Wednesday, October 10, 2012

Cina DAP Serang Syed Mokhtar, Melayu Pas Serang CEO Tabung Haji


Kira-kira 28 tahun yang lalu Anwar Ibrahim pernah berkata kebodohan Pas hanya akan membawa kesengsaraan, bencana dan kecelakaan kepada bangsa sendiri. Lihat di sini....

Tidak cukup dengan menyerang dan memfitnah musuh politik hari ini Pas heret pula orang korporat yang tidak terlibat dengan politik ke dalam kancah politik mereka. 

Sejak tahun lepas lagi beberapa kali ahli parlimen Pas yang juga naib presiden Pas lulusan SRP cuba menyerang CEO Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berhubung dengan gaji yang diterima beliau. 

Dan semalam pula akhbar Sinar Harian seolah-olah menjadi pelengkap kepada misi Mahfuz Omar untuk menyerang CEO TH apabila mereka letak tajuk muka depan seperti gambar di bawah. 

RM 1.5 juta adalah termasuk bonus dan bayaran-bayaran lain untuk setahun
Walaupun akhbar berkenaan menjelaskan perkara sebenar di muka surat dua dan meletakkan perbandingan gaji-gaji CEO syarikat lain, tetapi tajuk muka depan itu boleh menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada tuan punya badan.

Semalam juga akhbar yang menjadi penyambung lidah syaitan, harakahdaily melaporkan kenyataan si lulusan SRP yang bersedia mendedahkan dokumen kenaikan gaji dan bukti penyata gaji Disember 2011 milik CEO TH. Lihat di sini.

Penyata gaji adalah sesuatu yang sulit dan persendirian dan tidak boleh didedahkan kepada umum, melainkan oleh tuannya sendiri. Tetapi oleh kerana memiliki akhlak yang rendah pemimpin Pas sudah tidak pedulikan itu semua. 

Apa nak jadi dengan Malaysia jika penyata bank milik orang lain boleh didedahkan kepada umum, dan penyata gaji orang juga nak didedahkan kepada umum ? Perkara ini semua boleh menyebabkan orang asing hilang kepercayaan kepada sistem kita.

Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir sendiri telah mengakui gaji yang diterima oleh CEO TH adalah RM 85, 000.00 sebulan dan pembayaran gaji itu selaras dengan yang ditetapkan oleh Majlis Gaji Kebangsaan berdasarkan perjanjian perkhidmatan. Juga berdasarkan kadar berjadual dan peraturan Tabung Haji.

Perkara itu telus dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Tetapi si lulusan SRP masih tidak puas hati dan nak dedahkan pula penyata gaji CEO TH. 

Jikalah ditakdirkan berlaku pertukaran kerajaan dalam PRU akan datang, dan CEO TH pun ditukarkan dan digantikan dengan Mahfuz Omar. Maka itu juga gaji yang diterimanya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Tinggal lagi samada kakitangan TH dan rakyat boleh menerima atau tidak seorang yang berkelulusan SRP seperti Mahfuz untuk menjadi CEO TH.

Sepatutnya tidak apa yang perlu dipertikaikan dengan gaji yang diterima oleh CEO TH kerana itu yang telah ditetapkan dan dengan kelulusan serta pengalaman yang beliau, dan juga kejayaan yang dicapai TH sejak kebelakangan ini.


Tahun lepas TH mencacatkan pendapatan lebih RM 2 bilion untuk tahun kedua. Dan daripada 2 bilion itu selepas dicampur tolak kali bahagi termasuk tolak zakat , keuntungan yang mereka dapat lebih dari RM 1 bilion.  Dari hasil keuntungan itu mereka boleh agihkan keuntungan sebanyak 6 peratus kepada 6.96 orang pendeposit mereka. 

Untuk pengetahuan anda , untung yang dicatatkan TH melebihi RM 1 bilion berjaya direkodkan selama 5 tahun berturut-turut.

Orang seperti Datuk Ismee beliau tidak perlu hairan. Esok pun beliau boleh keluar dari TH, dan tidak mustahil lusa beliau boleh dapat tawaran daripada mana-mana syarikat lain berdasarkan pengalaman dan kecemerlangan beliau. Tapi belum tentu TH akan mendapat CEO yang lebih baik dari itu. 

Kalau beliau keluar beliau boleh dapat gaji yang lebih tinggi lagi daripada apa yang beliau terima dari TH sekarang. Gajinya sekarang lebih rendah jika nak dibandingkan dengan CEO lain. 

Bank pun tak boleh bagi keuntungan 6 peratus setahun kepada pendeposit mereka. Tapi TH boleh lakukan. Dan harus diingat, bukan semua orang yang menyimpan dalam TH itu mahu ke Mekah lagi. Ada yang dah berkali-kali naik haji tetapi mereka masih juga nak menyimpan di TH kerana keyakinan mereka serta keuntungan yang baik. 

