Thursday, April 11, 2013

Perang Mereka Semakin Tenat

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin ghairah berkempen, semakin celaru Pakatan Rakyat jadinya.   Hampir di semua negeri dan semua kawasan akan berlaku perebutan kerusi, ketidakpuasan hati dan sakit hati. 

Di Kedah, DAP telah diketepikan oleh PAS.  Di Perlis, PKR telah dipermainkan oleh PAS.  Di Johor, DAP telah mengenepikan DAP sendiri dan juga PKR.  Di Selangor dan Pahang, PKR bermain tolak-tolak sesama sendiri.  Di Terengganu PAS dan PKR berhempas pulas menepis dan menekan sesama sendiri.   Di Perak, kita menyaksikan ‘pertandingan pencak-silat kalah maki’ antara DAP-PKR, DAP-PAS, PKR-PAS.  Di Negeri Sembilan pula berlaku ‘perebutan tiga penjuru’ di beberapa tempat.  



Apa yang berlaku membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai susunan hierarki kepimpinan yang jelas mahupun sifat setiakawan yang ikhlas.  Malah, sifat hormat-menghormati sesama sendiri, termasuk sesama pemimpin parti sekutu juga tidak ada langsung.  

Mungkin kerana terlalu sangat mempromosi sikap tidak menghormati dan suka menghina orang lain, maka akhirnya apa yang diterapkan oleh PR itu kini berbalik kepada diri mereka sendiri di mana tiada siapa lagi yang menghormati mereka. 

Maka kerana itu, kita melihat orang pilihan Anwar diboo oleh penyokongnya sendiri.  Pilihan Lim Kit Siang dicemuh penyokong sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan.  

Mungkin hanya penyokong PAS masih mempunyai rasa hormat kepada pemimpin sendiri tetapi jelas mereka juga tidak hormat kepada pemimpin PKR dan DAP kerana DAP dan PKR tidak pernah menghormati pemimpin mereka. 
Dalam keadaan di mana ‘carta aliran’ kuasa di dalam pakatan tidak dapat dipastikan, bagaimana PR begitu yakin yang mereka mampu memerintah negara?   Bayangkanlah, ini baru soal calon dan kerusi, belum lagi soal prinsip, halatuju dan ekonomi.  

Kita pasti, jika PR menang maka isu hudud, isu salon, arak, judi, murtad, Kalimah Allah, semuanya akan dibangkitkan kembali kerana isu-isu ini, pada hakikatnya tidak pernah selesai.  Pada ketika itu, apa agaknya akan terjadi kepada negara kita?

Mungkin DAP yakin akan dapat mengawal keadaan kerana PAS selama ini hanya memilih untuk mengalah, tetapi apakah jaminan yang PAS akan mengambil sikap yang sama sekiranya benar-benar beroleh kuasa?  

Sedangkan, dihari-hari terakhir sebelum pilihanraya ini PAS sudah membuat percubaan untuk menjadi dominan dengan memastikan parti itu bertanding kerusi paling banyak.  

Mungkin juga DAP tidak mengambil kisah tentang berapa banyak kerusi PAS bertanding kerana dahulu pun PAS bertanding lebih banyak dari DAP tetapi kemenangan yang dicatat tetap kurang dari DAP.  

Namun, ini bukan petanda yang DAP harus mengambil mudah sikap emosional dan tidak rasional penyokong PAS yang benar-benar percaya bahawa perjuangan mereka menubuhkan Negara Islam adalah jihad.   Ingatlah, bahawa mereka ini telah membuktikan bahawa mereka sanggup menelan dan melakukan apa saja yang ‘difatwakan’ oleh pemimpin mereka. 

Lihat sahaja bagaimana dahulu mereka menganggap DAP sebagai kafir harbi, tetapi sebaik sahaja pemimpin mereka memeluk Lim Kit Siang, secara automatik DAP menjadi lebih Islam dari UMNO.   

Atau lihat sahaja bagaimana mereka mengkafirkan undang-undang Malaysia, tetapi sejurus selepas bersalaman dengan Karpal Singh, secara automatik undang-undang yang sama menjadi ‘cukup Islam’ untuk terus dipertahankan.  Dan lihat sahaja bagaimana mereka sanggup mengambil risiko ke atas masa depan, keselamatan dan nyawa mereka, termasuk isteri dan anak-anak kecil mereka yang diheret untuk berdemonstrasi hanya kerana ulama mereka menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah jihad. 

Justeru, tidak wajar kita melihat perang berebut kerusi di dalam PR ini sebagai perkara ringan.  Sesungguhnya, ini adalah petunjuk awal akan keadaan dalam Parlimen dan dalam negara sekiranya parti mereka memerintah.   Kita juga sekali-kali tidak boleh mengenepikan kemungkinan perang antara agama akan turut berlaku di bawah pemerintahan PR.  

Sengaja penulis tidak membincangkan tentang kedudukan PKR dalam senario krisis pemerintahan PR, kerana setakat hari ini, PKR sebenarnya sudah tidak relevan lagi.  Ini kerana tiada siapa lagi yang mendengar arahan dan kata-kata Anwar.   Malah, pengumuman Anwar bahawa isterinya yang juga Presiden Parti, iaitu Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU kali ini juga, telah disanggah oleh anaknya sendiri.  

Inilah yang terjadi apabila antara Ketua Umum dan Presiden serta Naib Presiden yang merupakan suami isteri dan anak-beranak juga turut tidak dapat menghormati sesama sendiri. 

Hakikat penting yang perlu penyokong PR terima ialah, Anwar bukanlah bakal Perdana Menteri kerana PAS akan memastikannya begitu.  PAS tahu bahawa jika Anwar tidak mampu mengawal nafsu sendiri, bagaimana beliau boleh mengawal parti dan negara?   Jika DAP dan PKR tetap bertegas inginkan Anwar maka bersedialah kita untuk menyaksikan perang besar di dalam kerajaan PR.  

Adalah mustahil untuk PR mentadbir negara tanpa ketua yang pasti dan tanpa susunan pentadbiran yang jelas.   PR seharusnya menyelesaikan perkara asas ini terlebih dahulu dan bukannya menikam belakang sesama sendiri dalam menghadapi pilihanraya. 


Artikel kiriman Beruang Biru


RBF: Apa yang terjadi semua ini adalah berkat seperti dalam gambar di bawah


1 comment:

Anonymous said...

http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2792-minit-mesyuarat-alies-anor-a-sidek-baba

Bro rbf

Ade jwpn utk ini x?
Ramai geng pr yg caye minit ini.
Blom jumpe lg jwpn dlm blog2 proBN.

Terima kasih

Ingin Tahu