Tuesday, April 16, 2013

Bekas Pemimpin Pas Calon BN Permatang Pauh

Bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Mazlan Ismail merupakan antara muka baharu calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Mazlan akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk menghadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kepala Batas. 

Kerusi itu disandang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.  

UTUSAN ONLINE

3 comments:

tokgaru said...

Tepat sekali pemilihan yang dibuat. Hanya orang dalam pauk mereka saja yang tahu cerita sebenar dalam puak mereka. Diharap bekas pemimpin Pas ini dapat menyedarkan orang Pas. Siapa Pas sebenarnya .. masih relevan kah Pas dengan perjuangan islam ? Apa status Pas dalam Pakatan Rakyat .. menjadi imam kah atau makmum ?

Semuga bekas pemimpin Pas yang dipilih menjadi calon menentang Anwar berupaya membuka kejumudan pemikiran ahli2 Pas di Permatang Pauh.

Anonymous said...

Winnable candidate...undi melayu kali ni memihak kpd calon BN kerana akar umbi Pas yg selama ni sokong Anwar akan memihak kpd Dr Mazlan yg diketahui amat disenangi oleh mereka...so Anwar mungkin ada masa lagi utk cari tempat selamat sebelum penamaan calon atau hang CHECKMATE..................

tokgaru said...

Papagomo kata nak masuk bertanding di Permatang Pauh. Dulu Papagomo nampak banyak memihak kepada Umno. Adakah sekarang Papagomo nak sabotaj peluang Umno menang di Permatang Pauh ? Anwar tentu suka kalau Papagomo jadi bertanding sebab secara tak langsung Papagomo membantu dia menang.