Monday, April 8, 2013

Sembahyang Tak Dapat Pahala: Pas Dah Pusing Cerita Namun Kantoi Juga

Sesuai dijadikan maskot digi
Terima kasih diucapkan kepada blogger Gelombang Kick yang terus menerus membongkar ajaran sesat Nik Aziz.

Kita semua dah tahu apa yang Nik Aziz kata beberapa hari lepas, demo (orang Umno) sembahyang tak dapat pahala kerana tolak islam.


Pas Kelantan keluarkan satu video kononnya untuk memberi pencerahan kepada orang ramai tentang kenyataan Nik Aziz yang sebenar. Tapi malangnya video yang dikeluarkan itu mencerahkan lagi orang ramai bahawa memang benar Nik Aziz  berkata begitu. Bukan setakat benar , malah menunjukkan pula satu lagi fatwa baru yang dikeluarkan Nik Aziz, tampal poster Pas dapat pahala.

Kerana dah tersepit dengan kenyataan Nik Aziz , tiba-tiba mereka pusing cerita pula kononnya Nik Aziz menggunakan perkatan JIKA.

Kih...kih....kih....kih...bodoh Pas tak habis-habis beb. Mereka sendiri yang keluarkan video yang terang-terang tidak ada sepatah pun perkatan JIKA yang digunakan Nik Aziz, sekarang mereka pula pusing cerita Nik Aziz guna perkataan JIKA.

Lihat di sini

Tonton video dibawah yang dikeluarkan oleh My Kelantan TV. Cuba anda bilang berapa kali Nik Aziz ada sebut perkataan JIKA ?



21 comments:

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

ANWAR EJEN ISRAEL said...

Allah bersama UMNO. Kerana itulah, makin hari makin merapu si munafik tu.

Syabas minda pondok atas keputusan tegas kalian.
Undi PAS adalah HARAM!

Anonymous said...

komen ni aku cnp dri pengkomen d blog din turtle..bg aku komen ni ckop menarik..

Assalamualaikum..

Main2lah dgn fatwa wahai Nik Aziz Nik Mat.. kau tanggunglah di akhirat nanti membuat fatwa kejahilan sehingga umat Islam keliru dan berbalah.. kau tk buat kerja mendamaikan ummah dan mengajak pd Islam tp kau sibuk untuk berbalah dgn UMNO berbalah dgn parti2 politik.. kau khianat dgn Allah wahai Nik Aziz.

Umur kau pada adatnya sudah lanjut.. kau sepatutnya jadikan diri kau yg dh lanjut usia dan dipuja oleh penganut PAS itu untuk berdakwah cara yg Nabi sampaikan..mukharimul akhlak (akhlak) cara yang Allah suka.. cara yang hikmah.. bukannya taksub dan assobiyyah dgn parti PAS..

Bila bersuara.. Kau bercakap terlalu RIAK.. kau UJUB dgn manusia.. kau tolak i'tiqad usaha manusia tidak beri bekas pada ketentuan Allah Ta'ala (ahlul Sunnah Wal Jamaah..sehingga kau letak perancangan parti kau lebih hebat.. kau letak kudrat kau dan parti kau yg beri bekas pd sesuatu sehingga parti kau sudah tidak kenal Allah lagi pada saat ini..

Wahai Nik Aziz..tidak takutkah kau dengan kematian.. sedangkan kau telah banyak melukakan hati-hati muslim lain.. berterusan nafi dan kufur dgn nikmat Allah.. kau sesatkan beribu manusia dlm PAS, kau pisah2 jiwa-jiwa manusia dari berdamai hanya kerana TAKSUB pada PAS.

Aku bimbang kau tak mampu mohon ampun pd beribu manusia yg kau rosakkan pemikiran dan silaturrhaim mereka.. apakah kau rasa cukup selamat di Mahsyar nanti dengan kepuasan sekarang?

Wahai anak Nik Mat.. kau terlalu biadab dengan orang-orang yang berselsih pendapat dengan kau.. kau tidak ada adab dalam berkhilaf.. apabila suatu hujah Al-Quran dikeluarkan maka kau gagal menjawab, kau akan beremosi dengan jawapan nafsu. Kau pamerkan sifat BEBAL dan MENGELUARKAN kata2 kesat semata-mata mahu menakutkan dan menghina pihak lain.. sedangkan Allah SWT itu Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun.. kau mula bertindak melebihin Zat Allah Yang Maha Esa..

