Wednesday, October 10, 2012

Enam Maut Kemalangan Awal Pagi Tadi, Adakah Itu Bukti Keberkesanan Kamera AES ?

Buletin 1.30 sekejap tadi melaporkan enam orang maut dan dua orang cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya di Kemaman awal pagi tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dengan sebuah bas ekspres.

Apa yang mengejutkan kereta Viva tersebut membawa lapan orang penumpang.

Ada yang berusia 13,19 dan 35 tahun.

Cuba anda semua bayangkan bagaimana kereta yang sekecil Viva boleh bawa lapan orang penumpang ?

Dan itulah yang menjadi penyebab kemalangan.

Sebabnya kereta tersebut telah membawa lebih muatan dan boleh hilang kawalan seterusnya mengundang kemalangan.

Bukannya soal had laju seperti mana alasan yang diberikan oleh JPJ untuk menghalalkan pemasangan kamera AES.

Masalah utama adalah sikap dan kecuaian pemandu. Itu yang perlu diberi penekanan oleh JPJ. Kamera AES tidak akan menyelesaikan masalah.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar segala urusan mereka yang telah pergi itu berjalan lancar.

Al-Fatihah....

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang maha kaya, maha esa dan maha agung. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka yang meninggal dunia dalam kemalangan itu,  dari urusan pengurusan jenazah hinggalah ke urusan kuburnya. Ampunilah segala dosa-dosa mereka dan tempatkanlah mereka di tempat orang-orang yang beriman. Amin....

Sambung sikit lagi....

Berikut adalah komen yang dihantar oleh seorang pembaca yang mengaku dirinya callman yang menjalankan perkhidmatan trak tunda untuk kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. 
Double One said...
Kelakar sungguh bila dikatakan kamera itu untuk mendidik pemandu khususnya pemandu laju.....beli kereta mahal-mahal dengan cc besar,cukai jalan besar...tol lagi bayar (ibarat sewa jalan)dah tu bawak 110km/j....
saya salah seorang daripada ratusan malah ribuan callman yang menjadikan jalanraya sebagai 'pejabat'dan mewakili puluhan Insuran kenderaan.Jika sesuatu kemalangan berlaku kami antara yang awal sampai dan kami jugak yang menguruskan tentang mereka yang tercedera atau sebagainya sebelum tiba bantuan ambulan bomba atau mana-mana pihak dan kami akan membantu clearkan jalan malah mengawal aliran trafik sementara ketibaan polis atau pihak berwajib.

Kebanyakan kemalangan berlaku bukan pada kelajuan tinggi tapi banyak yang kami dapati disebabkan kecuaian pemandu seperti,makan ketika memandu,mencari barang cth : nak tukar cd,nak tukar channel radio pun ada yang kemalangan.tayar pecah,driveshaft tercabut,bearing tayar pecah dan tayar tercabut,tido sambil memandu,mabuk,bergaduh laki bini dalam keta dan paling tak masuk akal ialah berhenti di dalam lorong dan tidur.(pernah berlaku di km 297 bangi arah sg besi berhadapan pejabat C5 PLUS)

memang ada kemalangan akibat memandu laju tapi dalam sebulan tu ada la sekali dua....

ikutkan kelajuan,kita memandu 80km/j dan kita langgar tiang lampu atau railing tepi jalan....apakah akan jadi?boleh mati juga kalau kena hempap tiang tu...atau railing tu masuk ikut cermin kereta terus ke muka pemandu....

kalau nak diikutkan ,beli kereta pun salah....entah la...tapi kami selalu adakan sessi fotografi kat kamera baru tu....flash dia teraaaaanngggg...hehehehe,bulu idung pun nampak.

TIPS KEPADA PENGGUNA LEBUHRAYA :
Andai anda terlihat kereta ber'double signal' laju dari arah belakang,jangan tukar lorong anda.Itu boleh mengakibatkan kemalangan kerana kereta dari arah belakang yang ber'double signal' itu sudah attack lorong mana dia nak celah(sebab dia nak cepat).Stay dilorong anda.
DAN JANGAN PERLAHANKAN KENDERAAN ANDA UNTUK TENGOK WAYANG EKSIDEN SEBAB BILA ANDA PERLAHANKAN KENDERAAN KERETA LAIN DARI BELAKANG MUNGKIN AKAN MELIWAT KERETA ANDA...SAPA SUSAH?

Kesimpulannya,kamera baru yang flashnya terang sangat tu ibaratkan tiang bernyawa yang mungkin satu hari nanti akan meragut nyawa (brek tiba-tiba sebab takut kena ambik gambar....kereta belakang datang...gedeganggggg!!!!!)
Sekarang anda semua boleh nilai samada pemanduan melebihi had laju atau kecuaian pemandu yang menyebabkan kemalangan ?