Tindakan Mahfuz menyerang CEO TH dan memberi persepsi yang tidak baik kepada beliau boleh menyebabkan umat islam yang menyimpan di TH merasa gundah gelana dan boleh hilang kepercayaan kepada TH. Kalau semua mereka pakat keluar duit , tidakkah akan ranap TH ? Tak pasal-pasal sebuah intitusi Islam ranap. Sebab itulah Anwar Ibrahim kata kebodohan Pas hanya akan membawa kesengsaraan, bencana dan kecelakaan kepada bangsa sendiri.


Menjadi CEO TH bukan perkara senang. Setiap tahun mereka harus fikirkan dan kerja kuat untuk mendapatkan duit bagi menampung subsidi RM 5000 kepada setiap jemaah haji. Kos menunaikan haji sekarang adalah RM 15000 bagi setiap jemaah untuk tempoh 40 hari. Setelah diberi subsidi oleh TH sebanyak RM 5020, maka setiap jemaah hanya perlu membayar RM 9980. 

Itu untuk jemaah muasasah bagi kali pertama yang dikendalikan oleh TH. Tiada subsidi untuk jemaah kali kedua atau yang menyertai pakej swasta. 

Itu belum dikira lagi dengan perkhidmatan yang diberikan di Mekah. Paling tinggi adalah kos perubatan. Klinik-klinik disana boleh dikatakan setiap hari dipenuhi oleh jemaah. Ubat yang diberi bukannya ubat-ubat cap ayam. Semuanya ubat yang baik-baik. Kerana TH nak memastikan setiap jemaah mendapat rawatan terbaik dan KPI mereka memastikan semua jemaah sihat menjelang hari wukuf dan tidak ada jemaah yang tidak dapat mengerjakan haji kerana sakit. Yang berada dalam wad ICU sekali pun pasukan perubatan TH akan bawa dengan ambulan ke Arafah walapun untuk seketika sahaja. 


Bagi orang yang pernah ke Mekah dengan melalui muasasah TH mereka akan tahu bagaimana perkhidmatan yang disediakan oleh TH. Tidak ada bagi jemaah muasasah negara lain yang akan mendapat khidmat sebagaimana yang TH sediakan. 

Itu semua kos....bukannya free. Sebab itu TH memerlukan seorang CEO yang boleh fikir bagaimana nak dapat semua kos itu. Kalau dia boleh fikir dan lakukan semua itu, apa yang kita nak hairankan dengan gaji beliau asalkan dibayar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Jika dibayar gaji RM 85, 000 sebulan, tapi tak bagi subsidi, bonus pendeposit tak dapat dan duit TH hilang, itu salah dan kita perlu tentang CEO berkenaan. 

Tahun 2010 jumlah kos yang ditanggung TH untuk musim haji adalah RM 65 juta. Untuk tahun lepas pula jumlah berkenaan naik mendadak kepada RM 105 juta. Hampir sekali ganda kenaikannya disebabkan kos di Mekah semakin meningkat terutamanya sewa hotel. Tidak terkecuali juga kos ubat-buatan yang meningkat. Tetapi bayaran yang perlu dibayar oleh jemaah tetap sama iaitu RM 9980.00


Untuk tahun-tahun ke depan pula sudah tentu kos juga semakin meningkat dan saya pernah diberitahu oleh seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Mekah bahawa harga tanah di sekitar Masjidil Haram adalah harga tanah yang paling tinggi di dunia. Semua orang nak bina hotel dekat Masjidil Haram kerana permintaan tinggi dari jemaah . Dan semua jemaah nak tinggal di hotel dekat masjid, maka sudah tentulah harganya makin meningkat dan meningkat. Apabila di sekitar masjid dah penuh, mereka akan beralih ke belakang sikit, dan harga tanah yang dibelakang pula meningkat. Apabila belakang dah penuh, mereka beralih ke belakang lagi. Harga tanah yang dibelakang lagi pula makin meningkat. Akhirnya satu hari nanti habis disekitar Tanah Haram tanah makin mahal. 

Jadi TH perlu fikir dari sekarang bagaimana mereka nak kekalkan harga yang perlu dibayar oleh jemaah dan bagaimana mereka nak tampung kos yang semakin meningkat. Tidak lain tidak bukan mereka kena tingkatkan lagi keuntungan syarikat. Nak tingkatkan keuntungan syarikat perlukan seorang CEO serta pasukannya yang bagus. 

Nak dapat CEO yang bagus, kenalah bayar gaji lebih. Kalau nak bayar gaji murah ambillah orang yang lulusan SRP seperti Mahfuz Omar. Selepas 3 tahun ranap TH.

Kenyataan pemimpin Pas lulusan SRP itu tidak lain tidak bukan adalah untuk menimbulkan kebencian umat Islam kepada kerajaan yang memerintah. Dan dia tahu isu ini sangat sensitif dengan umat islam maka sebab itulah dia perlu serang CEO TH dan tempiasnya akan pergi kepada kerajaan. 

