Thursday, October 11, 2012

AES: Tahniah MP Sri Gading Kerana Bangkitkan Isu Saman Rakyat 1Malaysia (SR1M)

Inilah yang dinamakan wakil rakyat apabila hasrat rakyat atau rasa gundah gelana rakyat dibawa ke dalam Dewan Rakyat supaya diberi perhatian oleh kerajaan. 

Tahniah diucapkan kepada MP Sri Gading, Parit Sulong dan juga wakil pembangkang kerana bersatu suara membawa perkara ini.

Pagi tadi ada orang menghubungi saya mengatakan ada seorang kakitangan JPJ yang menjadi blogger menghentam saya di blognya dan memanggil saya blogger bangang kerana membangkitkan isu AES. Tidak saya ketahui blog mana yang dia gunakan untuk membangangkan saya. 

Saya tidak kisah dengan panggilan itu yang penting saya boleh gunakan cara saya untuk menyampaikan pendapat orang ramai agar diberi perhatian oleh kerajaan. 

Berbalik kepada isu AES, saya tidak menolak 100 peratus sistem yang diperkenalkan. Cuma pihak berkuasa atau kerajaan perlu faham kehendak orang ramai. Jika kerajaan tidak mengambil kira pendapat orang ramai tapi tetap dengan keputusan kerajaan membuta tuli, maka padahlah yang akan menimpa kerajaan.

Jika ada pemandu yang langgar lampu isyarat, potong garisan berkembar, guna telefon bimbit, dan kesalahan-kesalahan besar lain, teruskan dengan saman AES. Tapi dalam soal had laju undang-undang sedia ada perlu disemak balik selaras dengan peredaran zaman. 

Ada pembaca yang hantar komen seperti berikut, 
Antara kedunguan RBF ialah secara jahat menyatakan had laju lebuhraya ialah 90 KM/J sedangkan had laju lebuhraya ialah 110 KM/J. Kedua, kegunaan lebuhraya tiga lorong ialah untuk mengurangkan kesesakan jika berlaku kemalangan pada lorong yang lain. Ketiga, kamera AES bukan kamera tersembunyi, JPJ dah nyatakan lokasi siap dgn koordinat. Malah setiap lokasi AES dipasang papan tanda amaran dlm lingkungan 50-500 meter sebelum lokasi AES lampu isyarat, manakala lingkungan 2 KM sebelum lokasi AES had laju. Jangan biarkan diri anda diselubungi KEBODOHAN.
Inilah masalahnya apabila tak faham apa yang ditulis dan ilmu pula kurang. Kita nyatakan perkara yang benar kemudian dikatakan pula kita jahat. 

Dalam tulisan saya yang lepas secara jelas saya nyatakan kelajuan 90km/j di Lebuh Raya Kesas.
Sebagai contoh , Lebuh Raya Kesas adalah sebuah lebuh raya 3 lorong dari Bukit Jalil ke Klang. Logikkah had lajunya hanya 90km/j ? Sudah tentu tak logik..... 
Mungkin ada yang tak percaya atau kata saya menipu. Di sini saya sertakan sekali nombor telefon Lebuh Raya Kesas ( 03-5633 7188) dan anda telefon sendiri , tanya mereka berapakah had laju di lebuh raya itu.

Adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu pelaksanaan kaedah AES dan kutip dulu pandangan orang ramai sebelum ia dilaksanakan semula.

Apa kata jika kerajaan wujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas untuk sesi pendengaran awam mengenai AES. Jika kerajaan setuju melakukannya barulah dikatakan memahami denyut nadi rakyat. Kutip semua pandangan dari orang awam dibawah sebelum keputusan dibuat. 

Saya yakin jika itu diadakan rata-rata orang awam akan hadir dan minta supaya had laju dikaji balik. Yang sah mereka tidak akan minta supaya dibenarkan langgar lampu isyarat merah atau undang-undang pemakaian tali pinggang keledar dihapuskan. 

