Friday, March 29, 2013

Undi 2000 Salah Kira,Projek Berbilion Salah Taip

Seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu. Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit? Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula. Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang. Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.

Ini kerana DAP tidak seharusnya 'tersalah taip' kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh computer. Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam 'worksheet' computer itu, maka 'manusia' hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertaskerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu. Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti 'Annie and Party', 'Pinny', 'Davy', 'Jimmy' dan 'Terry' yang muncul dalam kertaskerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah-taip?

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.

Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional. Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak. Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali. Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri. Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya. Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan. Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang. Dan apalah agaknya yang 'tersalah taip' atau 'masalah komputer' yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP.


Artikel kiriman Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

14 comments:

Anonymous said...

Membuat kerja tanpa penelitian...hasil yg sgt memalukan.

Anonymous said...

SILAP KIRA..

SILAP TAIP..

LEPAS INI APA LAGI?

SILAP LAPOR? SILAP BELI? SILAP BAJET? SILAP MATA?

DULU KEMAIN LAGI KUTUK ORANG...RUPANYA TERBUKTI DAP LAGI TERUK! DAP MEMANG BAHLOL! KAH KAH KAH

Anonymous said...

CAT<>CIBAI-ARROGANT-TO'KONG<>LIM-GONNA-END

Anonymous said...

Mampus kalau dap jadi SPR

U SILAP KIRA I SAMAN!!

Anonymous said...

Kalau salah taip yang melibatkan 1-2 ringgit atau sen tu bolehlah terima. Tapi ni melibatkan 2.25 billion. Biar saya taipkan 2.25 billion tu:
2 250 000 000. Wow. Macam mana orang boleh salah taip melibatkan jumlah angka yang begitu banyak. Sama ada orang itu tipu ataupun dia tu memang betul-betul bodoh.

Anonymous said...

Melayu yg sokong DAP adalah Melayu yg BAHALOL,kerana org bodoh saja yg sanggup sokong org bodoh.

Anonymous said...

kah kah kah kah kah... selama ini mereka kata SPR tak kompeten dalam soal nama pengundi, tapi hari ini DAPig sendiri LANGSUNG KOMPETEN dalam urusan menggunakan excel dan word... malu la wei, bukannya nak uruskan hal yang berjuta-juta orang macam SPR pun....

Anonymous said...

Umno hantar virus kat komputer kami di komtar mengunakan teknik super impose menyebabkan nilainya bertukar.

Regards,
LGE

Anonymous said...

http://tunhisyamuddin.blogspot.com/la

Anonymous said...

dia masih ingat dia pembangkang sdgkan dia pmerintah di negeri pulau pinang wlw pun impot dari melaka(bandar dia dibesarkan)sy x ngaku dia orang johor

Anonymous said...

kahaaakkkk pthuiii punya dap... ini semua gara2 nak makan besar utk projek kroni...

apa yg dap ni buat semuanya lintang pukang lepas tu salahkan org lain plak... dan yg paling hampehh siot melayu2 bebal penjilat cina dap ni...

RashidAli said...

inilah akibat mengstereotypekan minda orang lain; apek cibai wal lan ciao ini ingat pakar mengira hanya ada dalam puak mereka. malaysia sudah banya juru-ukur bahan (QS), aktuari, engineer, arkitek, implementer. SOR (standard-of-rate) pun ada dikeluarkan oleh JKR -- apa lagi? Jangan nak menipu lah, melainkan ko amik dari cartel ko sendiri secara sorok-sorok lepas tu pensel 50sen caj 5ringgit. Jgn pandang rendah minda org melayu; nak suruh aku audit anytime pun boleh!

Anonymous said...

haihhh sampai bila la melayu2 BANGSAT dari Parti Ajaran Syaitan@Syiah nih nk sedaq diri yg DAPig nih cina ULTRA KIASU. mmpergunakan macai2 yg taksub pd N.AJIS@TAIK untuk melemahkan umat ISLAM! kalo penang masih dibawah DAPig lepas PRU-13. hrp kedah mnjadi milik BN! serap balik penang ke dalam kedah! projek2 kt penang serahkan kpd MCA & GERAKAN. baru pnyokong2 DAPig nih sedaq diri bila syarikat mereka lingkup satu persatu!

Anonymous said...

guan eng tokong mansur otman
-pak lang ghani