56 comments:

Anonymous said...

gaji ismee adalah yang terendah drp senarai ceo2 lain.

kalau gaji tinggi tapi hasil takde apa faedahnya ?

kalau ikut kejayaan ismee apa nak heran dia dpt gaji byk tu ?

kalau dia pergi company lain dia akan dpt byk lagi ?

perangai busuk hati orang pas tak akan habis sampai kiamat.

Anonymous said...

Org berkelulusan SRP mmglah komen mcm tu...

Anonymous said...

Kalo sekeping hati tu HITAM maka busukla keseluruhan seorg manusia itu..

SubhanAllah..kenape mampoz ko xnak pertikaikn kemungkaran sekutu kamu yg terang2an mnyeleweng akidah....

Kenapa dgn yg sama bangsa dan seagama bg2 burok sangkaan ko mampoz..sptotnye kite ssama agama tumpang bangga dgn kejayaan TH dan ia krn pengemudinya yg bijak bkn mcm yg trjadi dlm parti pojaaan ko mampoz...

Kelantan xmaju krn sikap NATO yg ketelaluan ,,,pung pang2 kerja xtau..wang KOHILAL jadi KU HILANG,,wang tabung MEMALI pon GHAIB tanpa di kesan...wang DERMA yg brgoni pon ntah kemana tanpa AUDIT...xckp nak disenaraikn....

Mmg betul,parti yg lahir dari prasaan hasad dengki thdp UMNO , melahirkn penganut yg BUSUK HATI PENUH DENDAM KESUMAT tahap sial...xboleh tgk sesama bangsa maju..sgp mnjatohkn sesama bangsa/agama ...biar kaum len yg naik asalkn HATI PUAS...

MEMANG PAS SESAT SESESAT SESATNYA...
PAS = ANJING

Anonymous said...

Susahlah kalau hanya boleh baca apa yang tersurat tetapi jahil untuk memikirkan dan menganalisis perkara yang tersirat!

Tapi apa yang boleh kita harapkan dengan cetusan idea orang yang hanya berkelulusan SRP?

Cuma diharapkan rakyat Malaysia boleh berfikir dan menganalisis semua perkara bertahap tinggi.

Hanya dengan cara itu sahaja cetusan fikiran si SRP boleh dibuangkan di tempat yang sesuai iaitu bakul sampah!

Anonymous said...

MANAKAN SAMA GAJI ORANG KORPORAT CARI UNTUNG SYARIKAT, DENGAN GAJI ORANG YANG MENYALAK MACAM ANJING GILA.

Anonymous said...

APA KATA PENGASAS TABUNG HAJI... PROF ENGKU AZIZ....

rakyat menabung sepanjang hayat... pun belum tentu kemekkah.... sebab duit sellau terdesak... asyik keluarkan saja..

ceo TH... bermewah rupanya... jangan banding dengan towkey2 kapitalis lain dengan TH ....

Anonymous said...

dari pakai otak SRP, lebih baik otak RBF..setiap ulasan topik dapat di hurai dengan baik dan bernas..kenapa la orang mcm hang RBf tak jadi MP atau Adun dalam BN..kalau nk bertanding bagitau, aku nak tolong vote..maklum la follower sejati RBF :)

Anonymous said...

apakah ketua2 umno asyik cari kemewahan dari GLC......??????????????

fokuskan rakyat... bukan habuan peribadi!!!

Anonymous said...



engku aziz tubuh TH dan Angkasa tapi dia sendiri hidup simple saja... tidak tamak!

ceo felda pun sama jua.....

jauhnya hati aku dari budaya rakus orang umno ............

Anonymous said...

Kenapa hanya nak pertikaikan gaji CEO Melayu aje ya? Kenapa tak buat kajian berapa gaji CEO bukan Melayu di sector perbankan dan di syarikat2 di Bursa Malaysia. Kenapa orang Melayu ni dengki bila tengok org Melayu lain senang sikit atas usaha mereka tapi tak rasa apa pun bila bangsa lain jauh lebih baik. Islam ajar macam tu ke? Kalu setakat RM1.5 juta setahun bangsa lain cuma jadi GM je pun boleh dapat byk tu. Nasib baik Ada GLC bolehlah org Melayu jadi CEO. Kalu Pakatan Haram jadi kerajaan jgn haraplah org melayu dpt jadi CEO nanti, tengoklah kalu tak percaya

AkuismE said...

Chipppp.....bwk sini Surat kenalkan gaji CEO TH yg dah d luruskan kpd RM25 juta sebulan tu....Aku nak sign..... Layan is Maput melayu bigai pencacai dap ni buat sakit tekak jer.....meh meh meh.......

Anonymous said...

Khas untok naib presiden Pashit....