Jika majoriti orang awam yang hadir setuju dengan sistem yang ada maka teruskanlah sistem yang ada. Jika tidak setuju maka kerajaan kenalah cari kaedah lain.

Tidak guna kita berucap di pentas memahami denyut nadi rakyat dan jelalah keliling negara memakai baju oren untuk karnival Janji Ditepati  dan bagi BR1M seorang RM 500. Kemudian sampai Saman Rakyat 1Malaysia (SR1M) RM 300 kerana memandu terlebih 10 km/j. 

Satu perkara lagi yang menjadi bualan orang ramai berhubung AES adalah penglibatan pihak swasta dalam perlaksanaannya. Yang paling orang marah apabila dua syarikat yang mengendalikan kamera itu diberi bayaran RM 16.00 daripada saman yang dikeluarkan. 

Orang ramai merasa marah apabila wang yang mereka bayar saman kepada kerajaan diberi RM 16.00 kepada syarikat swasta. Itulah yang timbul tuduhan kononnya syarikat tersebut milik kroni BN, menteri dapat komisyen dan sebagainya. Persepsi-persepsi yang ditimbulkan itu sudah tentulah memberi imej yang buruk kepada parti pemerintah negara. 



Kita faham bayaran RM 16.00 itu adalah adalah bayaran kos kamera dan pengendalian. Tapi orang ramai tidak boleh terima. Apa salahnya jika kerajaan beli terus kamera daripada syarikat berkenaan dan dikendalikan oleh kakitangan JPJ dari urusan merakam kesalahan hingga ke penghantaran saman. Pembekal hanya terlibat memasang, melatih kakitangan JPJ, dan penyelengaraan.

Atau mungkinkah kakitangan JPJ tidak berminat dengan kerja-kerja tersebut tetapi lebih berminat untuk menahan lori-lori tanah atau pasir yang tidak tertampal lambang kepala harimau atau apa-apa lambang lain di cermin depan lori ? 

Hi...hi....hi....saya mempunyai ramai rakan-rakan yang bekerja sebagai pemandu lori dan saya tahu banyak cerita. Ish...ish....ish....RBF berniat jahatlah tu......

Kamera AES boleh rakam orang yang pandu lebih had laju, tetapi bolehkah kamera AES merakam lori yang melebihi had muatan ? Dah tentu tak boleh. 

Jadi siapa yang laksanakan undang-undang terhadap lori yang lebih had muatan ?

Dah tentu penguatkuasa JPJ sendiri......


Jadi kalau alasan JPJ kamera AES untuk menghalang kegiatan rasuah, itu hanya untuk yang melebihi had laju atau kesalahan-kesalahan lain. Bagaimana untuk lori yang melebihi had muatan ? Bolehkah JPJ beri jaminan lori-lori yang ditahan JPJ, tidak berlaku satu pun unsur rasuah ? 

Tunggu pendedahan selanjutnya.....

Kesimpulannya, adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu perlaksaan AES dan kutip dulu pendapat dari orang ramai terutamanya untuk kesalahan melebihi had laju. Wujudkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk orang ramai memberi pandangan mereka. 

29 comments:

Anonymous said...

2 hari 2900 kena saman.... Berapa pula kenderaan melalui jalan tersebut... Adakah 3000 buah dan yg disaman 2900. Adakah 96% kenderaan disaman.. Adakah 96% rakyat malaysia jenis tak ikug peraturan... Jika dinegara jiran. .peraturan jalan raya rakyatnya takut nak langgar tapi di Malaysia ianya tak apa... Kerana apa.... Ramai yg membela mrk yg melanggar peraturan jalan raya... Tapi bila berlaku kemalangan... Siapa yg disalahkan... Kesimpulan.. Jika taknak kena saman... Sila ikut prraturan jalan raya..... Kpd JPJ n POLIS mohon bagi statistik pamandu berhemah yg tidak disaman semasa melalui jalan raya tersebut. Harus bagi mereka bermegah dgn jumlah kenderaan yg tidak disaman kerana tidak melanggar peraturan drp angka ribu..ribu yang hanya % kecil drp yg suka langgR peraturan.. Dengan hujah ini... Kita akan dapat nilaikan... Siapa yg betul.... Siapa yang yang teraniaya bila berlaku kemalangan jalan raya disebabkan pemandu yg tak ikut peraturan... Kepada media2... Mohon buat kajian berkenaan statistik negara jiran atau negara luar yg menangi masalah ini... SEMOGA SEMUA WARGA DAPAT DIDIDIK DAN MENJADI PEMANDU BERHEMAH....

hangkedee said...

