Friday, April 19, 2013

Umno Pun Pernah Diharamkan, Pergi MAMPUS Sama DAP


Hiruk pikuk berita tersebar mengatakan BN telah menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pendaftaran DAP , dan seterusnya membuatkan DAP tidak boleh bertanding atas lambang mereka dalam PRU ini. 

Ini semua tidak lebih dari sebuah pentas opera cina menjelang PRU. Mereka sengaja lakonkan perkara berkenaan untuk menarik simpati masyarakat. 

Ceritanya mudah sahaja....

DAP buat mesyuarat agung dan pemilihan parti. Cara perjalanan mesyuarat dan pemilihan parti mereka tidak dijalankan dengan selaras dengan undang-undang yang mereka sendiri persetujui apabila mendaftarkan parti mereka dengan Pendaftar Pertubuhan. 

Mereka sendiri yang mendedahkan perjalanan mesyuarat mereka tidak betul apabila mengumumkan ada kesalahan pengiraan dalam pemilihan , sehingga ada yang menang digugurkan dan yang kalah dimenangkan. 

Bukan UMNO atau BN yang kira undi mereka. Itu mereka sendiri yang buat....

Apabila perkara itu timbul ianya telah menimbulkan keresahan ahli-ahli DAP sendiri, yang kemudiannya mereka telah bertindak membuat aduan kepada ROS berserta bukti-bukti yang mereka ada.

Saya ulang sekali lagi ya....yang buat aduan kepada ROS adalah ahli-ahli DAP sendiri. Dalam undang-undang ROS , ahli UMNO, ahli MCA, ahli MIC hatta ahli PAS dan PKR pun tidak layak untuk membuat laporan mengenai DAP kepada ROS. 

Hanya ahli sesebuah pertubuhan sahaja yang layak dan boleh membuat aduan terhadap pertubuhan yang mereka sertai.

Apabila aduan dibuat oleh ahli-ahli DAP sendiri, maka ROS telah memulakan siasatan terhadap DAP. Dalam usaha untuk melengkapkan siasatan ROS bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali memanggil pemimpin DAP untuk datang ke pejabat mereka. Tetapi mereka tidak memberi kerjasama sepenuhnya. 

Isu ini bukan baru seminggu atau dua tiga minggu kebelakangan ini. Isu ini bermula sejak tahun lepas lagi. Apabila DAP tidak memberi kerjasama , maka ROS terpaksa bertindak mengikut aduan dan bukti yang dikemukakan oleh pengadu.

Dua hari lepas ROS menghantar surat kepada DAP mengatakan barisan kepimpinan DAP yang dipilih dalam pemilihan lepas tidak diiktiraf. ROS tidak kata yang pendaftaran DAP dibatalkan. Apabila ROS kata barisan yang dipilih tidak sah, maka barisan yang sah adalah barisan yang ada sebelum pemilihan DAP tahun 2012. 

Jika sebelum pemilihan 2012, Lim Guan Eng adalah setiausaha agung DAP dan pada pemilihan 2012 Lim Guan Eng menang dalam pemilihan sebagai setiausaha agung. Jika yang 2012 tidak sah, yang sebelum 2012 perlu digunapakai. 

Tidak timbul soal Lim Guan Eng tidak boleh tandatangan watikah calon-calon DAP untuk penamaan calon esok atau DAP diharamkan. Mereka yang sengaja main wayang untuk menarik simpati masyarakat.

Yang menjalankan mesyuarat dengan cara tidak betul, DAP. Yang mengakui kesilapan dalam pemilihan, DAP. Yang mengadu kepada ROS ahli-ahli DAP . Yang tidak memberi kerjasama kepada ROS adalah DAP. Tiba-tiba BN pula yang disalahkan. Tidak ke gila namanya itu ? 

Apa DAP ingat mereka besar sangat sampai ugut-ugut ROS tarik balik surat mereka sebelum jam 3 petang ini ? Halo, UMNO yang lagi besar dari DAP pun pernah diharamkan lah. Presiden MCA pun pernah pangku jawatan PM dan Pengerusi BN waktu UMNO diharamkan, apa ingat kami hairan sangat DAP nak bertanding atas tiket PAS ? Kami lagi sukalah ! 

Kalau mereka bertanding atas tiket PAS lagi sedap Soi Lek taruk cili kepada pengundi-pengundi cina. Kepada orang melayu pula lagi sedap kami cucuh api supaya tolak PAS yang sanggup jadi balaci kepada DAP.

Selanjutnya sila baca di sini

9 comments:

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

buzz said...

jgn suka hati sgt. aku syak yg dlam ROS ni penuh dgn macai. diaorang nak pekena BN. dah berbulan baru skrg nak ambik tindakan.

bila dap dah guna lambang pas, maka mudahlah nak menipu undi melayu. cuba kau siasat ROS ni. mmg pelik

Anonymous said...

dalam sehari ROS bagi dua surat?pening ke apa ROS nih?

ke mcm Tun Musa Hassan dedahkan,ada geng keparat suka masuk campur hal2 urus tadbir jabatan kerajaan...

????????????

Anonymous said...

DAh buat salah kena hukum lah. Kalau DAP tak mahu ini berlaku dari awal lagi jaga mesyuarat dengan baik.

Salahkan dirimu!

Anonymous said...

Aku pelik dengan ROS ni.

Kes SUARAM (pertubuhan haram) masih tak ada dengan khabar berita terkini. Senyap jer tanpa sebarang tindakan.

Pakatan Rakyat sendiri adalah pertubuhan haram yang sepatutnya ROS dah ambik tindakan awal-awal lagi. Ini dah dekat PRU pun ROS tak buat apa2. Sedangkan mereka telah menggunakan nama Pakatan Rakyat ni dalam semua media rasmi dan dokumen rasmi mereka.

Langsung tiada apa2 tindakan. Pelik sungguh aku ngan ROS ni.

MELAYUJATI said...

Mereka merancang tapi tidak boleh mengatasi kuasa Allah yang meletakkan sesuatu itu mengikut KEHENDAKNYA. Takdir Allah akan menentukan segalanya, kita perlu berusaha untuk melawan perancangan jahat DAP ini, kadang kadang mereka merasakan rancangan mereka itu akan menghasilkan apa yang diingini, namun perlu dingat perancangan Allah melalui perbuatan mereka itu akan menghasilkan sesuatu yang baik bagi orang lain pulak.

Anonymous said...

Hahaha, maka ahli2 PAS pun bersorak gembira kerana berjaya mentarbiyahkan DAP.. Pada mas yg sama deme lupe yg secara rasminya PAS bersetuju tentang Hak Beragama, menolak Islam sebagai agama persekutuan dan memperjuangkan kesamarataan kaum.. Tahniah..

Anak Muda said...

Ini adalah strategi terbaik DAP untuk mengelirukan orang melayu. Secara psikologinya, orang melayu pasti tidak akan memberi undi kepada DAP, tetapi dengan menggunakan logo pas, maka kita akan lihat sesuatu yang pasti diluar jangkaan kita nanti.

hey... said...

harap RBF jangan siarkan komen td ini link sya cuma tolong bongkar shaja terima kasih. sy akan paut kan link saudara harap maklum.http://heykal722.blogspot.com/