Sunday, April 14, 2013

Laporan Polis: Adakah Mustafa Ali Ambil Iktibar Kes Anwar Tahun 1998 ?

Awal-awal isu video yang dikaitkan dengan Mustafa Ali timbul,blog ini cuba sedaya upaya mengelak untuk membicarakan kes berkenaan. Kerana bagi saya ianya amat memalukan.

Namun begitu apabila Pas dan konco-konconya termasuklah peguam Mustafa Ali yang dengan kurang ajarnya menuduh Umno yang menghasilkan video berkenaan, perasaan simpati saya terhadapnya mula pudar.

Mereka kata itu semua fitnah. Mustafa Ali sendiri pun dalam ceramahnya dua hari lepas juga mengatakan itu fitnah Umno.Mereka akan cuba sedaya upaya meyakinkan penyokong mereka bahawa itu adalah fitnah.

Saya nak ajak rakan-rakan semua berfikir secara logik. Mustafa Ali bukanlah individu yang menjadi ancaman kepada Umno dan negara. Dia tidak terlibat dengan pihak-pihak asing untuk timbulkan huru hara dalam negara. Dia tidak terlibat merancang keganasan di Lahad Datu. Mustafa Ali adalah antara individu dalam Pas yang pro kerajaan perpaduan. Senang cerita, Umno tidak ada masalah yang besar dengan beliau.

Jadi untuk apakah Umno nak buat satu video lucah untuk mendajalkannya ? Kalau kita nak hasilkan video sebegitu rupa, lebih baik kita buat video yang memaparkan pemimpin-pemimpin Pas yang selama ini lantang menyerang Umno seperti Mahfuz Omar atau Husam Musa.

Kita semua ada fikiran dan akal yang waras. Cuba kita fikir,mampukah Umno untuk menghasilkan satu video yang lengkap dengan suara loghat Terengganu seperti mana percakapan Mustafa Ali selama ini ?

Cuba anda cari di You Tube (maaf tak dapat sediakan link,pakai BB) mana-mana sidang media atau ceramah Mustafa Ali. Anda dengar betul-betul tutur kata percakapannya. Kemudian pandai-pandailah dimana anda nak cari video yang sedang heboh sekarang, dan dengar betul-betul suara lelaki dalam video tu. Bandingkan dengan suara yang di You Tube.

Puak-puak Pas memberi alasan bahawa macam-macam teknologi yang ada sekarang yang boleh digunakan untuk menghasilkan video seperti itu.

Kita tak nafikan memang ada teknologi. Tetapi teknologi yang direka cipta tak mampu menghasilkan sesuatu seperti yang asli dan siap dengan suara loghat Terengganu.

Pas dan Mustafa Ali boleh menipu orang ramai dengan mengatakan apa yang berlaku itu adalah fitnah Umno.
Tapi Mustafa Ali tak mampu untuk menipu dirinya sendiri, menipu isterinya dan anak-anaknya. Isteri tahu pakaian suaminya. Anak-anak pun tahu pakaian ayah mereka.

Sebagai rakan rapat Mustafa Ali, saya yakin Haji Hadi sendiri pun tahu pakaian dan cara Mustafa Ali.

Tapi orang-orang Umno tak tahu yang Mustafa Ali jenis pakai singlet putih di dalam dan seluar dalam crocodile untuk mereka hasilkan video berkenaan.

Kakitangan pejabat Pas pun tahu jenis beg yang selalu dibawa setiausaha agung mereka setiap kali masuk pejabat.

Mustafa Ali kata itu fitnah Umno. Tetapi kenapa sampai hari ini Mustafa Ali tak muncul menafikan kecacatan yang ada dalam video tersebut. Contohnya, mungkin dia boleh kata saya tak pakai singlet jenis begitu. Itu bukan beg saya. Beg saya begini. Paling komang pun dia kata perut lelaki dalam video itu lebih buncit daripada perut saya.