2Gambar di atas menunjukkan kemalangan tak berbau tak mengira sesiapa.Kenapa lori bertayar botak masih di luluskan JPJ bebas bergerak di atas jalan maaa.

Anonymous said...

kebanyakan jalanraya di Malaysia telah di upgrade (lebar) tetapi had laju tahun enam pulohan masih diguna pakai.Menteri kerja raya dan pengangkutan jangan tidor.

r0 said...

Komen # 1 tu bodoh...

110kmj tu boleh diterima akal. But... 90kmj highway 3 lorong. Giler slow.

Bro... tahu apsal menteri, pak pengarah tu kengkadang tak tahu ape yg dia ckp? Sebab diaorg tak bawak kereta!!! Yg bawak driver dier. Mana dia tahu bawak 90kmj tu ngantuk ke tak. Mana dia tahu, bawak 60kmj tu menyusahkan. Mana dia tahu saman 30kmj (cari kat website jpj) tu mcm org bodoh.

Diaorg tak tahu. Sebab diaorg tak bawak. Malah, diaorg tak tahu yg org sakit hati sebab kene saman, lepas tu jem. Dah janji, eksiden etc... Sebab diaorg tak bawak, tak tekan minyak. minyak claim. Saman sesilap free. lepas tu ada motor pengiring.

Diaorg tahu ke?

Ni yg dikatakan... korang bagi berbilion bantuan rakyat. Cuma satu kebodohan jadi bahan ingatan.


Kalau betul nak kurangkan kematian... Didik dari awal. BTW, satu hari berapa penunggang motor mati. Apa yg mati tu semua lebih had laju? Tu la... org beso takde otak nak fikir...


Jaya Tee said...

Undang-undang dibuat untuk kesejahteraan semua. Kalau dah kata lebih 110km/j tak boleh, maka tak boleh la. Kalau melebihi had, kalau kena saman boleh marah pulak. Sendiri buat sendiri tanggung la. 110km/j tu dah cukup laju dah. Saya dulu kaki bawak laju jugak, maklumla org muda tak sedar diri. Sekarang dah berumur ada anak lak, memang tak berani bawak laju.Kata iklan tu 'ingat org tersayang'. Mungkin RBF ni bawak kater beso kot, tak logik bawa slow, maka kalu kena saman janganla marah yek. Beli kater beso boleh, kena saman marah pulak... maaf kalu terasa, jangan marah

Anonymous said...

had laju bukan setakat 90 km/j. malah terdapat di beberapa tempat di lebuh raya dari melaka ke muar - had laju yang ditetapkan 80 km/j. mengenai AES ni, saya sarankan kerajaan kaji semula kerana setuju dengan pendapat awal RBF .. ianya akan menyebabkan ramai rakyat marah kepada kerajaan BN menjelang PRu ke 13.

Anonymous said...

Sangat bagus apabila JPJ telah maklumkan lokasi dan siap dengan kordinat..
Saya ingin mencadangkan pada jarak 1km - 500m sebelum ke lokasi kamera dipasang, terdapat 1 papantanda amaran dan cat berwarna merah utk beritahu pemandu telah memasuki kawasan AES!

Ini sebagai AMARAN! Sekiranya pemandu berdegil dengan memecut melebihi had laju, wajarlah dirakam dan saman. Ini kerana pihak kerajaan melalui JPJ/LLM/JKJR dll telah cukup memberikan amaran..