Soalan untuk JPJ....

Adakah kamera AES mampu atau boleh merakam gambar kereta yang membawa lebih penumpang dan menghantar saman kepada pemandu ?

17 comments:

Anonymous said...

Memandu terlalu laju iaitu melebihi 160kmj mungkin boleh menyebabkan kemalangan tetapi jika sekitar 110kmj-125kmj tidak menjadi sebarang masalah jika kenderaan berkuasa 1,800cc-3,500cc. Pemandu masih boleh mengawal dengan baik.
Kebiasaannya kemalangan di lebuhraya berpunca dari sikap pemandu yang secara tiba-tiba menukar lorong dari kiri ke kanan (memotong kenderaan berat spt lori/bas) TANPA memberi lampu isyarat.. Keadaan sebegini menyebabkan pemandu di lorong kanan TERPAKSA membrek secara tiba-tiba juga!
Apa yang akan berlaku jika terdapat beberapa buah kenderaan di lorong kanan/laju?

Siapa kah penyebab kemalangan tersebut?

Anonymous said...

Saranan kpd pengendali AES,
saman boleh dikeluarkan jika pemandu melebihi 30kmj pada sesuatu lokasi sasaran.
Contoh: Bagi kawasan 110kmj- saman akan mula dikeluarkan jika pemandu melebihi 131kmj
Bagi kawasan 90kmj- saman akan bermula pada 121kmj

Jabatan Pengangkutan Jalan berhasrat hendak MENDIDIK bukan MENGHUKUM:-
Adalah lebih baik jika jalur cat seperti yang pernah saya lalui di Lebuhraya Utara Selatan dari Terowong Menora ke R & R Sungai Perak.. secara otomatis pemandu akan memperlahankan kenderaan.
Kaedah ini jauh lebih murah daripada AES kerana AES perlu:
a. Pemantauan
b. Penyelenggaraan
c. Ujian Kalibrasi/Calibration
Kos yang terbabit pasti sangat tinggi berbanding dengan MENGECAT JALAN!

Anonymous said...

gila betul..naik viva 8orang?
ada kamera aes tak kat tempat kemalangan maut tu?
kalau takde, tak boleh juga katakan aes gagal.
kena kaji dan lihat dulu kadar kemalangan di tempat2 yg ada aes tu..
sepatutnya tambahbaik..bukan halang terus.

usin said...

jpj nk lawan lhdn sebagai pengutip hasil terbaik negara. namun jpj kena kerja 2 kali ganda sebab saman kena bagi dua dgn pengendali aes. itu belum kira org yg taknak bayar saman. solah mat hasan tak tido malam.

Anonymous said...

JPJ memang diketuai oleh orang bodoh

mat pelan-pelan said...

salam brader rbf...

dengar ceritanya 30% dari bayaran saman tu dapat ke company yg buat dan maintain system tu... dalam surat khabar Kos** tulis 6770 kesalahan laju dirakam dalam satu hari bagi "HANYA" 4 kamera sahaja.. bayang kan jikalau hanya 20 000 kesalahan laju di rakam dalam satu hari..

1 kamera - 90.00 RM (30 % dari 300.00 saman)
20 000 - 1,800.000 RM

jumlah tu baru satu hari dari 4 kamera.. yg nak pasang beratus-ratus kamera..

bayangkan betapa cekapnya dorang kaut duit dengan alasan untuk mendidik pemandu...

kalau betul la angka 30% tu dapat kepada company yang buat sistem tu... harap SPRM bukak mata besar besar... kalau tak nampak jugak bos besar SPRM bole berhenti la.....

kalah lagi la BARISAN NASIONAL pada pilihanraya akan datang nie..

dulu KJ buat hal... sekarang JPJ pulak buat hal...

Anonymous said...

Kalau PR memerintah..had laju lebuhraya akan dinaikkan kepda 200km/jam. Untuk jalan persekutuan 120km/jam. Jalan perbandaran 90km/jam. Semua jalan persekutuan akan ditambah kepada 4 lorong. Jalan kampung waima celah bendang jalan 2 lorong. Muatan kereta terhad kepada 4 orang sahaja. Cukai jalan untuk motosikal dihapuskan dimana insuran nyawa ditanggung Petronas. Ini menggalakkan pengurangan kereta diatas jalanraya.Mengunakan Kuda sebagai kenderaan akan diberi elaun khas RM1000 sebulan tidak termasuk ubat-ubatan. Lori tidak dibenarkan bergerak diwaktu malam. Kamera AES hanya di kawasan bandar sahaja dan bukan dilebuhraya. AMACAM. Klau OK undilah PR untuk kesejahteraan kita semua.

doseven said...

harap2 pihak pakatan rakyat keluarkanlah manifesto hapuskan AES. Sure menang besar la kali ni. fikir-fikirkan...