Seperti yang saya katakan semalam,kes ini kes berat. Ianya melibatkan maruah. Bukan setakat maruah laki bini tetapi maruah anak cucu dan cicit. Juga maruah sebuah parti islam yang berusia lebih 50 tahun. Yang pelik kenapa Mustafa Ali dan Pas tidak mengambil langkah membuat laporan polis ?

Apakah mereka telah mengambil iktibar dari kes laporan polis oleh mantan TPM pada tahun 1998 ? Dimana pada masa itu Anwar membuat laporan polis terhadap buku 50 dalil yang mengatakan dia terlibat dengan kegiatan tidak bermoral.

Selepas membuat laporan polis berkenaan, ,Anwar meminta Ketua Polis Negara supaya mengarahkan kes berkenaan disiasat oleh SAC II Musa Hasan yang pada masa itu bertugas di bahagian perundangan PDRM. Musa pun terkejut kenapa pula dia yang menjadi pilihan Anwar sedangkan dia bukan seorang pegawai penyiasat dan tidak terlibat dengan kes-kes seperti itu.

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Musa Hasan adalah adik beradik Fuad Hasan. Dan Fuad Hasan ketika itu seorang Adun di Selangor adalah pengikut setia Anwar. Anwar berharap dengan memilih Musa Hasan maka dia dapat mempergunakan Fuad Hasan bagi mempengaruhi Musa supaya kesnya tidak disiasat dan tahu-tahu Musa umum Anwar tidak bersalah. Tuduhan ke atasnya adalah fitnah.

Rupa-rupanya Anwar silap pilih pegawai penyiasat. Musa Hasan siasat betul-betul kes berkenaan dan adiknya Fuad Hasan pun hampir-hampir ditangkapnya. Siasat punya siasat akhirnya Musa menemui segala bukti yang mengaitkan Anwar dengan kegiatan liwat. Segala laporan dan bukti yang disiasat Musa dibentangkan kepada Tun M. Maka kantoilah Anwar ditangan pegawai penyiasat yang dia sendiri pilih. Sebab itu Anwar benci dan marah semarah-marahnya kepada Tan Sri Musa Hasan.

Bermula dari situlah pemimpin-pemimpin politik tidak berani lagi membuat laporan polis jika ada tuduhan atau skandal yang dilemparkan kepada mereka. Apa yang terjadi kepada Anwar dijadikan pengajaran yang berguna kepada semua orang-orang politik.

Sebab itu dalam kes Mustafa Ali ini, kalau dia yakin tidak bersalah dan difitnah pergilah buat laporan polis. Kalau tak berani nak buat laporan, maknanya ada sesuatu yang tidak kenalah.

Jangan pula bagi alasan hilang kepercayaan kepada polis. Selama ini orang cabut bendera Pas pun kamu buat laporan polis. Tak kan ini kes yang besar yang melibatkan maruah dan kredibiliti, kamu tak mahu repot ?

Akhir kata, kita semua dikurniakan akal fikiran yang waras, maka kita fikirlah dengan terbaik samada apa yang berlaku itu adalah fitnah atau pun tulin. Jangan tipu diri kita sendiri. Terimalah kebenaran walaupun pahit untuk ditelan dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 comments:

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Lagu Pak Pung Pak Pung Mustafe popular kembali :)

Anonymous said...

Puak Pas kata macam-macam teknologi sekarang ada utk buat video palsu kononnya...ini utk membela kemungkaran mereka.Tapi mengapa mereka tak gunakan teknologi bagi mepastikan video tersebut tulin atau tidak,cukup hanya dgn air lior basi mereka utk nafikan itu semua. Patutlah Nik Aziz kata tuhan pun mencarut dan tuhan samsing utk membenarkan perangai buruk mereka.Puak Pas ni memang sila,sambar dek petir nanti baru mereka tahu.

Far Lungeng said...

