Thursday, March 21, 2013

GTP dan ETP:Antara Penjual Ubat Kaki Lima Dengan Penjual Ubat Dalam Farmasi


Disaat Anwar Ibrahim dan konco-konconya sedang memproses fitnah setiap malam terhadap PM, dan tanpa mempedulikan PM terus dengan agendanya tranformasinya dalam usaha untuk memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

Alhamdullilah, walaupun baru empat tahun apa yang dilaksanakan PM  nampaknya dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah menunjukkan keputusan yang baik. 

Itu baru empat tahun, cuba bagi lima tahun lagi nak tengok....pasti akan lebih hebat daripada apa yang ada hari ini.

Mungkin ada orang yang tanya apa ke benda itu GTP, ETP ? Hidup aku begini juga....dapat gaji habis....dapat gaji habis....

Kita tak tahu apa ke bendanya sebab kita tak ambil tahu....

Kita lebih seronok dengar khabar angin dan fitnah dari dengar fakta dan angka....

Tapi bagi orang ekonomi mereka lebih nampak dan lebih tahu semua ini sebab setiap hari mereka bergelumang dengan perkara ini. 

Cuba kita duduk diam-diam dan renung balik hidup kita. Cuba kita fikir balik kehidupan kita dulu dan hari ini. Dulu kita hanya mampu meleleh air liur atau sekali-sekala telan air liur apabila kita lihat orang pakai telefon bimbit, orang pakai komputer riba. Hari ini kita ada tak semua itu ? 

Mungkin ada orang yang kata, itu semua aku dapat dari hasil duit aku bekerja...

Ya betul ! Tapi kalau ekonomi teruk kau boleh dapat kerja ke ?

Bila kau tak dapat kerja , kau boleh dapat gaji ke ? 

Kalau kita malas sangat nak fikir atau nak menelaah pasal perkembangan ekonomi negara, satu benda mudah yang kita boleh ambil untuk buat ukuran. 

Lihat kenderaan atas jalan raya....bandingkan 10 atau 5 tahun dulu. Sekarang ini lebuh raya tiga lorong pun tak dapat dah nak menampung kenderaan. Hujung minggu pula kalau kita berjalan, berhentilah di R&R di lebuh raya. Nak duduk makan pun berebut tempat. Kalau ekonomi tak bagus orang tak berjalan sebab takde duit. 

Soal barang naik harga. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Berlaku di seluruh dunia. Orang yang kerja di kilang-kilang yang mengeluarkan barang pun nak naik gaji juga. Mereka pun nak beli samsung note, i pad dan sebagainya juga. Tak kan mereka kerja tahun 70/80an dengan gaji RM 300 , sampai hari ini pun gaji mereka 300 juga ? 

Itu pasallah kerajaan buat Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk memastikan pendapatan kita terus meningkat seiring dengan perubahan atau kenaikan kos sara hidup sekarang.

Kalau anda nak percaya cakap Anwar ibarat anda percaya orang yang jual ubat di kaki lima. Mari...mari....mari....ini ubat bagus. Boleh sembuh penyakit dalam masa 24 jam. 

Najib pula orang yang jual ubat dalam farmasi....

Antara orang yang jual ubat di kaki lima dengan orang yang jual ubat dalam farmasi, siapa yang anda nak percaya ? 

Saya tak nak bercakap banyak lagi....

Segala bukti, fakta dan angka ada. Anda lihat dan anda fikirlah sendiri. Klik sini

3 comments:

Anonymous said...

RBF, di samping jual ubat kat tepi jalan, mat liwat jugak jual KY jelly untuk mereka yang memerlukan....

Anonymous said...

Tuan RBF

Kalau sebut GTP dan ETP ni dekat orang Pas memanglah mereka tercengang2. Nak bertanya malu. Benda ni mana ada disebut dalam Harakah. Yang ada dalam Utusan dan BH.

Sedangkan Manifesto P dan Buku Jingga PR pun mereka tak faham pasatu. Ini nak bagi mereka faham ...

Bercakap mengenai Manifesto PR dan Buku Jingga. Memang didalamnya langsung tidak menyentuh berkenaan Hudud atau Negara Islam. Kita yang bukan ahli Pas faham apa itu yang dikatakan Manifesto dan apa itu yang dimaksudkan dengan Buku Jingga.

Faham kah ahli Pas bahawa Manifesto itu adalah janji yang kena ditunaikan kepada rakyat jika mereka MENANG. Jika KALAH maka tak perlulah nak ditunaikan. Kes Mahkamah di negeri Selangor sebagai rujukan perundangan.

Kalau dalam manifesto tak sebut Hudud atau Negara Islam, macam mana ahli Pas nak tuntut PR laksana Hudud atau bentuk Negara Islam. Kalau tuntut juga silap haribulan Karpal akan kata " ini pemimpin Pas betul2 Bodoh Kelas Pertama punya orang lah "

Fahamkah ahli Pas bahawa Buku Jingga itu adalah satu bentuk perjanjian bertulis diantara Presiden parti2 dalam PR. Kalau dalam perjanjian bertulis tak sebut pun Hudud atau Negara Islam, sampai kiamat pun ahli Pas tak akan lihat Hudud dan Negara Islam menjadi satu realiti dalam kerajaan PR.

Rasanya kalau mereka faham tak lah mereka duk takbir riuh rendah hingar bingar setiap kali penceramah mereka menjerit " tolak Umno kerana Umno tidak mahu laksana islam, tolak Umno kerana Umno tak mahu laksana Hudud walaupun Umno mampu, tolak Umno kerana Umno masih mengekalkan Negara Sekular ".

Sedih sangat saya kerana ahli Pas ni nampak sangat tak berapa faham bahasa undang2. Mereka diajar yakin pada perkara yang mustahil.

Sampai bila mereka nak jadi BODOH KELAS PERTAMA dek kerana percaya pada cakap pemimpin2 mereka. Sedih sangat saya ...

Hj Ariffin

Anonymous said...

Zaman kita belajar dulu RBF, zaman anwar jadi menteri kewangan dan TPM, mana ada KWAPM, Ekasih, wang Ehsan, masuk Poli (sijil) dapat RM300, masuk poli/U Diploma dapat RM500 masuk U Ijazah dapat RM 800. Zaman anwar dulu memang minyak murah, barang murah..tapi kuasa beli takde.