Tuesday, October 9, 2012

BR1M Duit Untuk Rakyat , SR1M Kaut Duit Rakyat

Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat. 

Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu. 

Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah. 

Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).

Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor. 

Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia. 

Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.

Orang tak marah atau kurang marah jika mereka disaman kerana melanggar lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit atau potong garisan berkembar. Rata-rata orang yang marah adalah saman melebihi had laju. Dan saya yakin saman melebihi had laju adalah saman yang tertinggi yang dikeluarkan setiap hari oleh pihak berkuasa.

Bila bercakap melebihi had laju, bukan semua orang yang memandu 150-200km/j. Ramai yang hanya terlebih 10-20km/j sahaja. Kawasan 90km/j mungkin mereka pandu 100 atau 110km/j. Itulah saman yang paling banyak. 

Alasan yang diberikan JPJ, memandu laju boleh menyebabkan kemalangan maut. Pada saya itu alasan lama yang sesuai digunakan di zaman kita nak ke Ipoh guna Jalan Tanjung Malim. Zaman sekarang zaman lebuh raya 2-3 lorong, alasan itu sudah tidak berapa nak boleh pakai lagi. 

Sebagai contoh , Lebuh Raya Kesas adalah sebuah lebuh raya 3 lorong dari Bukit Jalil ke Klang. Logikkah had lajunya hanya 90km/j ? Sudah tentu tak logik..... 

Siapa yang boleh tahan nak pandu 90km/j dari Klang ke Bukit Jalil atau dari Bukit Jalil ke Klang dengan menggunakan lebuh raya tiga lorong dan perlu membayar RM 6.60 ?  Kalau dia nak pandu 90km/j lebih baik dia guna Lebuh Raya Persekutuan. Tol lebih murah....

Zaman sudah berubah, jangan lagi kita terikat dengan undang-undang lapuk yang di buat di zaman filem Tiga Abdul . Dulu kita tidak ada lebuh raya dan kereta-kereta zaman dulu bukan seperti zaman sekarang. Zaman sekarang lebuh raya dah tiga lorong, rata-rata kereta semuanya 'high perfomance' dan dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan. 

Tujuan saman adalah untuk mendidik dan JPJ kata memandu laju menjadi punca utama kemalangan jalan raya.


Sekarang mari saya nak tunjuk kepada anda sama ada perkara itu betul atau tidak ?

Dua hari pertama AES beroperasi secara rasmi sebanyak 3344 kesalahan jalan raya telah dirakam oleh kamera berkenaan. Iaitu pada 23 dan 24 September.

Manakala pada 4 Oktober pula Timbalan Menteri Pengakutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 63'558 kesalahan jalan raya yang dirakam melalui AES sejak 23 September.

Maknanya jumlah kesalahan yang berjaya dirakam oleh AES antara 25 September hingga 3 Oktober sebanyak 60'214

Pada 23 dan 24 September jumlah kesalahan yang dirakam 3344. Angka 3344 itu dibahagi dengan dua (2 hari) bersamaan dengan 1672 kesalahan yang dirakam sehari. 

Pada 25 hingga 3 Oktober (9 hari) jumlah kesalahan yang dirakam 60'214. Angka 60'214 dibahagi dengan sembilan hari bersamaan dengan 6690 kesalahan yang dirakam sehari. 

Ini bermakna jumlah kesalahan dalam tempoh sembilan hari naik lima kali ganda dari dua hari pertama AES mula digunakan.

Maknanya orang ramai tidak peduli dan tidak hairan dengan didikan yang cuba diajar oleh AES. Apabila orang ramai tidak peduli atau tidak hairan, maknanya kaedah yang cuba diguna pakai kerajaan gagal. 

Kalau dah gagal, tidak ada faedah lagi kerajaan nak teruskan dengan kaedah AES jika benar tujuan kerajaan nak didik pengguna jalan raya. Lainlah kiranya jika kerajaan nak cari duit melalui hasil saman. 

Kita nak tanya JPJ, daripada 63'558 kesalahan yang dilakukan, berapa banyak kemalangan atau kematian yang berlaku disebabkan oleh memandu yang melebihi had laju ? 

Lebuh Raya Persekutuan - Adakah kemalangan ini disebabkan oleh memandu melebihi had laju ? Siapa yang boleh pandu 150km/j di lebuh raya itu waktu siang ?

Kalaulah had laju yang menjadi punca kemalangan dan kematian atas jalan raya, dah tentu separuh dari 63'558 itu dah terlibat dalam kemalangan dan 1/4 dari mereka dah menemui ajal. Kalau itu berlaku maknanya betul memandu melebihi had laju adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia. Dan pada masa itu rakyat pun tak akan bising lagi JPJ nak pasang kamera celah mana sekali pun. 

Kalau dah 63'558 kesalahan dilakukan dalam masa 11 hari dan orang ramai tak hairan atau tak takut untuk melakukan kesalahan walau pun mereka tahu AES mula beroperasi, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang atau peraturan itu. 

Apabila sesuatu peraturan atau undang-undang tidak berjaya, maknanya undang-undang atau peraturan itu gagal dan pemerintah harus mencari kaedah lain. Jika pemerintah masih berdegil dan nak kekal dengan kaedah AES maka tunggulah akibatnya kelak.

Kenderaan JPJ - Pandu lebih had laju ?
Jika kerajaan benar-benar nak mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya ada lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan walaupun ia akan memakan masa yang panjang. 

Salah satunya caranya adalah dengan memasukkan satu mata pelajaran yang berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya dan diajar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Mungkin mata pelajaran itu boleh disekalikan dengan jenayah dan dadah. 

Kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya dan belakang parang kalau tiap-tiap hari diasah pasti akan tajam. Begitulah juga dengan murid-murid sekolah yang satu hari nanti akan dewasa seperti kita sekarang. 

Jika dari kecil lagi dan setiap hari mereka diajar atau diberitahu tentang pentingnya mematuhi keselamatan jalan raya, bagaimana nak banteras jenayah, bahayanya dadah dan merokok membahayakan kesihatan,  Insyallah untuk jangka masa panjang kita akan dapat sebuah masyarakat yang berdispilin.

Akhir kata semoga kerajaan dapat menyemak balik kaedah AES yang sedang dilaksanakan sekarang terutamanya kesalahan yang melibatkan pemanduan melebihi had laju. Dan dalam masa yang sama juga tolong semak kembali undang-undang pemanduan melebihi had laju agar sepadan dengan perubahan zaman.

76 comments:

Anonymous said...

tahniah rbf kerana berani bersuara.dah 2 minggu aku tunggu blogger pro kerajaan yang mana berani bangkitkan isu ini.aku tgk sejak awal lagi geng2 pembangkang dok balun isu ni.memang benar ramai orang yang marah dengan saman aes.kat taman perumahan aku di kajang boleh dikatakan semua orang marah.kalau najib tak batalkan saman aes maka bn terimalah balasan dalam peti undi nanti.

aku pun tak faham kenapa kerajaan najib suka buat perkara pelik2 yg blh beri modal kpd pembangkang?najib kena kelentong dengan orang bawahnya?

mohdshukrimat said...

