Saturday, March 30, 2013

Wan Azizah Bakal MB Selangor ???

SHAH ALAM: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang tidak melarang wanita untuk menjawat jawatan tersebut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun menurut beliau, antara syarat kelayakan untuk menjadi menteri besar adalah calon berkenaan perlu bermastautin di negeri ini selain mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menang pilihan raya umum.

Beliau menjelaskan isu berkenaan masih diperingkat perbincangan dan akan diumumkan kelak. Justeru beliau enggan membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana.

"Kelayakan memang boleh, lelaki dan wanita boleh jadi MB (tidak menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor) memang boleh dari segi enakmen, tetapi ini belum lagi sebab ini spekulasi akan timbul, ia akan dibincangkan.

"Walau bagaimanapun, Datin Seri Wan Azizah layak menjadi calon. Tapi untuk jadi calon negeri Selangor, antara perkara yang perlu beliau ada adalah kad pengenalan beliau mestilah bermastautin di negeri Selangor," kata beliau kepada wartawan selepas hadir ke majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang hari ini.

Wan Azizah dikaitkan dengan jawatan menteri besar selepas beliau pada Khamis mengumumkan untuk bertanding di DUN Selangor ekoran dilarang bertanding di kerusi parlimen selepas melepaskan jawatan itu pada Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Antarapos sebelum ini melaporkan bahawa Wan Azizah bersedia untuk mencabar kedudukan Khalid sebagai menteri besar berdasarkan rekod sepenggal ketua negeri Selangor itu yang tidak memuaskan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sekiranya Wan Azizah menang di Selangor pada pilihan raya umum nanti dengan mengambil kira status beliau sebagai pemimpin tertinggi dalam PKR, tidak mustahil sekiranya Khalid disingkirkan.

Malah beliau tidak menolak kemungkinan pembangkang cuba untuk menampilkan wanita pertama menjadi menteri besar untuk menambah hati rakyat negeri itu.

"Buat apa letak Wan Azizah di DUN saja, kalau tidak dinaikkan jadi Menteri Besar lebih baik dia tidak bertanding di DUN," kata Dr Atory.

Wan Azizah mula menyertai politik pada tahun 1999 selepas suaminya Anwar dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan rasuah dan liwat.

Beliau mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sebelum mengosongkan kerusi tersebut untuk Anwar.

 Sumber: Antara Pos


Dok tuduh Rosmah gila kuasa, gila jawatan, kawal Najib dan macam-macam lagi...tup...tup....mereka yang gila sebenarnya....

Habislah Malaysia....

Laki calon PM....

Bini calon MB....

Anak calon menteri.....

9 comments:

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

biasala... nuar berahim sebenarnya dah 'susun'.. selain dia, bini dia, anak dia.. dia nak masuk kan bapak mentua dia.. tok wan dia.. mak lang sebelah bini dia.. anak anak menakan dia.. anak anak ikan dia.. cucu dia.. pak anjang dia.. menantu mak tiri dia.... dan ramai lagi kaum dia.. lepas dia kata la itu process demokrasi.... kepala hotak kau la nuar bontot

Anonymous said...

oh tidak. Aku tak mahu MB aku tahu nangis jer.....sikit2 nangis....

Anonymous said...

kak jijah nk jd MB selangor ker??makin jahanam negeri aku nie..cermin la dulu muka tuh sebelum bercita cita nk jd MB..adess..

Anonymous said...

Cukup2lah aib yang dibawa oleh anwar untuk keluarga. Jangan ditambah aib untuk diri pula. Keep low profile sajalah lepas ni. Ambillah iktibar. Hendak menjadi mb tu besar amanahnya. Menjadi adun dan ahli parlimen saja dah cukup besar amanahnya apalagi kalau hendak menjadi mb. Jangan terlalu ego dan bongkak diri takut tak Tertanggung akhirat nanti.

Anonymous said...

Minta maaf. Tak layak sama sekali. Wan Azizah tak layak kerana sanggup menerima suami yang extra ordinary (lelaki menyukai lelaki). Adakah Wan Azizah juga extra ordinary (wanita menyukai wanita) seperti suaminya.

Saya heran rumah tangga mereka sedikit pun tak tergugat. Tertanya2 saya .. adakah Anwar Ibrahim homoseksual, dan isterinya juga homoseksual .. adakah Anwar Ibrahim heboh dikaitkan ada hubungan seks dengan Shamsidar, dan isterinya pulak secara diam2 juga ada hubungan seks dengan lelaki lain.

Logiknya, pada keadaan fair and square sahaja sesebuah rumah tangga itu dapat bertahan .. suami makan luar, isteri juga makan luar.

Adakah Wan Azizah juga ada makan di luar. Bukan mustahil ... 99% Yes.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Allah jadikan manusia berpasangan.. Lebih 20 tahun bersama takan le tak tahu sedetik pon perangai kurang sopan partner sendiri. Tutup aje dua2 belah kerana inginkan syurga. Ada ke syurga yg special untok kak wan? THEY ARE MEANT FOR EACH OTHER.

Anonymous said...

Maaf menyampuk, tapi setahu saya calon MB Selangor mestilah anak jati Selangor. Sebab itulah Azmin yang dulu kecoh akan jadi MB Selangor kemudian senyap terus sebab di MyKad dia bukan kod 10 yang membuktikan dia lahir di Selangor. Kak Wan pun rasanya sama nasib sebab dia lahir di seberang sana.

Anonymous said...

gambar 3 ekor manusia paling celaka kat malaysia!