk bertanding kat kelana jaya.. Rafizi rafizi.. Apalah nk jadi..

Anonymous said...

BAFIA Section 97

Punishment
Section 97 (1)
Imprisonment : 3 years,
Fine : 3 million

Section 97 (3)
Imprisonment : 3 years
Fine : 3 million

What Section 97 of BAFIA says :

Secrecy. 97.
(1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register, correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information or document whatsoever relating to the affairs or account of such customer.

(2) This section shall not apply to any information or document which at the time of the disclosure is, or has already been made, lawfully available to the public from any source other than the licensed institution, or to any information which is in the form of a summary or collection of information set out in such manner as does not enable information relating to any particular licensed institution or any particular customer of the licensed institution to be ascertained from it.

(3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection(1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.

Anonymous said...

pasni smua org bley tgk smua akaun ahli pembangkang..seronoknya.pinda bafia..haha

Anonymous said...

ko ingat rafizi tu tak gigil ke...dia pun sama nak kena teman bang AnuGerah di nati kat sg buluh. kat bawah meja dah bertabur air kencing. Mata mamat Johari tu pun dan bengkak tak bole tidur malam...terima la akibat dari perlakuan anda yang memandang RM. Aku pun exbanker...tau terikat dengan BAFIA. tu la kalau dengar sangat cakap mat lembu tu...sama2 tanggung beb....Takbeeeeerrrrrr

azah said...

sapa yang memangsa kan mamat ni terjebak ke kanca kehancuran .... si rafizi tak sedar yang dia lah orangnya .... kerana nak jadi hero ... orang lain pun terkait sama ... lepas tu orang lain yang disalahkannya .... cerita berdegah degah bekerja di bank di UK ...so he is meant to say that any tom dick or harry can have access to any customer of the bank ..... what a joke .....

poyo said...

ya ker..habis tu syarikat ctos boleh jual maklumat kewangan rakyat pada bank kenapa tak di ambil tindakan yang sama? mentang2lah yang si tua ni suami sharizat, semua boleh.bodohlah ko orang ni.kalau nak ambil tindakan BAFIA, saman ajelah bank tu...tapi yang penting, dari mana dia dapat duit tu?

konan said...

bagus juga.sekurang2nya rakyat tau berapa ramai pemimpin umno yang terlibat dgn rasuah besar ni...kalau tak rakyat hidup2 kena tipu jer..

Anonymous said...

Kalau buat kat orang lain semua boleh.... dah kena kat batang hidung sendiri semua tak betul..... Inilah jenis politik jijik dari puak PKR.... Kalau macam ni gayanya sampai kiamatlah kau tak menang PRU....Bangkag sampai terkankang....

Unknown said...

poyo May 21, 2012 8:03 AM....

CTOS tu bank ker?? kena la nama ko tu.. poyo jer lebih..

Unknown said...

poyo May 21, 2012 8:03 AM....

CTOS tu bank ker?? kena la nama ko tu.. poyo jer lebih..

poyo said...

Hai unknown..ko tak paham ker..patutlah mahathir cakap ramai orang bodoh dlm umno...yang dia nak saman rafizi tu,rafizi tu banker ker?rahsia dah terdedah. kalau x betul,buktikan.

blueboy said...

nfc kena saman bank tu sekali, baru betul.

Anarconda Besar said...

budak Rafizi bangang gak aku tengok... main hentam jer.. sama cam Pak Anwar... Dia jer betul, lain sumer salah.... TAk penah lak aku tengok Black and white yang dia kata bukti tu... tryla paparkan kat media kalau berani... mau terkencing ngan cirit nanti dia.

69skill said...

PUNGKOK HANG sama ngan PUNGKOK ANWAR IBRAHIM

fadhlisfn@gmail.com said...

