Monday, October 15, 2012

Cerpen YBJ:Chamil Wariya Tikam Utusan Malaysia Dari Belakang

Orang tua-tua selalu berkata kalau kita berkawan atau percaya pada seseorang janganlah kita percaya sepenuh hati. Kerana satu hari nanti tidak mustahil orang itu akan aniaya kita balik. 

Senang cerita, dalam dunia ini kita tidak boleh percaya sepenuhnya kepada orang mana-mana pun hatta kepada adik beradik atau anak-anak kita, melainkan hanya kepada dua orang sahaja, iaitu ibu dan bapa kita.

Hanya ibu bapa kita sahaja yang tidak mengkhianati atau akan mengkhianati kita.....

Siapa tidak kenal dengan Datuk Chamil Wariya, tambahan pula orang yang berkecimpung dalam bidang penyiaran atau kewartawanan.

Datuk Chamil adalah orang lama dalam bidang kewartawanan dan penyiaran. Beliau bermula dalam bidang tersebut sejak tahun 1971 sebagai kadet di Utusan Melayu. Bermacam-macam jawatan yang pernah dipegangnya dalam Utusan Malaysia termasuklah sebagai wakil Utusan di London. Dari jawatan kecil hingga ke jawatan besar dalam Utusan Melayu banyak yang beliau dah pegang.

Melihat kepada hubungannya dengan Utusan Malaysia yang begitu akrab dan lama maka sudah tentulah kita tidak mungkin percaya Datuk Chamil boleh mengkhianati Utusan Malaysia. 

Tetapi tidak......tidak......

Sebab itu saya kata dalam dunia ini orang yang kita boleh percaya 100 peratus hanya ibu dan bapa kita sahaja....

Adik beradik boleh bertetak dan berparang kerana duit...

Apatah lagi antara Chamil Wariya dengan Utusan Malaysia ?

Saya yakin ramai di antara kita masih ingat sebuah cerpen yang bertajuk YBJ yang pernah disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada tahun 2008. 

Cerpen itu telah menimbulkan kemarahan orang-orang DAP dan kemudiannya Teresa Kok telah menyaman Mingguan Malaysia sebagai penyiar dan Datuk Chamil Wariya sebagai penulis cerpen itu. 

Selepas cerpen itu menjadi isu panas Datuk Chamil Wariya tampil menjawab segala dakwaan yang dilemparkan ke atas cerpen itu. 

Berikut adalah jawapan-jawapan Datuk Chamil Wariya

Cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina, tidak kena-mengena dengan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Penulisnya Datuk Chamil Wariya berkata cerpen itu "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati."

"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.
 

Malaysiakini 20 Oktober 2008

Datuk Chamil Wariya, author of the short story Politik Baru YB J in Mingguan Malaysia, said the piece was a fictitious account about racial politics and was not specifically about Seputeh Member of Parliament (MP) Teresa Kok.

The veteran journalist told The Nut Graph in an exclusive interview that as a fiction writer, he could explore “all possibilities unimagined in the real world.”

He said he aspired to be a novelist, and writing short stories was a start. He said he chose to write about a political topic as he was familiar with the subject.

Chamil, who is currently Malaysian Press Institute chief executive officer, said the YB Josephine protagonist in the story bore no resemblance to Kok.

The Nut Graph 21 Oktober 2008

Ding...dong....ding....dong.....empat tahun berlalu dan kes tersebut masuk mahkamah untuk perbicaraan susulan tindakan saman yang diambil oleh Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia dan Datuk Chamil Wariya.

Apabila dah masuk ke mahkamah minggu lepas lain pula yang berlaku. Chamil Wariya memohon maaf kepada Teresa Kok. Soal dia nak mohon maaf itu hak dia dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Tetapi yang tidak boleh diterima apabila dia menyalahkan pengarang Mingguan Malaysia berhubung cerpen tersebut.

Nak tak nak akhirnya Utusan Malaysia juga terpaksa mengalah dan memohon maaf kepada kepada Teresa Kok gara-gara sikap lidah bercabang Chamil Wariya.

Jika pada tahun 2008 sikit pun dia tidak menyalahkan akhbar itu, tetapi apabila masuk perbicaraan akhbar itu yang ditikamnya. 

Kerana kesediaan Chamil menyalahkan Utusan Malaysia, maka Teresa Kok setuju untuk tidak menuntut apa-apa kos daripada Chamil, manakala Utusan Malaysia pula diminta membayar RM 50,000 kepada Teresa Kok.

Kalau ikutkan saya nak tulis banyak lagi lagi yang nak ditulis. Tetapi memikirkan dia orang tua biarlah setakat itu dulu. 

Kisah sebenar di sebalik apa yang terjadi anda boleh baca di sini....

Kesian Datuk Chamil.....berpuluh tahun membina kerjaya dan nama tapi sayangnya dia hujung-hujung usia beliau sendiri yang mencalarkan imejnya dan merosakkan namanya dalam dunia yang diceburinya.

Eloknya kiranya Datuk Chamil berundur dari kerusi Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia kerana beliau sudah tidak ada kredibiliti lagi untuk berada di kerusi berkenaan. Undurlah Datuk.....

Maaf Datuk sekiranya dalam anak muda ini berbicara ada perkataan-perkataan yang digunakan menyentuh perasaan Datuk. 

Maaf pun maaf juga Datuk.....tapi jangan lupa untuk berundur dari jawatan jika Datuk bermaruah.....

2 comments:

Anonymous said...

Hati manusia sentiasa berubah mengikut keadaan. Jika keadaan memihak kepada mereka, mereka akan tidak ragu2 bukan sekadar menikam dari belakng tetapi membunuh pun mereka sanggup.

Tidak pasti apa yang berlaku dalam kes Chamil Wariya. Chamil, Shahnon Ahmad dan A Samad Said antara beberapa 'tokoh' yang mengambil pendekatan 'gigit tanagn orang yang menyuapkan makanan kemulut mereka' pada usia tua. Bagi kes Shahnon (SHIT) Ahmad, hari ini menampakan bahawa beliau mula 'bertaubat' setelah melihat 'perjuangan sia2nya' gagal.

Apa pun saya bersetuju dengan RBF yang menyimpulkan bahawa 'buat baik biarlah berpada' kerana kebaikan kita belum tentu akan mendapat balasan baik tetapi sebaliknya mungkin akan mendatangkan musibah kepada diri kita sendiri. Wallahualam.

mtk

Gossip Rakyat said...

Salam tuan. Saya sudah pautkan blog tuan di blog saya. Mohon pautkan blog saya di blog tuan. TQ

eddyjugaks.blogspot.com (gossiprakyat)