Monday, March 25, 2013

Hari Ini Anak-Anak Bergembira Dengan Ayah Esok Pula Anak-Anak Bersedih Di Sisi Jenazah


Hari ini adalah Hari Polis yang ke 206....

Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Polis kepada seluruh warga PDRM.

Jasa dan khidmat kalian semua tetap ku hargai sampi bila-bila.

Kepada rakan-rakan pembaca pula saya nak minta satu perkara daripada anda...

Kalau boleh dan kalau ada kemampuan, sebagai tanda kita menghargai khidmat dan jasa pasukan polis kita bersempena hari polis ini, saya nak minta anda semua lakukan sedikit pengorbanan kecil.

Bukan nak minta anda pergi berdepan dengan penjenayah yang sedang merompak bank....

Bukan nak minta anda pergi bertempur dengan puak-puak kiram....

Bukan nak minta anda berdiri tengah panas dan hujan melakukan sekatan jalan raya....

Bukan nak minta anda ronda kawasan rumah kita jam 2-3 pagi....

Cuma nak minta satu ja...

Belilah kek sebiji dan hantarlah ke Balai Polis berdekatan rumah anda sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Kalau tak mampu nak beli kek besar, belilah kek kecil....

Tak dapat hantar hari ini hantar esok. Tak dapat esok hantar lusa....

Kalau tak mampu dan tak dapat juga jangan memaksa diri anda dan doakan agar mereka selamat serta sedekahkan Al Fatihah kepada anggota yang telah pergi. 

Walaupun mereka bekerja dan dibayar gaji tetapi kita perlu fikirkan juga tentang risiko yang mereka akan hadapi dalam menjalankan tugas menjaga negara dan menjaga kita. Itulah yang dinamakan pengorbanan....

Mereka keluar rumah pergi kerja belum tentu mereka dapat balik dengan selamat....

Malam ini anak-anak mereka bergembira dengan ayah boleh jadi malam esok anak-anak mereka menangis pilu disisi jenazah.

Hari ini isteri mereka memasak untuk suami boleh jadi esok isteri mereka memasak untuk jamuan majlis tahlil pula.

Kita tahu sesiapa pun akan mati apabila tiba masanya. Tetapi mereka lebih terdedah kepada risiko berbanding kita. 

Mungkin ada yang kata siapa suruh mereka kerja polis ?

Kalau mereka tak kerja polis siapa lagi yang nak kerja kalau semua tak nak masuk polis kerana bimbang risiko ?


5 comments:

Anonymous said...

betul tu, kalau bukan mereka sapa lagi mau jadi polis? takakan kaum projek ic 1957 mau jadi polis? hentikanla, mereka sanggup jual dvd haram drp jadi polis...

Anonymous said...

Thanks Bro RBF...

Bg sy, xyah susah2 nak beli apa2 pon ...cume hargailah pengorbanan polis/ anggota keselamatan kite..hargailah dgn cara memandang/melayan anggota keselamatan sbg manusia dan bukan 'dibinatangkan' spt yg sering di baca di dlm media..betapa mrk menghina dan mn'anjeng'kan angota keselamatan...

Fahamila dan selamilah prasaan anak dan isteri mrk yg di tinggalkan demi tugas...sbb bg kami ...bila trjadi apa2 musibah atau bencana dlm negara,,ayah/ibu kami yg brtugas sbg anggota keselamatan, esp polis, akan meninggalkn kami utk bertugas...

Di saat2 kritikal begitu, bapa2 len akan bertindak melindungi keluarga dan memastikan keselamatan mrk, tapi kami, hny ibu saja yg bertindak mengambil alih tugas ayah, menjaga keselamatan kami...

Tapi bro,
kami semua memahami tugas ayah,,dan kami mungkin adala sesekali merungut tapi insyaAllah, dlm hati kami berbangga krn ayah/ibu kami bkn saja berbakti utk negara (wl pon masih ada yg menyindir anggota keselamatan dibayar gaji)tatapi bertarung nyawa utk kesenangan hidup manusia len di negara kite...

Kepada ahli politik dan juga taksuban politik...kalo nak berpolitik pon jgnlah sampai tahap menghina sesama manusia...hidup di dunia ini , bebas tahap mana yg anda tuntut pasti ada batasannya , krn kebebasan yg anda tuntut mungkin menyakitkan dan melukakan hati org len ...

Jadi tugas polis melindungi HAK SEMUA ORANG berdasarkan undang2...

Anak polis.....

Mior Falim said...

Rbf

Syabas.

Anonymous said...

KRT (Kawasan Rukun tetangga) serta SRS (Skim Rondaan Sukarela) juga membantu polis. Walaupun tidak bergaji atau berelaun, tapi tetap menjalankan tugas (walaupun sekadar tidur dekat pondok). Bermula pukul 12 hingga pukul 4, dapatlah kurangkan kecurian.

Apapun, Selamat Hari Polis

Anonymous said...

Cantik bro,idea yg terbaik, kami kini dah siap tempah kek utk mereka....