If you pay peanut...surely u got monkey...(to be d CEO)

>>>> RENONG2 KAN LAH!!!!

Anonymous said...

Perkara2 yang di benci oleh orang pas :- tabung haji buat pakej mewah,
cakap mufti tak lulus pakej mewah sebab potong trip
- tapi nik aziz pakai pakej mewah gak tak nak kata apa ke...

Anonymous said...

org PAS mmg sah bodoh bila memilih dan menggangkat org bodoh mcm mahpus jadi pemimpin mereka....

mahpos...klu dah bodoh..jgn jadi pemimpin..buat malu aja...


Anonymous said...

patut org pas bangga org melayu gaji sejuta ... mana ada org melayu gaji sejuta 50thn dulu...????

tapi pas ni mmg dasar berok mak yehh sbb tu sakit ati tgk org melayu gaji 1 juta tapi tak plak sakit ati tgk gaji ceo cina 6juta sebulan...

bodoo punya pas..harkktuihh

bob

Anonymous said...

Gaji CEO 2 GLC milik kerajaan selangor p.pinang kedah dan Kelantan berapa RBF?

SILA SIASAT

Anonymous said...

PAS tu taklah teruk bebeno tapi sebahagian pemimpin mereka tak layak dilantik jadi pemimpin sb tidak berilmu hanya pandai cakap. Cth Mahfuz, Mat Sabu, Khalid Samad.

Aku menyeru pemilihan akan dtg ahli2 PAS terajang mereka dari parti. Memalukan.....

Tok Siron

Anonymous said...

CEO TH dibayar 85 ribu...kami (pendeposit TH dapat 6 % )....oklah tu...
si mahpozzz dibayar elaun ahli parlimen... habuk pun tak takda ( berak dia pun tak boleh buat baja )

wasim46 said...

Gaji ceo th sudah ok banding dgn gaji nik ajis yg cuma kejenya buat air jampi dan ceramah politik selama 22 tahun pegang jawatan mb.ini kira rekod dunia yg paling bodoh dan rugi.

Anonymous said...

Melayu pas mmg dengki....busuk hati....perangai tak boleh ubah....cubala progresif sikit...

Anti guna agama said...

Kerja ore PAS ... Semua yang diBuat oleh kerajaan semuanya tak betul .. Hok diri sendiri tadbir habis semuanya dijual .. Contoh dikelantan .. Aset Pkink dan Majlis Bandaran Kota Bharu ... Renung renungkan lah bangsaku Melayu ..

Anonymous said...

What a shame to have such high ranking personnel in PAS heirachy. Dia patut tengok isu yang lebih besar, perspektif "helicopter" bukan cakap tak fikir panjang..Dia ingat dia Datuk cakap dia ada value...sorry mahfus..jangan jadi tin kosong... bunyi saja kuat isi yelek...for those yang komen on UMNO...please rub off your mental block and better have a fresh idea to comment..cut those crap (faham dak ni?? Jangan jadi kat Tun M, peribahasa inggeris dia di salah faham oleh orang PAS)

Anonymous said...

Itu lah yg di ingini PAS PIS PUS..Nak jawatan CEO atau control TH..Gaji dia org nanti lebih tinggi dan productivity..LEBIH rendah..Lingkup semua nanti...

Anonymous said...

korang jangan marah mahfuz. budak SRP buat statement mmg macam tu la. mana la dia nak reti pikir sampai tahap kau tulis tu RBF..

kalau lantik mahfuz jd ceo TH...aku lagi rela pi mekah ikut jalan darat. x sanggup aku nak melabur dlm TH..

Anonymous said...

Budak PAS SRP ini memang busuk hati, mana ada lulusan nak jadi CEO, dia punya cita-cita, tapi setakat macam anjing salak bukit.Tanya dia isipadu kubur orang islam berapa kaki persegi. pasti mengeletar nak jawab.

Anonymous said...

mahfuz dengki org len dpt gaji beso...tu la mahfuz dl mase sekolah xnk belajo betol2...tu yg dapat lulus srp je...so mahfuz selayaknya dapat gaji taraf srp je...ceo th nie belajo tinggi2 xkn nk bayo gaji takat srp je...apa la bodo nye puak2 pas nie...

Jokiden said...

1. Mahpoozzzzzzzzz ni bagus sebab dia jadi Pengerusi mana-mana anak syarikat PAS pun dia tak amik elaun atau gaji.

2. Elok lantik dia jadi CEO TH selepas ini dengan gaji RM1,

3. Di Malaysia,gaji CEO Cina RM10 juta sebulan..

Anonymous said...