Anonymous said...

bayangkan kalau semua surat suruh bayar(saman) sampai 2 bulan sebelum PRU...agaknya tak meleleh BN .....

aku dah bayangkan kalau orang yang kena saman ini tak memangkah BN ...sebab rasa diri tertipu dengan umpan BR1M....

Anonymous said...

Habis penguatkuasa JPJ buat apa? Kutip bulan2 duit kopi dari tokey lori lebih muatan jelah..

Anonymous said...

salah BN.. semua salah UMNO hahahaa...

Anonymous said...

Kalau slow sangat nanti org belakang 'cucuk' kita pulak. Nak tak nak terpaksalah kena laju. Selepas ni saya cadangkan semua pembuat kereta tambah aksesori baru iaitu meter lock. Setkan meter kepada maksimum 90km sahaja. Pastikan peraturan baru ni terpakai untuk semua jenis kereta termasuk bmw, mercedes, volkswagen, peugeot, mini cooper, ferrari dan evo.

Anonymous said...

Keretaa kita punyaa. Nyalan...gomen punya ooo. Miniidepan kita punyaa...belakang gomen punya oo...

Anonymous said...

Wa mmg dh kena dgn AES sial ni. Malam plak tu. wa x kesah la nk kna saman sbb nak xnk, wa akn byr jgk. Tp yg wa nk ckp sket kat sini adalah niat JpJ yg kononnya nk kurangkan kemalangan sbb speeding tu mmg slh. Serius mmg bodh alasan tu.

Woi JPJ, lu igt majoriti keta skrg nih ala2 Datsun 120Y tu ke? Lu biar la hidup dlm realiti sket. Keta skrg byk yg CC besar & safety pn better dari dulu. So sapa yg nk speeding akn ttp speeding and byr saman tu dowh! Sah-sah la yg pakai keta bsr tu ada duit so lu igt diorg x mampu nk byr? Jgn la nmpk bodoh sgt bl nk implement smthng weh.. Dh bape tahun mslh driving kat Malaysia ni? Bape tahun saman psl speeding ni gomen dh enforce? Tp org speeding x? Lu org pn ada statistik accident sbb speeding kn? Mmg lg rendah klu nk banding dgn sbb2 lain kan? Xyh nk kencing laa...

So lu pikir la blk. Nk ltk AES tu lu pnya psl la.. Tp tlg buang la flash tu. mmg pantat bnda tu. bahaya la sial. Org blh terbabas tau x. Flash tu mmg bodoh! Kena kat org yg panik, mmg boleh terbabas dowh!

mustaqim said...

bro....kupasan isu nie dari mula molek...tapi jgn emosi...kemalangan maut nie sapa yg nak....taknak pun boleh elak ke???boleh ko elak, aku, korang?????tajuk ni hanya membuatkan mangsa dan warisnya bertambah luka. dan tajuk nie agak merendahkan kebijaksanaan bangsa kita.....anyway.......atas kapasiti peribadi aku pun tak suka sistem nie...tapi sbg rakyat aku kena suka sistem ini sbb tujuan dia....lau saman bayar laaa...kalau x langgar undang2 xyah bayar..........kena didik pemandu malaysia dia bayar cukai org lain pun byar cukai...majoriti dah undi pati bn bersama dengan jentera kerajaan, sistem undang2......demokrasi kan.....camnie laa...........kesalahan traffic lite, potong garisan kembar, tali pinggang, handphone 100% xboleh ditarik balik..........kesalahan laju aku ingat gov kena tgk situasi contoh dia nak bg laluan keta belakang sbb tue laju ke.....selagi undang2 itu tak digubal selagi tue kita kena hargai dan respek undang2...apa jadi kalau undang2 xda and aku leh buat sesuka hati aku?????????ikut kelajuan dan citarasa aku nak langgar sapa???????

Anonymous said...

parlimen dah bahas dah isu ini.kemungkinan besar aes kan di tangguhkan penggunaanya.rakyat ramai yg x puas hati dan penerangan x jelas dari jpj

azrin said...

Bila tak buat apa2 nanti kata negara ni cuma ada undang2 tapi takde enforcement.

bila ada enforcement untuk menguatkuasakan undang2 melenting la pulak.

it has to start somewhere, cara pemanduan rakyat kita dah semakin kronik dan membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.