Sunday, March 17, 2013

Mereka Dah Bergaduh Beb....

Belum parlimen bubar lagi mereka dah bergaduh berebut kerusi...

Selepas parlimen bubar lagilah teruk...

Selepas pengumuman nama-nama calon, jawabnya lagilah hancur....

Lima hari lepas DAP awal-awal dah umum bahawa calon parti mereka akan bertanding di Parlimen Bentong.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack akan bertanding kerusi Bentong dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang menggunakan tiket DAP.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.

Bentong kini kubu kuat MCA yang diwakili oleh Naib Presiden DAP Liow Tiong Lai yang juga menteri kesihatan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Liow menewaskan calon PKR G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.

malaysiakini

Dua hari lepas pula PKR kata apa ?
PKR Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Terdahulu Antarapos menghubungi Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan beliau menegaskan DAP tidak akan melayan permintaan PKR Pahang untuk menukar kerusi Parlimen Bentong (milik PKR) dengan DUN Ketari dan Tanah Rata (milik DAP).

DAP sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calonnya di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan beberapa minggu dari sekarang.

Keputusan itu kata Anthony, telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?," katanya kepada Antarapos.

DAP pada 12 Mac lalu mengumumkan akan meletakkan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sebagai calon Parlimen Bentong bagi menentang penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehari selepas pengumuman itu, PKR Pahang mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan kerusi Parlimen Bentong hanya akan diberikan kepada DAP jika parti dominasi Cina itu menyerahkan DUN Ketari dan Tanah Rata.

"Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong".

"Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah," katanya.

Antara Pos

Kih...kih...kih....kih....

Tahun 2008 puas memujuk untuk jadi calon sampaikan tiada orang untuk dipertaruhkan sebagai calon sehingga orang yang merakam video pun diletak sebagai calon di Kelana Jaya. 

Tahun 2013 semua berebut nak jadi calon....

Lagi nak temberang kami tak kejar jawatan, kami berjuang ikhlas, kami berjuang untuk rakyat ? Podah chit.....ptuih....ptuih....ptuih....

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, saya difahamkan soal calon mereka bukan sahaja bergaduh antara PKR, DAP dan PAS. Malah laki bini yang menerajui PKR pun bergaduh juga....

Si isteri presiden parti....dialah yang akan tandatangan watikah calon. Mengikut maklumat bukan semua nama yang dipersembahkan suaminya si isteri setuju. Tambahan pula nama orang-orang Asmin. Kita faham-faham sendirilah kenapa dia marah dengan Asmin. 

Jadi kita tunggu dan lihat....

Tahun 2008 orang BN yang kerat orang BN hingga BN hilang 2/3. Tahun ini giliran merekalah pula kerat sesama sendiri. Sebabnya apa ? Sebab semua nak jadi YB dan semua nak berkuasa. Orang tamak selalu rugi.

13 comments:

Anonymous said...

Bentong kini kubu kuat MCA yang diwakili oleh Naib Presiden DAP Liow Tiong Lai yang juga menteri kesihatan.

keratan berita Mkini kat atas tu silap..buka DAP tapi MCA.

ye..dulu ramai undi protes termasuk aku sekeluarga. tapi kini tidak lagi. aku dah jumpa ramai orang yg sependapat dgn aku. oh ye..aku bukan ahli mana2 parti. tq

Anonymous said...

syabas anon... aku pun sama. kami sekiluarga dan insyaAllah termasuk mak dan mak mertua yang karat dgn hijau pun akan undi BN...

Anonymous said...

PR not worth a shit..dacing the only hope for the future..

Anonymous said...

Bala dah mampos. Tian Chua bila lagi ?

Anonymous said...

Bro, tak nak rujuk seorang YB bergaduh dengan ketua wanitanya.. bergaduh dengan perempuan, sila rujuk blog mummy rokiah.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Anonymous said...

Dah 3 pru den pangkah bulan dan mato satu... Ini kali Dacing pulak den nak pangkah.. Den dah sodar....

parti tupperware said...

Memang akan terjadi perebutan sbb msing2 nak kuasa. Secara logik, kalu pk baik2, kalu pembangkang perintah, saper nk jd PM? Ingat DAP senang2 nk bg PKR? PAS jgn citer la. Mmg kena main jer dgn dua2 yg lain tu, tp masih tak sedar. Tak menolak Islam tp PAS mcm no balls, dgn puak lain tu. Takde pendirian. Kali ni, kami sekeluarga pun tak sokong pas lg, sbb, selagi pas dgn pakatan, lebih baik barisan nasional... P/s: setakat isu rosmah tak pakai tudung, tak payah nk compare dgn org yg kata kalimah Allah boleh digunakan di Bible... Ngok.. Kalu gitu, awatnya Bible tak nk pakai nama dr agama lain...

Anonymous said...

KAFIRKAH AKU

Datok Mukhriz sudah sedekahkan buku Kafirkah Aku kepada orang yang datang dengar ceramahnya.

Harap lain2 pemimpin Umno pun jangan kedekut lah nak buat macam yang Datok Mukhriz buat tu.

Insyallah bila orang melayu dibuka mindanya maka dia akan nampak diantara Umno dengan Pas siapa yang patut diangkat untuk memimpin negara, bangsa melayu dan membela maruah islam.

Baca lah buku Kafirkah Aku. Insyallah, Allah swt akan tunjukkan anda pihak yang patut anda percayai.

Saya dah sedar, dan Selamat Tinggal Pas pada PRU13 nanti.

Anonymous said...

Aku sokong Tian Chua wajib dimamposkan macam pengganas Sulu di Lahad Datu.

Anonymous said...

Aku bekas org kuat PKR Bentong bersedia turun ke Bentong membantu MCA.Walaupun aku bukan berpengaruh sangat di sana kerana aku org luar Bentong dan jadi org kuat, hanya kerana aku rapat dgn Anwar,tapi aku punya banyak alasan kukuh utk menggesa org Cina Bentong terus menyokong MCA dan BN.Mankala org Melayu pula tidak jadi masalah kerana Bentong adalah kubu Umno.

Anonymous said...

DAP = Dog And Pig
PAS = Parti Ajaran Sesat
PKR = Parti Kencing Rakyat

Anonymous said...

salam. saya pun sama. dulu undi pas sebab masa tu pas sendirian. tak pun macam sekarang yang terhegeh2 bergabung dengan dap dan pkr dalam pakatan rakyat. 2008 mana ada pakatan rakyat. lepas ni tak ada saya akan undi pas lagi. undi akan diberi pada bn.

pengundi atas pagar

Jokiden NS said...

DAP sibuk test rakan sekongkolan dia. Di Mersing dia dah umum seorang 'tokoh' Melayu akan bertanding atas tiket DAP.