Thursday, October 11, 2012

Mutiara Kata 4: PAS Berkasih Sayang Dengan Orang Cina Semata-Mata Nak Menang Pilihan Raya - Anwar Ibrahim

4 comments:

Anonymous said...

Hari ini Anwar Ibrahim pastinya 'malu2 kucing' dan tersengeh2 apabila mengingati sindirirannya kepada Pas pada 6 Jun 1986 dahulu. Anwar Ibrahim hari ini sedang mewarisi 'gila talak kronik' selepas cita2 besarnya untuk menjadi PM Malaysia hancur lebur bagai abu. Justeru kegilaan Anwar Ibrahim hari ini mudah difahami. Jiwa Anwar Ibrahim yang sememangnya 'berpenyakit' telah menambahkah lagi bebanan dan tekanan dalam dirinya.

Apa pun jika kenyataan terbaru Nik Aziz yang memperakukan bahawa 'Pas hanya akan memenangi pilihan raya jika mendapat daripada bukan Melayu' maka sindiran Anwar Ibrahim keatas Pas pada 6 Jun 1986 itu telah terbukti benar. Lebih buruk lagi Pas hari ini sanggup menjadi kuda tunggang DAP ( Kafir Harbi ) hanya kerana ingin memenangi pilihan raya. Perjuangan Menegakan Negara Islam sudah bukan lagi matlamat Pas hari ini.

Semua ini berlaku adalah disebabkan Pas amat lemah dibawah Presiden Haji Hadi Awang dan Nik Aziz sendiri kerana meletakan 'matlamat untuk berkuasa' mengatasi tuntutan Islam itu sendiri. Ternyata perjuangan Pas hari ini 'bukan kerana Allah' tetapi bernawaitukan 'mendapat kuasa dan menang pilihan raya'.

Seharusnya perkembangan dalam Pas hari ini membuka mata ahli2 akar umbi yang selama ini dikelirukan dengan topeng Islam oleh pemimpin2 mereka. Wallahualam.


mtk

Anonymous said...

memang betul pun apa yg dia kata tu..

waktu itu takde pulak alasan tahaluf siyasi kan? kan?

tokgaru said...

Terkedu lidah ini. Nik Aziz seorang ulamak besar dalam Pas secara terbuka mengaku bahawa Pas perlu bantuan DAP untuk menang pilihanraya. Adakah ini membawa maksud Nik Aziz dah kurang yakin dengan bantuan Allah. Ya, saya berani kata begitu kerana :

Saudara lihat lah. Udah berapa kali Pas masuk bertanding dalam pilihanraya umum dan pilihanraya kecil. Cuba saudara bandingkan pencapaian Pas sebelum bekerjasama dengan DAP .. hasilnya tak seberapa kan ? Cuba lihat pulak pencapaian Pas selepas bekerjasama dengan DAP iaitu pada PRU 12 .. bilangan kerusi Pas bertambah kan ?

Satu hakikat yang orang Pas kena akui. Semasa Pas berjuang sendirian .. Pas hanya harapkan pertolongan dari Allah untuk menang .. menang banyak kah Pas pada waktu itu ? Bila Pas mahu berkawan dengan DAP pada 2008 .. nah anda lihat lah sendiri pencapaian Pas .. bilangan kerusi Pas bertambah baik di DUN mahu pun di DR .. malah bilangan negeri juga bertambah, dari satu menjadi dua, dulu Kelantan saja tapi kini Kedah dah jadi milik Pas. Dengan bantuan siapa .. adakah ianya bantuan dari Allah ? .. adakah ia bantuan dari DAP ?

Tak salah jika Nik Aziz hilang keyakinan terhadap bantuan dari Allah untuk memenangkan Pas .. melalui rekod terdahulu terbukti Allah tak berupaya memenangkan Pas .. tak salah jika Nik Aziz keciwa dengan Allah kerana pada setiap kali pilihanraya Allah masih memberikan kemenangan kepada Umno, sedangkan Umno tak pernah pun sebut nak laksana Hudud atau nak tubuh Negara Islam.

Tak salah juga jika sekarang Nik Aziz mengubah kiblat seluruh ahli Pas dengan bersabda .. " dulu kito minta tolong denge Allah sajo, tapi tok berapo nok mene (menang). Tahun 2008 kito minta tolong juga denge Allah, tapi kito pun minta tolong juga denge DAP .. hasil nya mu lihat lah sendiri sebab ambo tok seh nak ghoyak dah ".

Makanya atas alasan itu jangan salahkan Nik Aziz jika dia menaruh harapan kepada DAP untuk menang pada PRU 13 ini.

tokgaru said...

Niat Pas masuk politik adalah untuk berjuang menegakkan islam di bumi malaysia. Islam pulak adalah satu2nya agama yang diterima oleh Allah. Sepatutnya kepada Allah Nik Aziz meminta pertolongan untuk memberikan kemenangan kepada Pas dan bukannya meletakkan harapan kepada DAP untuk memberi pertolongan menang pilihanraya.

Pelik sangat bunyinya bila seorang ulamak besar dalam Pas buat kenyataan " memerlukan bantuan DAP " untuk menang. Saya tak pelik kalau DAP tu parti yang 95% ahlinya adalah orang islam seperti mana dalam Umno.

Apa nak buat kalau Nik Aziz lebih yakin bahawa ahli2 DAP mesti akan tolong Pas hennak tegakkan islam di bumi malaysia. Kita tunggu dan lihat sajalah.

Cuma kepada Tok Najib dan para ulamak dalam Umno, kita minta jangan lah mengharapkan pertolongan selain daripada Allah. Yakin lah selama ini Umno duk menang pilihanraya pun adalah kerana pertolongan Allah disertai dengan kebajikan yang Umno buat kepada rakyat.

Nik Aziz nak minta bantuan DAP kah atau nak minta bantuan dari syaitan sekali pun itu adalah hak dia. Biar lah dia dengan keyakinan dia. Keyakinan kita adalah pada Allah yang berkuasa menentukan siapa menang dan siapa kalah selepas kita berusaha dengan bersungguh2 dan ikhlas.

Semuga orang melayu dalam Umno dan dalam Pas dapat membezakan di antara Umno dngan Pas siapa yang lebih yakin kepada pertolongan daripada Allah swt. Ameeeen.