Monday, March 25, 2013

Kah...kah...kah...kah...Satu Lagi Projek Menipu Rakyat Kelantan

Dua tahun lepas atau lebih tepat bukan Mei 2011 kita masih ingat bagaimana dengan penuh gah Nik Aziz mengumumkan mereka akan membina sebuah stadium islam di Kelantan. 
KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Harakahdaily

Kita tunggu punya tunggu punya tunggu sampai Mat Yo yang handal main bola dulu dah jadi kaki bangku sekarang masih tak nampak-nampak batang piling stadium. 

Tup....tup....tup....esok lusa dah nak pilihan raya tiba-tiba muncul iklan satu muka surat penuh di akhbar Sinar Harian hari ini.

Mula-mula ambo pun marah juga kerana ingatkan orang iklan jual ubat kuat letak gambar tok gAru ambo yang suci dan mulia itu. Rupanya-rupanya berikut....


Batu asas jambatan yang diletak 17 tahun lampau

Kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah....kah.....satu lagi projek Pas menipu orang-orang Kelantan. Selepas dua tahun umum , esok lusa dah nak mengundi baru nak pecah tanah beb......pecah tanahhhhhhhhh.......

Kalau jambatan Palekbang yang diletak batu asas 17 tahun lalu sampai hari ini tidak nampak bayang, agak-agak anda berapa lama lagi pula nak kena tunggu untuk pembinaan stadium islam selepas majlis pecah tanah hujung bulan ini ? 

Patutlah sekarang di Kelantan orang panggil kerajaan Nik Aziz adalah kerajaan batu asas dan kerajaan pecah tanah.

Baca selanjutnya kisah-kisah dongeng Pas di Kelantan di sini.

27 comments:

Anonymous said...

Muahahahahaha...rbf, lawak betul la. Baru nak buat majlis pecah tanah? Yang batu asas tu dah macam jamban kat tandas awam je. Elok bagi nik ajis u turn dan pencacai berak kat situ...

Anonymous said...

Info pecah tanah masuk paper?
wow!
mesti projek terbaik di donia!

Anonymous said...

Bukankah semaye tengah padei kira sah...tok sah bazir lar!

Anonymous said...

La ni Majlis Pecah Tanah, lepas PRU13 Majlis Pecah Amanah kah kah kah kah

Anonymous said...

Satu lagi projek atas angin oleh kjaan Pecah Tanah PAS Kelantan...

Sgl hasil projek itu ada tapi hny boleh di lihat dgn mata tertutup...
- jambatan palekbang dah bertukar mnjadi PELEKbang...
- lebuhraya rakyat ..brtukar mnjadi lebuhsakau duit rakyat..
- projek ternak JAMNAPARI..semua kambing2 itu bertukar jadi pari2..

ooo byk-byk..semua projek itu sbnrnya menanti anda di SYURGA PAS.....

Anonymous said...

BUKAN PECAH TANAH DH NI..NI PECAH PERUT NI..STADIUM TAIK KUCING..GELAK RAMAI2..HAHAHAHAHAHA..

Anonymous said...

Pakat gi rama-rama,
lepas tu tadah tin milo,
kutip derma pulak..

wahahaha.. padai2.

Sebenarnya Sultan Muhamad ke 5 telah memberikan tanah kepada KAFA untuk pembinaan Stadium baru, di bandar baharu Tunjung Kota Bharu. Jadi tak perlu lah nak buat kat Pasir Puteh tu.

Anonymous said...

Denny X-factor dalam rancangan Kaki Bola (life) kelmarin ada menyindir, bila Malaysia akan lawan persahabatan dengan Palestin dibuat di stadium di Pahang dan stadium itu antara yg terbaik, dia sindir kata stadium di Kelantan siap PRU 18!

Anonymous said...

Bila ada stadium PAS, stadium lama boleh di robohkan, mau juta2 harga tanah dalam bandar tu.. duit lagi.

Lebuhraya rakyat dah naik rumput di batu asasnya. RBF, xpergi snap gambar ka?

Anonymous said...

siasat bro, tender terbuka atau kronisme?

Anonymous said...

kalau nak dijadikan tempat untuk memohon agar si polan pecah usus baik tok usah buat der.

Anonymous said...

Apa nak heran dgn PAS, semua projek kira selesai sesudah 'pecah tanah', dan yg rasmikan projek tu kira2 jadi hantu tanah saja le ...

Tapi ada SATU projek kat Klang Selangor yg PAS entah macam mana boleh siapkan, setelah PR perintah lebih 5 tahun, kira2 mengejutkanlah.