Salam Tuan RBF,

1. Satu ulasan yang cukup menarik dan berfakta. Tak logik utk berhenti di lampu isyarat dlm jangkamasa 2 saat. Tak pasal2 kena sondol dari belakang.

2. Saya bersetuju supaya dimasukkan sebagai satu matapelajaran di sekolah. Skrg ini hanya ada pertandingan lalu lintas anjuran Shell-MKJR sahaja. Mana2 murid yang terlibat dgn program ini cukup prihatin pasal keselamatan & undang2 jalan raya.

3. Rayuan saya moga pihak kerajaan tidak melaksanakan sesuatu hanya utk jangka masa pendek shj. Mcm mana dgn saman terhadap kereta dari negara jiran. Difahamkan jutaan ringgit tak dapat dikutip. Cuba pandu lebuhraya utara selatan, thg kereta dr negara jiran. Berapa kelajuan mereka?. Tlg selesaikan perkara ini dulu. Kita kalau kena saman kat Singapura, kalau tak bayar tak boleh keluar. Kenapa tak gunapakai sistem tu di Malaysia.

Anonymous said...

betul tu bro....kemalangan tak kira sama ada kita memandu laju atau pun perlahan...

kekadang aku naik meluat tgk JPJ ni...sbbnya bila mereka bertembung dgn lori angkat tanah yang membawa muatan lebih yang terang2 membahayakan penguna jalanraya mereka buat tak tahu jer seolah-olah tak nampak tp apabila kenderaan kecil yang yang memandu laju mereka menahan bagaikan penjenayah...

mana2 jabatan JPJ pun sama dr utara hingalah selatan...

Reverse Gear said...

saya paling takut nak speed kalau nampak polis kat tepi jalan, walaupun polis tu sebenarnya singgah kejap kat gerai beli cendol. terus jadi pemandu paling berhemah di jalan raya.

Ni namanya kesan psikologi. lagi bagus tambah anggota berpakaian seragam utk melepak di tepi jalan dari pasang kamera pelik ni.. baru bijak.

Anonymous said...

Ini pula pdgan aku:

jika benar AES bertujuan utk mendidik, maka gunala cara yg betul utk mendidik.
Jika sorg anak baru melakukn kesalhn sekali, maka hny org tua atau pjaga yg bodoh dan kejam shj jika si anak terus dihukum. smmgnya, kita kena bgtau dan nasihatkn mrk agar jgn mlkukn ksalahn. namun tidak ada anak yg serta-merta akan patuh stela dinasihati. jk ada pun bole kira dgn jari. lazimnya mrk akn mlggar arahan dan buat salah yg mgkn dsbbkn mrk terlupa. peringatan atau amaran harus diberi! JANGAN TERUS MGHUKUM!!! jk anda terus mghukum, anak itu bukan bertmbah baik, tp akn jd smakin nakal dan liat serta DEGIL.

maka jk benR AES btujuan utk mdidik, sepatutnya saman tidak dkeluarkn serta merta. sbaliknya, bg peringatan dulu utk ksalahn kali pertama. jk masi buat salah yg sama dtempat yg sama, bolela hntar saman atau bg amaran ke-2 dulu.

kerana manusia itu sifatnya pelupa.
soalan aku kpd kjaan, BERAPA BYK AMARAN TELAH DIKELUARKN TERLEBIH DAHULU SBLM SAMAN? ADA KER TAK DA?

Apa!??? tak ada!!!!@#?

kalau tak ada, itu bukan mendidik namanya. Hentikanlah....

-wau

org johor said...

Tahniah Bro...gua pon tak berapa setuju dengan sistem ni...terutama berkenaan had laju...sistem ni lebih sesuai untuk kesalahan seperti : -
1. Melanggar arahan lampu isyarat.
2. Memotong menggunakan laluan kecemasan.
3. Talipinggan keselamatan
4. Membuat maksiat sambil memandu ( contoh - Bl**J** )..haha
5. Errr..(tambah sendiri la apahal plak aku yg nak kena fikir? org kementerian pengangkutan kan ramai..)..

Kalau sebab memandu laju, lebih baik tetapkan aje kemampuan enjin kenderaan setakat maksimum 110km/j...dah alang2 halaju kebangsaan pon maksimum 110 km/j jer kan?..confirm takde yg lebih had laju..kecuali had laju yg kurang dari 110km/j la..

lagi satu tgok keadaan jalan la... buat jalan lawa2..tol mahal...suruh bawak 90kmj jer...apa kejadahnya?...

letih la mcm ni..kita beriya2 berkempen nak menaikkan kerajaan, tiba2 jadi mcm ni...ko bangang ko apo?

Anak Lenggong said...

Aku rasa minggu lepas aku kena kat tanjung malaim sebab waktu tu aku sedang memandu mengikut had kelajuan 110 tetapi ada kereta kat belakang bagi lampu nak memotong disebabkan laluan tengah ada kereta lagi slow ..aku terpaksa tingkatkan kelajuan bagi memotong kereta ditengah dan memasuki laluan tengah untuk memberi jalan kepada kenderaan yang laju dibelakang... sampai di hentian Tapah..adik aku yang mandu dibelakang dah bagitau sewaktu tu aku melajukan kenderaan terdapat kerdipan daripada kamera yang kebetulan dipasang kat situ...adussss..ilang laa RM300/=. sebab nak bagi laluan pada kenderaan dibelakang aku pulak sangkut..

Durio Ziberthinus said...

Aku sokong kerajaan mengunakan sistem AES dalam mebendung pemandu-pemandu degil dan bodoh memandu dijalan raya yg tak ikut undang-undang. Kalau marah kerana langgar undang-undang...baik tak payah ada undang-undang jalanraya. Cuma aku sarankan jika setakat terlebih hadlaju 10-15km/jam tak yahlah saman. Adakah rakyat begitu bodoh memperjudikan masa depan negara hanya kerana marah dgn sistem AES. Kalau tak nak kena saman so ikut hadlaju. Abis citer. Memang tak ada bukti pandu lebih hadlaju menyumbang kepd kemalangan tapi ada ker bukti minum air ketum menyumbang kepada penagihan dadah. Juga tak ada bukti kan.Kalau nak tambah anggota polis memantau hadlaju, berapa banyak lagi wang rakyat nak dihabiskan hanya untuk memantau pemandu gila nih. Cukup-cukup lah k/tangan kerajaan yg berjumlah lebih 1.2 juta orang tuh. Klau semua efficient tak aperlah. Walaupun begitu pendidikan seawal dlm alam persekolah amat dialu-alukan dan menjadi satu subject di sekolah. Malu memang malu bila M'sia ni terhebat didalam dunia dlm angka tertinggi maut dlm kemalangan jalanraya selain kes penagihan dadah, anak luar nikah dan rasuah

Pembayar cukai said...