Apabila yang bercakap itu Mahfuz Omar maka tarafnya sama macam hamPAS. Sampah pun lebih bernilai jika dibandingkan dengan kenyataan2 Mahfuz Omar. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Sesuailah tahap gaji ceo th tu, malah, agak rendah sebenarnya jika nak dibandingkan dgn tugas dan pulangan yg dia berjaya buat. ada gaji project director kat syarikat melayu sdn bhd jer pun, gaji sebulan 40 ribu sebulan(cina plak tu), apa cer..?
setakat 85 ribu sebulan dah kecoh. si mahpos ni dah baca ke belum asal gaji ceo kat syakt2 cina bank2 cina? PHD kat org melayu tak abis2. berkokok kat org melayu jer. jaguh kampunglah katakan.. setuju dgn pandangan pengkomen2 disini, dah kelulusan takat srp macam tulah level pemikiran dia. bukan lah kita nak merendah2kan, tapi kalau dah berulang kali menunjukkan tahap kelas diri tu kat org awam maka, org pun berkatalah. tak gitu mahpos.

To Live Again said...

Ni la masalahnyanya bila org Melayu sering dimomokkan untuk jd Pemimpin kena ZUHUD dan Hidup Susah.Kalau mcm 2 bila Islam nak maju?? Tgk la senarai 10 org yg DIJAMIN SYURGA oleh Rasul s.a.w.ABU BAKAR,UMAR,UTHMAN AFFAN,ABDUL RAHMAN BIN AUF semuanya kaya2 smpai tahap billionaire.Taka ada pon yg menyekat kemasukkan mereka ke syurga malah harta benda mereka la yg MELANCARKAN PERJALANAN mereka ke syurga.

To Live Again said...

Ni la masalah org Islam bila disebutkan saja kerja kebajikan@jariah@jihad jer mesti free kononnya kerana Allah.

Itu yg bila ada ustaz minta bayaran dikatanya ustaz DEMAND.Kononnya ustaz MENJUAL ilmu yg Ustaz bagi.

Kita perlu faham untuk memajukan ekonomi umat Islam bukan 100% bergantung kepada SEDEKAH JARIAH semata-mata tetapi yang lebih besar dari itu yg disebut jelas di dalam hadis Nabi iaitu 9/10 rezeki adalah dari PERNIAGAAN.

Untuk menjadi PENIAGA bukan senang.PENIAGA juga spt PEMIMPIN yg mana kerjaya tersebut memerlukan KEMAHIRAN yang tinggi.Tidak cukup hanya sekadar berniaga secara jujur dan amanah semata2 tanpa ada sebarang KEMAHIRAN dari segi kewangan,strategik,pemasaran dll.

Elemen2 di atas memerlukan sesorang yang bernas idea dan kuat serta kental mentalnya.Elemen2 di atas la yg menjadi senjata utama bangsa2 Yahudi dan Cina menguasai perniagaan.Tetapi elemen ini juga la yg kita sgt LEMAH.

To Live Again said...

Kalau begitu sempit la pandangan Mahfos dll mengenai sistem perniagaan,maka lepas ini jgn la disalahkan jika ada cerdik pandai Melayu beragama Islam tidak mahu menyumbang kepakaran serta kudrat mereka di agensi2 milik Melayu/Islam spt TH,FELDA,PNB,TM,TELEKOM dll kerana rakyata mengharapkan keuntungan berbilion dan mereka harus mengerah 110% usaha mereka tetapi mereka hanya layak dibayar sekitar RM 5000-RM6000 sebulan.Sama mcm pegawai2 kerajaan yg kerja 9pg-5ptg..

Jika perkara spt ini terjadi jgn la hairan kalau mereka akn bekerja di korporat lain spt Air Asia,YTL,SP SETIA,MAXIS dll yg mampu memberi pulangan setimpal dgn usaha yg dicurahkan mereka.

Anonymous said...

Mahpus > Orang BODOH yang dengki pada orang yang terlebih pandai darinya. Dengki ysecara buta-tuli. Hanya dengki pada bangsanya sendiri. Kalau bangsa bukan Melayu yang dapat gaji besar sebegitu, tak kisah pulak.

Hampas punya Mahpus.

RD

Anonymous said...

Hahahahha sebenarnya aku tak heran gaji ORANG Melayu besar dan tinggi mmg bagus pon baru ade saingan dengan Bangsa lain ... yang penting mcm mana GAJI RM 1.00 boleh sewa JET Peribadi g jalan2 / Berkempen ... Logik tak ... hahahahahaha .... MELAYU baru nak naik dah kena tibai dasar PR (Pemusnah Rakyat, Penipu Rakyat, Pertualang Rakyat, Pengongkek Rakyat) .... PHD kuat la PR ni ...

Anonymous said...

Mnate ore pas ni x leh tengok melayu senang.dasar hati busuk po sapoh.

Membangun bersama sampah slogan pas klate.
Thun ni pas bleh mapuh d klate.

tokgaru said...

Saudara RBF

Saya tak nak sentuh isu gaji CEO TH. Kalau dia ada kelulusan dan berkelayakan .. memang rezeki dia lah.

