Tuesday, July 3, 2012

Husam Patut Cabar TV3 Anjur Forum Antara Dia Dengan Mufti Kelantan


Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan mata wang syariah

Kerajaan Kelantan bakal mencipta sejarah apabila mengembalikan semula fungsi matawang syariah Dinar dan Dirham yang sudah dilupakan hampir 100 tahun lalu melalui kempen pembayaran Zakat 25 Ogos ini.
Penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham bukan sahaja dalam urusan jual beli, tetapi boleh digunakan untuk pembayaran zakat.

Kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan disempurnakan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Ogos tahun lepas sebagai alternatif kepada mata wang sedia.

Peringkat permulaan penggunaan mata wang syariah tersebut, ia boleh digunakan di kira-kira 1,000 kedai dan restoran di sekitar bandar Kota Bharu untuk transaksi perniagaan.

Menurut Nik Abdul Aziz, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang, dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan Bank Negara.

 Sumber: dinardirham.com

Bekas orang kuat Kelantan Golden Trade yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan, Nik Mahani berkata Dinar dan Dirham perlu diletakkan dibawah KDYMM Sultan Kelantan atau Baitulmal kerana Kelantan menggunakannya sebagai mata wang untuk transaksi pernigaaan. 

Bukti Kelantan jadikan sebagai mata wang.....

KOTA BHARU, 5 April: Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, rakyat serta pelancong yang berkunjung ke negeri itu boleh merasai pengalaman membeli belah di Bazar Tok Guru (BTG) dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham.

Atas inisiatif Kerajaan Negeri Kelantan menerusi anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade (KGT) dan Wakala-Wakala (wakil Jualan Dinar Dan Dirham) kedai-kedai di BTG kini menerima urusniaga menggunakan mata wang syariah itu sejak pertengahan bulan Mac lalu.

Untuk kemudahan pengunjung dan pembeli, kedai-kedai yang menerima dinar dan dirham boleh dikenalpasti dengan dengan melihat kertas penanda bercetak 'Kami Terima Dinar dan Dirham' yang ditampal di dalam kedai atau bertanyakan terus kepada peniaga.

"Sebanyak 50 peratus peniaga di Bazar Tok Guru, Kota Bharu sudah menerima dinar dan dirham dalam jualan harian mereka dan ini adalah satu perkembangan positif ke arah mengembalikan matawang syariah kepada ummah.

"ini satu usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata Pengurus Besar KGT, Tuan Hj. Mahadi Mokhtar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Sumber: www.dinarkel.net

Beberapa hari lepas pula Mufti Kelantan mengeluarkan kenyataan berikut

Kerajaan Kelantan tidak boleh menjadikan dinar atau dinar emas Kelantan mata wang selagi tidak mendapat kelulusan Kerajaan Pusat atau Bank Negara Malaysia (BNM).

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perhiasan untuk simpanan seperti barangan kemas selagi ia tidak mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan.

Sehubungan itu katanya, selagi ia tidak mendapat kelulusan BNM, tidak timbul isu ia perlu diletakkan di bawah ‘ulil amri’ negeri iaitu Sultan atau pun Baitulmal.

“Kita kena faham negara kita Malaysia ada mata wangnya, jadi sebarang yang hendak dijadikan wang perlu bertaraf mata wang, jadi apakah dinar yang ada ini sudah bertaraf mata wang.

“Dinar yang ada sekarang tidak termasuk dalam kategori mata wang. Ia hanya macam barang perhiasan lain. Untuk dijadikan mata wang, ia tertakluk kepada undang-undang negara ini, mata wang terletak pada Bank Negara,” katanya ketika diminta mengulas cadangan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd, Nik Mahani Mohamad agar ia diletakkan di bawah sultan atau baitulmal bagi mengelakkan berlaku salah guna atau pengambilan untung yang berlebihan.

 “Yang saya bimbang ialah takut eksploitasi sehingga mencertuskan unsur-unsur penipuan, itu bukan soal mata wang. Penjualan emas jangan sampai ada penipuan,”


Jika minggu lepas apabila Datuk Dr Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan meminta Kerajaan Kelantan menyelesaikan masalah Dinar dan Dirham dalam masa tiga minggu, bukan main garang lagi Husam Musa mencabar TV 3 agar mengadakan forum secara langsung antara beliau dengan Awang Adek. 

Sekarang Mufti Kelantan kata Dinar dan Dirham bukannya mata wang. Apabila ianya bukan mata wang sudah tentu tidak boleh digunakan untuk transaksi perniagaan. Apa yang dikatakan oleh Mufti Kelantan itu turut disiarkan dalam berita di TV 3.