BRAVO .. Bro
Suatu Penjelasan yg berani .. BRAvO
Berkata benar walaupun PAHIT

Anonymous said...

sokong aes....

dah smp masanyer kita perlu sedar bukan kita shj yg ada kereta....

hai 90kmh dah cukup laju utk jln biasa...

tgk jerlah bila bwk masuk singapore...sign 90kmh...tp kita bwk 80kmh...kenapa..??? tanya diri sendiri....

satu lagi bila dah nampak lampu trafik dah kuning...tekan brek slow...bkn tekan pedal minyak....


sebenar kita ni byk sgt alasan utk tidak mahu berhemah dijalan raya...masing2 riak dan takbur dan beremosi bila bawak kereta....

ohya kalu kena saman kat singapore ...kita masih boleh kluar...tp bila masuk balik singapo...sure kena tahan bayaor saman.


Anonymous said...

aku sokong gak kalo nk mendidik...tp jgn la terus kuar kn saman...apa salah nye utk kali pertama atau kedua kerajaan bg notis peringatan...bila masuk kali ke tiga baru lah keluarkan notis saman...kn cara mcm tu lagi elok...kate nk mendidik kn...

Aliffnajmi said...

Setuju. Kekadang had laju 90kmj kt sesetengah tmpt kt NKVE sgt2 tak munasabah. Malah ia lebih membahayakan bila pemandu yg terpaksa memandu perlahan di 'jalan lapang' mula merasa penat dan mengantuk.

Hrp JPJ kaji balik ttg perkara ni. Dgn peningkatan kualiti kenderaan skrg dah tiba masanya hadlaju di highway2 tertentu ditambah kpd 120kmj.

Anonymous said...

betul tu bro aku stuju kerajaan sepatutnyer mengkaji smula ttg sistem yg d perkenalkan nie....ia boleh membangkit kan kemarahaan rakyat..

MegaBidaman said...

setuju dengan saudara RBF , memang pernah terfikir pasal isu ni , kadang2 memandu memang tak sedar terlebih 10-20km/j . Tambah2 dekat kawasan highway yang halajunya 90km/j . Aku pun minta tolong pihak2 yang bertanggungjawab be considerate sikit.. manusia bukan mesin , boleh diprogramkan untuk secara tepat mengikut arahan2

Anonymous said...

Salam,

Sebenarnya Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah & sedang diajar disekolah rendah & menengah bermula dari tahun 2007. X caye, nanti bole tanya anak2 kita. Ini memang dah jadi dasar kerajaan antara MOT & Kem Pelajaran untuk mendidik anak2 kita berkenaan nilai2 murni yang sepatutnya dipraktikkan & keselamatan jalan raya di dalam silibus Bahasa Melayu.

Anonymous said...

Isu ini boleh dikupas dari dua pandangan. Pertamanya, setiap undang-undang atau peraturan diolah dengan maksud tertentu. Contohnya, satu-satu kawasan lebuhraya mempunyai hadlaju 90km/j, satu tempat pulak 110km/j. pada pemerhatian saya, hadlaju lebuhraya dikurangkan apabila sesuatu kawasan itu mempunyai kadar kenderaan atau trafik yang berat. Ini boleh mengurangkan risiko kemalangan. Walaupun demikian, didapati jugak sesetengah lebuhraya mempunyai hadlaju yang tidak munasabah. Saya rasa perlu ada kajian semula terhadap kawasan2 seperti ini.

Keduanya, pengguna2 jalan raya kita sememangnya kurang patuh pada undang2. Kalau betul kita dah langgar peraturan, tanggung la akibatnya. Jangan la melenting tak tentu pasal. Malaysia sedang menuju ke arah mencapai negara baju dalam masa 8 tahun lg, maju bukan sekadar dalam bidang ekonomi, pemikiran dan tingkahlaku kita juga perlu maju bersama. Kita perlu tinggalkan jauh2 sikap2 negatif.

Kita ada cara untuk gubal peraturan, gunalah cara yang betul. Ada berlambak wakil rakyat dalam parlimen tu, hubungilah mereka dan suruh la diorang jalankan tugas sebagai wakil rakyat. Usulkanlah untuk gubal undang2 ke, peraturan ke, untuk kebaikan rakyat semua.

Anonymous said...

betul tu kamera pelik menjadikan org menyampah dan memandu lagi laju hahaha

apenda la said...

Rasa2 la, kena negara kita semua bawak ala2 racer compare dgn negara jiran...sebab minyak murah giler..Kat singapore & Siam, Ron 95 pun dah RM 4.00...

Patutnya kena la buat statistic kes accident ni punca utama dia apa? Laju ke, ngantuk ke, jalan sebuk sgt ke, condition kenderaan KO ke..Then baru la bleh penetrate cara nak atasi...If nk kurangkan speed, baik buat la line mcm turun dr terowong Menora tu...

Anonymous said...

kadang2 bukan JPJ je yang silap, kontraktor JKR yang buat setting lampu pun tak ikut undang2, ada ke 3 saat untuk lampu isyarat di kawasan 90, yang sebetulnya 5 saat - suruh orang tu belajar balik kat politeknik.

kalau laju tu memang tak boleh nak tolong kalau dah dia bagi 110 palaing tinggi 120, yang tak boleh tahan 60, jalan 2 lorong.

Anonymous said...

Minta kerajaan dedahkan konsesi antara pemegang kontrak AES dengan kerajaan. Dengarnya banyak menguntungkan swasta daripada kerajaan.
Jangan bila pembangkang dah dedahkan baru nak kelam kabut nak cover up.
Takkan nak bagi satu dua orang kaya hasil memeras duit rakyat.

Anonymous said...

Oh ya. Dengar cerita cara pembahagian hasil saman untuk beberapa tahun pertama ratio pembahagian swasta:kerajaan ialah 80:20, lepas tu 70:30, 60:40 dan akhirnya 50:50 sampai bila-bila. Betul ke wahai MOT, JPJ dan UKAS?

Dan betul ke dua-dua company yg masuk tu dimiliki oleh org yg sama?

Tanya je.

Anonymous said...

Buatlah apa sistem pun jika sikap pemandu itu sendiri tidak berubah tidak ada maknanya. Sikap pemandu Malaysia ialah takutkan saman/polis/JPJ dan bukannya menghormati undang2.

Janagnlah menjadi manusia yang suka menyalahkan orang lain sedangkan sikap kita sendiri menyumbang kepada keburukan. Belajarlah menghormati undang2 dan bersedialah untuk menerima risiko bakal diterima jika melanggar undang2 dan peraturan. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

jangan melenting...tak nak depa amik duit kita,. kita ikut peraturan walau kekadang hati sakit...nak ajar kalo tak tau, masalahnya kita dah sedia tahu kalo bawok laju kena saman. bawa laju nie lebih banyak padah dari faedah. walo kita kata tak semesti bawa laju boleh bawa maut @ kemalangan. berfikir secara rasional jangan emosional. kita tak kena rotan jangan buat nakal. pilihan di tangan kita dan tiada paksaan.
tepuk dada tanya akal yang waras

Anonymous said...

jangan melenting...tak nak depa amik duit kita,. kita ikut peraturan walau kekadang hati sakit...nak ajar kalo tak tau, masalahnya kita dah sedia tahu kalo bawok laju kena saman. bawa laju nie lebih banyak padah dari faedah. walo kita kata tak semesti bawa laju boleh bawa maut @ kemalangan. berfikir secara rasional jangan emosional. kita tak kena rotan jangan buat nakal. pilihan di tangan kita dan tiada paksaan.
tepuk dada tanya akal yang waras

Anonymous said...

