Wednesday, April 24, 2013

Calon DAP Kena Balun Dengan Apek


PANTAI REMIS: Calon Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham malu besar apabila ditengking seorang nelayan warga emas sebaik beliau datang berkempen di sebuah kedai kopi di Pantai Remis Lama, di sini.

Lebih memalukan, pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan yang sedang minum di kedai kopi itu.
 
Nelayan warga emas berkenaan dikenali sebagai, Lim Pek Liang, 60, itu bukan sahaja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan lain sebaliknya enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi parlimen itu.

Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.
 
"Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat namun,saya menepis tangannya.


"Ada sebab kenapa saya menolak tangan dan memarahinya kerana sejak menyandang kerusi parlimen itu, saya tidak pernah lihat dia turun padang apatah lagi mengambil tahu masalah rakyat di sini," katanya.

Katanya, dia mengakui menyimpan dendam kepada Ngeh kerana tidak membantunya untuk mendapatkan lesen baru menangkap ikan.

Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula.

Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikannya kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.

Katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak selama 11 bulan, dia pernah memohon Ngeh untuk menyediakan surat bagi permohonan lesen itu.

Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong namun, Wong sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.

"Akibat itu, permohonan saya tidak dapat dipanjangkan kepada jabatan itu sebelum Ngeh dan Wong bertindak lepas tangan dan enggan membantunya.

"Saya sangat perlukan surat permohonan itu kerana tanpanya saya tidak boleh memulakan tangkapan di laut," katanya.

Katanya, berang selepas permohonan tidak dilayan oleh Ngeh, dia kemudian mendapatkan bantuan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn sebelum permohonannya diterima.

"Saya amat berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya. Saya tidak menyangka dilayan buruk oleh Ngeh namun, pada masa sama percaya BN mampu lakukan sesuatu kepada penduduk di sini berbanding parti pembangkang," katanya.

Katanya, dia mengakui penyokong kuat DAP namun, bukan ahli parti itu.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan Ngeh yang jarang turun ke parlimen itu terutama bagi menyelesaikan masalah penduduk.

"Saya tidak pernah melihatnya sejak lima tahun lalu, tapi tiba-tiba muncul hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum hujung minggu depan.

"Saya mahu rakyat tolak pemimpin sedemikian kerana tidak komited sebagai ahli parlimen serta mengabaikan rakyat," katanya.

My Metro
 

9 comments:

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

http://zinbadak.blogspot.com/

Anonymous said...

Ape bodoh betul la pegawai kepada Ngeh ni. Hantar surat pemohonan lesen kepada Jabatan Perikanan pun guna bahasa Mandarin sehingga permohonan tu ditolak. Ingat ni negara China ke?

Udah la tu, dah dekat hari mengundi baru nampak muka, bukannya Ngeh tu sibuk sangat dengan kerja Exco pun. Jadi Exco Perak pun tak sampai 11 bulan, yang selebihnya sibuk ke mana? Mungkin sibuk tengah kira berapa duit hasil balak kat Hulu Kelantan sana kot....

Tapi caya sama apek warga emas tu, akhirnya nampak pemimpin mana yang betul2 berkhidmat untuk rakyat, pemimpin mana pulak yang 'berkhidmat' demi nak pancing undi rakyat...

anti dap said...

kononnya warganegara Malaysia
nak memerintah Malaysia
tapi hantar surat rasmi guna bahasa Cina..

memang tak boleh percaya sikit pun kat dap celaka tu!

Anonymous said...

mereka salah seorang yang tidak layak diberi hak warganegara bb syrat dalam perlembagaan tidak dipenuhi iaitu bercakap bahasa dan menulis bahasa. emmmmm

Anonymous said...

Tapi orang pas sayang dap....

Vecests said...

LAWATI JUGAK http://bnbesut.blogspot.com/ TQ FOR ADMIN

Anonymous said...

Olang DAPig saja baca maaa

Anonymous said...

Ok la tu, sekurang kurangnya dap taklah nampak reasis sagat