Saya terima kasih banyak kepada RBF yang bagi tahu di sini bahawa Mahfuz Omar tu hanya lulus setakat SRP saja. Selama ini saya ingat dia ada ijazah atau sarjana dari mana2 universiti. Mat Sabu pula macam mana ? Dengar kata belajar kat ITM (UiTM) pun tak habis .. betul kah ?

Si Mahfuz tu dengan kelulusan setakat SRP saja boleh dapat elaun sebagai MP (RM10,000.00 sebulan) sepatutnya bersyukurlah banyak2 kepada Allah. Ramai lagi orang yang kelulusan lebih tinggi daripada Mahfuz tapi tak berpeluang nak dapat sebanyak yang dia dapat.

Lulus SRP tapi boleh dapat elaun RM10,000 sebulan .. wau hebattt juga jadi YB ni.

Anonymous said...



gaji ceo PKNS brapa?

Anonymous said...

sepatutnye pas serang la ceo2 kaum imigrant, ini ceo melayu dan islam yg diserang...
da termakan taik babi ape si mahfuz n mat sabu...
parti islam tp perjuangkan agenda org kafir dan parti org kafir...
maka mangkuk2 pas di kg pon akn mengikut le mempertikaikan kekayaan org2 melayu..

Anonymous said...

Sifat MASMUMAH PAS ni kuat dihati mereka. Mereka dah ketandusan modal. Yang ada hanyalah sifat kebodohan mereka sendiri. DiKedah pon Mahfus Omar gagal mentabir KUIN, apatah lagi nak mentabir negara. Pi mampos la dengan PAS.

Anonymous said...

Player bola Kelantan, Norshahrul Idlam dikatakan dibayar gaji RM26,000 sebulan. Kenapa KAFA sanggup bayar sebanyak tu? Sebab dia pemain berkualiti. Bila bola menarik dan selalu menang, penonton akan datang ramai2, bila ramai yg datang, untung jualan tiket berlipat kali ganda.. itu cerita bola, sama juga dengan seorang CEO.

Duit tak berkat, dapat duit habis, kaya tapi sakit kepala.
Bila duit berkat, gaji tinggi.. duit dapat banyak, orang lain tumpang senang, syarikat untung lagi, orang ramai lagi senang.

Orang kaya, tuhan bagi kemewahan dan jika mereka banyak tolong orang susah, tuhan bagi lagi kekayaan.. mereka ini seolah2 dipertanggungjawabkan sebagai pemegang amanah.

Ada orang 5 dekad menabung baru dapat pergi haji. Kenapa tuhan bagi mereka berkeadaan begitu? Mungkin tuhan mahu berikan ganjaran pahala setiap kali mereka berniat ketika menabung utk pergi ke Mekkah.

waullahu 'alam.

Anak Lenggong said...

CEO TH tu bergaji sebanyak tu sebab dia layak menerimanya..kenapa pula si Mampus ni nak jelous ..dah ko sendiri lulusan SRP. sebenarnya ko pun tak layak jadi MP..lihat sahaja di parlimen ko tidak membahaskan sesuatu isu..ko cuma pandai mencelah untuk menganggu pembentangan daripada MP Bn je.

Aku doakan supaya CEO TH ni menyaman Mampus ni disebabkan penyata gaji adalah satu perkara yang sulit untuk didedahkan kepada public..biar si mamfuz lulusan SRP ni tau apa yang dia sebutkan.

tokgaru said...

Apa akan jadi kepada melayu jika DAP ganti Umno perintah negara. Baru2 ini saya dah tulis tentang hal ini dalam blog mana pun saya dah tak ingat dah. Tak apa saya ulang lagi.

1. Peniaga2 melayu akan di tekan - peruntukan undang2 akan digunakan sepenuhnya. Bila undang2 digunakan maka tak siapa boleh pertikaikan tindakan.

Sebagai contoh. Hendak berniaga makanan. Keperluan perundangan PBT wajib dipatuhi : Mesti ada lesen. Mesti ditempat yang dibenarkan. Mesti ada bekalan air paip. Mesti ada bekalan letrik. Mesti di premis yang sempurna. Mesti lulus pemeriksaan kesihatan. Mesti menggunakan peralatan yang sesuai.

Untuk makluman kalian. Saya adalah bekas kakitangan PBT yang terlibat secara langsung dalam pemantauan premis perniagaan makanan.

Dari pemerhatian saya, hanya 30% premis makanan orang melayu sahaja yang layak diberikan lesen untuk menjalankan perniagaan mengikut syarat dan peraturan undang2 PBT. Tetapi kami menutup mata kepada 70% lagi kerana nak beri mereka peluang untuk mencari rezeki halal untuk hidup. Kalau kami betul2 ikut undang2 PBT .. akan adalah yang mati kebuluran.