Ikut Thailand lg best...dh la highway dorg free, lps tu bole balun max speed, cuma bila sampai kat area pekan kena slow skit 60kmj, lps tu kmo pecut la sampai x cukup bumi...xde saman pun.

Anonymous said...

apa ni? ok apa aes tuh?

sape buat salah, kena laa. takkan nak backing yang langgar undang2 pulak?

cuma kena buat penambahbaikan la..bukan terus kutuk tak ingat dunia camni..

had laju kawasan tertentu dinaikkan sedikit supaya saman hanya dikenakan kpd yang betul2 degil suka memecut sahaja. eg drpd 90km/j kepada 105km/j. jika lebih 105km/j, nah saman kaw2..

dan cadangan aku pulak, yang terlalu slow di bawah halaju minimum pun wajar disaman sebab menyusahkan pemandu lain.

ingat wahai rakyat malaysia. jika yang memandu laju itu sahaja yang mati atau cacat andainya accident tak kisah laaaa..tapi kalau yang jadi mangsa itu pemandu yang bawa kereta ok, patuh undang2 apatah lagi jika pemandu atau penumpang itu salah seorang keluarga anda..anda sanggup terima jika mereka jadi mangsa? ingat wahai rakyat malaysia. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENYESAL KEMUDIAN HARI.

sekian

hanizam said...

pandangan aku...

tak rugi ape pun kita ikut peraturan...nak laju pun, silap-silap bukan sampai ke tempat yang kita nak tuju, tapi ke destinasi lain pulak...

dah jadi lumrah manusia, semakin ditegah, semakin ligat untuk dilanggari peraturan itu...

kadang tu, bila orang tua kata, "ko nak kejar jalan, sampai maner penghabisannya???"

mungkin ada kebenaran kata-kata orang lama...

Anonymous said...

Tahniah RBF... You highlight what the rakyat want.

AES is very questionable! Dengar-dengar company yang handle ni dapat percentage dari saman... betul ke?

Government should stop this ! Byk lagi yang betul2 penyebab accident ie
1) Memandu secara merbahaya ie tailing, zig-zag, etc
2) Mengantuk.. I try drive exactly 110 km/j Penang to KL & KL to Penang... ooo boy very dangerous kerana mengantuk sangat.
3) Binatang berkeliaran eg lembu & kambing di PLUS highway
4) Rear spotlight / Rear white/blue light ... gile punya silau.
5) Lorry drive at night... overtake lorry @ 60km/j dan ignore fast vehicle at the back...Byk kali kena.
6) Pot-hole & bumpy road especially before & after bridge. Northern side melambak gile.
7)Not worthy vehicle...lampu tak de, suspension dah out, drive too slow kat highway etc.

dsbnya.....

I hope other blogger especially UMNO/BN supporter blogger highlight this !!

dsbya

bzz said...

Bro,

menyalahkan pemandu yg bawa laju sebabkan kemalangan adalah kerja orang malas. Malas nak cari solution dan masalah sebenar. Malas nak fikir. Otak simpan je dalam fridge.

Cuba tanya JPJ. berapa org mati. Dari pada tu. berapa org yg mati tu penunggang motor. So penunggang motor naik motor lebih 110kmj? 90kmj? even, ada ke yg naik lebih 70kmj? apsal diaorg mati bawah lori?

Ingat kisah pemandu bas mati kena langgar di kawasan rawang dlm tahun lepas? Bila langgar, tangan (tak silap) terputus dan hilang sampai berhari sebab terpelanting jauh. Salah ke yg memandu 120kmj (lebih 110kmj) or salah si mati yg melintas tak kena pada tempatnya...

Macam ni lah...
ini serupa macam org sekarang. Asal kes rogol. sebab tak tutup aurat, sebab seksi. Walhal, kote tu lelaki punya. Dlm hal ni, asal mati je, over speed limit yg jadi mangsa. Padahal yg mati sebab melintas tak kene tempat, buat uturn ikut sukahati. tayar botak, potong double line, etc etc...

JPJ n gomen mudah lupa...

Anonymous said...

nak cegah macammana lagi..puak puak ni biar je kena saman.. memang dah tak makan saman dah..

Anonymous said...

Apa kata kenderaan VIP, agensi Kerajaan, kerabat diraja melainkan bomba,ambulan dan polis dikenakan saman bila over speed limit. Baru real bro...Negara kita yg mempunyai litar lumba klas dunia sepatutnya mempunyai speed limit klas dunia gak. Klau di German speed limit kt highway dorang lebih 200km/hr. Amacam.....

Anonymous said...

Aku setuju dgn pandangan tuan rbf. Idea menaikkan had laju penah diketengahkan dalam program Pemudah. Tp idea tu x diterima. Hampeh. Di highway, had laju 110 km/j. Aku drive di lane paling kanan. Kereta bmw kt belakang bg lampu dan cucuk belakang. Aku buat x tau je lah sbb had laju 110km/j je kan. Sekali bmw tu potong ikut kiri. Bang! xcident sudah.mati 2 org. Kemalangan sbb had laju rendah. Aku salah ke atau had laju 110 km/j yg salah?

Anonymous said...

Ni lah masalahnya bila ade KP agensi kerajaan yg separuh masak!
Ini bkn solution penuh.
Inilah akibatknya bila perkara lapok & moden dipukul rata & disamakan semua.
Fakta:
1)undang2 had laju adalah dr zaman lapok & tidak pernah dikajisemula & dipinda.
2)kereta zaman moden dipenuhi ciri2 keselamatan moden yg mampu bertahan dlm kelajuan sedikit laju dr kereta zaman undang2 lapok kelajuan yg ada zaman sekarang.
3)kerajaan hanya mewajibkn airbag, tiada e.b.d,a.b.s, & lain2 ciri asas keselamatan sedang harga keretapon makin mahal kena cukai....tidak hairanla kalo kereta x laju pon org tetap mati sb xde ciri2 keselamatan asas...
4)enjin kereta zaman sekarang dibuat utk makin laju...bkn makin perlahan krn mcm no.2 di atas.....
5)Aes dibuat ketika kereta dibuat utk makin laju,ekonomi makin progress,semua benda nk cepat & memerlukan sistem jaringan jln yg cekap...
6)sistem jaringan jln spt hway dll yg maju & lengkap sudah ada..tp kerajaan x bg laju sikitpon dr hadlaju zaman lapok...