Khabarnya ada 6 orang lagi yang serupa muka kita ini diserata dunia. Maknanya ada 7 pelanduk serupa dlm planet ini. So jangan percaya sangat ngan video lucah spender putih crocodile saiz 50 tu. Yang ajaibnya 7 pelanduk serupa tersebut hanya ada di Malaya dan bercakap loghat ganu plak tu.Dan semua dah beruban. Jadi Topa jangan dok kalut no.Perut Topa buncit lebih sikit banding hero spender putih tu. Lagipun Topa tak reti speaking I You..I You..So..tak akan katoi. Buat rakyat Malaya..bila beli TV, check betul-betul. Takut ada kamera dlm skrin tu. Naya jer CD hot keluaq...

Anonymous said...

kalau video palsu sudah tentu boleh diketahui selepas dianalysis oleh pakar, pihak mosad pun tak boleh keluarkan video palsu, daaaa!!!! jangan suka membodohkan diri

Anonymous said...

Akhirnya blogger Umngok terkantoi pasal video palsu Mustafa Ali. Mari kita tengok beramai-ramai. Muahahahahaha...

http://goo.gl/D9o9r

PAPA GOMO said...

mantap bro......esok stopa spender letak jawatan

Anonymous said...

Selama ini saya hanya berdiam diri atas segala lakonan PAS PUSS PISS sebab saya tahu sia2 sahaja menegur apa2 kerana penyokong2 akan MELENTING! Pemimpin2 mereka tak boleh ditegur, maksum begitulah kiranya.

Tapi kali ini betul2 Hilang apa juga sisa sisa perasaan HORMAT saya pada semua 'Ularmak Ularmak" PAS...Semoga Allah swt Ampunkan dosa saya tetapi PAS PUSS PISS telah OVER kali ini jika buat tak tahu pasal video sensasi ini dan keduanya menuduh UMNO pula.

Ya, pada manusia bolehlah belit sana belit sini tapi INGATlah atau pun tak payahlah nak diingatkan sebab semua TINGGI BELAKA pengajian dan pengetahuan Agama Islam masing masing...Allah swt Maha Mengetahui, Maha segala2nya...Tunggulah Balasannya, sekarang Allah swt bayar TUNAI!!!

Anonymous said...

Umno perlu buat laporan polis
jika benar pokmus menuduh
tanpa bukti
biar polis siasat

Anonymous said...

silakan pakar-pakar video umno buat buat cd game ps3 atau xbox360. tuan2 memang hebat kalah teknologi us, japun dan korea. jika tuan2 tak sehebat itu. kita jemput pakar2 dari pas
& pkr. nampaknya teknologi video di malaysia telah melangkaui negara maju. kita telah berada dihadapan. pengeluar video superinpos pertama didunia. fikir lah sahabatku dalam pas pkr. di mashar mulut tak berkata, anggota lain berkata.

Anonymous said...

Ini menyebabkan akan terjdi lagi bala ke atas beliau...sifat menuduh ini yg akan menghacur beliau...sepatut nya dato mustafa salah kan diri...dan ini adalah dari allah bukan dari pihak lain...sepatutnya ini jadi iktibar supaya bertaubat...cukup lah datuk mustafa. ..sudah sudah jangan nak salah orang...kita buka kita tanggung..kemurkaan allah kena ambil kira...sebabkita permsikan sesucian islam..

Anonymous said...

Kalau video tu adalah fitnah umno
kenapa pok mus tak buat laporan
polis
kenapa tak saman 100juta

pok mus takut polis siasat
dan sahkan siapa hero dalam
video tersebut

Anonymous said...

Dah menjadi satu kebiasaan bila ada video sebegini, mereka terus mengatakan itu adalah video edit dan pelakunya adalah seseorang yg mirip mereka. Yang disalahkan adalah penyebar video tapi mengapa tidak ada yg mahu menyalahkan pelaku video seks tersebut.
Seolah-olah tidak ada yg salahnya dgn pelaku seks tersebut tapi yg salah adalah penyebar video itu.
Tak kiralah siapa pelaku seks tersebut, buatlah siasatan dan hukum mereka yg beraksi dlm video tersebut. Sekurang-kurangnya dapat juga kita mengetahui jika betul itu cuma penyamar, video edit atau ia memang org sebenar yg dituduh melakukannya.