Saya yakin jika DAP memerintah, semua peniaga melayu tak kira yang sokong Umno atau yang sokong Pas atau yang sokong PKR atau yang sokong DAP akan ditekan secara sah dengan peruntukan undang2 PBT. Ya mereka akan buat dan tak siapa boleh halang.

Lihat saja apa yang berlaku di Penang. Peniaga2 melayu dan sebahagian kecil peniaga india dihalau dari tapak yang mereka telah jalankan perniagaan berbelas tahun malah ada yang dah berpuluh tahun atas alasan melanggar peraturan undang2 PBT.

Umno sendiri tak dapat nak tolong mereka. Kerana Umno faham undang2. Undang2 tetap undang2. Cuma masa di bawah perintah BN, kerajaan BN tidak kacau para peniaga melayu atas tujuan nak beri peluang mereka berniaga untuk mengubah keadaan hidup dan untuk melihat orang melayu mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Kerajaan BN yang memerintah pada waktu itu sedar para peniaga melayu 70% tak patuh undang2 PBT .. tapi buat2 tak nampak.

Yang berlaku sekarang Lim Guan Eng beri arahan kepada PBT supaya ambil tindakan terhadap peniaga2 yang tak ikut undang2 PBT. Maka para anjing2 PBT (anggota penguatkusa bangsa melayu) pun bertindak lah keatas peniaga2 melayu.

Kenapa peniaga2 melayu sahaja. Kenapa tidak peniaga2 cina. Saya percaya arahan Lim Guan Eng tak sebut ambil tindakan keatas peniaga melayu sahaja .. Lim Guan Eng tak lah sebodoh itu. Dia akan beri arahan ambil tindakan kepada peniaga ikut kawasan. Jadi tak nampak lah sangat sasarannya adalah peniaga melayu.

Lagi satu Lim Guan Eng ni nampak cerdik. Dia tahu yang jadi anggota penguatkuasa pangkat rendah 90% adalah melayu. Jadi nampak lah kepada orang lain penguatkuasa melayu (anjing Lim Guan Eng) gigit peniaga bangsa sendiri. Lim Guan Eng selamat lagi .. dia boleh kata gua tak kacau peniaga melayu tapi yang kacau peniaga melayu adalah penguatkuasa PBT bangsa melayu.

Sebab itu lah berkali2 saya merayu kepada para pengundi2 melayu. Anda tak suka kepada Umno tak mengapa tapi janganlah pi undi DAP pula. Kalau undi Pas masih boleh dimaafkan lagi.

Read more: http://www.pisau.net/2012/10/pegawai-jusa-ditekan-hingga-berhenti.html#ixzz28xGW8DtG

tokgaru said...

Jika DAP jadi kerajaan perintah malaysia. Selamatkan kakitangan kerajaan yang 75% adalah orang melayu. Belum tentu sudara2.

Sekali lagi peruntukan Perintah Am akan digunakan untuk mengurangkan bilangan kakitangan bangsa melayu dalam jabatan kerajaan. Peruntukan dalam Perintah Am akan digunakan untuk menekan kakitangan bangsa melayu - Lambat sikit datang kerja, bagi show cause letter. Lambat sikit siapkan laporan, bagi show cause letter. Silap sikit buat kerja, bagi show cause letter. Kalau dah selalu duk dapat show cause letter .. nak kerja pun dah tak seronok .. akhirnya minta berhenti sebelum diberhentikan.

Begitu lah caranya yang kerajaan DAP akan buat untuk mengurangkan kakitangan perkhidmatan awam bangsa melayu. Mereka buat ikut undang2. Siapa pun tak berani nak pertikaikan. Sedar tak sedar, tau tau hanya tinggal 30% saja kakitangan bangsa melayu dalam perkhidmatan awam. Yang 30% tu pun kebanyakan adalah peringkat bawahan saja, peringkat executif atau Jusa adalah 1-2 orang melayu sahaja .. Ketua Pengarah orang mereka, Pengarah orang mereka, Ketua Jabatan orang mereka .. orang melayu kalau nak lekat pun setakat jawatan Timbalan saja la dan akan pencen setakat jawatan Timbalan juga la.

Dahsyat kan ? Tapi bukan tak akan berlaku tau. Lihat saja sektor awam di Singapore.

Harap2 Nik Aziz, Hadi Awang dan Nasrudin Tantawi sewaktu duk dakap peluk mesra Lim Kit Siang .. cuba bayangkan apa yang Tokgaru tulis di sini sama mudahan2 mendapat petunjuk dari Allah swt.

Read more: http://www.pisau.net/2012/10/pegawai-jusa-ditekan-hingga-berhenti.html#ixzz28xHjk7wG

Cheguman Waadat said...

Bro, aku rasa letih sangat terpaksa bagi penjelasan panjang lebar berkali-kali, pastu 2-3 bulan nanti, tanya semula soalan yang sama atau hampir sama pada orang yang sama atau hampir sama.

