Monday, April 15, 2013

Kita Nak Menang, Jangan Sia-Siakan Perjuangan Kita Selama Ini


Hari ini Datuk Seri Najib selaku Pengerusi BN Pusat akan menyampaikan watikah calon-calon BN seluruh negara kepada pengerusi-pengerusi BN negeri. Selepas itu pengerusi-pengerusi BN negeri akan membawa watikah berkenaan pulang ke negeri masing-masing untuk diumumkan samada hari ini atau esok. 

Cara yang diamalkan BN berbeza dengan puak sebelah sana. Cara BN nampak lebih kemas dan tersusun serta menunjukkan kesepakatan parti-parti dalam komponen BN. Berbeza dengan puak-puak di sebelah sana yang kelihatan caca marba dan tiada kesepakatan.  Mereka umum calon sana sikit, sini sikit. Parti cap tudung tin biskut umum nama calonnya sahaja, parti cap ky jelly umum calonnya sahaja dan parti komputer dan typing error umum cara dia pula.  Itu pun sudah cukup untuk menunjukkan mereka semua dalam keadaan kelam kabut. 


Rakan-rakan sekalian, suka saya nak perpesan dan ingat mengingati kepada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan semua. Saya tahu apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Tetapi lebih baik kita terpercik air di muka sendiri sekarang daripada kita disirami air panas kelak.

Apabila nama-nama calon kita diumumkan kelak, saya yakin akan ada di antara kita yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang yang dipilih. Dalam kehidupan ini sudah menjadi lumrah, ada orang yang kita berkenan, ada orang yang kita tidak berkenan. Yang kita berkenan dan kita rasa dia layak jadi calon tak terpilih. Yang kita tak berkenan pula terpilih , dan sebagainya lagi. Tak mungkin ada yang bersetuju 100 peratus dengan nama-nama calon yang diumumkan. 

Apa-apa pun apabila watikah diberikan, maknanya keputusan Datuk Najib sudah muktamad dan beliau sudah fikir yang terbaik. Di sini kita memerlukan pengorbanan dan sokongan kawan-kawan serta orang-orang kita semua agar jangan sesekali mengkritik, mengutuk atau membalun calon-calon yang telah diputuskan oleh PM. 
Jika kita tak suka atau tak setuju dengan orang yang dipilih, kita pendamkan sahaja. atau kalau rasa nak luahkan sangat , luahkan kepada rakan-rakan kita sahaja. Jangan balun secara terbuka kerana ianya boleh membuatkan musuh mengeksploitasikan keadaan. Kalau kita tak suka calon itu kita jangan promo mereka. 

Soal kalah menang seseorang calon itu adalah tanggungjawab Datuk Najib. Beliau yang pilih maka beliaulah yang perlu bertanggungjawab. Kita balun sampai hancur keyboard dan lebam habis jari jemari pun ianya tidak mengubah keadaan kerana watikah telah dikeluarkan.

Kita semua kena ingat pilihan raya ini adalah ibu kepada segala pilihan raya yang akan menentukan hidup atau mati parti kita. Kita semua sudah kerja kuat selama lima tahun untuk memastikan kita menang. Janganlah bila masuk pilihan raya kita pula yang menyumbang kepada kekalahan parti.

Akhir kata, marilah kita sama-sama sepakat, sekata dan seiringan dalam menghadapi pilihan raya kali ini dengan tekad dan satu matlamat KITA NAK MENANG.

9 comments:

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Perjuangan kita-mempertahankan kalimah Allah

Anonymous said...

Hahaha, Parti Syaitan UMPORNO sudah tahu akan mampus lepas ni

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur, BN nampak lebih kemas dan teratur pengurusannya. Moga ALLAH permudahkan lagi BN untuk terus menerajui negara dan sekaligus memenangi semula semua negeri-negeri yang berada di bawah pakatan rakyat.Doa saya, agar negara Malaysia terus maju aman dan makmur hendaknya selepas PRU13, misi kita adalah untuk memakmurkan lagi ekonomi Negara Malaysia kita ini agar setiap rakyat dapat merasa nikmat kesenangan hidup. Ikhlas saya akan memberikan sokongan yang jitu kepada BN dalam PRU13 ini.Ya ALLAH, kau berikanlah taufiq dan hidayah kepada seluruh rakyat Malaysia ini untuk lebih cenderung memilih BN yang akan membela Agama Islam dan meletakkan di tempat yang tertinggi dan terpuji. Ya ALLAH sesungguhnya aku hambamu yang kerdil tidak berupaya, bantulah aku dalam memenangkan parti BN.

Anonymous said...

Ada orang kata UMNO tu Parti Syaitan UMPorno.Gelak aku. Parti yang terus memertabatkan Islam dikatakan parti setan. Kalau PAS tu aku memang setuju.

PAS = Parti Ajaran Sesat - memesongkan aqidah umat Islam

PAS = Parti Anjuran Setan - mengajak membenci sesama Islam, cium bontot kapir.

PAS = Parti Ahli-ahli Seks - suka
berlakon dalam bidio porno.

Wali Selipar said...

Sekarang masa utk memenangkan BN. Kalu tak puas hati, tunggu Pemilihan Agong nanti, kita cantas mereka habis-habisan.

Anonymous said...

Amiinnnn... semoga dipermudahkan

Anonymous said...

baru bagi watikah,2-3 bahagian dah kecoh berebut kerusi...

nantikan drama seterusnya....

Anonymous said...

UMNO ajak orang orang UMNO sokong calun yang dipilih oleh pucuk pimpinan aka najib didalam PRU13 yang akan berlangsung.Akan tetapi jika calun yang dipilih itu merupakan bekas ahli parti PR yang kununya sudah bertaubat aku rasa susahlah sikit.
Saya nak tanya najib adakah orang orang yang setia dengan umno selama ini tidak bagus?dan tidak boleh menang ?Jika inilah perkiraan najib saya rasa najib lebih teruk dari orang yang dikatakan teruk .Sudah puas orang orang ini menghentam UMNO dan BN satu masa dulu ......tiba tiba cakap baik baik puji umno dan hentam PR dan dengan mudah diberikan kerusi untuk bertanding diatas tiket BN.......aku rasa kalau menang pun tiada kebangaan .
Jika ini benar benar terjadi orang orang UMNO kena fikiran balik sokonganpada najib dimasa selepas PRU nanti .Kami setia berjuang kami setia berlawan tapi akhirnya kami dilupakan......bak kata pepatah kera dihutan disusukan ......anak dirumah mampos kebulur.....orang UMNO tunggu esok siapa calun ditempat anda.......jika ada diantara nama nama itu merupakan bekas bekas PR satu masa PRU12 dulu ....faham fahamlah dan taulah apa nak dipangkah ok