Anonymous said...

sebab tu dah berkali2 aku kata, hanya perlu penambahbaikan..bukannya kasi hentikan terus.

artikel rbf kali ni cukup baik. dah bagi cadangan dah tu bagaimana hendak tambahbaik.

jadi pihak kerajaan kena dengar dulu pendapat majoriti rakyat. so dapatlah tahu di mana yang perlu diperbetulkan..

hajah faridah abdullah said...

Layak jd YB Sdr Faisal. Saya telah amati penulisan sdr sejak beberapa artikel yang lalu. Saya sendiri adalah pemandu yang sering mendapat saman had-laju sekurang2nya satu setiap bulan dan pernah ada dua dalam satu perjalanan. Lebih kelajuan tak sebanyak mana 121km/j, 123km/j serta paling tinggipun 125km/j di had 110km/j dan 110km/j di had 90km/j. Perjalanan dari KL-Parit Buntar-KL hampir setiap minggu sejak 2000. Yang hairannya bas dan lori pun boleh potong kita. Rasanya penyebab kemalangan perlu diselidik, berapa peratus kah kenderaan berat seperti bas dan lori di pandu melebihi 90km/j di lebuhraya atau 80km/j di jalan persekutuan? ataukah 90/80 tu hanya label suka-suka.

Anonymous said...

wa fikir aes ni taklah isu giler sehingga kerajaan takut2 pada benda yang tak perlu takut. macam ler polis guna pistol dan buka lastik kot.asekar pakai kapal selam..takan kapal timbul dan tak siapa pun leh kata aes boleh selesaikan masalah laju..kalau memang nak laju. kena saman ader ler. nak selesaikan saman tu? tak kan mintak kerajaan selesaikan, baru kasik undi keh keh. bila ada pihak lain ambil bahagian bantu jpj yang kemetot tenaga tu..kan best tu...seiring plan transformasi yang di laksanakan..aq pun nak bantu gak dengan ikut unde-unde tuh...sambil gps aku on nak locate titik merah.

kalau naikan minyak ker..naikkan beras ker..naikan cas hospital ker..naikan saman ker..naikan garam ker..logik gak aq melalak.

Anonymous said...

Benda berjuta ringgit nak dibuat.. Tapi masalah tonto,masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Tak ada peruntukkan undang2 katanya.. Alahai pak menteri.. Usulkanlah perkara ni di parliman.. Hal tonto lagi bahaya kerana ia menolong pemandu yg bermasalah di jalan raya...

Anonymous said...

Alhamdulillah..aku tak pernah kena saman sebab aku bolehlah dikatakan pemandu berhemah. keluar rumah untuk cari rezeki, balik rumah ingat keluarga. jadi kalau kerajaan nak saman sape2 sahaja yang melanggar undang2. silakan..aku menyokong penuh usaha2 kerajaan untuk mendenda sape2 sahaja yang suka melanggar undang2.

Anonymous said...

[quote]Lebih kelajuan tak sebanyak mana 121km/j, 123km/j serta paling tinggipun 125km/j di had 110km/j dan 110km/j di had 90km/j.]

tak perlu rasanya saya mintak maaf tapi puan nampaknya mmg dah buat salah tapi masih tak nak mengaku kesalahan puan.

FYI, selama ni pun kalu jalan kawasan tu max speed dia (cth) 110km/j, kalau bawak lebih 5, 6 km/j mmg takde nyer polis nak saman puan. tapi kalau dah lebih 10 km/j tu mmg nampak sgt laaa salahnya. nampak sgt disengajakan. cth senang - max speed 90km/j tapi puan bawak 110km/j. beza 20 km/j tu.

& nak 'justify'kan perbuatan tu dgn bandingkan tingkah laku pemandu kenderaan berat yg bawak laju. yg pegi ikut orang buat salah tu sapa suruh?

kengkadang - silap - dah makin pelik pemandu-pemandu di Malaysia ni. berani buat salah tapi tak berani tanggung akibat

Anonymous said...

berkenaan bayaran 'komisen' RM16.00. ada cara paling mudah untuk kita atasinya.