Tahniah la kerana tak jemu2 bagi penjelasan.

org johor said...

dah ko tak berapa cerdik, belajor malas, periksa fail, bila org lain gaji besar ko dengki la plak...kalau yg gaji besar tu tak past SRP ok la jgk ko nak pertikaikan... ahhhh sudah la..benci aku tgok perangai dengki ni...

Anonymous said...

dah sampai masa SPR buat undang2...nak bertanding pilihanraya paling kurang kena ada diploma. tgk la apa jd kalau buka kat budak srp..merapu ja kerja dia..

Anonymous said...

PAS MMG HAPRAK......PARTI HAPRAK...PMIMPIN2 MEREKA TALK X10 , MAKAN TANGGONG BERAK CANGKONG, X DE SATU PON HASIL KERJA MEREKA MLAINKAN CERAMAH, CERAMAH..,MMECAHBELAHKAN ORG MELAYU...ITU YG NYATA..
JGN LUPA DIAKHIRAT NANTI KNA DAKWA..JGN PERASAN SERBAN MELILIT KEPALA SUDAH CUKUP UNTUK TERLEPAS DARI SEGALA..TERUTAMA MAHMPOS.. OTAK KOSONG .....TONG KOSONG..

Anonymous said...

mahfuz al mampossss

tokgaru said...

Bila aku dah dapat tahu si Mahfuz tu setakat lulus SRP saja aku nampak lekeh sungguh wakil rakyat Pas ni. Entah2 ramai lagi yang macam si Mahfuz tu. Rasa2 aku yang lulus setakat Darjah 6 saja pun ada pi jadi wakil rakyat Pas.

Kalau setakat lulus SRP atau sekolah pondok nak lawan hujah dengan wakil rakyat DAP yang ada ijazah dan Phd .. sampai bila pun Pas tak berani angkat kepala.

Cuba korang perhati gambar2 yang ada Nik Aziz dan Hadi Awang bila bercakap dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Siapa yang mendengar sambil menundukkan kepala ?

Anonymous said...

Kenapa sakit hati apabila CEO TH dpt Lebih sikit Kita nak dengki,mamfus ko sedar sikitlah DAP laknatullah sedang tunggu masa Dan peluang utk ambilalih kerajaan Dan bergabung dgn Pap..sedar ah bangsaku,jgn tergadai Negara dek marsh dgn Umno........nnt menyesal tak sudah........

Anonymous said...

85K saja? Patut dapat lebih dari itu.

Anonymous said...

Perjuangan biarlah atas keikhlasan untuk meningkatkan syiar Islam.. tak kirala PAS ke UMNO, janji ko ikhlas nak perjuang untuk rakyat esp orang Islam..Janganla semua benda nak amik jadi isu untuk kepentingan politik..

Gaji CEO TH pun nak dipertikaikan..PAS ni saje amik isu yang jadi sensitiviti kepada umat Islam..isu zakat, haji ni suka sangatla diorang nak kecoh..padahal takde apa pun..M

Anonymous said...

Memang celaka Tabung haji ni ....Dah lama dah tabung haji perhabih duit kerana membayar gaji melaun melaun ni .tapi apa yang kita boleh buat sebab kerajaan gatal masuk campur .yang sebetulnya kerajaan tak ada satu sen pun dalam tabung haji tu .

Anonymous said...

wahai anon october 12 2012 5.39pm...
jangan jadi bodoh... kau ada akaun TH tak? kalau ada , duit kau pernah habis/hilang tak ( selain kau yg keluarkan sendiri )? kau tau tak adanya cabang perniagaan lain TH ni melalui anak2 sykt nye?... ko ni pun standard mahpus laaaa

Anonymous said...

biaq pi kat dia la.
Dgn kos gaji CEO tu jemaah dapat pegi haji dgn pelbagai kemudahan, dapat dividen, kemudahan perubatan, bantuan khidmat nasihat, guide, khidmat perbankan, dapat itu, dapat ini. Setiap seorang. Yg pastinya berjuta pendeposit TH dah dapat kemudahan.

Nak kutuk TH jugak? Lantak kaulah samdol... Biaq Luncai terjun dgn labunya.

Saya mesti pilih TH!

Xero said...

aduhhh ape la si mampos ni buat..setakat srp nak citer gebang.. aku rasa orang islam kene maju dan boleh jadi kaya..x salah kalau kaya asalkan kita berpegang dengan agama..malah dengan kekayaan kita boleh bantu orang lain contohnya sedekah.. lagi banyak sedekah lagi baek.. tapi orang PAS sedekah untuk jatuhkan orang islam lain..rasanya ke neraka kot..entah la.. nak citer pasal agama memang aku tak pandai..tapi insyaalh,aku masih boleh pikir yang mana baek yang mana buruk tuk umat islam yang se agama dengan aku..