Tuesday, June 12, 2012

Tun Dr M Terus Jadi Produk Kebanggaan Malaysia dan Video Anwar Marah Tun Dipuji

Berita negara Yaman mempelawa Tun Dr M menjadi penasihat ekonomi negara tersebut adalah satu berita yang menggembirakan majoriti rakyat Malaysia. Tidak lupa, ada juga yang sakit hari dengan perkembangan berkenaan. 

Ketika kebanyakkan negara-negara di dunia ini masih lagi menganggap orang puteh sebagai kuasa, jaguh dan hero ekonomi, tiba-tiba Yaman memilih seorang rakyat Malaysia sebagai penasihat ekonomi mereka. Sudah tentu ianya membanggakan kita. 

Yaman mengganggap kejayaan Tun Dr M sepanjang pemerintahannya 22 tahun dengan mengubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

Berita dipetik dari Sinar Harian Online
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.
   
Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan  serta seorang pegawai Bank Dunia.
   
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.
   
"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
 
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
    
"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
   
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.
   
Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi.
Nik Aziz pun dah 22 tahun jadi MB Kelantan, apa yang dia berjaya ubah ?

Nak ubah air supaya jadi bersih dan rakyat dapat bekalan air pun tak mampu ?

Ada hati nak perintah Malaysia....

Selama 22 tahun, sikit-sikit sembahyang hajat, sikit-sikit munajat dan keluarkan dua tiga titis air mata buaya untuk dapat undi.

Sembahyang hajat , doa munajat tidak akan mengubah nasib atau keadaan jika tidak disusuli dengan usaha. Sembahyanglah sampai bengkak kaki dan lekuk dahi sekali pun, hasil, kejayaan atau duit tak akan turun dari langit jika tiada usaha yang dilakukan.

Kehebatan , jasa dan sumbangan Tun Dr M memang tiada tolok bandingnya, dan sebab itulah sampai ke hari ini Allah SWT masih mengurniakan kesihatan yang baik dan akal yang tajam kepadanya walupun usianya telah menghampiri 90 tahun.

Kerana apa ?

Kerana sepanjang hidupnya dia banyak berbakti dan berjasa kepada orang ramai sehingga membuatkan ramai orang gembira dengannya. Hidup ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi jika kita disukai orang ramai. Seorang puji Tun bagus, dua orang puji Tun hebat, tiga orang puji Tun bijak, empat orang puji Tun kacak. Semua itu doa dari orang ramai. Maka sampai ke hari inilah beliau sihat, hebat, bijak dan kacak.

Zaman awal reformasi tahun 98 satu stadium penuh orang buat sembahyang hajat minta jatuh bala kepada Tun Dr M. Tapi sampai hari sembahyang hajat dan doa mereka tidak dimakbulkan dan berpatah balik kepada mereka sendiri. Sebab itu sampai hari ini orang itu masih lagi bertarung dengan pelbagai masalah.Tun pula dengan senang hati boleh bergembira bersama anak cucu dan tunggang kuda.

Lihat video dibawah bagaimana Nik Aziz puji Tun Dr M. Nik Aziz puji beb......

Ulang lagi, Nik Aziz puji........dan jangan lupa juga lihat bagaimana Anwar marah apabila Tun Dr M dipuji.


Sebagai penutup, 

Ya Allah  Ya Tuhanku, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa , teruslah kurniakan kesihatan yang baik , akal yang bijak dan panjangkanlah usia pemimpin kami Tun Dr Mahathir Mohamad. Ya Allah kurniakanlah kejayaan kepada beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Yaman....

Amin....Amin....Ya Rabbal Alamin.......

25 comments:

Anonymous said...

Ya, Allah. Semoga Engkau memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk pemimpin seperti Dr Mahathir supaya terus berbakti untuk umat Islam di seluruh dunia...

Anonymous said...

Berita yang takkan disiarkan dalam Haprakdaily dan Suara Keldaian....

Anonymous said...

Yes that we called an old gentlemen , semuga yang berbahgia Tun Dr Mahathir sentiasa di lindung allah selalu , hari raya nanti buat lah open house di PWTC mcam masa dulu dulu

Anonymous said...

Tun M memang seorg yg genius dan merupakan seorg pemimpin agung yang hanya muncul sekali setiap 100 tahun. Setakat ini tiada seorg pun pemimpin politik yg sehebat beliau.

Anonymous said...

Mamat tu pun akan berkata...alamak aku jadi penasihat ekonomi negeri selangor je..dah le berharga seringgit...hehe

Anonymous said...

panjangkan usia Tun Mahathir YA ALLAH dan diberikan beliau kesihatan mental dan fizikal,
semoga Tun sentiasa terpelihara dibawah naungan arasy mu YA ALLAH....
berikan dia ketenangan dan kebahagian didunia dan diakhirat, berkati dan permudahkan segala urusannya, semoga Tun berjaya membawa Yamen maju dan disegani di mata dunia

Anonymous said...

Aminnn....

Anonymous said...

Ya Allah .Kurniakanlah bumi Malaysia ini seorang pemimpin yang setaraf dengan Tun.

Anonymous said...

Amin....Amin....Ya Rabbal Alamin.......

Anonymous said...

Anwar ni berjubor pandai lah dia.

Servant of God said...

Amin.

hanizam said...

ANON 1.59pm..

TU YANG KITA TAU GAJINYA SERINGGIT..YANG KITA TAK TAU ELAUNNYA...

LOGIK KE JADI PUNAHSIHAT DENGAN GAJI SINGGIT, HANYA ORANG GILER JE YANG TERIMA...