Conclusion...
1)lebih baik hadkan kelajuan kereta kpd 110km/j d bengkel2 kos akn dtanggung kerajaan...
2)atau naikkan hadlaju sedikit sekurang-kurangnya lebih 20km/j dr yg ada sekarang & sistem Aes dilaksanakan utk mereka YANG BETUL2 NAK LAJU SANGAT DARI YANG DAH LAJU (jika hadlaju yg dah dipinda)
3)tingkatkan penguatkuasaan kpd WARGA ASING DARI SELATAN YG SGT GEMAR BAWAK LEBIH LAJU & MELEPASI SEMPADAN.ini adalah kerana kerajaan bsungguh2 implemen pd rakyat sendiri sedang byk kereta warga asing ni sangatla laju guna hway plus utk cabut blk negara mrk...bila melepasi sempadan mereka lepas begitu shj sedang saman kpd rakyat sampai laju je d rumah....
4)cth penguatkuasaan paling hangat taik ayam-beli petrol d stesen minyak.mana ada penguatkuasaan kpd kereta asing sekarang??

Moralnya..KP jabatan kerajaan ni suka buat keje separuh2 utk eksyen yg mereka ade buat keje tp jangka pendek singkat dan x berapa guna otak...

Boyan kg. Baru.

Anonymous said...

Saya sangat menyokong AES!

Betul kata Anonymous 12:18 PM di atas.

Cuma saya nak tambah cadangan untuk baikpulih sistem saman di Malaysia ini.

Saya rasa jumlah nilai bayaran saman patut dikenakan berdasarkan CC kenderaan.

Lagi besar CC maka lagi besar saman yang akan diterima.

Jadi dengan ini adil bagi semua pengguna-pengguna jalan raya tidak kira miskin atau kaya.

Apalah sangat saman bernilai RM300 bagi kereta-kereta yang berCC besar(orang2 berada), betul tak?

Kalau yang miskin tu kena saman RM300 dah bergolok bergadai.

Jadi dengan ini semua orang akan beringat bila nak buat salah.

Terima kasih.

Anonymous said...

sikit2 ko nk crite pasal bn trima padah.tu la modal ko!

Anonymous said...

Yg bawak laju macam pelesit elok la kene saman tapi yg bawa slow macam siput babi pon se eloknya di saman sbb menyusahkn pengguna jalanraya yg len...

Tapi kalo kat sstgh hiway halaju cume 90kn/hr..adush macam naik beskal la...

Zul said...

sistem "world class" tapi pengurusan "third class"...teknologi makin maju...tapi minda makin mundur. sepatutnya undang berubah mengikut teknologi yang semakin maju. Takkan sebab ni nanti kerajaan dapat undi protes.

Anonymous said...

AKU BARU JEK BAYAR SAMAN RM150 KERANA memandu lebih dari 110km/j ...aku hanya bawa 115km/j sahaja....

memang nak kena lah kerajaan ini...

Belut Letrik said...

Kawan dah lama nak menyuarakan ketidakpuasan kawan dengan perlksanaan sistem AES yang 'zalim', 'cel@ka', 'makan duit rakyat punya kerajaan' dsb...bak kata komplen sebenar dari semua peringkat rakyat. Kawan dah lama rasa nak hubungi DS Najib untuk bagitau suruh dia campur tangan dalam isu ini.

Memang betul pada dasarnya AES ni adalah satu penguatkuasaan undang2. Tapi rakyat marhaen semua nampak ianya sebagai satu bentuk kezaliman baru yg datang dari kerajaan BN/UMNO yang sangat2 lah tak sesuai di musim PRU seperti sekarang.

Sentimen sebegini, ditokok dengan hasutan pembangkang adalah modal terbaik untuk mengikis sokongan (yang sememangnya kurang) oleh pendokong atas pagar, orang2 muda yg berjiwa memberontak dan rakyat biasa kat luar sana kepada kerajaan Janji Ditepati...



Anonymous said...

setuju dengan anon 12:43 PM, sekolah2 dah lama laksanakn pendidikan keselamatan jalan raya. jauhi dadah, arak zina, rogol, buli dan sebagainya.
cuma maslaahnya masyarakt kita SEMUA nak BEBAN atas guru/sekolah shj. tak de rasa tanggungjawab individu/keluarga sendiri.
macam mana nak didik, marah/pukul anak sikit pun dah serang sekolah.

Berbalik kepd isu tuan RBF, mmg jelas pemasangan kamera AES ini bukan untuk mendidik.
kena fikir cara lain lg untuk kaut duit(SRIM?), zaman dera rakyat bayar itu ini dah kena lupuskan dah.
sekarang ni zaman IT zaman teknologi dan zaman siber.

Sedangkan mesir boleh bergoncang hanya kerana facabook, jd......... beringatlah jgn korbankan masa depan negara hanya kerana nak kaut duit mudah malalui sistem JPJ yg paling mengarut nih..... lebih baik banyakkan buat rondaan, pacak orang kat tepi jalan , buat roadblok dan apa2 sahaja kaedah lain yang mudah danmurah, tapi kesan PSIKOLOGINYA cukup hebat!!!!

Anonymous said...

komenter blog GAP:
PERCAYALAH......... KUMPULAN ANWARINAS AKAN TINGGALKAN PAS DAN MASUK PKR SELEPAS PRU 13. KERUSI PKR AKAN BERTAMBAH, DAN KERUSI PAS AKAN JADI KURANG. PAS AKAN JADI LEMAH. HUDUD AKAN TERUS TENGGELAM, DAN UNDANG UNDANGISLAM PUN JAUHPANGGANG DARI API. KEPIPIMPINAN ISLAM PAS JANGAN TERTIPU...........PERCAYALAH..

.................

wow
SATU TEORI BARU YG XBOLEH DITOLAK..

XTERPIKIR AKU

aku rasa2 CHANCE ADA UP80%..

matkilaupenang said...

terbaik sahabat :
satu ulasan yang bakal membuka mata pihak bertangunggjawab....Mungkin depa alpa dan tidak peduli pendapat rakyat marhean...mugkin dengan artikel ini membuka mata mereka
tahniah

Anonymous said...

Join the CAUSE!!! SAY NO TO AES!!! YOU MAY SEND ALL THE RAKYAT TO JAIL BECAUSE WE ARE NOT PAYING!!! http://www.facebook.com/saynotoaes SHOW YOUR SUPPORT!!!

Anonymous said...

Join the CAUSE!!! SAY NO TO AES!!! YOU MAY SEND ALL THE RAKYAT TO JAIL
BECAUSE WE ARE NOT PAYING!!! http://www.facebook.com/saynotoaes SHOW
YOUR SUPPORT!!!

Anonymous said...