Kenapala ngan Rafizi ni.. yang si mamat Public Bank tu pun satu hal. Fikirkan:-
1. NFCorp adalah Syarikat Melayu dan kakaitangannya adalah melayu. sampai hati anda menghancurkan periuk nasi sebangsa dengan anda.. itukah keadilan?
2. Anda mungkin kurang cerdik atau tidak cerdik langsung kerana membocorkan maklumat bank individu. jika anda sendiri terkena, tahulah bagaimana ALLAH tu maha adil.
3. Jika anda benar, tidak perlu takut dengan BAFIA. tetapi anda telah pun menunjukkan bahawa diri anda memang bersalah.
4. Anda memecah-belahkan Islam (bukankah Islam perlu bersatu?. Anda tidak berusaha menyelamatkan anak bangsa anda dari Bangsa Asing yang ingin mengkafirkan anak bangsa kita, tetapi anda ingin menghancurkan Islam.
5. Anda tidak fikir dulu sebelum bertindak. Anda Tidak berfikir pun dulu sebelum buat tuduhan. bukankah tuduhan tanpa bukti yang kukuh tu FITNAH. FITNAH tu umpama????. Takkan tak tau kot.
6. Anda seronok dedah itu-ini kepada masyarakat, gembira mengaibkan orang. Tak taulah kerana POLITIK, anda hilang akal, hilang pedoman, hilang segala-galanya demi POLITIK.

P/s: Kalau aku ade kaitan darah daging dengan RAFIZI, sanggup aku putus saudara dengan tukar darah dalam badan aku.

Anonymous said...

Diharapkan pihak BNM dapat mempercepatkan siasatan terhadap Rafizi Ramli. How can a third party (Rafizi) get a copy of NFC's bank statement. And then, make up his own stories on NFC taking loans for KL Eco City? He really knows how to play around with the citizen's mind. Don't trust him!

ShinShank said...

Kepada saudara seagama denganku,Rafizi...hanya kerana politik:
1.kamu sanggup memfitnah sewenang- wenangnye.
2.kamu sanggup menutup pintu rezeki sebangsa dan seagama denganmu.
3.kamu sanggup mengkhianati bangsa sendiri.
Dan semua ini hanyalah kerana agenda politik kamu,wahai Saudaraku Rafizi..
Aduh,sedihnya ku lihat di kau jauh menyimpang,HANYA KERNA KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN DLM POLITIK.
Saudaraku,
Sedarkah,kamu hanyalah boneka yang di manipulasikan oleh ????(kamu sendiri yg tahu.

Anonymous said...

poyo bodoh,
ada mamat yg penat dah copy paste section 7 dlm akta bafia

"(3) No person who has any information or document which to his knowledge has been disclosed in contravention of subsection(1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person."

ko paham tak maksud 'no person' - tiada sesiapa? termasuklah rafizi jgk. tulah ko poyo je lebih sebenarnya yg bodoh tun mahathir ckp tu engkolah.

jentayu

boboi said...

There are three groups of institutions covered under BAFIA namely :

licensed institutions namely commercial banks, finance companies, merchant banks, discount houses and money brokers
scheduled institutions which include credit and charge card companies building societies, factoring and leasing companies, and development finance institutions and
non-scheduled institutions which include institutions engaged in the provision of finance but other than those named above.

Anonymous said...

apa tujuan rafizi membuat sidang media memperkenalkan pemberi maklumat? sedangkan dari awal sehingga akhir sidang berkenaan, rafizi mati2 tidak mahu mengaku bahawa johari adalah pemberi maklumat tersebut? jadi apa tujuan sebenar membuat sidang media tersebut?? adakah Rafizi mempergunakan Johari ??

Anonymous said...

What the hell u r talking about rafizi??ni lah budaya PKR...ko yang bawak si johari ni masuk dlam msalah ni,ko nk blame org yang buat report pulak...kalau btul pun NFC n de gang btul salah rasuah,dieorang stil ade hak nk cover PnC dieorang...hak tu jugak yg PR canang dr dulu..hak asasi...benda tu dh ade dalam akta,ko x bolela nk argue NFC nk report...pasal brader jo tu,die sndiri dh tau,dh berbelas tahun kije dgn bank,acount detail customr adelah PnC....ko dh brani bg bnda tu,ko branila tanggung akibat..come on rafizi,gentlemenla....ko sbenarnye yg brtanggungjwab atas periuk nasik family brader jo tu coz ko punca utama msalah brader jo tu.....baghal punye rafizi....ingat akta ni sesuke hati je nk tukar mcm ko bukak spender...pndai x bole di ikut,bodoh x bole di ajar....hambekkk ko......bangang

Anonymous said...

sriously,kalo aku jadik brader jo tu,mmg aku dh bg terajang tahap dewa kt si rafizi ni...dhla aku tolong bg ko statemnt acount tu,napela ko x cover btul2....bangang punye rafizi...ko la punce aku ilang kerja..bukan NFc n de gang..NFC menggunakn hak dieorng spt yg trmaktub dlm akta..next time,nk kantoikn orang tu,kenela well prepared mr rafizi bajet hebat tp lahanat oiiiii....ni dok canang salah org,tp sndiri buat salah,x bole nak terima..ini ke yg gua nak angkat jadik pemimpin??....pemimpin yg hanya tau carik salah org,tp x nak mngaku kesilapan sendiri n menyalahkn orang lain atas kekhilafan diri sndiri......buruk2 umno pun,lagi buruk perangai pakatan rakyat....belum jadik pemimpin,dh kalut...baghal...tolol..bahalul..kaliul..maliul..bagiul...sume ade daaaaa

Pembuka Selera said...

Johari worked for Public Bank for 17 years, takkan la BAFIA pun taktau.. he said he's not the whistleblower but why he chose to menyibuk check the bank accounts. Now blaming others for his resignation. Couldn't stand hours of interrogations. No one asked you to sacrifice yourself la Johari. Now sendiri tanggung. Semua tahu cakap and maki saja. Rafizi is not going to save you.. Johari should have informed Public Bank and not Rafizi.. Adui, now Johari nak makan apa? Rafizi tanggung makan minum sepanjang hayat..

Whatever it is, Rafizi Ramli is to be blamed. He said NFC membungkus periuk nasi Johari but the truth is Rafizi yang menutup periuk nasi Johari because he revealed the bank documents to the media. Stop it la Rafizi. Stop trying to blame everyone for your own political agenda. Is this your strategic plan? Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Mmg sesuai dgn your post as PKR Strategic Director. No agenda sampai sanggup memburukkan nama org lain..

Sekian~

Anonymous said...

....

Anonymous said...

Boleh ke bank lain akses maklumat penyata akaun syarikat pelanggan bank lain selain drp bank yg syarikat itu register??

Cntoh: cmpny x rgister dgn bank A. Ada staf bank dr bank B (bank lain) telah menceroboh akaun milik cmpany x semata mata untuk melihat statement cmpany x.


Boleh ke staff bank lain akses pyata akaun bank pelanggan bank laen??

Sesiapa yg keja di bank or sesiapa yg boleh beri jwapan sila jwb.
Mmg bnr masalah ini trjd pd sy.

Tq all..



Anonymous said...

Hari yang baik untuk Anda.

Adakah anda mencari pinjaman yang tulen? Pada kadar yang berpatutan? Dalam tempoh 2 hingga 3 hari perniagaan. Adakah anda pernah ditolak secara konsisten? oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Berita baik adalah ini! Kami menawarkan pinjaman antara dari € 1,000.00 kepada $ 30,000,000.00 Max. 3% faedah setahun. PINJAMAN untuk membangunkan EDGE / perniagaan pengembangan perniagaan yang berdaya saing. Kami disahkan, boleh dipercayai, boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Dan bersama-pembiaya kerja hartanah dan semua bentuk pembiayaan perniagaan, Balas kepada e-mel ini: firma pinjaman betterdayfunds@aol.com

Kami menyediakan pinjaman jangka panjang dari satu bulan sehingga lima puluh tahun.

Kami menawarkan jenis-jenis pinjaman dan banyak lagi;

* Pinjaman Peribadi (pinjaman tidak bercagar)

* Pinjaman Perniagaan (pinjaman tidak bercagar)

* Pinjaman Penyatuan * Gabungan Pinjaman

* Peningkatan Home.


Sila jika anda berpuas hati dan berminat dalam tawaran kewangan kita, tidak teragak-agak untuk menghubungi kami jika anda memerlukan perkhidmatan kami kerana anda akan perlu untuk memberi kami maklumat berikut untuk memulakan proses daripada jumlah pinjaman anda sewajarnya. Sila jika anda berminat dalam pinjaman segera hari ini kami E-mel dengan alamat e-mel berikut: betterdayfunds@aol.com

Salam
tędy Kate

Lobo Lobo said...

Memang penyokong umno bangang tahap hisap lancau najib!
Depa kaya raya hasil menipu duit rakyat korang menyalak sokong umno the great konon
Bangkrap malaysia hasil penyokong umno yg bangang tahap hisap lancau najib

Heather White said...

Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.