Orang ramai yg marah dengan tindakan gomen membayaran komisen sebanyak RM16.00 kpd sykt konsesi AES bagi setiap saman AES tu, boleh membantu dengan cara memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang.

jadi bila anda tidak disaman melalui sistem AES, makan anda telah menidakkan pemberian komisen tersebut.

btw. siapa tanggung kos pasang & selenggara sistem AES ni?

Anonymous said...

Di banyak persimpangan dah ada kamera yang mana satu AES? Ada persimpangan yang lampu hijaunya terlalu singkat baru sampai pertengahan persimpangan lampu trafik yang didepan dah merah habis tu macamana? nayala kalau kena saman juga.

Anonymous said...

Apa plak nak ditangguhkan pengunaan kamera AES tu. Ini aku bantah. Kerajaan dah belanja banyak..lepas tu nak tangguhkan plak. Yang senang naikkan jer had laju. Abis citer. Klau 90km/jam naikkan ke 110km/jam. 110km/jam ke 120km/jam. Jalan sekarang pun dah mangin lebar dan lurus.Pasal setiap saman sebahagian diberikan kepada sykt pengendali itu patutlah. Bukannya murah nak jaga maintenance benda tu. Sebab tu sistem dulu terbengkalai kerana masalah maintenance yg kerajaan tanggung. Klau rakyat Singapura tak bising pasal AES di sana...kenapa plak kita. Tak nak kena saman ikut peraturan. Kan dlm Al-Quran ada firman 'Taatlah kepada Allah,taatlah kepada Rasul dan juga Ulul Amri' Ulul Amri dah tetapkan hadlaju wajib kena ikut. Klau tidak berdosa. Cuma aku sarankan naikkanlah sikit limit tu sebanyak 20 atau 30km/jam. Maklumlah keadaan akhir zaman ni.. semua mengejar masa. Keta plak dah makin power.

Anonymous said...

dulu pembangkang ada buat kecoh kata ah jib gor pun tak bayar saman. dia ada saman tapi tak tahu pasal driver yg pandu. ramai lagi mb yg kena saman. semua cakap nak cepat. raja pun bawa laju, tu yg kena ada polis pengiring. penjenayah pun bawa laju sampai polis tembak baru berlaku kemalangan.

kat sini kita nampak ialah mengayakan pihak swasta aje. jpj yg marah tu pasal tutup peluang dia nak kaya. marah la kita pasal swasta dapat duit saman. mungkin kaki tangan dia bawa laju boleh delete data. kita tahu bab tu. sapa yg nak jaga. pengarah bukannya cerdik pun bab tu. ramai yg suka ambil peluang, itu yg kita tahu. mungkin ada salah guna kuasa kat situ. jangan kata tak mungkin berlaku. banyak dah berlaku.

kita pun nak tunggu saman ni. nak tahu berapa laju yg kena. kalu bawa lebih sikit pun kena saman, tu dah kira nak duit belaka. papan tanda tu biarla bersaiz besar dan senang baca dari jauh. sempat la orang turunkan kelajuan. bagi mudah orang nampak sign aes tu. amaran dua tiga biar yg degil ajer yang kena. biar promosi kamera tu sampai yg degil aje kena saman. orang singapura yg tak bayar saman, jgn bagi bawa balik keta dan jgn bagi masuk keta selagi tak bayar saman. ni asyik nak menyusahkan rakyat jer. org luar bebas gila memandu laju pasal jpj dan polis malas nak menyusahkan diri mengutip saman.

Anonymous said...

Saya sokong cadangan blogger dinturtle supaya semua kereta tak terkecuali ferrari supaya dipasang speed limiter. Semua pembuat kereta diwajibkan supaya setkan kelajuan maksima kepada 120km/j sahaja. Dengan cara ini, kita tak perlukan lagi AES kerana kelajuan semua kereta adalah setara.

Anonymous said...

