Tuesday, June 19, 2012

FIQH Mentaati Pemimpin:Hak Pemerintah Untuk Ditaati


Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari, iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 June baru-baru ini. Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia.

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.

Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM, pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,” - iaitu makmur dan aman.

Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T. Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia.

Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara. Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur.

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin. Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya.

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya. Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati. Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.

Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.

“Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. 

(Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240) Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”.

(Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa-Sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin.

Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”.

(Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali. Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah: Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. 

Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian. 



Tulisan sumbangan Beruang Biru

16 comments:

RashidAli said...

satu rangkuman yg jitu, syabas RBF. Ciri2 ummatan wasata tergabung dengan hadharah (tamaddun). Aman, bersederhana dalam segala segi demi duniawi dan ukhrawi. Ketaatan kepada pemimpin, mengumpamakan PM sebagai bapa (sempena hari bapa) kepada kita semua rakyat Malaysia. Bayangkan kita sebagai bapa dalam institusi keluarga kita sendiri (nuklius terkecil masyarakat) mempunyai anak2 yg tidak hormat, tidak taat, melakukan apa saja dlm rumah kita...mau kena tempeleng. Kalu jd mat pit mau kena bagi racun dr trus jd bewak hidup.

...ra

pemuda melayu kedah said...

tuan haji rbf mohon pautkan blog saya yang tak seberapa ini ke bloglist tuan www.medantempurkedah.blogspot.com

Anonymous said...

sedih saya baca entry ini. Sedih sebab terdapat mereka yang sangat dangkal & buta hati untuk menyatu padukan ummah...lebih rela bersekongkol dengan kafir tapi mengkafirkan saudara islam sendiri..
:-(

Anonymous said...

Inilah antara ayat-ayat dalam Al-Quran yang diSkip oleh orang pas.

Anonymous said...

'FIQH Mentaati Pemimpin: Hak Pemerintah Untuk Ditaati' bukan sekadar program biasa tetapi melangkaui banyak aspek dan menyampaikan mesej jelas kepada umat Islam diMalaysia khasnya. Bukan sebarangan orang yang menjadi pembentang kertas kerja. Mereka terdiri dari para ulamak dan cendiakawan Islam dunia.

Soalnya adakah mesej mereka sampai kepada orang Islam diMalaysia khasnya? Adakah ahli2 PAS yang taksub dengan 'ulamak' mereka dapat menerimanya dengan lapang dada?

Atau adakah 'ulamak2' PAS dapat menerima hakikat bahawa dunia amnya telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh?

Rasanya pemimpin2 PAS tidak akan berani menerima kenyataan diatas kerana perjuangan mereka selama ini bukan kerana Allah sebaliknya atas kepentingan duniawi semata2. Mereka akan terus kufur dengan nikmat yang mereka perolehi dibumi Malaysia ini. Mereka lupa akan balasan kekufuran mereka seperti janji Allah SWT. '..Sesungguhnya azab Ku amat pedih'. Wallahualam.

mk

Anonymous said...

org2 pas hanya akan taat kepada pemimpin2 mereka sahaja..sebab itu mereka taksub melampau sehinggakan pemimpin yang tengah solat pun diperhatikan dan diambil gambar.
setahu saya, ketaksuban melampau hanya akan membawa ke jalan yang sesat..

zack ahmad keychain said...

Disamping hak Pemimpin yang tidak zalim untuk ditaati, rakyat juga punya hak untuk pemimpin taati.Jangan pemimpin itu terlalu takbur yg merasakan keamanan dan kemakmuran yg dikecapi adalah hasil usaaha mereka sahaja sedangkan maksiat dan dosa disorok dibawah lipatan tikar.Jangan fikir bahawa terdapat rakyat tidak menyokong kepimpinan sekarang adalah hasil fitnah dan dakyah pembangkang semata-mata. Rakyat juga punya akal utk menilai yg mana benar dan yg mana palsu. Yang menzalimi diri sendiri yg banyak dinyatakan dlm ayat-ayat tertentu terdapat dlm kepimpinan sekarang. Ingatlah Allah belum menurunkan balanya yg benar-benarnya. Jika kepimpinan masih menyembunyikan sampah dibawah lipatan tikar...maka tunggulah saatnya.

To Live Again said...

En.Zack,

Kita pon x penah nk REDHA dgn segala dosa yg mereka lakukan.Tidak sam sekali! Cuma kita perlu bezakan jenis DOSA yg mereka lakukan.