Husam sepatutnya mencabar TV 3 agar mengadakan forum secara langsung antara beliau dengan Mufti Kelantan. 

Tetapi kenapa sampai ke hari ini Husam belum menyanggah apa yang dikatakan oleh Mufti ?

Kickdefella ada ceritanya.....klik di sini

9 comments:

hanizam said...

kita tengok jelah ape jadi seterusnya...

keadaan sekarang ni, memang Husan tersepit...atas, bawah,kiri, kanan, depan, belakang dia kena...

kita tunggu jugak ape pencacai PAKATAN akan kata benda ni...aku rasa mereka pun tak tau ape nak tulis @ sanggah...

mereka pun tau bukan ada harga sangat dinar/darham tu mengikut keadaan sekarang ni...

hairannya sampai ke Dubai nun ditempah benda ni...kat malaysia takan takda kepakaran...

Syiling kat malaysia ni, rasanya kalau tak silap dicetak di seksyen 15 shah alam...(kalau salah tolong betulkan..)

kalau dah kesana buatnya, mesti ada pelbagai kos yang dikeluarkan...

kerajaan negeri juga tak mau buat seperti maner Bank Negara lakukan iaitu, jika syiling rosak @ sebagainya, nilainya takan jatuh & kos pengeluaran syiling baru ditanggung juga oleh Bank Negara...

ni tak, siap kata kalau rosak bungkusan @ ape saje, nilainya jatuh...macam barang kemas pulak jasinya...

hidup-hidup kena kencing sape yang percaya benda-benda ni...barang kemas pun nilai akan meningkat...

tapi yang ini??? sebaliknya...

Anonymous said...

wow terlalu make sense

husam parah kali ni

Anonymous said...

Dinar Husam lebih mahal dari dinar yg dikeluarkan oleh pengeluar dinar2 lain.

demam tok guru kali ni.

abe ja said...

sabar tuan2..ada logical explanation di sebalik semua kekecohan ini.

alasan-alasan paling munasabah:

1) mufti kelantan adalah ahli umno dan dilantik oleh umno.

2) umar vadillo ahli umno luar negeri

3) kgt telah disabotaj dari dalam oleh umno

4) harga emas semasa di pasaran dunia direndahkan nilainya oleh umno supaya dinar kelantan jadi mahal

5) dinar kelantan paling tulen emasnya.emas minted lain dah dikurangkan ketulenan oleh umno

6) ini semua propaganda media umno.

Anonymous said...

abe aje..
komen paling bodoh.

Anonymous said...

abe aje..
komen paling bodoh.

Anonymous said...

ini bukan sahaja dinar husam tapi contoh dinar PAS , nak tergelak aku baca Husam punya komen .. patutlah pengikut PAS senang kena tipu dengan pelbagai cerita karut dan mudah mempercayai fitnah .

Nak buat cara Islam tu baik , tapi dinar PAS ni paling pelik sikit aku tengok , banyak perkara meragukan , inila jadinya bila nak memperalatkan agama .

Bila Tun suruh berniaga berdasarkan emas dan bukan dolar amerika banyak makna tu untuk negara-negara Islam TAPI orang PAS gelakkan kan Tun hahaha lawak betul aku tengok

Anonymous said...

Adalah pelik bila difikir-fikirkan. Ada 14 negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Selepas PRU12, Kelantan dan Kedah adalah 2 negeri dibawah PAS. Kenapa hanya Kelantan sahaja yang memperkenalkan mata wang dinar/darham? Jika betul sistem matawang yang diperkenalkan oleh PAS Kelantan pastinya Kedah akan mengikut jejak langkah PAS Kelantan. Kenapa pula Selangor dan Pulau Pinang yang juga sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat tidak mengikut langkah PAS Kelantan?

Apa yang dilakukan oleh PAS Kelantan hanyalah gimik untuk mengelirukan rakyat Kelantan khasnya supaya dilihat sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya lebih Islam dari Kerajaan lain diMalaysia termasuklah Kerajaan PAS Kedah.

Husam boleh terus membohongi Nik Aziz dalam isu dinar/dirham emas seperti mana Husam mengelirukan Nik Aziz dalam 'projek Kambing janapari, lebuhraya rakyat dan deretan projek2 tidak terlaksana yang lain. Tetapi Husam tidak boleh terus membohongi rakyat Kelantan khasnya kerana rakyat Kelantan jauh lebih cerdik dari Husam sendiri?

mtk

abe ja said...

Anon 11:30 PM,

keluarkan la pulak "hujah pandai" anda.