Wednesday, March 13, 2013

Status FB Sokongan Nur Misuari Kepada Anwar Sudah Ghaib


Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim, akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan. Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.

Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.

Misuari (yang mengaku masih memimpin MNLF, walaupun pada hakikatnya telah lama disingkirkan) nyata tersilap langkah apabila memasukkan di dalam entri laman sosial Facebooknya mengenai sokongan kepada Anwar berhubung dakwaan liwatnya.

"We happy that the innocent are vindicated and that truth and justice should always prevails",  katanya yang merujuk kenyataan bapa kepada mangsa liwat Anwar, Azlan Mohd Lazim.

Menyedari akan kesilapan yang dilakukan itu, posting Misuari berkenaan kenyataan tersebut akhirnya ‘ghaib’ dari laman sosialnya tanpa sebarang alasan yang kukuh. Atau mungkinkah bekas gabenor Mindanao itu telah dihubungi oleh ‘orang-orang tertentu’ yang melihat posting tersebut seperti membuka pekung di dada?

Walaupun secara dasarnya ia bukan merupakan satu kesalahan namun secara prinsipnya ia berkait dengan hubungan rapatnya dengan Anwar. Tambahan pula agensi berita antarabangsa dan media asing turut melaporkan kenyataan dari unit perisikan tentera Filipina yang mengaitkan Anwar terhadap pencerobohan bersenjata di Sabah.

Malah kenyataan Misuari sebelum ini juga dilihat berbelit-belit, berbau propaganda dan penuh dengan tipu muslihat. Pada satu ketika, dia menafikan terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah namun di masa sama menyatakan akan menghantar tenteranya membantu pengikut Jamalul Kiram yang semakin tertekan di Sabah.

Tidak cukup dengan itu, Misuari juga turut mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang menurutnya ‘mendengar cerita’ kononnya kehadiran penceroboh adalah kerana jemputan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Untuk rekod, bekas Gabenor Wilayah Autonomi Mindanao itu sebelum ini telah di tolak oleh rakyatnya kerana gagal membangunkan wilayah kelahirannya, malah turut dikaitkan dengan amalan rasuah dan didakwa hanya mengutamakan kepentingan diri.

Tun Mahathir ketika diminta mengulas mengenai Anwar berhubung isu Sabah mengatakan hairan bagaimana boleh terpedaya untuk percaya kepadanya semasa di dalam kerajaan suatu ketika dahulu.

“Dia (Anwar) penipu yang terbesar sampai saya pun tertipu. "Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam”.

Kesimpulannya sehingga kini, Anwar masih gagal menjawab beberapa persoalan yang menjadi tanda tanya sebilangan besar rakyat berhubung tragedi berdarah yang melanda negara ini.

1. Mengapa Anwar ghairah berulang kali menyentuh soal Sabah akan hilang. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

2. Apakah yang beliau bincangkan semasa pertemuan dengan Nur Misuari sebelum itu?

3. Menjawab berhubung dakwaan, terdapat pemimpin PKR lain yang turut menemui pihak tertentu di selatan Filipina.

4. Dakwaan pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang, sebagaimana dilaporkan Reuters dan media Filipina.

5. Pencerobohan tersebut dikatakan ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak. 


Tulisan kiriman Beruang Biru

4 comments:

Anonymous said...

Smalam saya masuk FB P.Misuari bertanyakan kemana pergi posting tersebut.......ADMIN menjawab, You are not invited.
Mari ramai ramai kita masuk FB P.Misuari dan luahkan perasaan anda.

PRU TVonline said...

Boleh ikuti beberapa video politik dan isu semasa di sini. Terima kasih.

http://tvpruonline.wordpress.com/2013/03/12/panas-sandiwara-anwar-ibrahim-mula-dibongkar-bekas-rakan-karib/

Anonymous said...

Ini semua konspirasi untuk menjatuhkan serta mengaggalkan niat aku untuk menjadi PM, kalau aku jadi PM hari ini, esok selesai semua masalah.

Anwar Ibrahim

Anonymous said...

Kami telah menghantar surat kepada Anwar Abraham untuk memohon izin menyukat ukurlilit perut dan panjang batang pelir beliau sebagai pengesahan bahawa penzina dalam video bukanlah Anwar Abraham suami Azazah.

Jika dapat keizinan, kami akan bawa 2 ulama serban panjang yakni hadi awang dan nik aziz serta 2 ulama serban kontot Mat Sabu dan Mahfuz.

Kami akan sokong Anwar Abraham kalau batang pelir Anwar tidaklah sepanjang milik penzina dalam video china doll.


-orang bunian lahad datu -