Kat Msia ni ramai yg bawak kenderaan mcm setan. Tu pun bela lagi? Sama la jugak kau RBF dgn puak sebelah sana.

Anonymous said...

Masalah UTAMA yang timbul pasal AES nie apabila rakyat marah pada kerajaan BN bukan marah pada JPJ tu yang menimbulkan permasalahan yang besar kalau orang marah pada JPJ tidak melibatkan kerajaan BARISAN NASIONAL rasanya tak ada masalh lansung bila marah pada kerajaan BN risikonya pada masa pilihanraya apabila diterjemahkan pada kertas undi..........disebakan nak untung pasal saman AES untuk setengah2 INDIVIDU yang merana nanti kerajaan BARISAN NASIONAL....

org johor said...

Sabar Bro RBF..Gua tau perasaan lu bila apa yg kita nak sampaikan org tak boleh nampak...jgn salahkan diorang..diorang tak belajor tinggi mcm kita..maka akal diorang pun kurang berfungsi..so kita cerita lain diorang paham lain...Sabor jer la ye...

Anonymous said...

kate nak mengajar supaya org bawa kenderaan ikut peraturan jgn bawa laju...tapi letak peringatan kawasan AES...bila masuk kawasan AES pemandu slow down tp lepas kawasan AES pemandu speeding balik...emmmmmmm tak pelik ke...saya setuju kalau AES diletak di jalan2 biase...kerana disitu byk berlakunye kemalangan maut...penuhkan AES dijalan-jalan biase...baru leh mengajar pemandu...ni dari dulu asyik nak saman laju je kat highway je...pemandu potong Q, memandu sambil pakai hp dan lain2 tarak mau kasi ubah ke?...aku tetap setuju kate RBF, AES utk speedtrap kat highway ini lebih kepada tangan kanan memberi tangan kiri mengaut...lagi satu kalau AES ni swasta mesti ade kepentingan dari org jpj atau pak menteri utk kaut keuntungan...puihhhh org kerajaan tak abis2 nak komisen...buat bende mesti mahu masuk poket sendiri jugak...org yg mcm ni buat rosak nama umno....puihhhhhhhhh

ezuan

Anonymous said...

orang yang kata ikut peraturan x bawak laju... adakah mereka sedar buka je pintu pagar, gerakkan kereta dah kena ikut peraturan jalan raya... dlm taman 20kmj... adakah anda ikut peraturan?... adakah orang yang ikut peraturan ni betul2 tgk had laju waktu memandu?... x salah org yang ckp ikut peraturan ni bawak lah kenderaan tu lorang kiri, bagi og yang nak laju ni lorong yang kanan... ni x, ada jugak yang rasanye dia betul dan nak jugak ikut lorong paling kanan. katanya ikut had laju... LU PIKIR LAH SENDIRI...

Anonymous said...

faktor yang menyebabkan hadlaju di lebuh raya tidak seragam disebabkan oleh beberapa perkara.

1. terdapat banyak persimpangan - maka hadlaju dikurangkan apabila di kawasan persimpangan bagi memudahkan kenderaan keluar masuk simpang..

2. angin lintang - kawasan ini amat merbahaya kerana sudut arah angin adalah 90 darjah.. amat bahaya jika memandu laju..

3. keadaan muka bumi - ada kawasan yang tanahnya tak rata, kawasan tanah rendah. ini termasuk mengambil kira laluan air bawah tanah di setiap lebuh raya.. termasuk sekali jalan yang tidak lurus..

bagi anon yang mengatakan hiway melaka-muar adalah 80km/j, saya rasa sepanjang ingatan saya menggunakan laluan mlk-jb setiap bulan, hampir 15 tahun, lebuhraya tu had laju memang 110km/j melainkan di kawasan bukit pagoh, iaitu kawasan kemalangan..

lain la kalo anda mengatakan lebuh amj tu hadlaju adalah 80km/j.. itu adalah jalan persekutuan, bukannya lebuhraya.. mmg wajar hadlaju dlm 80-90km/j.. cuba anda perhatikan berapa banyak simpang ada ada sepanjang laluan itu.. dan berapa banyak lampu isyarat yg ada dari melaka ke muar..


