Wednesday, April 10, 2013

Skandal Projek RM 1 Bilion:Khalid Ibrahim dan Theresa Kok Masih Berdiam Diri


Masuk hari ini sudah hari ketiga skandal satu bilion lapan hari (1B8D) didedahkan, namun Khalid Ibrahim dan Theresa Kok masih berdiam diri. Lihat di sini

Bagi mana-mana orang berniaga , pengeluaran surat niat atau surat hasrat (LOI) dalam tempoh lapan hari adalah sesuatu yang luar biasa. Tambahan pula bila ianya melibatkan projek yang bernilai hingga 1 bilion.


Mengikut orang yang berpengalaman, apabila sesebuah kementerian, jabatan atau agensi yang melibatkan kerajaan menerima sesuatu cadangan dari pihak swasta, pihak mereka harus bermesyuarat dari segenap pihak yang mustahil dapat diselesaikan dalam tempoh 8 hari. Paling cepat pun 2 bulan.

Satu lagi persoalan dalam hal ini, di manakah amalan tender terbuka yang mereka laungkan selama ini ?

Projek ini sebuah projek besar yang kosnya mencecah 1 bilion, kenapa tidak buat tender terbuka ?

Kenapa syarikat itu begitu istimewa ?

Perkara inilah yang perlu dijawab oleh Khalid Ibrahim dan Theresa Kok. Namun mereka masih berdiam diri sehingga kini. Mungkin juga mereka terkejut kot ? Terkejut kerana tak sangka perkara berkenaan boleh bocor.

No comments: