Monday, July 2, 2012

Menjawab Pembohongan Akhbar Rasmi PAS

Media masa arus perdana sering dilemparkan dengan pelbagai tohmahan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Yang sering menjadi sasaran utama mereka adalah Utusan Malaysia. Kononnya kualiti pemberitaan teruk dan tidak beretika. Hanya media-media milik mereka sahaja kononnya yang telus, mulus dan suci.

Sebelum ini sudah beberapa kali saya pernah membuktikan pembohongan mereka di blog ini. Hari ini sekali lagi saya nak tunjukkan kepada anda pembohongan media yang layak digelar suara rasmi syaitan yang dimiliki oleh Parti Ajaran Sesat (PAS).

Harakahdaily semalam melaporkan berita yang menunjukkan seolah-olah PM berada dalam keadaan yang cukup cemas sehingga terpaksa membatalkan jemputan ke majlis perkahwinan anak seorang VIP.  Seperti biasa bagi menyedap dan menyelerakan bahan fitnah mereka, nama isteri PM pasti akan diselitkan sebagai bahan perencah utama. 

Dikatakan Datuk Sri Najib mewakili kepada Datin Sri Rosmah untuk mewakili beliau ke majlis tersebut dan memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Kebiasaannya jika ada sesuatu jemputan majlis perkahwinan tidak kira samada VIP atau orang biasa seperti kita , tuan rumah akan menjemput kita bersama isteri atau kita bersama keluarga. Setakat ini di Malaysia belum pernah lagi ada orang yang menjemput kita yang telah berkeluarga ke majlis kenduri perkahwinan hanya menjemput suami sahaja yang datang.

Contoh jemputan, 

Kepada Pak Abu dan isteri ATAU Kepada Pak Abu dan keluarga.

Belum pernah lagi terjadi jemputan seperti ini, 

Kepada Pak Abu sahaja ATAU  dalam kad undangan perkahwinan ditulis hanya untuk tetamu yang dinamakan sahaja. Dilarang membawa isteri atau keluarga.

Kita sendiri pun ada kalanya tidak dapat bersama isteri untuk menghadiri sesuatu majlis undangan perkahwinan. Ada kalanya kita hadir seorang diri dan ada kalanya kita tidak dapat hadir dan hanya isteri kita sahaja yang hadir. Ada kalanya kedua-duanya tidak dapat hadir. Jika tidak dapat hadir kebiasaannya kita akan memberitahu tuan rumah dan mengirimkan sesuatu untuk tuan rumah sebagai tanda ingatan. 

Berbalik kepada cerita kononnya DS Rosmah mewakili Datuk Najib dan memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus PM  dalam majlis itu. Kehadiran DS Rosmah tidak ubah sepertimana kita meminta isteri kita menghadiri sesuatu majlis kenduri yang kita sendiri tidak dapat hadiri. Dan dalam masa yang sama DS Rosmah juga adalah tetamu yang dijemput. Kerana nak menyedapkan fitnah dan hendak timbulkan kebencian masyarakat kepada Datuk Najib dan isteri dikatakan kehadiran DS Rosmah sebagai memangku dan tetamu berstatus PM.

Dikatakan ketidakhadiran Datuk Najib ke majlis itu kerana malam tadi Datuk Najib perlu bergegas ke Sabah akibat keadaan politik Umno di sana semakin panas atau dalam bahasa mudahnya dipanggil kelam kabut atau haru biru. 


Malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri Bawah Bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Untuk pengetahuan semua, dari semalam sehingga ke pagi ini saya berusaha sedaya upaya mencari maklumat di sana sini bagi mendapatkan pengesahan perkara tersebut. Setelah puas berusaha akhirnya saya mendapat jawapannya pagi ini.

Memang terdapat jemputan untuk PM menghadiri majlis perkahwinan anak  Tan Sri Rozali di One World Hotel Bandar Utama malam tadi. Difahamkan pejabat PM telah memberitahu tuan rumah PM tidak dapat hadir ke majlis berkenaan. Apabila tidak hadir, maka program itu tidak dicatatkan dalam jadual atau diari PM.

Tidak timbul sama sekali PM membatalkan kehadiran dan bergegas ke Sabah. Datuk Seri Najib tidak pernah sesekali ke Sabah semalam. Tidak ada sebiji pesawat pun semalam yang membawa anak Tun Razak itu melintasi ruang udara Sabah, apatah lagi untuk beliau memijak kaki di bumi Sabah. 