-reen-

Anonymous said...

SALAM AES..EHH..RBF DAN PEMBACA MARHAEN SEKALIAN... aku rasa sepatutnya sistem AES ni dibuat khas untuk lori2 dan bas ekspress yang bermaharajalela kat jalan raya lebuh raya dan jalan biasa biasa.... keta2 biasa( cc 1.5 hingga 2.0 ) sepatutnya saman bawah rm50 aje.. keta cc besor macam merz bmw ker saman sampai rm500 pun takpe...lori dan bas yg pandu laju saman rm 1000. baru la rakyat tak marah...
ini tidak.. automatik saman rm300 untuk semua kereta rakyat malaysia... mampos nak bayar saman...
harap kerajaan pertimbangkan cadangan bodoh JPJ (sebelum ni cadangan saman tinted) buat kali ini...
pikir dulu sebelum buat..sebab PRU13 pun dah nak dekat!!!!

Anonymous said...

Pehhhh...memang best komen2 kawan2 diatas, ada separuh komen tu tak terfikir lak aku. Contoh adakah 96% rakyat Malaysia tak tau ikut undang2? ha ah betul jugak kan, ke orang yang buat undang2 yang tak tau nak buat peraturan? Ke sbb ada unsur masyuuukkk...

Bagus2..dlm hal ni aku baru rasa yang majoriti rakyat tak setuju tak kiralah orang tu dari pembangkang atau pemerintah. Sebab aku ingatkan kalau penyokong pemerintah ni akan buta2 je sokong. Tapi jelas pandangan aku salah.

Nih aku nak tambah sikit, kalau korang leh terima..terima, klu takleh terima aku pun tak kecik hati sbb aku ni bukannya professor pun, cuma pendapat seorang rakyat biasa...komen ni lebih kepada rasa pelik pelik dan pelik...

Saman telah dijadikan satu bentuk hasil keuntungan syarikat swasta, pelik pelik pelik...”Hasil keuntungan syarikat saya adalah apabila ramai orang buat salah, kitorang dapat profit sharing dgn kerajaan!” pelik pelik pelik..punyalah buta hati pemerintah sampai perkara sebegini pun boleh wujud. Kerajaan kata rokok merbahaya untuk kesihatan tapi kerajaan ambik cukai rokok itu pun belum ada jawapan atas kepelikannya. Sedangkan air itu diswastakan pun belum reda lagi peliknya., yang ini lagilah berganda-ganda pelik. Profit sharing untuk kesalahan undang2?

Kalau cara cari untung kaedah ini telah mula diiktiraf masyarakat, maka akan datang tidak mustahillah perkara berkaitan jenayah dan undang2 pula akan diswastakan. “Ko kerja kat mana?” “Ohh aku kerja kat syarikat yg mengesan pencuri. Jadi objektif sykt aku ialah mendoakan biarlah semakin hari semakin banyak pencuri sbb ada profit sharing untuk setiap pencuri yg berjaya dikesan”. Maka 2 kelompok masyarakat bakal dihasilkan, kelompok 1 berdoa supaya masyarakat akan bertambah baik dan kelompok 2 pulak berdoa biar lebih ramai orang buat jahat sbb boleh buat untung. Itulah analogi untuk sistem AES ni.

Konsepnya tu takde bezanya pun dengan sindikit bengkel dan tow truck yg 'create' accident kereta utk dpt bisness. Bila ada accident baru ada wang maa..bila ada orang bawak laju baru ada wang maa...sykt saya dapat kuasa utk bisness saman maa.... pelik pelik pelik. Apa punye jenis zaman la sekarang ni.

Jika pihak pembangkang gagal untuk membahaskan isu ini, amatlah rugi sekali dan sekaligus boleh dipertikaikan dimanakah kekuatan mereka. Ini kerana jika nak dibandingkan kesusahan untuk ‘mewujudkan’ sistem ini ternyata lebih mencabar kerjanya daripada peranan pembangkang untuk mempertikai. Mana tak mencabar sehingga pindaan terhadap Akta Pengakutan Jalan terpaksa dibuat demi untuk “menghalalkan” AES.