Malaysia macam juga negara-negara lain ...ada undang-undang malah malaysia mempunyai undang-undang yang lengkap dan menyeluruh cuma masalah di Malaysia adalah penguatkuasaan .. bukan saja memandu laju ... masalah sampah ... penguatkuasaan kita amat lemah jika dibandingkan dengan Singapore ... sebab tu orang singapore bila datang Malaysia dia buang sampah merata-merata dan memandu laju mengalahkan jin di lebuhraya .... Jadi saya amat bersetuju jika Kerajaan mula menunjukkan minat menjalankan penguatkuasaan dan bagi mengelak kita tertangkap oleh sistem AES ini ... PANDU IKUT HAD LAJU...senang cerita ...kalau nak pandu laju juga ..terimalah akibatnya... lagi pula JPJ dah bagi tahu lokasi-lokasi kamera ini maka pilihan ditangan kita...

mustaqim said...

aku stuju ngn faisal kalau dalam 11 hari 60k plusplus saman dikeluarkan maknanya ada masalah ngn undang2 jalan raya kita DAN ada juga masalah ngn sikap pemandu kita......mmg undang2 kena kaji balik dan AES kena diteruskan bagi mendisplinkan pemandu.....

pengalaman aku bawak keta jakarta bandung, kk-kudat, dan dalam semenanjung 80% sume jalan aku dah bawak mmg pemandu kita ada masalah....esp pemandu kl adalah pembunuh pecaya cuba ko kuar simpang dia punya laju buat2 nak langgar kan main padahal dari awal dia slow je......cuba nak tukar loong tgh ke kanan bg signal sume keta laju je himpit so byk pemandu kl bg xbg signal.......

hakikatnya.....undang2 ada masalah...pemandu kita lebih bermasalah jiwa, pengurusan masa yg teruk, emosi dan physco....

a'inroyafaa said...

ada baik dan ada yg menyusahkan. yg baik, ia dpt memperlahankan kenderaan yg sedang laju (stended la, nmpk kamera sume slow skjp), dgn kata lain dpt menyedarkan pemanduyg sdg perasan jd F1 driver. yg myusahkan, saman.apapun, JPJknekaji balik had laju lebuhraya.xlogik 90kmj sdgkn enjin2 kereta skg sume best2, sdp2..tekan sikit dah pegi..xsdr kdg2 meter da smp 120kmj..

Mustaqim Abdul Rahman said...

btw faisal....try to be 60++ year old and on d road, try to have heart attack at 50 on d road, try to have migrain at 40 on the road, try to have disease, cronic issue, critical crisis at age 30 and u will c how rude and reckless malaysian drivers are...no sympathy, no empathy, no merci all they have is their damn barbarian attitude while driving with their midd finger pointing to the older, with indian and cina bukit honk u even they are d one who disobey the road law....1thing......road shud be safe for all but giving face is not the solution plus go must kaji balik had laju(baca artikel utusan)

CIKGU ROKIAH... said...

ade ke patut pasang AES kat lauan 60km/jam.....sangat tak logik...mungkin pihak penguatkuasaan dah tak mampu nak jalankan tugas...elok di swastakan terus kementerian pengangkutan, jpj dsbnya......
...satu lagi modal politik janji manis nak hapuskan AES!

Anonymous said...

Kita fikir cara business, aku nak jual alat dimana kamera AES tak boleh detect kelajuan kereta. Kayo! Kayo!

tokgaru said...

Kalau lebohraya rasanya 110 km tu macam semut bergerak saja. Jalan elok, jalan banyak lorong, kena bayar tol lagi ... kereta pula 2000 cc, bayangkan lah.

Nak selamat daripada kena saman pakai saja lah Kancil atau yang setaraf dengannya.

YB dan Pak2 Menteri sanggup kah naik kancil dari Bukit Kayu Hitam ke JB.

Kalau jalan persekutuan atau jalan negeri buat had laju 30 km pun rakyat tak bising. Setidak2nya panjang lah nyawa ayam itik atau binatang ternakan orang kampong.

Jangan tekan sangat rakyat ... insyallah rakyat akan balas balik kebaikan kerajaan dalam PRU 13 nanti.

tokgaru said...

AES Modal Untuk PRU.

Di pihak BN, mereka duk tunggu bila saja PR masukkan dalam manifesto " kalau kami menang Tiada Lagi AES ". Percaya lah tak lama selepas itu akan keluar lah kenyataan " Perlaksanaan AES Ditangguh sementara menunggu hasil kajian keberkesanan "

Modal politik bro ... biasa lah. Kita rakyat untung tidak rugi pun tidak.

Yang pasti dah untung besar bermillion dan berbillion adalah mereka2 yang terlibat dalam pembekalan camera AES kepada JPJ ... betul tak ????

Haaa ... itu lah matlamat sebenar AES ... nak menjanakan income kepada orang yang berniaga camera AES ... siapa dia ??? ... mana lah aku tahu.

Double One said...

Kelakar sungguh bila dikatakan kamera itu untuk mendidik pemandu khususnya pemandu laju.....beli kereta mahal-mahal dengan cc besar,cukai jalan besar...tol lagi bayar (ibarat sewa jalan)dah tu bawak 110km/j....
saya salah seorang daripada ratusan malah ribuan callman yang menjadikan jalanraya sebagai 'pejabat'dan mewakili puluhan Insuran kenderaan.Jika sesuatu kemalangan berlaku kami antara yang awal sampai dan kami jugak yang menguruskan tentang mereka yang tercedera atau sebagainya sebelum tiba bantuan ambulan bomba atau mana-mana pihak dan kami akan membantu clearkan jalan malah mengawal aliran trafik sementara ketibaan polis atau pihak berwajib.

Kebanyakan kemalangan berlaku bukan pada kelajuan tinggi tapi banyak yang kami dapati disebabkan kecuaian pemandu seperti,makan ketika memandu,mencari barang cth : nak tukar cd,nak tukar channel radio pun ada yang kemalangan.tayar pecah,driveshaft tercabut,bearing tayar pecah dan tayar tercabut,tido sambil memandu,mabuk,bergaduh laki bini dalam keta dan paling tak masuk akal ialah berhenti di dalam lorong dan tidur.(pernah berlaku di km 297 bangi arah sg besi berhadapan pejabat C5 PLUS)

memang ada kemalangan akibat memandu laju tapi dalam sebulan tu ada la sekali dua....

ikutkan kelajuan,kita memandu 80km/j dan kita langgar tiang lampu atau railing tepi jalan....apakah akan jadi?boleh mati juga kalau kena hempap tiang tu...atau railing tu masuk ikut cermin kereta terus ke muka pemandu....

kalau nak diikutkan ,beli kereta pun salah....entah la...tapi kami selalu adakan sessi fotografi kat kamera baru tu....flash dia teraaaaanngggg...hehehehe,bulu idung pun nampak.

TIPS KEPADA PENGGUNA LEBUHRAYA :
Andai anda terlihat kereta ber'double signal' laju dari arah belakang,jangan tukar lorong anda.Itu boleh mengakibatkan kemalangan kerana kereta dari arah belakang yang ber'double signal' itu sudah attack lorong mana dia nak celah(sebab dia nak cepat).Stay dilorong anda.
DAN JANGAN PERLAHANKAN KENDERAAN ANDA UNTUK TENGOK WAYANG EKSIDEN SEBAB BILA ANDA PERLAHANKAN KENDERAAN KERETA LAIN DARI BELAKANG MUNGKIN AKAN MELIWAT KERETA ANDA...SAPA SUSAH?

Kesimpulannya,kamera baru yang flashnya terang sangat tu ibaratkan tiang bernyawa yang mungkin satu hari nanti akan meragut nyawa (brek tiba-tiba sebab takut kena ambik gamba....kereta belakang datang...gedeganggggg!!!!!)

tokgaru said...