Baca kat SINI, kalau nak tahu ...
http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/03/pas-bina-mercu-tanda-baru-selangor.html

Anonymous said...

adakah stadium itu akan digunakan untuk mendoakan KO KO kepada org lain kelak?

mat syabu said...

ada makan free tak?

Anonymous said...

Saya ni risau sangat, orang kampung dah mula cakap pm kita takut nak nak buat pru, kawan2 umno pun macan tak confiden dengan pm skrg. Mana2 kedai kopi pun bual benda yang sama. Saya dah mula rasa mcm betul ja. Johor, keluarga mentua saya lagi la, benci sangat nagan dato sri najib, deme nak muhyidin jadi pm. Harap sagat cepat buat pru, takut nanti lagi lama mcm2 boleh jadi, takut jugak jatuh ke pembangkang. Bengrap jadinya

Anonymous said...

Boo Laa Weeeeeeii

Anonymous said...

Terkejut tadi. Ingatkan orang panggil kerajaan nik aziz tu kerajaan batu nesan....

Anonymous said...

Tgna> kito kene wt gempak pilihan raya ni,ni kito ibarat nk panggil ayam @ lembu masuk dlm reban @ kandang,biler dh masuk kito kene ikat kuat2...kito bg beras buatan cina punye...hehe

Anonymous said...

Highway KBKK tu dah start la weii...awat hangpa jakun sgt...
Jambatan Palekbang tu projek swasta bukan projek Kerajaan Negeri...Kerajaan negeri dijemput utk rasmikan...

Anonymous said...

Nak kata aku dah terlibat pun dalam projek ni, mugkin ye kot..hal-hal tanah pun susah nak di selesaikan sebab perlu mendapat persetujuan pemilik-pemilik tanah setempat, ini kan pula nak bina stadium..ini semua auta si Husam. Team aku turun naik Kelantan untuk deal projek ini, tapi masih belum pun dapat award letter pun..yang menguruskan projek ni Tunjung, tapi kerajaan negeri dan Tunjung masing2 takut nak mengaku akan bertanggungjawab terhadap projek ini, dengan kata lain mereka akan cari satu funder atau pemaju yang sanggup untuk membiayai projek ini,maksudnya dia ada 2 perjanjian, pemaju kena bina stadium itu dan serahkan kepada kerajaan negeri dan tanah selebihnya diberikan kepada pemaju terbabit untuk dibuat sebarang pembangunan bercampur yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 250 ekar kalau tak silap. Tapi masalahnya siapa yang nak keluar duit sebanyak itu? Pendek kata memang takde la, ini semua poyo si Husam..

Anonymous said...

Hok petin sekali, PAH janji sorgo.
Insyaallah, PAH ake bui sorgo.
Projek2 nih sumo dog petin,
mugo sumo nih dunio belako...

Cumonyo,Putrajaya adalah dunio
penghubung sorgo PAH di akherak,
hok tuh petin kito sumo tawe
Putrajaya nuh!!!

Anonymous said...

Kerajaan Pas Kelantan antara Batu Asas dan Batu Nisan. Antara Pecah Tanah dan Pecah Amanah. Apa dah jadi dengan Lebuh Raya Rakyat? Berapa sumbangan derma 'jihad' yang telah terkumpul? Selama lebih 22 tahun memerintah Kelantan, Nik Aziz tidak pun membina masjid, malah masjid yang sedia ada pun tidak diurus dengan baik. Tiba2 nak bina seberapa banyak masjid dalam stadium? Aduhai Nik Aziz, mu dah hilang akal ke? Wallahualam.

Anonymous said...

slbm PRU, majlis pecah tanah. Lepas PRU, pecah amanah. Org PAS pecah kepala pikir. Org umno pecah perut gelak. pecah kaca pecah gelas. hahahah

Anonymous said...

Haiyaa....... 17 tahun ka?

Anonymous said...

Kita heran. Kaya sangat kah orang kelantan. Hidup mewah sangat kah orang kelantan. Sepatutnya orang kelantan minta kerajaan negeri jangan rampas tanah mereka. Sepatutnya orang kelantan minta bekalan air bersih dan selamat. Sepatutnya minta kerajaan negeri baik pulih rumah2 rakyat kelantan yang miskin yang rumahnya macam kandang kambing.

Minta stadiiiuummmmm .. kelakor habis. Boddooooohhhh habis.

Hj Ariffin

Anonymous said...

habis kelantan tanah semua kena pecah... kah kah kah...

Anonymous said...

Kelantan Darul Batu Asas.