Walau bagaimanapun yg paling SUPER pelik pelik pelik ialah jika masih ada rakyat yang masih boleh setuju pada perkara2 mcm ni.

Tertido said...

kalau ikut je,tak payah undang2la,speed trap dibantah pepun dibantah,baik kita hidup tanpa batasan,jadi barbarian lagi baik :)

Anonymous said...

bukan bantah, tapi dibaik pulihkan... kalau jalan dalam bandar atau jalan kat bandar2 boleh lah buat had laju mcm tu... atau pun kaji balik had laju ikut lorong, baru lah selamat... ini tidak kalau 3 lorong masih jugak had laju 90kmj... ini yang pengguna2 jalan raya x nampak... mungkin sebelum ni diaorang dah biasa bawak 90kmj kat lorong 2 kot dari 3 lorong, tapi xkan orang bawak kat lorong 3 nak bawak 90kmj jugak?... mungkin ini lah puncanya orang2 yang ckp x ada setuju sgt tentang had laju AES ni... Kalau AES ni dah di luaskan pemasangannya, orang2 yang setuju ni boleh ke bawak kereta lorong 1 @ lorong 2 50-89kmj kat lebuh raya... kena pulak waktu raya... memang x dinafikan waktu perayaan tu memang slow... tapi kalaulah terpakainya AES ni, pemandu akan bawak lagi perlahan mcm mana, sanggup ke nak bawak kereta untuk beraya kat kampung?... saty lagi, cukup ke R&R nak menampung kenderaan yang terlampau byak untuk berhenti rehat sebab terlampau letih memandu dgn perlahan... Menteri dan orang yang buat keputusan ni bukannya bawak kereta pun, pemandu dia je yang bawak... kalau nak pegi mana mana ada polis yang kawal lalulintas... bukan pernah bawak ikut had laju... diaorang bawak pun x kurang 140kmj... habistu kereta diarong tu terlampau baguske dan selamat boleh bawak laju mcm tu?... kenapa undang2 x pecahkan orang yang mengguruskan kerajaaan dikecualikan had laju?... akhir sekali, saya setuju AES tapi kena naikkan Had laju 120-130kmj dan kelajuan kenderaan ditentukan pada kenderaan itu sendiri contohnya , jika kenderaan itu mempunyai CC bawah 1000CC dan tahap keselamatan kenderaan had laju MAX hanyalah 90kmj je dan jangan bagi masuk lorong 3... sebab kenderaan mereka ni bukan sesuai bawak laju pun...

Anonymous said...

AES cuma alat untuk menguatkuasakan undang-undang. Walau siapa pun yang menguatkuasakannya atau dibawah seksyen manapun bukan isunya kerana anda mempunyai pilihan untuk memandu laju atau tidak.

Anda perlu menyediakan peruntukan kos saman untuk memandu laju. Anda juga perlu bersedia untuk meninggalkan insan tersayang jika anda ditakdirkan maut dalam kemalangan. Atau menyediakan insuran secukupnya jika anda mengalami kecacatan kekal. Selain itu, anda juga perlu bersedia dari segi mental jika anda tidak sengaja menyebabkan insan tersayang terbunuh atau mengalami kecacatan kekal akibat daripada pilihan anda memandu laju.

Jika anda gemar memandu laju atau tidak selesa dengan undang2 yang mengawal perjalanan anda, mungkin anda perlu mengundi parti2 yang menjanjikan kelonggaran undang2 jalanraya. Atau anda boleh berhijrah ke negara yang membenarkan anda melakukan sesuka hati di jalanraya.

Walau apa pun, tolong hormati pemandu-pemandu lain yang memandu dengan berhati yang mungkin mempunyai insan tersayang. Segalanya bergantung kepada SIKAP anda, bukan AES.