Wednesday, April 24, 2013

Waktu SPR Buat Peraturan Anwar Sibuk Layan China Doll

Di hari penamaan calon Sabtu lepas kita dikejutkan dengan berita Pas berentap dengan PKR di tujuh kerusi. Pas letak calon, PKR pun letak calon di kerusi yang sama. 

Ding...dong....ding...dong....selepas dua hari Haji Hadi buat kenyataan Pas akan tarik balik bertanding di tiga kerusi, manakala PKR tarik balik di empat kerusi. 

Bagaimanapun keputusan itu tidak memberi apa-apa makna kerana peraturan baru SPR telah menetapkan bahawa calon-calon yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai calon, tidak boleh lagi menarik diri. Walaupun mereka mengumumkan telah menarik diri , deposit tidak akan dipulangkan balik dan nama mereka tetap akan dicetak di kertas undi.

Tujuan SPR membuat peraturan sedemikian adalah untuk memastikan pilihan raya tidak dijadikan tempat untuk calon bermain-main. Mereka mahu pastikan hanya calon-calon yang benar-benar serius menyertai pilihan raya. 

Perkara ini telah pun dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya, yang mana ahli-ahli parlimen pembangkang turut sama berada dalam jawatankuasa itu. 

Waktu jawatankuasa buat peraturan, buat undang-undang dan luluskan peraturan, Anwar sibuk melayan china doll dan pasangan lelakinya. Dia tak ambil berat dan tak ambil tahu. Bila timbul masalah , SPR pula yang disalahkan. 

Anwar dalam satu kenyataan semalam menyalahkan SPR berhubung penarikan balik calon-calon Pas dan PKR di kawasan yang mereka berentap sesama mereka. Lihat sini

Mereka yang salah , SPR yang menjadi mangsa...

Setiap calon yang nak masuk bertanding perlu membawa watikah yang dikeluarkan oleh parti masing-masing untuk dikemukakan kepada SPR pada hari penamaan calon.

Bagi calon-calon dari parti Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, SUPP, PPP dan beberapa parti komponen BN yang lain, mereka akan membawa watikah yang dikeluarkan BN. Tidak ada watikah Umno, watikah MCA atau watikah MIC. Semuanya dalam satu watikah sahaja yang dikeluarkan BN dan ditandatangani oleh Pengerusi BN. 

Bagi parti pembangkang pula, memandangkan mereka tidak ada gabungan atau perikatan yang sah seperti BN, maka watikah mereka dikeluarkan oleh parti masing-masing. Pas keluar watikah mereka sendiri, PKR keluar watikah sendiri , dan DAP juga keluarkan watikah mereka sendiri. Yang tandatangan watikah mereka samada presiden atau setiausaha agung parti masing-masing. Calon tak boleh keluarkan watikah sendiri. Calon bebas tidak ada watikah dan mereka kena pilih lambang yang telah disediakan SPR sahaja.

Soal pembahagian kerusi pilihan raya ianya bukan dibincangkan antara calon sesama calon. Semuanya diputuskan oleh pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP. Calon hanya mengikut arahan parti. Apabila diberi watikah dan diminta bertanding, maka calon pun pergilah ke pusat penamaan calon untuk mendaftarkan diri mereka. 

Calon Pas pergi ke pusat penamaan calon dengan membawa watikah yang dikeluarkan oleh Pas yang ditandatangani oleh presiden atau setiausaha agung parti mereka sahaja. Calon PKR pun begitu juga. 

Saya ambil contoh untuk Dun Sungai Acheh.

Dalam hal ini calon Pas untuk kerusi berkenaan tidak akan pergi mendaftarkan diri mereka sebagai calon jika Haji Hadi atau Mustafa Ali tidak keluarkan watikah untuknya.

Begitu juga dengan calon PKR. Calon itu tidak akan pergi mendaftarkan dirinya sebagai calon jika Wan Azizah atau Saifuddin Nasution tidak keluarkan watikah untuknya.