Wahai Nik Aziz.. kau bertaubatlah sebelum pintu tertutup.. kau sedarlah betapa ramai manusia dlm PAS yg menjadi degil dan keras hati serta taksub pada parti kemudian kau dan parti yang kau ketuai.. kau biarkan penganut PAS mendewa-dewakan kau seperti wali.. pengaruh kau dan merosakkan hati nurani mereka yang dahaga agama ini terpesong jauh.. sehingga mereka sgt membenci sesama saudara Islam hanya kerana beza parti..disuburkan dengan fitnah.. benci mereka terlalu dalam.. kau ulang2 fitnah pada UMNO menolak Islam supaya rasa benci marah pengikut PAS dibakar-bakar setiap kali pilihanraya.. seolah-olah UMNO itu terlalu jahat.. sedangkan kau sendiri yang hina HUDUD.. kau tidak benar dalam berkata-kata tentang hukum Allah.. kau berat sebelah dalam mengadili sesuatu masalah.. kau letak PAS seolah-olah seperti agama.. kau tidak pernah fikir dan muhasabah apakah kesan nya, dikampung2 bertelagah dgn penuh jahil.. sedangkan disisi Allah mungkin sebaliknya.. pernahkah kau menangis mengenangkan betapa ramai insan jahil dalam PAS yang tidak bersolat tapi hanya taksub bernafsu pada PAS.

kau sangat Munafik..pada UMNO kau hukumkan tolak Islam padahal mereka tidak pernah lakukan.. tapi kau sendiri yang hina dan tolak Islam secara harfiyyah.. kau hina Kerasulan Muhammad Al-Amin.. kerana mahu membela sudut politik di Pulau Pinang tentang Maulid Nabi.. kau hina Ke-esaan Allah Ta'ala sebelum kau U-Turn semula.. Kalimah Allah SWT adalah tauhid Ketuhanan Allah.. tapi begitu mudah kau permainkan Aqidah bersama sekutu kau Abdul Hadi dan Rejim Pakatan Rakyat.. apakah ini ciri daie? atau kau adalah jelmaan SYAITON yang mahu merosakkan anak Adam?

Semoga Allah beri petunjuk dan pelihara diriku jangan jadi seperti kau.. dan semoga kau diberi hidayah.. jika kau enggan berubah moga AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH BUAT KAU WAHAI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT.. AMINN YA ROBBAL A'ALAMIN..


Wallahualam.

Malaysian Cybertrooper said...

Antara doa yang terus dimakbulkan Allah SWT adalah doa mereka yang teraniaya. Dalam konteks ini, kita boleh melihat bahawa UMNO yang dianiayakan oleh PAS dan sekutu-sekutunya. Kalau kita amati betul-betul dalam semua ceramah-ceramah mereka, PR tidak menyerang BN secara langsung tetapi serangan mereka tertumpu kepada UMNO yang 100% adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Amat sedikit serangan-serangan PR terhadap MCA & MIC. Kenapa ek?

http://mycybertrooper.net.ms/

Anonymous said...

Siapa manusia kat dunia ini yang berani menghina Allah dengan mengatakan Allah itu samseng dan mencarut..? Jawapannya Nik Aziz lah Mursyidul Am PAS ..! Anda masih mahu menyokong parti ini ?

sayarakyatmalaysia said...

owhh..tgna semayang kerana pahala ke?...bukan masa niat nak solat tu "lillahitaala" ke??kalo camtu tukar je niat semayang tu kerana pahala atau syurga..boleh ke?

Megat Alam Gempita said...

Bro...ikut kapir harbi sembahyang depan mayat Teoh Beng Hock dapat pahala...berdoa depan tokong pun dapat pahala tuh!

Tapi sembahyang orang UMNO tak dapat pahala! Sapa cakap? Wali Sorga cakap.

Anonymous said...

Gila ahhh..

Dosa pahala di tangan tuan guru. Bukan lagi hak ekslusif tuhan. Keliru generasi generasi muda.

Anonymous said...

Bull eyes!

Anonymous said...

dia tuduh org islam lain tolak islam, tolak Allah swt.. subhanallah

tapi dia mengadaikan kalimah Allah swt demi rakan kafir, nak golong dia ni sebagai apa..??

menghina Allah swt dan ayat1 al quran dgn mengatakan Allah swt mencarut dan ayat2 al quran penuh ayat2 mencarut dan ayat politik.. agak2 dia ni tergolong dalam mana ye..??

sanggup meninggalkan pejuangan pas selama ini utk menegakan negara islam dan hudud bila bersubahat dgn pkr dan dap.. dgn bersetuju hudud hanya 0.0009%, negara islam tiada dalam al quran dan dalam perjanjian pr (jinga) tiada langsung perjanjian utk melaksanakan hudud dan negara islam yg ditandatangani oleh ularmak pas... ini ke ulamak..??

org2 kafir yg terang2 menentang islam dan memecah belahkan umat islam dijunjung dan diberi gelaran sebagai khalifah dan dianggap sebagai saudara sehidup semati dunia kahirat tapi dalam masa yg sama pemimpin2 mereka sendiri yg melaksanakan syariat islam dan memperkatakan tentang persaudaraan sesama ummah, dimusuhi dan dicaci/dihina..

umno dikatakan kafir bila bersama dgn parti bukan islam tapi sekarang pas sendiri bersama2 dgn dap malah sanggup menjual agama, akidah dan kalimah Allah swt kepada rakan2 kafir mereka.. sekarang siapa yg lebih kafir...

balasan Allah swt, kafir yg dilempar pada umat islam lain secara sedar atau tidak sudah terpalit kuat dimuka sendiri..
Allahhuakbar..

pas sejak berkiblatkan dap semakin songsang...