Jika sebelum ini malaysiakini pernah menjadi perisik hingga berjaya mengesan kehadiran pesawat yang membawa PM di Australia, sekarang kita minta mereka kesan pula ada atau tidak pesawat yang membawa PM mendarat di mana-mana lapangan terbang dalam bumi Sabah semalam.

Mengikut maklumat yang saya terima yang saya boleh katakan 100 % betul. Setelah beberapa minggu tidak ada ruang untuk berehat kerana jadualnya yang padat, semalam Datuk Najib ada sedikit kelapangan. Pagi semalam beliau melakukan aktiviti riadah dan bersukan untuk kesihatan dan dalam masa yang sama bagi mengekalkan stamina serta kecergasan beliau.

Sebelah tengahari beliau berada di rumah dan dari petang hingga ke malam beliau ada beberapa perjumpaan serta perbicangan dengan beberapa orang-orang tertentu seperti yang telah tercatat dalam jadualnya.

Ada jemputan untuk PM bersama-sama menonton perlawanan akhir Euro 2012 di I City Shah Alam awal pagi tadi, tetapi Datuk Najib tidak menghadirinya kerana pagi ini beliau ada perhimpunan bulanan JPM seawal jam 8 pagi. 

Jadi dakwaan sepertimana yang disiarkan harakahdaily adalah pembohongan semata-mata. Datuk Najib tidak pernah sesekali ke Sabah semalam. Kita tunggu samada beranikah mereka memohon maaf di atas pembohongan tersebut ? 

Parti islam konon......khaikkkkk ptuihhhhhhhh......siang malam berbohong lagi istihar mereka parti islam.

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda antara parti islam dengan parti yang Pas selalu cop sebagai sekular dan ada kalanya mereka kata kafir, iaitu Umno.

Islam mengajar umatnya untuk mengekalkan dan mengeratkan silaturrahim.Jika orang jemput kenduri, kita perlu hadir. Jika tidak mampu hadir hantarlah isteri kita sebagai wakil. Begitu juga dengan orang sakit, kita perlu ziarah.

Dalam hal ini, sebagai seorang PM sudah tentu Datuk Najib sentiasa sibuk dengan urusan negara , urusan rakyat dan urusan politik. Ada 14 negeri , 27 juta rakyat, 14 parti komponen BN, lebih 3 juta ahli Umno dan yang lain-lain lagi perlu dijaganya. Sudah tentu 5 minit pun cukup penting bagi beliau.

Apabila beliau tidak mempunyai kelapangan untuk menghadiri sesuatu majlis undangan perkahwinan, beliau minta isterinya supaya pergi. Itu cara orang yang beradat walaupun beliau dari parti yang musuh katakan sekular dan kafir.

Bulan Mei lepas, bekas Timbalan Presiden Pas yang kini AJK Pas Pusat , juga Ahli Parlimen Pas Bachok, Nasharuddin Mat Isa mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak beliau di Bangi.

Secara adatnya sudah tentu Nasharuddin menjemput pimpinan tertinggi Pas ke majlis tersebut. Jangan kata batang tubuh,  bayang-bayang Nik Aziz , Haji Hadi , Mahfuz Omar serta kepimpinan tinggi Pas yang lain haram tak nampak pun. Isteri mereka pun tak nampak juga. Sebaliknya orang dari parti sekular dan kafir pula yang datang untuk mengeratkan silaturrahim. Antaranya, Tan Sri Muhyiddin, Nazri Aziz dan KJ. Gambar boleh dilihat di sini.

Islam minta kita menziarahi orang sakit dan doakan agar pesakit sembuh sepertimana gambar dibawah.....


Orang yang sakit pula bila dah sembuh minta doakan orang yang melawatnya supaya pecah perut. Cara islam kah itu ?

Sekarang rakyat nilailah sendiri setakat mana islamnya Pas ? Sepanjang lebih 50 tahun kewujudannya, mereka hidup kerana menjual agama dan hidup diatas pembohongan dan fitnah.

Tiada gunanya serban berbelit-belit dan tudung labuh sampai ke lutut kalau hidup dipenuhi dengan fitnah dan pembohongan. 

Ingat perbezaan Umno dan Pas....

