Sunday, March 17, 2013

Apa Dah Jadi ???


Bila lihat tajuk muka depan Sinar Harian semalam seperti gambar diatas saya dah agak apa maksud tersurat dan tersirat di sebalik berita itu.

Semalam lagi saya dah simpan keratan diatas , tetapi saya tak siarkan semalam. Sebabnya saya nak tunggu samada hari ini akan keluar atau tidak di muka depan Sinar Harian tajuk yang berbunyi 'PAS KELANTAN MAHU HUSAM KEKAL DI KELANTAN' atau 'PEMUDA PAS KELANTAN DESAK HUSAM KEKAL DI KELANTAN'. 


Rupa-rupanya tiada beb.........tiadaaaaaaa......

Maknanya apa ?

Pas Kelantan pun dah tahu bahawa mamat tu memang membawa beban kepada Pas di Kelantan dengan projek-projek khayalannya. Kalau benda yang semudah pelihara kambing pun boleh gagal, lagi nak bercakap pasal lebuh raya dan keretapi laju.

Mungkin untuk nampak lebih bersopan Pas Putrajaya diminta menjemputnya....

Kita tunggulah mungkin esok lusa dia akan umum tawar diri untuk bertanding Putrajaya...

Seronoknya aku beb kalau dia bertanding di Putrajaya. Seronokkkkkk.....senang aku nak buat kerja. Tak perlu susah payah aku nak pergi ke Kelantan. 

Amacam bro kickdefella ? Seronok tak kalau dia bertanding di Putrajaya ?

13 comments:

Anonymous said...

Mustahil husam nak pergi dalamkan lagi kubur politiknya di putrajaya

Anonymous said...

NAMPAK SANGAT PAS TAK HINGIN HUSAM BERTANDING DI KELANTAN..

Megat Alam Gempita said...

Dipersilakan senang Teman nak ganyang kambing jamnapari ni buat panggang golek!

Gamaknya apa jasa malaun ni pada warga Putrajaya yer, kat Kelantan lagi gagal...

Anonymous said...

Dah semua ore tolok mu Huse baik mu mintak keje dgn Setan Kiram tuh kat Sulu...

Bole jadi tuan punahsebat kat sana...Setan Kiram pon kayo gak skrg neh...mst byk projek yg boleh di jalankan kat sanun....

Tamingsari said...

Andaian tuan hamba ada betulnya tapi mungkin juga PAS merasakan depa begitu yakin nak rampas Putrajaya...

Husam Musa dilihat perancang terbaik abad ini.....

Anonymous said...

PEDULIKanlah PAS PISS PUSS ni. Mereka ni pelik sikit, tak boleh percaya..Lantaklah di mana pun mereka nak letak calon mereka, alau atau bulan sekali pun.

Anonymous said...

PAS yg ko nak heran kan..peduli kan dia..dua org ni syok sendiri..12 x kalah pru..apa lagi aku naj kata..kalau sekali kalah mungkin silap..tapi 12 kali..lu bukan silap bro..lu bodoh..pru12 allah bagi menang sikit tapi bukan kemain lagi sombong..menang lah sikit dlm 4 negeri..yg 4 negeri ni tak pulak cerita pengundi hantu ke..aku setakat janggut seciput dan serban besar mcm tempayan..tak berapa nsk percaya ka bro..mcm cibai..ckp berbelit2..bukan nak hina la

Anonymous said...

Aku punya pendapat di Kelantan ramai yangdah tak selamat kerana BN akan amb il alih. Selaku Naib Pengerusi mereka tak mahu kekalahannya berlaku digelanggang sendiri, kalau kalah digelanggang luar tak lah malu sangat beb...

Anonymous said...


betul 548 cakap. jaguh kampung, dah tau kampung nak kalah, baik lari..

kalah ditempat baru tak malu sangat!
hilang wang pertaruhan pun tak kesah.
bukan nak duduk kat situ pun!!!

Anonymous said...

Sei pun setuju ngan anon 5.48, cuma nak tambah sikit, ramai yg nak cabut ni gimik je kot atau nk bagi tempat 'selamat' pd mat sapu.

Anonymous said...

Pas nk chop tempat awal2,last2 pkr yg rembat...gempak msti power,nk tgk reaksi org je tu,xde mana la tu...

Anonymous said...

Biar lah dia nak bertanding di mana2 pun. Dia tak akan menang lagi dah. Sudah 22 tahun kami orang Kelantan sakit kerana menunggu syurga yang di janjikan oleh Atok saya. Syurga tak juga datang2, yang datang hanya bala belaka. PI Bala yang nak bawa bala kepada negara pun dah mampos dah.

Cucu Nik Aziz

Danial Mustafa said...

sekarang Husam Musa sudah sampai di Putrajaya. Apa cerita ni ?