Anonymous said...

Sebab umno tiang seri bn. Sesuai dgn prinsip dan semangat perlembagaan negara. Bila umno tewas. Bn juga tewas. Soalnya siapa tiang seri pr? Nizar yg sempat rasa jadi MB Perak jelas hanya boneka kepada dap. Pun begitu ada juga pntaksub PAS yg sanggup baring di jalan untuk halang raja Melayu. Ironinya, kapal kata langkah mayat dia dulu sebelum pas dapat laksanakan hudud.
Aleh-aleh pentaksub pas pulak seperti beri amaran kepada raja melayu, langkah mayat mereka dulu sebelum dapat jentik dap!

Anonymous said...

Mursyidul am idelogi Khawarij moden

Anonymous said...

aku harap mahkamah syariah
perintahkan nik aziz buat
ujian psikatrik

aku rasa orang tua ni dah lain macam

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Anonymous said...

cerita benar..
Ketika kami sedang berjemaah solat magrib di surau dan telah masuk rakaat kedua, datang seorang orang kua pas dan masuk saf di sebelah kiri saya. Memandangkan imam adalah orang umno, maka dia sembahyang tak ikut imam walaupun berada dalam satu saf.
Saya tak berapa pandai tapi apa yg saya lihat adalah satu yang pelik dari apa yang saya faham..

Anonymous said...

kalau sesiapa yang tak dengar nik Aziz sebut perkataan 'jika' mesti dia anak luar nikah..

Anonymous said...

ulama baik menasihatkan pemerintah, ulama jahat beri nasihat untuk dapat habuan pemerintah..

amacam pulak dengan 'ulama' yang mengarut-ngarut sebab kemaruk nak jadi pemerintah?

Anonymous said...

RBF, tadi saya tanya penyokong TOTOK PAS tentang kenyataan Nik Aziz ini, dia cakap 'baca bagi habis', saya kata tidak perlu baca, video itu besi ada, lepas saya tunjuk video berkenaan, dia cakap lagi 'pilihan di tangan anda'. Puak-puak ini jika terSEPIT akan mengeluarkan kenyataan begitulah tanpa mempertahankan atau menidakkan kenyataan dikeluarkan oleh supremo mereka. Malang buat mereka.

tokgaru said...

Cikgu Nik Aziz kata Orang Umno Sembahyang Tak Dapat Pahala. Saya setuju. Saya sendiri tak pernah sembahyang kerana nak kan pahala. Saya sembahyang kerana Allah. Niat sembahyang saya adalah :

Usolli farzul subuhi rokaataini lillahi taala DAN BUKAN Usolli farzul subuhi rokaataini lipahala.

Dalam bahasa melayu :

Sahaja aku sembahyang subuh 2 rakkat kerana Allah Taala DAN BUKAN Sahaja aku sembahyang subuh 2 rakaat kerana pahala.

Jangan marah Cikgu Nik Aziz tu sebab niat sembahyang dia tak serupa niat sembahyang orang Umno.

tokgaru said...

Bila Cikgu Nik Aziz kata pangkah Pas masuk syurga, korang pertikai. Dia kata tampal poster Pas dapat pahala pun korang pertikai juga. Pening Cikgu Nik Aziz. Nape la korang tolak peluang keemasan ni, ni offer tau yang bukan selalu datang, 4 atau 5 tahun sekali baru Cikgu Nik Aziz buat offer.

Nak tanya korang. Larat kah korang nak sembahyang tongang terbalik, puasa sebulan sampai badan jadi melengkong. Korang terpaksa buat tu semua kerana nak kan pahala supaya dapat masuk syurga kan. So bila Cikgu Nik Aziz offer hanya dengan tampal poster Pas dah dapat pahala, hanya dengan pangkah Pas dah boleh masuk syurga. Tunggu apa lagi, sauk saja lah bro… tak kan korang nak bior Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng senang2 saja masuk dalam syurga kerana mereka bertanding guna lambang Pas. Sedangkan korang sembahyang bagai nak mampus, puasa bagai nak mati .. belum tentu dapat pahala lagi, bila dah tak ada pahala dengan apa korang nak beli tiket untuk masuk syurga.

Ikut jer la fatwa Cikgu Nik Aziz tu .. selesai masalah pahala dan syurga kita. Amacam ?????

Anonymous said...

Pas Supporters Congress (PSC) president Hu Pang Chow has confirmed his candidacy to contest the Ayer Hitam parliamentary seat in Johor under Pas ticket during the 13th general election which is just weeks away.

apo nak dikato?