UMNO berjuang menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa....

PAS berjuang menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik.....

20 comments:

Anonymous said...

wah hebat rbf sampaikan blh cek jadual pm.tahniah atas usaha anda utk menjwb pembohongan parti ajaran syaitan dgn fakta yang cukup.

Anonymous said...

Org PAS tunggu masuk kubur nanti baru tahu, sesat ke tak?

RBF Online said...

Kepada Anon 12.12

Awak tak tahu bagaimana susah dan seksanya saya nak dapatkan semua itu....

Daripada petang semalam saya call sana sini sehinggalah ke malam tadi dan pagi ini.

Call orang A dan si A kata dia akan hubungi B untuk dapat maklumat. B tak dapat dihubungi dan sebagainya.

Call orang C pula dan dia kata dia akan hubungi D untuk dapatkan bertanyakan kesahihan.

Call orang Sabah. Macam2 lagilah yang saya call. Saya tak mahu bergantung pada satu sumber.

Last2 pagi tadi semua maklumat yang saya dapat ceritanya sama dan selari.

Bila dah dapat dan saya yakin sahih, barulah saya tulis.

Soal hebat tak timbul. Yang penting kepuasan yang saya dapat dalam menjawab fitnah Parti Ajaran Setan.

Anonymous said...

Tahniah bro...hebat lengkap dgn fakta tapi mau ke penganut pakatan esp PAS percayakan fakta...setau sy mrk lbh mmpercayai kitab Haprakah mrk....

usin said...

harakahdaily hanyalah sebuah akhbar politik. tidak berdosa rasanya jika namanya diubah kepada haramjadahdaily kerana kerajinannya menyiarkan berita2 fitnah bertaraf haramjadah. maaf kalau keterlaluan..

Anonymous said...

Tak sabar rasa nya nak kebumikan parti asuhan syaitan pada PRU ini

Anonymous said...

bro rbf tak payah check fact pun tak pa. memang dah tentu apa-apa yang keluar kat harakah semuanya bohong belaka.

Anonymous said...

.....apa-apa yang keluar kat harakah semuanya bohong belaka kecuali iklan ubat kuat seks....haaa yang ini boleh percaya. ingat tu bro rbf.

Anonymous said...

Saya sudah lama mengharamkan diri dan keluarga saya daripada membaca Harakah. Begitu juga dengan Suara Keadilan.Bagi saya berita2 yang tersiar didalam akhbar2 tersebut tidak lebih dari sampah. Jika diberi percuma sekali pun tidak akan memungkinkan saya menyentuh akhbar tersebut. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Parti Angkatan Syaitan...hehehe

manjung TIBAI said...

Parti haram jadah memang macam tu. Dah tak tau haram ke halal...

zack ahmad said...

Ya betul tu. Memang ubat kuat seks yg diiklankan dlm Harakah semuanya benar dan betul-betul power.Itu Harakah memang tak pernah bohong. Kalau dh makan tu...Pak Lebai pun cepat-cepat nak balik nenggek walaupun ceramah PAS lum habis.

Anonymous said...

meluat la dgn abby abadi...sejak2 dh berhijrah nih...meroyan tak tentu pasal...

Anonymous said...

kawan tengok harakah pun jijik..rasa nak muntah

Anonymous said...

di sabah ni tiada pula apa2 yang menggemparkan.ini pandangan rakyat biasa seperti saya lah. tidak tahu pula keadaan di atas sana. yang pasti, suasana macam biasa di kalangan rakyat sabah.

Anonymous said...

Parti Action Saja...tak ada apa pun.

Anonymous said...

kalau tak menipu bukan harakah namanya...

Anonymous said...

tepat,padat,padu,.parti hrmjdh pas perlu dihapuskan

Anonymous said...

Kredibility journalist pas memang in question. Maybe depa baru lepas belajar. Bohong sunat is OK. Janji boleh pesong persepsi masyarakat terhadap lawan. Mesti belajar dari Bro Anwar... Pakar putaq alam..

Anonymous said...

Akhbar haprakah,roketracist n akhbar pgayr adalah haram dan najis bagi seluruh rakyat Malaysia..dengan melihat front page akhbar2 tersebut pun dah rs berdosa sbb bc benda2 fitnah..

those papers insulted rakyat intelligent...

-hidup Utusan