Pasal AES gua tak minat nak beri pendapat dah. Pendapat gua mudah saja .. AES akan di jadikan modal politik oleh kedua2 pihak kerajaan dan pembangkang.

Kita tak untung apa2 pun. Yang gerenti akan dapat untung adalah kontraktor yang terpilih untuk supply camera AES kepada JPJ.

Betul kan .... ???

Anonymous said...

pemandu2 di malaysia ni sebenarnya penuh dgn pemandu JIWA SAKIT.
Kat luar nampak tenang, penyabar, relax dan cool....
tapi sekali dia dapat pegang sterengggg, automatic jadi mereeennggg.....
jadi faktor psikologi kena ambil kira...
sehebat mana teknologi di guna pakai,
tapi kalau penguatkuasaan dan pelaksannan bersepadu tidak dijalankan...
maka ia hanya akan menjadi sia2...
cukup modal dan JPJ dapat kaut keuntungan sedikit...maka secara automatic cadangan kamera teknologi mengarut macam mana lagilah
akan diguna pakai untuk 'mendera' rakyat membayar SAMAN!!!!
so NO good penguatkuasaan NO SAMAN!!!!

Anonymous said...

Tengok secara positif dulu baru fikir mana yg negatif..Lagipun AES ini baru lagi. Mungkin ada tujuan lain selain daripada menangkap pemandu laju. Kereta hilang contohnya boleh dikesan melalui kamera tersebut.

Anonymous said...

Ulasan terbaik bro..kasi copy entry submit pada D.S Najib..silap haribulan memang boleh kalah PRU pasal kes neh..rakyat nampak sebelah tangan memberi sebelah tangan mengaut..memang best isu neh pembangkang pukul canang..

Anonymous said...

bayangkan jika di sarawak dan sabah da jalan teruk dan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat beratus KM jauhnya,,jika pandu ikut speed limit bila nak sampai, Ramai yg memandu pelahan di lorong sebalah kanan kenapa polis dan jpj tak saman, mangkok ini lah yg meyebabkan kemalangan sebab pemandu lain potong sebelh kiri dan guna handpon da sms ketika memandu, potong Que, langgar lampu merah, cermin gelap. depan belakang kiri kanan, guna plate palsu,,,ini yg kerajaan patut tegas,,,laju memang SALAH satu sebab kemalangan, sms ketika memandu lagi bahaya, dan yg palaing penting papan tanda di jalan raya ramai yg tak faham dan tak akan patuhi nya, BN akan tumbang jika salah perhitungan,,,,SR1M ( Saman RRakyat 1 Malaysia) tangan kana beri tangan kiri ambil...

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan RBF.

Oleh kerana ada yang suka/setuju dengan AES dan ada yang tidak setuju, ada baiknya sebagai sebuah kerajaan yang mendahulukan rakyat membenarkan semua pemegang lesen memandu yang sah menyatakan persetujuan@tidak bersetuju dan direkodkan dalam sistem JPJ untuk disaman apabila dikesan melakukan kesalahan melalui AES.

Bagi yang setuju, inilah masa anda menunjukkan semangat patriotik anda dan terus menyumbang kepada pembangunan negara. Bagi yang tidak setuju...anda memang nakal..heheh

Anonymous said...

Pengarah JPJ orang kelantan tah2 orang nik ajih..

Anonymous said...

Sila baca ini: Apabila Blogger Bangang Berbicara Mengenai Perlaksanaan AES

Anonymous said...

Antara kedunguan RBF ialah secara jahat menyatakan had laju lebuhraya ialah 90 KM/J sedangkan had laju lebuhraya ialah 110 KM/J. Kedua, kegunaan lebuhraya tiga lorong ialah untuk mengurangkan kesesakan jika berlaku kemalangan pada lorong yang lain. Ketiga, kamera AES bukan kamera tersembunyi, JPJ dah nyatakan lokasi siap dgn koordinat. Malah setiap lokasi AES dipasang papan tanda amaran dlm lingkungan 50-500 meter sebelum lokasi AES lampu isyarat, manakala lingkungan 2 KM sebelum lokasi AES had laju. Jangan biarkan diri anda diselubungi KEBODOHAN.

Anonymous said...

Nak masukkan undang-2 jalanraya dlm subjek sekolah?? Kelakar!! Sdgkan apa yg diajar masa ambik lesen L dulu pun kita boleh LUPA... Bila tangan dah pegang stereng, kaki dah cecah pedal minyak... Ada ke kita ingat semua tu??

Anonymous said...

Perlaksanaan AES ini telah dikaji sejak tahun 2009 lagi. Antara agensi yang terlibat termasuklah PDRM, MKJR, MIROS, MOT, JKR dan lain-lain. Agensi ini telah melakukan perbincangan dan kata sepakat tentang hal ini.

Anonymous said...

Undang2 dicipta utk keselamatan n utk dipatuhi. Kalo xnak bayar saman ape susah ikut je peraturan. Asyik salah kan kjaan je. Kene saman kjaan salah, eksiden byk kjaan salah. Diri sendiri sumenye btul. Utk buat undang2 bukannye setakat bincang Kat kdai Lipo kajian dibuat terlebih dahulu.cube fikirkan Andaikan kite nI seorang bapa yang kenakan peraturan Utk anak kite cthnye balik rumah mesti sblm jam 7 malam tetapi anak kita Balik jam 8 MLm n bg mcm2 alasan. So fikirkan la

Anonymous said...

apa laaaa..
buat salah tak buat salah..keh keh
lu yang tak suka aes lu orang mau aper aaa..mau undi pembangkang? lu orang ingat pembangkang tu dajal mata satu ker..mintak jer ok..mintak jer ok. pada pada beb.

aq suka aes..sebab aq suka bergambar daaa..elok kalau aes letak kat koner2..siap aq ciluk nanti.aiap ada asap tayar. eh kalau aes leh rakam udio lagi siot nih. ini lah kemajuan bn kalau nak tau..pembangkang mana leh cam ni..dia suka kasi poleh2..jpj ke..repacak ngah paneh2 tu...pembangkang suka mat rempit membujur lalu melintang patah lanyak orang2 tua naik kapcai..

sesungguhnye undi tak der kena mengena ngan aes oooi

azrin said...

undang-undang dah ada, so skarang masa untuk dikuatkuasakan, so jangan la melenting, kalau tak sampai bila-bila enforcement undang2 negara ini akan kelihatan lemah.


hujah CC besar kene bawak laju tak berapa tepat, kereta2 di australia contohnya rata-rata mempunyai CC 4000 dan keatas, V8 plak tu, had laju 80km/j jek, highway plak 100km/j..paling laju 110km/j itu pun tak semua highway

AES sepatutnya di pasang di jalan2 yang ada sekolah, bukan di lebuh raya

Anonymous said...

Salam semua,

Mmg bagus pun AES system ni, bagi sedar sikit yg suka memecut selalu, kasi kete yg cc kecik2 tu tapi nak rembat sampai 130-140km/h, yang lebih pun ada, kasi saman, cc besar2 pun sama, no compromise.

