Sunday, March 24, 2013

Kronologi Penglibatan Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan


Bukan rahsia lagi kerana semua orang dah tahu siapa dalang disebalik insiden Lahad Datu....

Kerana barua seorang itu 10 nyawa orang kita melayang....

Kerana barua seorang itu isteri-isteri mangsa terpaksa menjadi ibu tunggal sekelip mata....

Kerana barua seorang itu anak-anak kecil terpaksa menjadi anak yatim kerana bapa mereka gugur di medan perang....

Kerana barua seorang itu berapa banyak wang negara yang terpaksa kerajaan keluarkan untuk Operasi Daulat ?

Sekarang segala pergerakkan barua itu dalam usaha untuk menghuru-harakan negara telah terdedah. Klik di sini

9 comments:

Anonymous said...

2 perkataan saja...

ANUWAR DAJJAL....

Md Zull Jaafar said...

Bismillah hirRahmaa nirRahiim
Wahai Insan, Islamlah kamu kerana hanya dengan Islam kamu akan selamat. Wahai insan, adakah kamu merasa bebas dari azab Allah. Sesungguhnya azab Allah itu adalah amat pedih. Wahai insan, tinggalkanlah perkara-perkara keji dan kembalilah kepada taqwa. Tahukah kamu apa itu taqwa. Taqwa itu adalah takut kepada Allah dengan sebenar-benar takut. Maka pohonlah keampunan Allah nescaya Allah akan mengampunkan kamu. Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat Allah itu tidak pernah putus kecuali setelah putusnya hubunganmu dengan dunia. Sesungguhnya manusialah yang terlalu menzalimi dirinya sendiri. ..mungkin hari ini adalah hari terakhir kamu merasa nikmat dunia dan mungkin esoknya kamu diusung ke rumah ahli barzakh
Kembalilah wahai insan pada jalan kebenaran selagi hayat masih dikandung badan.

Anonymous said...

Harap kepada manusia yang terlibat perlulah bertaubat sementara pintu taubat masih ada bagi anda. Janganlah cuba untuk menghancurkan negara Malaysia ini yang dalam keadaan aman damai selama ini,

Anonymous said...

Salam....mohon rakyat Msia yg masih ada rasa cinta pada AGAMA BANGSA & NEGARAnya...mohon ke blog...novandri.blogspot.com....(tajuk..guan eng telefon 35x)..

Dengar video suara tsebut....hayati dgn hati & minda yg terbuka...tolak fahaman politik masing2...Semoga kita sama2 insaf...demi jihad kita yg x seberapa ini...satu2nya hanya pd ALLAH SWT.....Semoga kita dijauhkan dr keegoan diri sendiri....yg kesannya akan ditanggung oleh anak cucu kita kelak... Wasallam...

Anonymous said...

Rakyat umum secara lebih kurang boleh meneka siapa dalangnya. Itu pun hanya dikalangan rakyat yang menghargai nikmat yang diusahakan oleh kerajaan Umno/BN. Cuma kita tidak mahu terlalu yakin sehingga mendahului pihak berkuasa yang sedang giat menyiasat.

Tetapi bagaimana dengan rakyat yang digelar "ayam atau lembu" oleh Nik Aziz. Rakyat jenis ini, kerajaan berilah apa bantuan pun, mereka akan sapu bersih, namun hendak berterima kasih kepada kerajaan tidak sama sekali. Rakyat "ayam dan lembu" ini lah yang mempercayai dakwaan Tian Chua bahawa Pencerobohan Lahad Datu adalah Sandiwara Umno.

Begitu juga jika kita katakan nampak2 macam Anwar adalah dalang Pencerobohan Lahad Datu, kalau Nik Aziz itu sudah mati kemudian dia dihidupkan semula pun mereka tidak akan lari daripada mengatakan "ini adalah Sandiwara Umno".

Jika kerajaan berhajat mahu menubuhkan RCI bagi Pencerobohan Lahad Datu ini, kita gesa ianya disegerakan supaya keputusannya dapat diketahui sebelum rakyat turun membuang undi pada PRU13 nanti.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Dalang sebenar adalah madey kutty yg bagi ic kat warga asing sabah..madey kutty tu org umno...apa macam sekarang? org kpg satu malaysia pun dah tau sapa dalang ni...kah kah kah..

kiram said...

takde najib nak bom2 de..nak soroh org ingat antutuya?? bangang la..

anwar kerap ke sabah dan filipina..ko nak jwb apa..media high class donia..coherent beb..

dia berharap najib buat bulan 6 dulu..supaya selangor dpt diselamatkan..{selangor buat later}

now2nd choice ialah sabah..penganut kristian yg ramai..isu kalimah dia menang kat situ...tinggai kaum sulu yg ramai tak terasa ka ..kaum sendiri kena bunuh..sedangkan indon berak bakar bendera malysia pun kita rasa apa!!

Anonymous said...

pada tahun 2007, ketika isu altantuya dihebohkan, sy org yg pertama di tmpt keja yg menyatakan itu fitnah anwar keatas najib. Satu tmpt keja tgk muka sy dan ada yg terang2 berdebat dgn sy. sy mengikuti perkembangan politik anwar dari awal dia jadi tpm. Sy tak ada jawatan politik, tp sy amat berminat cara dia berpolitik. Hinggakan anak sy pun bernama anwar. Setiap ceramah dia yg berdekatan pasti ada sy. Bila dia balik kg di bm, dia akan naik motor pusing kg, sy bangga. Dan bila ada ceramah pas sy juga pergi dan bila dicerita yg tak baik tentang anwar sy jadi sakit hati. Termasuklah kes liwat yg dicanang oleh mat sabu. Bila anwar dipecat, sy menangis depan tv. Seluruh badan mengeletar, sy keluar beli paper seawal pagi tok dapat lebih maklumat. Kemudian sy berenti keja dan pegi ke kl tumpang rumah kawan di kg baru. Bila ada saja demontrasi sy akan turun terutama malam minggu. Satu malam ketika kat dpn nasi lemak antarabangsa watu nak undur keta, sy terlanggar sebuah keta kt belakang, semuanya gara2 nak cepat sb heli sembur air gatal.. Jadi sy minta maaf pada tuan keta tu. Selepas beberapa bulan bila sy berjumpa dgn seorg kwn anwar (peguam tapi bkn zul) dimana kakinya lumpuh akibat kemalangan, maka tersentak hati sy bila dia menceritakan satu persatu apa yg anwar telah lakukan pada dia sambil menangis suami isteri. Melihat pada rekod dia yg lampau dan cara dia menghancurkan kwn, tak mustahil dia ada saham dlm kes sulu.

Anonymous said...

Pencerobohan pengganas di Lahad Datu adalah dengan izin Allah yang terlalu banyak hikmah disebaliknya. salah satunya ialah Allah SWT telah menunjukan kepada majoriti rakyat Malaysia siapa dalang disebalik pencerobohan ini. Dalang ini pula sekarang sedang kepanasan dan ketakutan yang amat sangat sehingga tidak berani lagi bertanding dikawasan yang dahulunya menjadu kubu kuatnya. Majoriti rakyat akan menolak sidalang ini Insya-Allah. Wallahualam.

mtk