Tuesday, April 30, 2013

Khalid Ibrahim Panggil Najib Sebagai Najis


Tertekan untuk berpaut kepada kuasa, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak biadab hari ini apabila menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “najis” dan “cetek” fikiran.

Menteri Besar Selangor itu menggunakan ungkapan kesat itu apabila memperlekehkan komitmen Najib menurunkan harga rumah di Kampung Bukit Botak kepada RM70,000 jika BN diberikan mandat untuk mentadbir Selangor.

"Jadi itu menunjukkan Najib itu 'najis'. Benda yang sudah diselesaikan tak payah diteruskan lagi. Kalau Najib ada duit lebih, boleh digunakan untuk menolong projek-projek terbengkalai yang lain,” kata Khalid kepada pemberita.

Sebelum ini penduduk Bukit Botak di Selangor kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Khalid menaikkan harga rumah projek terbengkalai itu sehingga RM112,000 daripada harga asal RM45,000.

Khalid berkata potongan harga oleh Najib itu tidak perlu diberikan kerana mendakwa penduduk berkenaan sudah pun diberikan rumah bernilai RM250,000.

"Saya tak tahu pemikiran PM begitu cetek. Kalau mereka (penduduk)...dapat aset melebihi RM250,000, itu dah cukup pampasannya, kenapa pula ditambah?," soal Khalid.

Tindakan Khalid menyifatkan Perdana Menteri sebagai najis dan cetek fikiran dilihat menyerlahkan keadaan terdesak kempen PKR untuk mempertahankan Selangor.

Ceramah-ceramah Khalid di DUN Pelabuhan Klang mendapat sambutan hambar manakala di beberapa kawasan lain jentera parti itu terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada PAS dan DAP.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor cergas bergerak di seluruh negeri dan memberi komitmen untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang berlarutan di bawah kerajaan pimpinan Khalid.

Selain menjanjikan potongan harga rumah di Kampung Bukit Botak, Najib turut memberi jaminan meningkatkan tahap keselamatan dan menyediakan kemudahan perumahan dan persekolahan semasa lawatannya ke Rawang dan Kuala Selangor semalam.

Minggu lalu Khalid mendakwa dirinya lebih pandai daripada Najib dalam menguruskan ekonomi.

"Saya lebih pandai dari Najib sebab saya pernah kerja dengan Unit Perancang Ekonomi Malaysia. Saya lembaga pengarah Institute of Strategic Study. Jadi kita kena tengok beza pembuat dasar dan siapa yang lakukan," kata Khalid.

Pada PRU ke-13 Khalid terpaksa dipindahkan ke DUN Pelabuhan Klang daripada Ijok, kerana dilaporkan ditolak oleh pengundi di kawasan itu.
Dalam pada itu, ribuan penduduk menyaman kerajaan negeri pimpinan beliau kerana gagal menepati janji memberikan elaun untuk ibu tunggal, warga emas serta air percuma kepada warga pangsapuri. 



RBF: Kita tak kisah jika yang panggil Najib adalah najis dilakukan oleh penyokong-penyokong PKR bawahan. Tapi jika seorang pemimpin utama, MB pula tu memanggil seorang PM dengan panggilan sedemikian nampak sangatlah orang itu tidak cerdik dan tidak profesional. Orang seperti itu tidak layak untuk jadi pemimpin untuk memimpin rakyat. Jom kita bungkuskan dia di Pelabuhan Klang.

14 comments:

Anonymous said...

Klalid gagap tu lupa Nos dia tu amat gemari lobang Najis..sebab tu dia ingat Najis..bukan Nik ajis..heheheh

Anonymous said...

Boss PKR pengemar lobang NAJIS..lupa pulak si Khalid Gagap al samsol al paklah dodol

Anonymous said...

Najib panggil orang haram jadah tu ape yer...fikir-fikirkan lah yop

Jokiden NS said...

Ish..ish..ish.. bertambah gagap dia ni. Dah orang nak turunkan harga lebih murah, kan ke bagus, mana ceteknya. Kalau harga itu BN boleh turunkan ke RM40.000 lagiiiiiiiiiii bagussssssss, rakyat untung banyak.

RM250,000 - RM112,000 dengan RM250,000- RM70,000 mana lebih menguntungkan rakyat.

Alah kalau dengan menaikkan harga ke RM112,000 dulu dia dapat dapat komisyen, oklah tu walaupun rakyat terpaksa menanggung beban.

Anonymous said...

ORANG YANG KATA ORANG NAJIS SEBENARNYA DIRINYA SENDIRI 3 KALI GANDA BERGELUMANG DENGAN NAJIS BERAT!

Anonymous said...

Najib panggil orang haram jadah tu ape yer...fikir-fikirkan lah yop
_____________________________
die tujukan kt sape???kt ko ke??

Anonymous said...

Dia terase.......sensitif

Anonymous said...

khalid ibrahim ni akalnya pendek ke takde akal langsung!!

Anonymous said...

flinstone ni hanya tau jual aset jer ,,mana tak banyak simpanan lepas tu bagi kat nuar wat nyontot..

Anonymous said...

sepanjang aku hidup,tak penah plak aku dengar pemimpin bn ucap perkataan yg tak elok kat pas,dap or pkr.

takde plak terdengar panggilan mahafiraun nik aziz ker....firaun anwar ker...or apa apa la...

mahathir pun xde plak balas balik kata mahafiraun nik aziz or sesapa wpn beliau digelar memacam.

tapi yg geng pr ni laju je mengata orang.diorg ingat malaikat rakib atid tu tak mencatat ker sebarang kelakuan.malaikat catat utk org bn je kot org sokong pr tak catat..

Anonymous said...

papa flinstone meroyan lagi . hari tu buat cerita bohong , BN nk angkut pengundi hantu dari borneo , seramai 130,000 org . hari ini , cerita ini pulak .

kenapa kes dia lari malam dari IJOK tak pulak mengaku ? tanya la org2 ijok & bandar tun razak , sape si papa flinstone ini . MB bidan terjun yg langsung takde resume politician .muka pun semak semacam aje . dia dgn nuar sama aje . ade penyakit takut kalah .

Anonymous said...

Jenis jenis najis iaitu najis mughallazah,mukhaffafah dan mutawassitah.....ketiga tiga nya dikategorikan mengikut najis berat,ringan dan pertengahan.....najis berat adalah anjing dan babi,najis ringan macam taik kucing,taik sendiri...najis pertengahan seperti air kencing bayi......orang dalam gambar tu sesungguhnya memiliki ketiga tiga jenis najis tersebut.....harap maklum

Anonymous said...

ujub dan riak sungguh diri tu mengata dia lagi pandai dari orang lain. ni la dia penegak syiar islam PR. Rasa ujub, takbur dan riak memuji diri. Sungguh tak tau malu. Macai PR cakap ni dia orangnya penegak Islam. Moga dijauhkan la kita dari penegak Islam yang ada penyakit sebegini.

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK