Sunday, April 21, 2013

Air Mata Kambing Tumpah Di Putrajaya

Menjelang penamaan calon PRU 13 dua wayang menumpahkan air mata telah dipersembahkan kepada kita dalam usaha untuk menagih simpati rakyat. Menjelang hari pengundian kelak entah berapa kilo lagi bawang merah diperlukan untuk menumpahkan bergelen-gelen lagi air mata mereka.

Dua hari lepas kita dipersembahkan dengan pentas opera cina lakonan Lim Kit Siang di Johor Bharu. Di mana dia menumpahkan air mata komunisnya konon-kononnya ROS tidak membenarkan DAP bertanding atas tiket mereka. 

Semalam pula semasa penamaan calon di Putrajaya, calon Pas di kerusi berkenaan pula tak semena-mena menumpahkan air mata kambingnya. Selepas itu ambil gambar dan sebar dalam laman-laman siber. Kuat wayang puak-puak ni beb....Semuanya nak menagih simpati masyarakat. 


Pada hemat saya, watak begitu dilakonkan dengan harapan pemain-pemain cyber pro BN akan memainkan gambar itu dan berkata dia menangis kerana menuju kekalahan. Bila banyak orang berkata begitu, maka dia akan dapat simpati pengundi dan seterusnya mendapat undi. 

Nak pergi penamaan calon dia menangis, kenapa pula apabila orang Kelantan yang meninggal dunia hingga jenazah tak dapat diuruskan kerana tiada air, tiada pula gambar dia menangis bersedih dengan situasi itu ?

Lihat sini dan sini


Batu asas di atas dah hampir 20 tahun diletakkan untuk pembinaan jambatan di Tumpat, sampai hari ini sebatang cerucuk pun tak ditanamkan, kenapa dia tak menangis kerana gagal melaksanakan janji tersebut kepada rakyat Kelantan ?

Nak pergi penamaan calon menangis, kenapa dia tak menangis sewaktu Hadi Awang capai persetujuan bersama Anwar dan Kit Siang untuk benarkan agama lain pakai kalimah Allah ? 

29 comments:

Anonymous said...

nak buat camna? dulu pru 12, habis satu malaya dijajanya poster 'tok guru' menangis...pru 13 dea pulak nk cuba nasib buat menda yg sama

Anonymous said...

jangan main2 dgn tokey kambing ni... setitik airmata dia jatuh di bumi putrajaya, tak lagi lagi jadi telaga minyak tau tak?

Anonymous said...

jangan main2 dengan tokey kambing ni... setitik airmata dia jatuh di bumi putrajaya, tak lama lagi jadi telaga minyak tau tak?

YB Raz said...

bapak kambing ni ketua penyamun.habis harta orang kelantan dia samun. sekarang harta orang putrajaya pulak dia nak rembat..terajang je dia keluar dari putrajaya

Anonymous said...

Menangis sbb nak kejar kuasa. Phuihhhh

tokgaru said...

RBF

Saya tak nampak itu macam batu asas jambatan di Tumpat. Sebab tak ada tanda2 nak bina jambatan di situ.

Saya nak cadangkan. Kalau orang kelantan boleh teriam la. Daripada nak membazir. Gi cetak gambar Nik Aziz ikut saiz lopak pada batu tu. Pastu frame elok2. Pastu bawa mari frame bergabar tu dan letak dalam lopak yang ada pada batu tu. Pastu seal dia dengan penutup kaca. Orang boleh tengok sampai dunia kiamat sebagai monumen Nik Aziz. Tapi kena letak amaran " Tidak Dibenarkan Upacara Menurun Minta Apa Nombor ".

Macam mana setuju tak ?

tokgaru said...

Ramai yang kata Nik Aziz tu dah tua tapi masih nak masuk calon lagi. Pada saya Nik Aziz tak lah tua sangat dan masih boleh masuk calon lagi. Tok Mun lagi tua, tak silap umur dah 96 tapi masih bersemangat nak masuk calon. PRU12 calon DUN, kali ini calon Parlimen di P36 Kuala Trengganu lagi. Maknanya Tok Mun semakin meningkat.

Yang beza diantara Nik Aziz dengan Tok Mun adalah Nik Aziz selalu sakit, keluar masuk hospital, nak jalan pun dah tak larat, sampai orang terpaksa dukung dia. Sedangkan Tok Mun, masih bertenaga, masih sehat, masih mampu kayuh basikal berbatu2 pusing kampong jual kain batik.

Kalau Nik Aziz menang di N6 DUN Chempaka pada PRU13 ini, mungkin tak lama selepas itu SPR terpaksa berkampong sekali lagi di DUN Chempaka untuk Pilihanraya Kecil pula. Kalau Tok Mun menang di P36 Kuala Trengganu, SPR mungkin boleh goyang kaki berehat diantara 4 – 5 tahun dari sekarang, insyallah.

