Tuesday, May 15, 2012

Siapa Boleh Tolong Terangkan Perkara Ini ?


Hari ini pelik sikit.....

Selama ini saya cari bahan, saya buat kajian, saya fikir, saya tulis ,saya siarkan dan rakan-rakan semua hanya baca, komen dan sebarkan.

Kiranya dari beli bahan mentah hingga masak semuanya saya lakukan...

Hari ini saya nak minta tolong anda semua pula.

Boleh ?

Ada seorang pembaca hantar komen kepada saya yang memaparkan link dari sebuah forum yang menggunakan Bahasa Cina diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate. Nak terjemahkan kepada BM pun boleh juga. Tapi bila terjemah sana-sini nak boleh ke faham tu, emmmmmm....faham-faham sahajalah......

Ianya berkenaan dengan dana yang diterima beberapa NGO yang berkiblatkan pembangkang dari Amerika.

Nak kata saya tak faham pun saya faham jugalah. Nak kata saya faham pun tak boleh kerana saya tak berapa faham. Apabila saya tidak berapa faham, bagaimana saya nak memahamkan pembaca semua. Bercampur pula dengan letih dan mengantuk.

Oleh yang demikian, saya ingin meminta tolong mana-mana rakan pembaca yang faham dan tahu dengan apa yang diperkatakan supaya dapat menerangkan perkara berkenaan untuk tatapan pembaca-pembaca lain.

Sama-samalah kita amalkan sikap tolong-menolong sesama kita untuk memastikan kita mencapai kejayaan. Tolong - menolong juga dapat mengeratkan kasih sayang sesama kita. 

Jika ada mana-mana rakan-rakan blogger lain yang nak ulas pasal perkara berkenaan juga dialu-alukan. Manalah tahu mungkin blogger yang rajin menelaah seperti Dr Novandri@Dr Mim nak tolong ke ? Nanti kalau dah tulis tolong beritahu kerana kita nak sebarkan.

Kalau ada pembaca yang nak ulas pun boleh. Bila dah siap e melkan kepada saya di rbf_501@yahoo.com. 

Penjelasan melalui komen juga dialu-alukan. Kita berpakat-pakat bincang....

Bendanya sila klik di sini untuk page 1



17 comments:

Anonymous said...

siapa yg faham dpt tlg terangkan!cerita best tu!

Anonymous said...

detail gak info dlm forum tu...

Anonymous said...

Tahniah rbf...saya baca tapi payah nak terjemahkan...

Anonymous said...

Segala butiran dan perancangan telah dimaklumkan kepada umum. Umum mengetahui ada agenda asing dalam pembangkang dan sebagaimya. Persoalannya apakah tindakan kerajaan khasnya KDN dalam hal ini?

Anonymous said...

hapuskan je kepala2

Anonymous said...

Itulah Dasar baru perjuangan PAS sekarang ini.Bila nampak macam tu pun longgok ,apa pun boleh tukar.Hudud ,negara kebagikan atau apa-apa saja.kelabu mata Hj hadi.Ini sikit saja ujian Tuhan.Sebab tu tak berani lawan Anuar.Dok Tunggu bahagian masing masing la ni?.

Dr.Osman said...

Mudah saja..berkaitan dana asing. Permulaan saya membacanya mmg tak faham..tp setelah sy membaca utk kali yg ke 8,baru lah saya tak faham jgk lg..adess..

Anonymous said...

majlis peguam mereka takut nak masukkan sekali.suhakam pun patut ada share..ahli2 organisasi2 inilah pengkhianat negara.orang ramai yg x tahu mengenainya diperalatkan.BERSIH bukannya nak target SPR,tp menggulingkan kerajaan tanpa pilihanraya.inilah taktik 'regim change'.bkn shj org2 melayu kena tentang,sesiapa yg mengaku dia warganegara Malaysia kena tolak pembangkang yang berkiblatkan zionis/amerika.

Anonymous said...

Saya laaaagilah tak faham. Agak-agak saja berdasarkan rajah - dana asing ada masyukkkkkkkk. Rajah pun masih open lagi boleh tambah Suhakam ke, Majlis Peguam ke, apa ke...

Tak pasti masuk kategori 'AMLA' atau tidak. Pihak berkaitan boleh tolong periksa saya nak tahu juga.

Anonymous said...

Tak faham juga, tapi yg kita tahu ialah dana asing yang besar nilainya menaja pergerakan Bersih, agak menakutkan.

Sebaliknya pengikut PAS dan PR amnya tidak akan memikirkan itu semua, yang penting kebencian tahap maksima mereka kepada UMNO & BN yang mesti ditentang habis-habisan.

Mohon kepada yang bijak pandai mengkaji isi forum berkenaan.

jawaselatan said...

Assalam. BEBERAPA HARI LALU ADA SUMBER MENGATAKAN DANA ASING TELAH MASUK KE NEGARA KITA DARI SELATAN TANAHAIR KITA.

Anonymous said...

orang-orang UMNO ni terdiri dikalangan yg tak cerdik,mana faham benda2 mcm ni..kan TUN M dah kata orang cerdik smua dah pergi ke PAS,PKR & DAP..tinggal hampas2 mcm lu orang..nk faham benda nipun susah..
Memang betullah mana2 parti pembangkang pun nak guling kerajaan spt pembangkang di Kelantan, Kedah, Penang & Selangor..Habis-habisan cuba menipu mlalui Suruhanjaya Penipu Rakyat(SPR)..
Dah la dibekalkan berjuta-juta duit haram kpd calon utk diagihkan masa p/raya..bulshit..
Memang kerajaan BN wajib digulingkan,kerajaan yg penuh dgn taik rasuah, penyelewengan, sembelih rakyat dsb..tapi pembangkang BN hya akan guling melalui pilihan raya yg adil dan telus,tanpa menipu,manipulasi undi pos,guna mat bangla mat indon sbgai pngundi hantu..ini semua kerja haram jadah..wakil rakyat yg menang cara ini comfirm ahli neraka,dia heret sekali dgn pengikut2 nya..

Anonymous said...

...akhir kata bersih dan suharam dapat bantuan dana dari uncle sam!dan malaysiakini adalah barua!

hehe....baca carta je!

RashidAli said...

Amiin...tak pernah le saya tengok uang sebanyak itu...apa2pun ini bukan perkara baru sebab bekas pemandu saya berbangsa India pernah menunjukkan USD300.00 yg dia perolehi ketika support PKR Taman Medan/Lembah Pantai dlm PRU12/2008. Soalan sekarang ialah bagaimana menyekati nya utk PRU13 lagipun tentu sekali ramai juak2 CIA yg bergerak di kalangan kita...macam projek kristinisasi mereka. waduh2 rimas dibuatnya. kalau nak diringkaskan, wang2 yg dipamerkan adalah bagi menentukan sesebuah kerajaan yg akan atau terus mendokong kehendak MEREKA...entah le saya pun maharati sangat..

Anonymous said...

sbb tuh ura2..ade mengatakan kerajaaan mengharamkan not 1000 n 500 disebabkan perkara ini.

Anonymous said...

confirm dana asing tu dah masuk..

sebab tu pengkhianat2 berusaha keras mengarahkan si bodoh dan si bangang jadi anjing utk memenuhi impian orang asing tersebut..

Anonymous said...

patut la sekarang ni puak pakatan rakyat makin kaya...dana luar masuk berkoyan2...sangat bodoh orang malaysia sokong agenda pakatan rakyat.jangan kerana sendiri bodoh anak cucu merana di kemudian hari...masa tu nak nangis keluar air mata pun tak payah dah...bang faisal..baca sekali lalu ja....