Friday, July 6, 2012

Pelik Bin Ajaib Apabila Tiba-Tiba Orang PKR Menghormati Mahkamah

Tengahari Selasa (3.Julai.2012), MCA membuat kenyataan yang mendakwa kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd.

Pada petang hari yang sama, Khalid Ibrahim di majlis penutup dialog bajet Selangor 2013 di Subang Jaya berkata beliau akan menjawab apa yang dituduh MCA dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco esok (Rabu).

Apabila sampai masa yang dijanjikan ketika mana para-para wartawan berpusu-pusu menanti jawapan balasnya , tiba-tiba sahaja Khalid Ibrahim buat kona baring dengan berkata beliau tidak boleh menjawab tuduhan MCA kerana tidak mahu mengganggu kes Mahkamah. Ini kerana Kerajaan Selangor akan menyaman MCA berhubung tuduhan tersebut.  Lihat di sini

Pulak dah......

Sejak bila PKR menjunjung tinggi sistem perundangan negara ?

Ketika mana kes Anwar Ibrahim sedang dibicarakan di Mahkamah, berkali-kali pihak berkuasa melarang PKR mengadakan ceramah untuk bercakap kes berkenaan. Tetapi mereka tidak pernah pedulikan semua itu. Mereka keliling negara dan dunia bercakap pasal kes yang sedang berjalan di Mahkamah.

Tiba-tiba sekarang ini, saman pun belum lagi, Khalid dengan penuh tawaduknya menjunjung tinggi sistem perundangan negara dan menghormati Mahkamah untuk mengelak daripada menjawab apa yang dituduh MCA. 

Hari Rabu dia kata tak nak jawab kerana akan mengganggu kes Mahkamah....

Tiba-tiba semalam DAP pula berkata hari ini mereka akan menjawab apa yang dituduh oleh MCA. Sini

Aikkkkkk.....tiba-tiba DAP pula yang nak jawab.....pelik ? Adakah Tony Pua itu MB Selangor ? 

Jika jawapan Khalid Ibrahim dikatakan boleh mengganggu kes Mahkamah, apakah jawapan DAP pula tidak akan mengganggu kes Mahkamah ?

Lihatlah bagaimana kelam kabut dan resah gelisahnya mereka. Itulah petanda ada sesuatu yang tak kena dalam kes hutang Talam.

Apa pun jawapan yang akan diberikan oleh DAP hari ini, ianya tidak akan mengubah perkara pokok yang dibangkitkan MCA.

Persoalannya kemana hilang RM 392 juta bajet yang diluluskan dalam DUN Selangor ? Wang tersebut diminta untuk membayar hutang kepada UNISEL dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad ? Untuk memahaminya anda dinasihat klik di sini

Sampai hari ini kenapa hutang tersebut tidak dibayar ?

Bukan kita yang tuduh mereka tidak membayarnya sebaliknya Kumpulan Hartanah Selangor Berhad sendiri yang mengesahkannya dalam laporan tahunan kewangan 2012 mereka bahawa Kerajaan Selangor masih berhutang RM 115 juta kepada mereka. 

Maknanya apa ? 

Maknanya ada sesuatu yang tidak kena dan cuba disembunyikan oleh Khalid Ibrahim dalam kes ini. Sebab itu dia jadi kelam kabut. Sekarang dia minta DAP pula yang jawab untuk menyelamatkan dia.

7 comments:

Puteri said...

Eh, first ke?

Tn Hj RBF jika sudi dapat buat satu artikel untuk kita kongsi. Tentang Petrol - betulkah semua yang dijual di Malaysia diimpot dan kenapa ada dua kelas (murah dan mahal)? Dan yang murah tu pula ada subsidi besar. Saya cadangkan RBF ulas sebab penerangan RBF selama ini mudah dan jelas.

~Puteri~

Anonymous said...

NAMPAK TAK? NAMPAK TAK?
MEMANG DORANG TAKUT DGN DAP. APA KUASA TONY BERBANDING MB?
NAMPAK SANGAT TELUR KHALID SEDANG DIPICIT OLEH DAP.
OOOOI UMAT ISLAM, KORANG TAK NAMPAK2 LAGI KE?

Anonymous said...

Tiba-tiba Orang PKR Menghormati Mahkamah.

PRU13 semakin hampir. Jika Khalid Ibrahim memberi jawapan keatas soalan yang dikemukan bermakna Khalid Ibrahim membuka banyak lagi ruang keraguan. Umum tahu Khalid Ibrahim bukanlah seorang yang bersedia memberi jawapan secara sepontan kerana beliau tidak berpengetahwan dan tiada kewibawaan. Itulah sebabnya Khalid akan hanya membaca teks yang telah disedikan ketika membuat sesuatu kenyataan.

Mengugut untuk membawa kemahkamah hanyalah tektik untuk menakut2kan sahaja. Khalid Ibrahim tahu peroses mahkamah mengambil masa yang lama untuk selesai. Jadi beliau tidak perlu memberikan jawapan sekarang.

Sedar tak? Setiap kali membuat sidang akhbar selepas mesyuarat exco, Khalid Ibrahim akan 'ditemani' oleh Ronnie Liew? Acap kali pula Khalid Ibrahim akan menoleh kearah Ronnie Liew dan apabila melihat Ronnie Liew mengangguk Khalid akan meneruskan bacaannya. Sesekali Ronnie Liew pula akan membisik sesuatu Kepada Khalid Ibrahim dan siKhalid akan mengangguk kepala.

Khalid Ibrahim bukan orang yang layak untuk mentadbir sebuah negeri apalagi negeri Selangor. Sejak awal menjadi MB Selangor beliau telah menunjukan tanda2 kegagalan. Selepas 4 tahun telah banyak bukti yang membenarkan kenyataan bahawa Khalid Ibrahim tidak ada kewibawaan untuk menjadi MB Selangor. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

DAPigs & pencacai2nya PGayR & amPAS sanggup dan akan melakukan apa saja demi mempromosikan/menguntungkan diri mereka tanpa mempedulikan masyarakat atau negara ini.

Agama, budaya, bahasa, ekonomi, harga barang2, mahkamah, Sultan, perlembagaan, sampaikan keluarga pemimpin negara pun mereka eksploitasikan.

Sama rata sama rasa,
Depan belakang bedal belaka.

Anonymous said...

telor pemimpin pkr dah kena picit oleh pemimpin dap. so ini bermaksud telor pencacai2 pkr setiap sorang kena picit oleh kafir2 dap. hahaha

Anonymous said...

Khalid Ibrahim sama macam si Nizar Gila di Perak dahulu. Bulat2 jadi belaci DAP. DAP suruh derhaka pada Sultan dia pon derhaka. DAP suruh baring atas jalan dia akur. Mana ada kuasa MB. Jadi lembu cucok hidong ada le. Dua2 MB dayus............

nonbal said...

Ha ha ha.... Belumpun kes dibawa cuma akan dibawa, khalid dah mention yg dia tak mahu menjadikan sub-judice terhadap kes yg belum pun disebut dimahkamah. Kepada malun2 pas dan pkr, paham ke kamu terhadap statement mb days kamu tu? Kalau masih tak faham, maka patutlah kamu semua menjadi macai pr....