Semoga Tok Mun berjaya dalam cubaan kali kedua ini. Tok Mun betul2 bebas, moral betul2 bersih, tak ada video pelik2, tak ada fatwa pelik2. Yang pelik cuma Tok Mun hanya berjaja kain batik keliling kampong, kereta besar tak ada, moto kapcai pun tiada, yang ada hanya lah sebuah basikal tua sebagai teman setia, tapi mampu membayar wang deposit untuk bertanding Parlimen. Selamat Maju Jaya Tok Mun.

Anonymous said...

Kat Putrajaya tu ramai je org dari Kelantan, baik yg kerja mahu pun yg berniaga.

BN jangan terlalu yakin sangat mereka ni. Bisik-bisik peniaga di Putrajaya ni ramai yg sokong parti bulan. Naik naik kebulan kut ?

Hati-hati.

Anonymous said...

Sekilas pandang kambing di kandang aku tahu yang mana satu Boer dan Jamnapari...hahahahahahah

Anonymous said...

BN jgn yakin sgt kat putrajaya ni...ramai kakitangan kerajaan yg sokong bulan....lg pun pru yg lalu BN cuma menang majoriti 2 ribu lebih je...bukannya selesa sgt...tambah2 dah ade pelakon watak hero opera cina dengan wayang kulit ni.....

Anonymous said...

Baguslah kalau dah insaf. Selama ini bersubahat dengan parti yang memperalatkan Islam untuk kepentingan politik. Sekarang bertanding pula di Putrajaya. Entah fitnah apa pula hendak disebarkan kepada rakyat. Pengundi Putrajaya tak usahlah bersimpati, ingatlah masa depan negara.

Anonymous said...

Pengundi Putrajaya mmg ramai yg bijaksana...pikir2la..

kjaan skrg pimpinan BN mmgla dr segi penampilan dan perwatakan mmg xIslamik tapi bkn brmakna mrk bkn Islam...malah dlm serba kekurangan Ilmu agama (bkn semua)pon masih tetap membela Islam dan mmprtahankn kalimah Allah...

Tapi PAS mmg dari sg penampilan dan perwatakan mmg semua tahu Islam...tapi perjuangan PAS bg sy hny setakat itu shj krn persekongkolan dgn puak yg liberal serta mmprjuangkn pluralisme agama , penyokong LGBT dan sosialis juga komunisme menawarkan langsong prjuangan asal PAS....

Sy xmau anak2 sy dan generasi kite akan dtg nnt bila berumur 18 akan mnghadapi situasi BOLEH MEMILIH AGAMA ....Nauzubillahiminzalik....

Anonymous said...

Hati-hati dengan lakonannya....limkitsial pn dah mula menangis juga lepas ni khalid ibrahim,khalid samad,azmin ali,aishah,dayangku intan semuanya nangis

tokgaru said...

Untuk berlaku adil.

Isu video Mustafa Ali. Hanya Hadi Awang saja yang dapat mengesahkan dalam video itu Mustafa Ali atau orang lain. Sebab Hadi Awang lebih mengenali Mustafa Ali daripada kita semua. Isteri Mustafa Ali sendiri jika ditunjukkan video itu belum tentu dapat mengesahkan. Malah Mustafa Ali sendiri tidak pasti lelaki dalam video itu adalah dia atau orang lain. Logiknya, kalau Mustafa Ali sangat yakin pelakon dalam video itu bukan dirinya sudah tentu dia akan buat laporan polis dan bersumpah laknat dalam mesjid.

Mustafa Ali nampaknya berada dipersimpang .. boleh jadi aku dan boleh jadi bukan aku. Atau boleh jadi dia sendiri pun belum tengok lagi video itu.

So kalau macam tu. Apa nak dia nafikan. Apa nak dia sumpahkan. Apa dia nak laporkan kepada polis.

Patut lah bila wartawan tanya dia tak mahu komen apa2, main jawab " hal video ini saya sudah serah kepada peguam saya ".

tokgaru said...

Biasa lah. Pas sekarang kan dah jadi lubuk artist. Artist2 yang dibawa masuk tu untuk melatih pemimpin2 Pas supaya pandai berlakon. Jadi Husam menangis tu mungkin nak try ilmu berlakun menangis yang mungkin diajar oleh Ustazah Abby Abadi kepada beliau.

Nangis lagi Husam. Mana lah tahu air mata palsu kamu itu membawa rezeki.

Anonymous said...

husam nak kena tendang dari kelantan.kalau tetiba pas kelantan umum husam tanding kawasan lain,mau semua sedar ada sumting tak kena.

jadi buat cara camni la.slow slow letak husam kat putrajaya.supaya org nak kata padan muka kat husam pun,takde la sangat.nak tutup lubang kemaluan dia dari malu tercover cover sbb projek dia semua tak jadi

Anonymous said...

Husam Musa kata dia yakin boleh menang di Putrajaya kerana katanya majority penduduk Putrajaya adalah orang Kelantan yang pasti akan undi PAS...Dia tak sedar yg jika pun majority penduduk Putrajaya adalah orang Kelantan, yg pasti mereka ini tak mengudi di Putrajaya tetapi balik mengundi di Kelantan. Yg pasti pengundi Putrajaya adalah penyokong tegar BN dan yg lebih pasti Husam akan hilang deposit.