RFB...

AKU TANG PERENGGAN KATA SOLATLAH BANYAK MANER PUN TANPA USAHA, MENANG TAK JADI APE...

YANG PAALING AKU RASA PENYOKONG PAS AKAN MEROYAN, BILA DIKATAKAN AIR MATA BUAYA...

FUH, AIR MATA BUAYA TU....

HA..HA..HA...

Anonymous said...

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan pelihara kesihatan Tun M agar idea dan Ilmunya dapat dimenfaat semua orang.. Kami dari Putrajaya memandang tinggi keperibadian Beliau.

Anonymous said...

sape yg RBF maksudkan tengah berjuang sakit tuh?

sya

Anonymous said...

Saya kenal Tun dari kecik lagi.Masa Tun buka klinak kat Pekan Melayu lagi. Kami dari Aloq Setaq dan kakak Tun pun saya kenal. Memang dari keluarga yang suka merendah diri dan penting kita patut belajar bagaimana method ataupun cara didikan ayahanda dan bonda Tun. Pernah bersembang dgn Tun, he is man with principles, consistent and most of all his humbleness makes me fel so small.Loving and caring, thats how he cares for his sisters though he is already the Prime Minister. Prinsip perjuagan yang sentiasa konsisten, berani dan pandai mengambil risiko serta berpandangan jauh.. Semoga Tun sentiasa memberi inspirasi dan menjadi aspirasi golongan muda tak kira dari kampung atau bandar tanpa mengira bangsa.. Maju Malaysia.

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Kepada peminat buku diluar sana anda disarankan menyertai kaki-kaki buku yang lain memeriahkan industri buku tanahair, komuniti ini begitu aktif membincangkan tentang buku.. buku.. buku.. dan buku beserta penulis buku (spt Tun Dr Mahathir Mohamad), forum, komen, chat secara ilmiah lagi santai. Juga pelbagai aktiviti lain disediakan oleh Goodreads pada website canggih - interaktif - mudah ini.
Anda boleh lawat disini dan mendaftar ahli (mudah je);

http://www.goodreads.com/

Dan jangan lupa juga kepada peminat dan followers mentor kita Tun Mahathir boleh add Fans pada penulis buku A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad ini dengan segera (itu terpenting!);

http://www.goodreads.com/author/show/558864.Mahathir_Mohamad

dan versi al-ARABnya di;

http://www.goodreads.com/author/show/2814769._

sokongan hebahan anda, dan tuan punya blog RBF Online memberi sokongan secara tak langsung pada Tun M dan karya terbarunya
http://www.goodreads.com/book/show/13628014-doktor-umum
Terima kasih. Assalam..

Peminat Buku

Anonymous said...

amiiiin...

Anonymous said...

Aminnnnnnnnnn....Inilah baru boleh dikatakan Hero Malaya dan Dunia Islam..

Anonymous said...

Anuar kata ' Tapi saya mau org zalim dan rasuah itu insaf...hahahahahahahah Lawak la Mamat nih...memang muka x malu, tebal mana agaknya dermis dan epidermis beliau..isy isy isy..memang teruk A.IB nih...

Anonymous said...

Kita doakan yg terbaik kepada Tun & Family...
dan harapkan Anuar LGBT & co insaf ..( tapi rasanya lagi baik doakan mamat kurang ajar tu pendek umur aje)..Aman Malaysia dan dunia Islam.

Anonymous said...

kali ni agak kurang setuju...dgn perlekeeh solat hajat munajad...

harap dimasa hadapan...rbf melebelkan dgn tepat sedikitm'

eg'

solat hajat pas
munajat partu pas

Anonymous said...

Amin. Aku tang Tun Dr. M ni memang sebak. Jasa dia terlalu banyak pada orang Melayu.

Anonymous said...

Tun M was and is still the best.Jasamu, Tun M, akan tetap dikenang.

Anonymous said...

Aku masih xphm kenapa ramai yg masih sokong pemimpin cm anwar ni. Dah terang lagi terpancor kebijaksaan dia memutar belitkan penykong sendiri. Org cm anwar ni lah yg akan menjatuhkan maruah bangsa melayu n negara. Mmg aku xheran kalau negara kita satu ari nnt akan di pimpin org bangsa lagi selagi melayu dgn melayu bertekak. Yg lg best nye, bangsa lain gelak ketawa besar melihat gelagat bangsa melayu kita. Selagi ada org mcm anwar ni, mmg bangsa melayu akan terus bergaduh. Kepintaran anwar memesongka pemikiran penyokong bodo dorg yg setia bersama dia. Sungguh kesal aku tgk dorg ni. Sudah lame mengampu tp anwar xdpt jgk naik. PAS pulak ade pendirian tersendiri. Harus kita hormati. Jelas kt cni hanya PKR n DAP yg salu kucar kacir kan negara. Tapi PAS jd pengikut setia sb dorg tahu tnpa dua parti tu, pas hanya bole takbir kltn sje. Think out of the box kepada semua pemimpin anwar. Guna otak. Buka mata. Muke anwar da nmpk cm org ISRAEL da. Da jdi muka dajal da. Masih xnmpk ke???

Anonymous said...

Amin..Semoga Allah SWT memakbulkan doa kita semua. Tun Dr Mahathir sememangnya hebat. Keberanian Tun dalam mempertahankan perinsip dan kebenaran tidak pernah padam. Belum ada ada lagi pemimpin dunia hari ini yang dapat menandingi kehebatan Negarawan Ulung Malaysia yang satu ini.

MTK