Anonymous said...

ada satu lagi item yang ada ciri2 persamaan jika diperatikan video spender dengan lain2 video stopa....jeng-jeng...JAM TANGAN!..sekali lagi jam tangan mengantoikan diri si pelaku. Stopa pakai jam tangan segi empat rupanya...

Anonymous said...

Kata org assobiyah, dia lebih assobiyahnya. Sbb yg buat tu pemimpin sendiri sampai tercabut spender nak pertahankan. Kalau pemimpin lawan sampai tercabut spender nk dihebahkan. Buktikan pemimpin ko tu difitnah dulu sblum tuduh org fitnah dia.

Sembang bab agama dh mcm jayid jiddan. Betulkan pemahaman korg tentang assobiyah dulu baru cerita pasal agama. Baru kita jd org yg neutral dlm menilai. Aku x tau org lain, tp bg aku pemimpin BN yg bersalah aku akan tolak. Pemimpin pembangkang yg bersalah pun aku akan tolak.

Kalau x nak aku tolak, mereka perlu buktikan yg mereka tidak bersalah. Kalau terbukti mereka x salah, pemimpin BN pun aku terima, pemimpin pembangkang pun aku terima.

Haji Hadi expert video digital. Sekali tengok terus tau fake atau asli

Anonymous said...

Kata dulang paku serpih..jangan suka kata kat orang..tgk2 kome tu yang lebih..kesian pakcik Topa.suka.sangat pemimpin dia burukkan orang..Tuhan bagi balik kat deme..cash..moral of the story..jangan guna jari telunjuk menuding ke orang tp gunakan tangan letak di dada sendiri..muhasabah kekurangan diri..wallahuaklam..

Anonymous said...

Sekiranya terbukti orang yang terlihat di dalam video itu adalah dia (saya percaya itu adalah dia),maka Institut Integriti Malaysia perlu mengeluarkan beliau dari senarai ahli majlis. Integriti konon......

Anonymous said...

DI SINI

Kami telah beri amaran yang cukup lama, hampir setahun kepada pemimpin PAS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tertentu dalam PAS yang menerbitkan video ini, tapi tidak dipedulikan. Maklum sahajalah, website kecil, tidak ada nama dan tidak terkenal pula.

Tapi sekarang bila video itu tersebar, apa kata PAS?

Kami ingin sekali lagi mengingatkan PAS supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan pro Kamarudin Jaafar yang menerbitkan video tersebut, yang mana kami dimaklumkan, identiti masing-masing diketahui pimpinan tertinggi PAS.

Kami tidak mengatakan Kamarudin Jaafar terlibat, kami katakan kumpulan yang pro kepadanya.

Kumpulan ini bahaya, kerana mereka bukan sahaja mempunyai video seks membabitkan Mustafa Ali, bahkan pemimpin-pemimpin lain PAS yang ada kecenderungan seksual yang tidak boleh dikawal ini.

Apa sekalipun, PAS tahu tentang kewujudan video ini tapi tidak mahu mengambil apa-apa tindakan, baik kepada Mustafa Ali, mahupun kepada kumpulan yang berusaha keras membuatnya.

Inilah yang suarapakatanrakyat.com kesalkan sangat. Kegagalan PAS bertindak dengan lebih awal, telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat teruk tercemar

VIDEO SEKS MUSTAFA ALI: JANGAN LUPA, KAMI YANG PERTAMA DEDAHKAN

SUKACITA dimaklumkan, Suarapakatanrakyat.com adalah laman web pertama yang membuat laporan akan kewujudan video seks membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Mei tahun lepas.

Artikel tersebut boleh dirujuk DI SINI

Kami telah beri amaran yang cukup lama, hampir setahun kepada pemimpin PAS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tertentu dalam PAS yang menerbitkan video ini, tapi tidak dipedulikan. Maklum sahajalah, website kecil, tidak ada nama dan tidak terkenal pula.

Tapi sekarang bila video itu tersebar, apa kata PAS?

Kami ingin sekali lagi mengingatkan PAS supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan pro Kamarudin Jaafar yang menerbitkan video tersebut, yang mana kami dimaklumkan, identiti masing-masing diketahui pimpinan tertinggi PAS.

Kami tidak mengatakan Kamarudin Jaafar terlibat, kami katakan kumpulan yang pro kepadanya.

Kumpulan ini bahaya, kerana mereka bukan sahaja mempunyai video seks membabitkan Mustafa Ali, bahkan pemimpin-pemimpin lain PAS yang ada kecenderungan seksual yang tidak boleh dikawal ini.

Apa sekalipun, PAS tahu tentang kewujudan video ini tapi tidak mahu mengambil apa-apa tindakan, baik kepada Mustafa Ali, mahupun kepada kumpulan yang berusaha keras membuatnya.

Inilah yang suarapakatanrakyat.com kesalkan sangat. Kegagalan PAS bertindak dengan lebih awal, telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat teruk tercemar

Anonymous said...

Laaa.... geng diorang jugak yang buat kerja bukak aib orang ke? Lepas tu tuduh papagomo pulak... hai, dah la memfitnah, lepas tu sokong penzina.. memang sesat puak-puak ni..

Anonymous said...

Majlis syura ulamak pas wajib tampil segera......cadangkn satu penyelesaian sekurang2nya sumpah laknat....umat islam malaysia semakin resah.....Datuk harun din dimana anda tolonglah berkata sesuatu

Anonymous said...

Video tu fitnah umno.
Mana mungkin pemimpin pas taraf ulamak buat macam tu.
Alasan aku mudah...org taraf ulamak kalau nak bersetubuh dia akan solat sunat dulu. Koman2 pun berdoa mintak diberi zuriat yg baik2.
Dalam video tu ada ke lelaki tu buat macam tu...tak ada pun kan.
Jadi sahih la lelaki tu bukan cikgu tapa

Anonymous said...

Mana sempat nak buat itu ini..dah mengedik terus dayung ajalah.

Anonymous said...

Anonymous said...
Video tu fitnah umno.
Mana mungkin pemimpin pas taraf ulamak buat macam tu.
Alasan aku mudah...org taraf ulamak kalau nak bersetubuh dia akan solat sunat dulu. Koman2 pun berdoa mintak diberi zuriat yg baik2.
Dalam video tu ada ke lelaki tu buat macam tu...tak ada pun kan.
Jadi sahih la lelaki tu bukan cikgu tapa

April 15, 2013 at 3:12 AM

------------------------------------

Alasan tak logik, kalau dah nak ngentot dengan pelacur nak doa dapatkan zuriat baik2 ke??? Pelacur mane nak zuriat dengan pelanggannya?? Bodoh tak terperi pencacai fuckatan ni....

tokgaru said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Bila dah jadik gini, Cikgu Pa sepatutnya tak yah wat
ape2. Tak yah wat press congference ke, repot polis ke,
tok2 gughu ke ape ke mende pong.

Cikgu Pa cume perlu wat sumpah mubahalah secepat
mungkin seandainya Cikgu tak de dalam bidio tuh.
Hok loyar ke, polis ke, wartawan ke dok releveng.
.

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah dh tunjuk CASH kpd mrk yang mendoakan kejahanaman ke atas org lain....Ya Rabb...

Anonymous said...

Anonymous said...
Video tu fitnah umno.
Mana mungkin pemimpin pas taraf ulamak buat macam tu.
Alasan aku mudah...org taraf ulamak kalau nak bersetubuh dia akan solat sunat dulu. Koman2 pun berdoa mintak diberi zuriat yg baik2.
Dalam video tu ada ke lelaki tu buat macam tu...tak ada pun kan.
Jadi sahih la lelaki tu bukan cikgu tapa

April 15, 2013 at 3:12 AM

------------------------------------

Alasan tak logik, kalau dah nak ngentot dengan pelacur nak doa dapatkan zuriat baik2 ke??? Pelacur mane nak zuriat dengan pelanggannya?? Bodoh tak terperi pencacai fuckatan ni....

--------------
Kawe jawab:

Dia menyindir tu bro..