Pas keluar watikah, PKR pun keluar watikah untuk kerusi yang sama. Kata pak-khatan rakyat, ada persefahaman, ada keserasian, utuh, kukuh dan jitu. Tapi kau keluar watikah, aku pun keluar watikah. Tak ke gila namanya itu ? Isu bertindih kerusi ini tidak akan timbul jika mereka jujur dan saling percaya mempercayai satu sama lain.

Masalah sekarang ini adalah masalah sesama pemimpin atasan mereka yang berebut kerusi, tidak percaya satu sama lain dan tikam belakang . Bukannya lagi masalah SPR. Isu pembahagian kerusi pilihan raya pun mereka tidak percaya satu sama lain dan tidak boleh selesaikan sehingga berentap sesama sendiri. Apakah kita nak percaya orang-orang begini untuk perintah negara ?

8 comments:

Anonymous said...

semua salah umno ni....sial punya pakatan haram...........ko punya pasal malaysia kacau bilau dengan macam2 hal yang berlaku sekarang ni..dulu ko slahkan umno aje...

Anonymous said...

ini semua salah microsoft word sebab buat surat watikah yang berlapis2

Anonymous said...

Semua cadang dari BERSIH telah SPR ikuti apa mangkok peminat jubur bising bising..

Anonymous said...

Bknkah Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihanraya turut di anggotai oleh puak pakatan jugak...

Lorhhh..sesama sndri pon yg miscommunication dan x update news dan peraturan masih nak salahkan kjaan dan SPR....

Asik slalahkan org len mmg xreti buat kerjelah jawabnya...

Sebelum ngr dihancorkn oleh puak2 yg xreti mntadbir neh ...lbh baik sokong kjaan yg sedia ada...dah terbukti pon lbh dr 50 tahun mmrintah dan ngr kite pon dah kian menuju kegemilangan...

Hny org yg kufur nikmat saje yg masih xbrpuas ati dgn keamanan yg kite kecapi...

Anonymous said...

PR ni ingt peraturan BAPAK dia ker? suka2 nk jd calon lps tuh tarik diri...kenapa tk bincang awal2 sesama pemimpin kamu? bodoh ke apa si NUAR nie..sememang nyer ko tk LAYAK la nuar jd PM Msia..

Anonymous said...

Belum pun memerintah negara , dah nampak pakatan reban ni tunggu masa nk rebah sembah bumi . Ngaku pakatan depan2 , tapi belakang bertikam sesama sendiri .. Bakal kerajaan gagal ini maknanya . wahai rakyat malaysia , mahukah kamu gadaikan masa depan kamu , keluarga dan keturunan kamu untuk 5 tahun lagi kepada pakatan KELAKAR ini ? benda yg sepakat di mulut , di tulis di kertas tidak semestinya sah dan bersatu di hati nurani . Fikir2kan lah wahai warganegara malaysia . gunakan Akal kita sewarasnya pada 5hb mei 2013 . 1 kesilapan kita memangkah , kita akan menanggu harga perbuatan kita itu selama 5 tahun . Apakah kita mampu bertahan selama itu demi menghadapi pelbagai kesusahan yang bakal tiba kerana memberikan undi kepada individu2 yang hanya tahu bercakap kosong tetapi tidak kemampuan mentadbir negara kita ? FIKIRKANLAH !!

Anonymous said...

Kelako la diaorang ni..tapi penyokong tegar x kisah punye..otak dah xleh pikir..asyik nak salahkan org je..pengalaman aku ngan org pr ni..semua bn buat salah..pertimbangan ngan akal dah kosong..otak dah dibasuh..aku tak kata semua yg bn buat tu betul..yg salah tetap salah tapi bagi aku bn lg matang dan bersedia untuk memperbetulkan apa yg salah dan silap.

I Am a Full-Time Housewife said...

Pagi tadi terserempak dengan calon pkr parlimen Johor Bahru dan calon dun Tanjung Puteri, mereka di iringi oleh seorang yang ada mental illness history serta kawan-kawannya yang terdiri daripada school drop-outs. Kesian tengok Tan Sri Jeneral Md. Hashim. Betul-betul di gunakan oleh Anuwar Ibrahim.