Tuesday, June 12, 2012

Fahami Strategi “Non-Violent Resistance” Bersih 3

Jika kita menganalisis gerakan seperti #Occupy Dataran dan BERSIH 3.0, ia bukanlah dianjurkan secara “Semua Dijemput Hadir Beramai-Ramai”, seperti mana lumrah jemputan kepada majlis-majlis politik atau rapat umum. Jika ada sekalipun, ianya sekadar nasi tambah.

Sebaliknya, terdapat usaha terancang apabila mereka yang hadir terdiri dari golongan-golongan kecil seperti LBGT, mahasiswa, anti-Melayu dan Islam yang digabungkan untuk mencapai jumlah sekitar 25 ribu orang.  Sekali imbas, sudah kelihatan akan kordinasi yang dibuat untuk menjayakan cita-cita politik jalanan untuk mencetuskan huru hara itu.

Pendemo rata-rata tahu apa yang perlu dibuat, terutamanya apabila berhadapan dengan pihak Polis.  Ada yang mendakwa “perhimpunan aman”, namun rakyat sudah faham hasil dari BERSIH 3.0 yang kotor itu. Apa yang mungkin kita tidak ketahui ialah bagaimana usaha berterusan dilakukan oleh Anwar dalam menyebarkan fahaman pluralisma dan liberal sebelum unsur-unsur politik keganasan jalanan disemai kepada pemimpin-pemimpin kumpulan kecil itu.  Mungkin sahaja, ada sesi-sesi tertutup bagi melatih rekrut baru agar memahami cara untuk beroperasi.

Baca selanjutnya di sini...

2 comments:

Jokiden said...

Dengar khabar Tian Chua siap pergi berkursus ke Korea Selatan bagaimana nak menjadi pendemo yang berkesan. Ramai juga yang dihantar ke sana untuk menjalani latihan..

Anonymous said...

pas pru13 bn menang idopkn alek ISA taruk pengkianat2 ni msuk dalam. bia duk dlm tu brpuluh2 tahun. negara aman harmoni rakyat bergumbira