Kita selalu dgr pembangkan sebut kononnya KITA TIDAK PERLU TAAT PD PEMIMPIN YG ISTERINYA SENDIRI PON TAK PAKAI TUDUNG.Ini adalah konsep yg jelas salah kerana dosa tersebut adalah dosa individu dn PASTI akn di adili dihadapan Allah nnti.

Ada pulak org ckp mengenai dosa2 besar spt rasuah dll.Ya! Kita bencipd rasuah dn kita patut tolak pemimpin yg tidak amanah.Tapi bagaimana caranya??Adakah dgn melalak di jalan.Membuat rusuhan dn sebgainya konon atas nama PERUBAHAN.

Nak lg memburukkan keadaan bila perarakan yg kononya mempunyai niat yg BERSIH&MURNI dicampuradukkan.Konon atas nama pilihanraya tp melalak menjerit pasal ISA,PTPTN,Lynas dll.Adakah ini kaedah yg diajar dlm Islam??

Kamal said...

Saya sgt setuju dgn keratan ayat2 tu admin, kita wajib mentaati pemimpin yg adil dn saksama, dan kita wajib menentang pemimpin yg zalim.. Admin, tlg jgn delete komen aku ni, apa pandangan admin kalau sebuah rumah muslim menyimpan arak? Halalkah pbuatan tu? Pengnut islam ke tuan rumah tu? Islam melarang umatnya melakukn pbuatan yg bkaitan dgn arak dn judi, btl admin? Ulama2 yg dtg ni tau atau x dmalaysia ada 4 kilang arak dn pusat kasino paling gah dgenting sana tu? Hehehe..

Anonymous said...

yang paling pelik,

mereka2 yang menjerit melolong menggonggong di jalan raya pasal kebersihan dan ketelusan itu sendiri tidak bersih dan tidak telus..

ada hati nak menyeru orang buat perubahan? gila ke?

Kamal said...

En zek.. Btl dosa isteri tu dosa individu, tp individu tu pemimpin negara islam.. Dia kena tunjuk teladan yg baik, kalau isteri dia pun dia xboleh tegur dn ajar cara islam, mcmana nk mjga negara ikt acuan islam? Rasullullah s.a.w penah bpesan pilihlah pemimpin yg baik, maksud dia pemimpin tu bgus dlm memimpin dri dia sdr, isteri dn keluarga, serta jiran2, bru lah layak memimpin dlm skop yg besar seperti negeri atau negara btl x zek? Takkan pesan rasullullah s.a.w pun kta xnak amik ikt?

Kamal said...

Btl, pemimpin mcm bapa kita, kamu sanggup melihat ibu kamu tidak menutup aurat? Kamu rela rumah kamu ada arak dn judi? Hehehe slmt hari bapa.

Anonymous said...

Kita juga tidak sanggup beribukan seorang pembohong besar yang bersekongkol dengan penzina dahsyat dualam. Juga bapak=bapak dan ibu-ibu yang tidak berani menegur kemungkaran pihak diri sendiri dan hanya melihat pihak lain. Timbang punya timbang ambillah yang tidak menjual agama untuk kuasa dunia yang sedikit, yang takut kepada manusia/sekutunya melebihi takutkan Allah SWT.

Anonymous said...

kamal..

jadi? pemimpin yang macm sang anugerah tuhan tu yg korang sanjung apehal?

Anonymous said...

kamal..

kamu lupa ke pasal HIDAYAH? terserah pada Allah jika seorang perempuan si isteri pemimpin tak menutup aurat. mungkin suami sudah menasihati tapi Allah masih belum memberi hidayah kepada tuan punya badan. maka kita bersangka baik lah..semoga dia mendapat hidayah. lagipun isu aurat isteri si pemimpin itu hanya melibatkan dia dan Tuhannya..

selagi si pemipin menjalankan tanggungjawabnya dgn baik, maka selagi itu kita wajib taat. urusan peribadinya bukan urusan kita. kita dah tegur, cukup smp situ sahaja. sama spt kaum kerabat kita, kita dah tegur, lepas tanggungjawab lah..jangan pula kaitkan isu itu dengan kebolehannya sbg pemimpin..

adakah pemimpin yang mempunyai isteri dan anak bertudung tetapi amat2 diragui moralnya sesuai untuk memimpin dlm skop yang lebih besar spt negeri dan negara? bagaimana jika menutup aurat itu semata2 hanya sbg camouflage? fikir2kan..

Aloq Laloq said...

Salam tn blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq