Sunday, April 21, 2013

Orang Dia Sendiri Pun Dia Bohong, Lagi Kita Nak Percaya Ke ?


Kaki tipu sampai bila pun kerjanya hanya menipu. Bukan setakat tipu orang ramai , dengan orang yang sesama dia pun dia tipu. 

Orang yang dimaksudkan adalah calon PKR bagi kerusi Dun Sungai Acheh , Pulau Pinang. Lihat apa yang dia katakan pada 27 Mac 2013 , iaitu beberapa hari sebelum pembubaran parlimen.
Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri. 

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.


Boleh baca kenyataan penuh dia di blognya sendiri di sini

Itu kata dia sebelum parlimen dibubarkan. Nasihat orang bukan main lagi. Akhirnya dia sendiri cakap tak serupa bikin. Kata tidak bertanding dan kepentingan peribadi letak tepi, tapi pergi juga serah borang pencalonan untuk berentap dengan Pas. Malulah oiiiiiii......kalau janji sendiri pun tak ditunaikan....

Bercakap , berceramah berdegar-degar, tapi nak berentap dengan Khairy di tempat sendiri pun tak berani. Kalau tak nak berentap dengan Khairy di Rembau pun bertandinglah di mana-mana kerusi Dun di Negeri Sembilan, itu pun dia tak berani. 

Tinggal negeri sendiri pergi bertanding di negeri orang. Malu beb.....maluuuuuuu......

Lagi nak kelentong rakyat Malaysia ke ? 

Semoga pengundi Sungai Acheh tidak memilih kaki bohong, kaki fitnah dan kaki jalan raya sebagai wakil rakyat anda. Jangan biarkan diri anda dijadikan rubber stamp untuk dia menjadi wakil rakyat, mendapat gelaran yb dan menikmati segala kemudahan.

22 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha sudah lama la mereka kencing pengundi di Selangor. Tapi masih ada orang yang percaya dengan janji mereka. Pening la, tak tahu apa mahu cakap lagi.

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Bodoh punya logik.

PRU bila bila pun penting. Yang lepas tu bukan kita boleh buat apa.

Setiap PRU setiap itulah Malaysia menentukan nasib masa depan.

Baghal!

Anonymous said...

Bard jaga telor peliaq hang, ada orang rentap buang bagi ke itik nila di cheruk tok kun..!!!!

Anonymous said...

Masih nak pilih mamat penipu camni?

tokgaru said...

Percaya atau tidak. Aku pi tenung nasib PKR dengan seorang sami yang guna burung nuri. Katanya, selepas PRU13 ini PKR akan pelan2 hilang macam Semangat 46 juga. Aku tanya apa pasal Tok Sami cakap itu macam. Dia kata, sejarah manusia dari mana dia datang dia akhirnya akan balik ke situ juga. Dia tanya aku balik, awak orang islam percaya datang dari tanah bukan ? Bila mati apa jadi ? Aku jawab, masuk dalam tanah, reput jadi sebati dengan tanah. Dia tanya aku, itu PKR asal dari mana ? Aku jawab, dari Umno lah.

Dia senyum dan berkata, awak tahu tak apa.

Betul juga kata Tok Sami tu. Tengku Razaleigh Umno >> S46 >> Umno. Bekas PM Pak Lah Umno >> S46 >> Umno. Rais Yatim Umno >> S46 >> Umno. Dan ramai lagi.

Mungkin kah Anwar Ibrahim Umno >> PKR >> Umno semula (masa yang menenukan).

Yang nampak sangat di tempat aku sekarang ni dah makin ramai orang dulu Umno >> PKR >> Umno semula.

Setakat ini tilikan Tok Sami tu boleh pakai lah. Cuma bila aku minta dia tilik siapa menang pada PRU13 nanti, dia jawab, itu rahsia lah macam undi juga rahsia bukan.

Anonymous said...

Apabila anuar dipecat dia keluar bersama penyokong dalam umno sendiri. Ini bermakna undi umno berkurang. Anuar dikuatkan lagi dengan sokongan orang pas. Makna nya dia peroleh undi double..2008 menyaksikan kekuatan anuar. Namun 2013 tidak lagi sama keadaannya seperti 2008. Ramai org kuat dah lama lari. Ahli pkr semakin kurang. Undi ahli pas pun diyakini kurang dan yg atas pagar pun menyaksikan pelbagai peristiwa yg mungkin memberikan nokhtah politik untuk anuar serta keluarga..

Anonymous said...

Cikgu pn pandai menipu tau.....tak heran lepas ni dia pulak akan menangis seperti limkitsial dan husam jahanampari

Raimi Sidek said...

Selalunya dah jadi kelaziman, sesuatu yang berubah dengan cepat akan rebah kerana tidak ada perancangan yang rapi. Inginkan perubahan cepat gara-gara terlalu ghairah dengan kedudukan dan kuasa. Jadi tidak hairanlah kalau seandainya selepas PRU13 ini PKR menjadi bahan sejarah ...

Anonymous said...

chegu?? Ajar ABC je kot....

Anonymous said...

lupokan si badigol, dio tak buek kojo, melalak siang malam, ke hulu, ke hilir cakap bondo bohong. Hari ni janji, esok dipusingnyo kepalo. Sudahlah, dongar cakap pemimpin, tak usah undi lain, pilihlah BN yo.

Anonymous said...

PERTAMA INGIN AKU TEGUR TOK GURU YG BUAT KOMEN TENUNG NASIB. BERTAUBATLAH .. JELAS ITU PERBUATAN SYAITAN. TAK TAHULAH AKU KALAU KAU SENDIRI YG IKTIRAF DIRI KAU SYAITAN YG DIKENALI.

KEDUA, AKU SANGAT SETUJU CHE BARD TUNAIKAN KATA2NYA SEPERTI DLM BLOGNYA .. 'PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA2'

KALAU TIDAK, SAMALAH DIA DGN PEMIMPIN2 UMNO YG MENGEJAR KUASA DAN PANGKAT UTK MEREMBAT HARTA DUNIA TANPA MEMPERDULIKAN RAKYAT.

Anonymous said...

Masaalahnya kata-kata nya tak pernah ditunaikan. Menipu memanjang macam syitan.

Anonymous said...

raimi sidek,
kau jangan nak merepek. dalam pr, pkr mungkin baru. itu pun dah lebih 15 tahun. tapi dap dan pas sudah begitu lama.

ya, kali ni pr akan menggantikan bn kerana bn dah pecah teruk. dah sukar nak dipulihkan. bn hanya boleh dipulihkan dengan kekalahan. setelah kalah, masing2 akan muhasabah diri. menerima hakikat bahawa mereka memang dipandang jahat umpama syaitan. merembat dana rakyat semahunya dan menyalah gunakan kuasa sesuka hati.

Anonymous said...

aku tak suka percaya pada ramalan orang. aku buat analisa aku sendiri secara teliti dan terperinci. kadang2 sampai 2 3 pagi.

daripada analisa yg aku buat, terus terang aku katakan bahawa pr akan menang dalam 120 kerusi daripada 222 kerusi parlimen yg dipertandingkan.

daripada perbualan aku dgn taukeh2 cina, rata2 mereka secara berterus terang mahu tukar kerajaan pusat.

Anonymous said...

jangan tertipu dengan utusan, berita harian dan tv3. rata2 rakyat di selangor amat berpuas hati dan mustahil mereka mahu menukar semula kepada bn.

benarlah kata tun mahathir, jika bn kalah kali ni, payah la nak ambil balik.

Anonymous said...

Korang merepeklah dengan analisa korang yang segal tu dlm PRU13 nih.Yang penting pengundi yg tiada parti yg menentukan. BN klau nak menang perlu 2/3...begitu juga dengan PR. Kalau tidak jahanamlah negara. Mana-mana yg menang majoriti mudah akan menghadapi kesukaran. Badut-badut politik di parlimen akan bertegang leher hanya berdebat perkara yg remeh temeh. Winibale candidate yg dicalonkan BN rupa-rupanya ramai yg dipertikaikan oleh penyokong dikawasan masing-masing. Itulah masalahnya klau calon melobi tanpa peduli yg mereka tidak disukai. Aku sangat teruja jika PR menang besar. Kita tunggu negara yg akan huru-hara bila pak lebai, apek-apek dan badut-badut PR berebut jawatan nak jadi menteri. SELAMAT MENGUNDI

Anonymous said...

korang komen seolah2 korang mengundi bukan untuk negara & diri korang sendiri kan. sekarang sempoi la cakap mcm org tengah. nampak hebat. bila dah jadi betul baru tau lagit tinggi ke rendah.

isu lahad datu hari tu pun ramai yg komen mcm bukan negara sendiri yg kena serang. ye la jadi kat sabah kan. bukan jadi kat depan pintu rumah korang. sembang mmg pandai. kadang2 punya pandai sembang sampai tak tak pandai pakai kepala otak.

Anonymous said...

ya..ramai perasan hebat nak tukar konon..sdgkan dorang sendiri tak nak tukar sikap..tak reti tukar amalan..semua nak salahkan kerajaan..sibuk nak tukar tapi pemimpin2 dorang dah tua bangka tak tukar2 pulak..kronisme dan nepotisme dlm pr dorang tak nak tukar pulak...yg nak tukar kalimah Allah dlm bible dorang sokong pulak..mmg super moron punya pencacai pakatan! baik pegi mampos korang semua!

Anonymous said...

aku sebagai pengundi di DUN Sg Acheh akan tetap setia dengan tok Mud da tok Non. hidup BN

Anonymous said...

pak pung pak mustape
masuk dale adui enaknya
ada apam ada mas kote
masuk dale adui enaknyaaaaa

Anonymous said...

Kajian oleh seorang professor kangkung dari university oxfokeropoklekor... dibantu oleh professor bari jamnapari