Anonymous said...

Husam bercita-cita tinggi nk menang di Putrajaya, dia tak sedar orang Salor pun dh tak suka dia..apa tidaknya, asyik dok sibuk memanjang,tak ada masa nk jumpa orang, khenduri tak pergi, org sakit, kematian tk pergi melawat, kedekut tabung masjid Kh Kotta tk pernah masuk..dll

azman said...

Assalamualaikum RBF

Sekarang musim mintak simpati la pulak..LKS nangis,Husam nangis,lepas ni siapa pulak ya...kita tengok la drama mimggu ini...

Unknown said...

air mata sang buaya!!

Anonymous said...

Skrip arahan Nuar Brahim memang macam tu. macam drama selalu tengok dalam tv. mesti ada adegan nangis punya. hati rasa syahdu sebab nak pembohong pada orang putrajaya.

Anonymous said...

Semenjak dua menjak ni pembangkang guna reverse saikologi la plak...ada adegan mebangis la, berdoa sambil meratap la, bermain bersama cucula.....mmmm utk aku yg dh masak ilmu teknikal oeperangan minda mcm ni tk jalan la. Tak tau la mereka plan nk pengaruh org kampung, kaum wanita dan mana2 pengundi yg tak paham cara twist perception ni.

Anonymous said...

Bakal MP Putrajaya yang berkualiti....


HUSAM MUSA seorang aktivis Islamis yang berprinsip, gentlemen dan berwibawa sememang dia lebih layak memimpin ummah & rakyat yang yang educated di Putra jaya berbanding Mafia UMNO Adnan mansor yang berwatak angkoh dan samseng itu....

pru13.. seluruh rakyat undi calon MP PAS/PR! .. bersama kerajaan pusat yang baru @ kerajaan pusat PR!

Anonymous said...


PUTRAJAYA: MARI KITA BERSATU & BERUBAH!

Umat melayu yang beriman TETAP menolak sekular asobiah UMNO. Mereka dokong politik Islam yang syumul, PAS!

KECUALI melayu yang ragu2 terhadap hukum hakam & janji Allah dan melayu yang materialistik yang tamakkan habuan duniawi walaupun bercanggah dengan perintah Allah saja yang masih mengharap & menjilat habuan daki2 kotoran UMNO!

Melayu2 dan mereka2 yang pengecut ini sangat takut dengan "kuasa" UMNO mengenai jawatan & rezeki hidup mereka... Melayu bacul ini tunduk setuju dengan segala penyelewengan, salahguna kuasa dan korupsi pemimpin2 elit UMNO. Bahkan sesetengah mereka bersubahat dengan puak2 UMNO menyeleweng dan menipu hak / harta rakyat!

Apa nak ditakut dengan adnan mansor, jika rakyat bersatu menolak dia dan UMNO! masa itu kita adili setiap skandal, manipulasi & konspirasi oleh lanun2UMNO ini!

PRU13:

RAKYAT bersatu & bersama untuk PERUBAHAN TOTAL tolak politik jahat kotor UMNO/BN!

RAKYAT bersatu dan bersama UNDI calon2 MP PAS/PR!

Anonymous said...

ya saya setuju kenyataan saudara..kenapa golongan Profesional lebih cenderung ke PR perlu dikaji.. Cuba lihat di precint 9 :)

Anonymous said...

Ya..pengundi putrajaya bukan bersimpati dengan Husam Musa..Malah mendokong gerakan Islam yang membawa prhambaan makhluk kepada Allah Yang Maha Kuasa.. Inilah kekuatan kita..

Anonymous said...

Maaflah jika sy mencelah...selama sy berada di putrajaya ni ku nan bukan sebagaimana yg tuan maksudkan..dia dan isteri selalu terlibat dgn aktiviti masyarakat di putrajaya dan lebih meyakinkan rakyat putrajaya untuk memilih beliau..

Anonymous said...

Tolak syiah yg nk ke putrajaya

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=573%3Akelantan-jalinkan-hubungan-erat-dengan-negara-iran&catid=1%3Alatest-news&fb_source=message

Anonymous said...

Ha bagus la tu! Undi PAS sebab syiar Islam. Apa jadik kat hudud PAS? Oh.. Anwar Ibrahim akan laksanakan semua tu dan jadikan Malaysia ni lebih Islamik, kan?

Marilah sesama mengundi PAS. Parti yang Islamik dan penegak Islam sebenar negara ni. UMNO sekular.Takdenye Islam kat negara ni semenjak UMNO perintah. Sekolah Agama takde, pendidikan islam tak diajar kat sekolah, kawin ngan perwarisan harta pun tak ikut Islam, Kalau orang nak murtad dari islam ikut sedap dia je la (status dlm kad pengenalan tu sesenang je tukar). Eish, sekular betul umno kan?