Friday, May 3, 2013

Berita Baik Untuk Rakyat Kelantan-Tunggakan Cukai Tanah, Pintu, Saman dan Air Akan Dihapuskan

Sekiranya BN menang di Kelantan antara yang akan dilakukan adalah,

Menghapuskan segala tunggakan cukai tanah , tunggakan cukai pintu, tunggakan saman parkir kenderaan dan tunggakan bil air. 

Wah ini sudah dikira menarik beb...cukai tanah anda yang tertunggak akan menjadi kosong. Cukai pintu pun kosong. Saman yang ada tak payah bayar. Dan bil air anda yang selama ini paip bukan keluar air tapi keluar angin, juga akan dihapuskan.

Banyak lagi akujanji lain yang menarik yang ditawarkan oleh BN Kelantan. Kecuali pahala, dosa ,syurga dan neraka yang mereka tidak janjikan kerana itu semua hak Allah untuk menentukannya.


Lihat dengan lebih jelas di sini

12 comments:

Anonymous said...

Assalam RBF,
Almarhum ayahanda saya orang kelantan. saya pula mengundi di shah alam dan ingin menyatakan sokongan saya kepada Zul Nordin dan Ustaz Yusof Din 100%.

saya adalah pembaca tegar blog GAP, RBF, PAPAGOMO, etc.

Sebagai rakyat maheran yang biasa, kadang kadang saya tidak berapa setuju beberapa perkara di dalam manifesto samada BN atau PR.

kita sedia maklum manifesto PR adalah tidak realistik dan tidak di terjemahkan secara terperinci. Contohnya penghapusan PTPTN dan juga penurunan harga minyak.

juga di dalam manifesto BN, seperti penghapusan tunggakkan cukai pintu etc di Kelantan.

adakah dengan memberi pengecualian cukai rakyat kelantan akan meyokong 100% bn?

jawapannya adalah tidak.

pendapat saya DS Najib kena lebih mesra kepada kelantan. jangan di pinggirkan kelantan.

walaupun kalah, laksanakan lebuhraya yg di janjikan. itu yang penting.

secara tidak langsung, najib tidak perlu berkempen di kelantan tetapi rakyat kelantan nesecaya akan kembali menyokong BN.

BN kena mendengar rakyat.
bukan sombong dan ego.

BN kena berubah.

buang semua menteri kabinet yang tak reti buat kerja.

MB yang cakap banyak.

perkasakan BN dengan joint venture bersama NGO-NGO seperti sekarang.

satu lagi, berbuat baiklah sesama islam terutama PAS.

cuba kita lupakan sengketa lama.
perpaduan ummah dan islam itu penting.

yob said...

Pas cakap je kebajikan.aku parking sekejap je nak beli nasi depan balai islam lundang kena saman.aku org perak by the way pergi kelantan kursus.dah la depan balai islam lundang kena saman.aku bayar saman via pos sbb aku tak tau nak bayar kat mana.tak ke susah nama tu.sepatutnya benda basic ni la bg free.

Anonymous said...

ambo tok sokong anon :May 3, 2013 at 12:35 PM, sebabnya ambo bagi cotoh ada sa projek k'jaan pusat di kampong ambo bila siap puak pas gi jajo tengok k'jaan pas pon buleh buat projek besa.

Anonymous said...

ambo pun tak setuju beberapa perkara dengan anon 12:35pm...selama ni BN cuba berbaik ngan PAS sepaya bersatu tapi pemimpin PAS sombong bongkak...depa rela bersatu ngan DAP lg dr UMNO...
lagi satu kerajaan pusat pinggirkan kelantan ka atau kerajaan PAS kelantan yg angkuh...

Anonymous said...

Ada seorang Senator Kementerian Kewangan tu orang Kelante kena buang juga....Buat rosak Kelante, PRU12 kalah teruk. Pemilihan Bahagian UMNO Kota Bharu pun kalah....gantikan dengan orang baru dan muda...

Anonymous said...

PR kalo menang lingkup negara...ceramah asyik nak hapus tol, turun harga petrol, turun harga barang keperluan asas tapi x pulak bagi tau apa nasib pekerja tol, x kan la bila barang keperluan asas turun maka kedai makan kat restoran tu semua nak turun, kalo turun camna nak laksanakan gaji minimum, harga petrol nak turun banyak mana dan berapa lama bertahan dan akan turun lagi kah selepas tu...tu belum lagi bab nak mansuh itu dan ini...dan satu lagi dok kata duit peonas banyak boleh guna utk rakyat tapi dulu dok hentam BN guna duit Petronas....aku ingat memang negara ni akan lingkup dgn pembangkang sebab duit masuk kurang dah la tu kebas duit Petronas lagi...

Pengundi Johor said...

Pertghn 90an saya berada di Sabah, pantai barat. Pndgn peribadi saya,ketika itu YB YB di Sabah mudah didekati, pusat khidmat pula sedia terbuka utk rakyat buat aduan dan minta pertolongan, walau YB tiada, wakilnya ada. YB juga bnyk beri bantuan pd rakyat walau pun bukan musim pilihan raya. Jemputan jemputan rakyat biasa sering dipenuhi walau cuma kenduri yasin. Saya rasa pendekatan yg dibuat di Sabah patut juga dibuat di Semenanjung. Di Semenanjung YB, sukar didekati oleh rakyat biasa, an sering bersikap elitis.

Anonymous said...

PR kalo menang lingkup negara...ceramah asyik nak hapus tol, turun harga petrol, turun harga barang keperluan asas tapi x pulak bagi tau apa nasib pekerja tol, x kan la bila barang keperluan asas turun maka kedai makan kat restoran tu semua nak turun, kalo turun camna nak laksanakan gaji minimum, harga petrol nak turun banyak mana dan berapa lama bertahan dan akan turun lagi kah selepas tu...tu belum lagi bab nak mansuh itu dan ini...dan satu lagi dok kata duit Petrnas banyak boleh guna utk rakyat tapi dulu dok hentam BN guna duit Petronas....aku ingat memang negara ni akan lingkup dgn pembangkang sebab duit masuk kurang dah la tu kebas duit Petronas lagi...buat masa ni BN masih terbaik...

Anonymous said...

Org kelantan kena belajar bergaul secara profisional menghormati org2 dari negeri lain.contoh semangat kenegerian tu bagus, tapi jgn pinggirkan kawan bila bertemu dgn org kelantan , kesian kawan bukan kelantan ditinggal belajarlah cara berkahwan .berbicara tentang PAS ambo pun suka tapi jgn mudah membuat tuduhan pada sesuatu kaum ( umno ) kafir itu ambo rasa tuduhan yg kurang bijak , harap PAS kena mohon maaf pada org2 UMNO berjuta org umno bolih tanggung dosa ke ? Bila bercakap biar guna fikiran jgn cakap guna emosi buruk padahnya.Umno minta bersatu dgn pas tapi yg degil dan jual mahal siapa ? Harap kesedaran antara umno dan pas cepat2 dapat diselesaikan , buang yg keroh ambil yg jernih islam itu bersaudara

Anonymous said...

Masalahnya pas yg menolak perpaduan....pee..dah...

Anonymous said...

oh WTFFFFFFFFFFF??? jeles aku tgk Kelantan boleh dpt mcm2 kalah negeri2 lain. bertuah la rakyat kelantan sb skrg depa la negeri anak mas BN

Anonymous said...

Bagi free je seluruh negara.. apasal kt kelantan je.. bengong