Tak payah lah bawak laju2, nak laju2 pun nak kemana? Ke kubur? Once dah accident di kelajuan tinggi, chance nak survive tu rendah, lagi senang masuk kubur, kereta dah banyak sgt atas jalan, dulu lalu plus takdelah byk kete, skrg dah banyak.

Cuma satu je, patut diberi kelonggaran bawah 120kmh utk yg 110kmh tu memotong takut terlebih.

Anonymous said...

Salam Tuan,

Pendapat saya, yang selalu kemalangan ni yang pandu slow..bukan laju...bila kita slow akan jadi mengantuk...dah mengantuk...apa lagi...terlelap then terbabas..bila laju ni Insyallah kita akan alert pd persekitaran...

Anonymous said...

NI PUN LEBIH KURANG MACAM POLIS JUGAK LA. BILA JALAN JAMMED, MULALAH TANGKAP PEMANDU YANG POTONG Q. SEPATUTNYA KENA ANALISIS KENAPA JADI JAMMED? ROOT CAUSE TAK CARI TAPI AMBIL KESEMPATAN PULAK.KALAU KAT TRAFFIC LIGHT ..SIBUK NGENDAP PEMANDU YANG LANGGAR LAMPU MERAH TAPI BILA LAMPU ISYARAT TU ROSAK..SORANG POLIS PUN TAK ADA. HAMPEH!

Anonymous said...

NI PUN LEBIH KURANG MACAM POLIS JUGAK LA. BILA JALAN JAMMED, MULALAH TANGKAP PEMANDU YANG POTONG Q. SEPATUTNYA KENA ANALISIS KENAPA JADI JAMMED? ROOT CAUSE TAK CARI TAPI AMBIL KESEMPATAN PULAK.KALAU KAT TRAFFIC LIGHT ..SIBUK NGENDAP PEMANDU YANG LANGGAR LAMPU MERAH TAPI BILA LAMPU ISYARAT TU ROSAK..SORANG POLIS PUN TAK ADA. HAMPEH!

Anonymous said...

Actually br je lepas laluan ke arah utara dr KL..sblum smp simpang masuk ke tol Slim River ada kmera aes tu....hari tgh hujan lebat + FLASH aes yg mengejutkan = bahaya.....yg pelik knp kamera tu kena ad flash mcm tu ek?...

Anonymous said...

Ramai ramai pakai plate palsu, tengok mat rempit samantaa saman mereka hapoi aja yang nak jawab org punya plate nom asal, sebab jrang jpj atau pis tangkap pakai plate palsu, kalau saman pun murah ada diskaun lagi..agensi kerajaa jpj , polis ni pelik..cermin hitam terang salah da jadi trend biasa mcm tak salah, fancy palte no pun sama, potong Q di highway dan d jalan biasa, parking kurang ajar di bandar atau di tepi jalan raya, muatan lebih dan sebagainya, semua tak menjadi keslahan,,, jalan mudah nak dapat duit hanya speed trap dan sebaginya, kalau jalan tak baik mcm di swk dan sabah nak speed trap jugak payah lah, sudahlah pelajanan beribu KM , absober, maountng, driveshaf, streering rod rosak, kena. saman lagi, memang kayu Pewagai Najib ini..Kalau dapat duit upgared peralatan jabatan polis , jpj atau jabatan lain okey jugak, dan byk , Pejabat, rumah kerajaan, tentera, polis dan jabatan kerajaan hampir nak tumbang , repot, bocor dan air pejabat yg byk rosak, kerajaan pejam mata,,,Patutlah kaki tgn kerajaan pro pembangkang..gua pun rasa malas nak keluar mengundi..undi pakatan pun 2x5 ! poket sendiri aja...

Anonymous said...

salam bro...

terus terang sy kataknn sy ni atas pagar..tp bler baca jer ulasan n fakta saudara ttg aes ni ada benar juga kata2 saudara tu....kenpala rakyat semakin di bebankan...x guna juga bler bantuan yg dorg kluarkn akan diperahkan blk melalui saman aes ni....hope kita sama2 dapat mmbntah aes ni..tq...

Anonymous said...

aq x puas ati lar dgn org yang berani ckap...klu nmpak lampu kuning berenti...bawak 80 pun cukup...singapore ni la...malaysia ni la...puiihh...agak2 ko punye lampu kuning bertukar jdi merah bpe second...klu jln basah...ko nak tekan brek ker... aq mangsa aes...yg aq taw aq langgar lampu kuning kat jln klang lama...aq x langgar lampu merah...tpi sebab short time lampu tu bertukar...aq nak wat camner..bkn itu saja lighting yang di kuarkan merbahaya sebenarnye...aq penah tgk...penunggang motosikal hampir axcident...sebab die pandang atas...lepas lighting aes...merepek ..dan bru2 ni...ade excident berlaku...tpi aq x taw pun aes dpt membantu...sms ambulans automatik ker...simple je aq ckap....aq generasi Y, x penah aq tgok ade jugak idea2 pelik ni ... sejak zaman pemimpin spt mahathir dipandang tinggi, badawi @ pak lah walaupun pimpinannya kurang memberangsangkan mungkin kerana beliau kurang agresif..tetapi pada pemerintahan Najib...beberapa kesilapan yang Kontra telah ditonjolkan...cth slogan kemerdekaan...keranamu malaysia lebih baik...aes...failed...pengurangan wang untuk ipta sebanyk 30%..ni rahsia..wartawan pun x tahu...penggunaan media massa..klu ari2 citer negeri2 yang sme je..budak kecik pun taw ade penipuan disitu...sebab tu kontra...air selangor...tmpat lain pun ade masalah..tpi x nampak ker..
. byk lgi ni...aq taw ko x kan post comment aq...tpi aq dah mula berubah angin ke pembangkang...selepas 2 pimpinan slpas mahathir tidak menunjukkan sebarang prestasi yang baek...terutama apabila pemimpin kita buat keputusan yang salah..kata2 dri insan yang mahukan perubahan yang lebih baik..

Anonymous said...

AES NI KLU NAK BUAT BOLEH TPI KENE DI KAJI DLU..NI MAEN BUAT..MMG KALAH LAR TIME PRU...KLU AES BERJALAN TIADA LAGI VVIP DI ATS JALAN RAYA ..KERAJAAN KE, PEMBANGKANG KER, DATO, DATIN, TUN, YB, YDP . SESIAPA PUN TIDAK BOLEH MELANGGAR PERATURAN INI..DAN TIADA LAGI POLIS PERONDA YANG ESCORT KENDERAAN VVIP..NAK MESYUARAT KER, MAJLIS KER. EVEN MINTA MAAF DAHULU..PM KITA PUN X BOLEH GUNA POLIS ESCORT...KLU LAMPU ISYARAT..NAK TIDAK BERENTI...BAWAK LAJU SAMAN...KLU KENDERAAN MCM AMBULANS, BOMBA... SPECIAL CASE CAUSE WE UNDERSTAND. COP2 KAT KERETA DAH X PANDANG CUKUP TIME BAYAR JE SMAN KAT JPJ.. BRU LAR AES NI BOLEH DIJALANKAN... LOGIK X..TQ