Thursday, May 23, 2013

Hakim Puji Polis, Siasatan Bertaraf Dunia


Akhirnya selepas bertahun turun naik mahkamah, bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga rakan subahatnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes bunuh berprofil tinggi ini bermula sejak 4 Julai 2011 ini menampilkan 30 orang saksi pembelaan yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Selain mengambil masa selama 113 hari, perbicaraan kes ini juga menampilkan 108 orang saksi pendakwaan, 742 bahan bukti dikemukakan dengan lebih 6, 000 muka surat nota direkodkan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir berpuas hati dengan segala keterangan sepanjang perbicaraaan kes pembunuhan berlangsung.

Hakim memuji pihak polis dan peguam dengan berkata,siasatan polis ke atas kes bunuh ini bertaraf dunia dan para peguam serta pendakwa raya bersikap profesional dalam menjalankan tugas pembelaan serta pendakwaan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Sebelum ini, seorang mekanik, K. Sarawanan, 22, dan U. Suresh dijatuhi hukuman penjara setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan bahan bukti iaitu abu mayat kesemua mangsa.

Sumber : Agenda Daily


Tahniah PDRM !

16 comments:

Anonymous said...

Tahniah dalam usaha menegakkan keadilan.

Anonymous said...

Syukur keadilan pasti dapat ditegakkan. Tak macam kes saiful hari itu. Kesian budak jambu itu.
Lepas ni pengkhianatan di lahad Datu pula akan berlaku pendakwaan dan proses mencari keadilan. Pasti penasihat parti keadilan yang tidak pernah adil itu akan mendapat balasan setimpalnya.

Anonymous said...

Harap satu hari nanti kalau al Jubori di dakwa kerana khianat,biar lah hakim ini membicarakannya.

Anonymous said...

Tahniah kpd PDRM dan Institusi Kehakiman Negara. Terbalas jua pembunuhan Allahyarham Dato Sosilawati.

Al-Fatihah

Anonymous said...

Tulonglah buang si gani petail tu... buat sakit mata je...

Anonymous said...

Tahniah PDRM.

Anonymous said...

Ini baru kita dengak kes d mana PDRM dan pendakwaan dapat pujian mereka ni patut naik pangkat la.....

Timbalan2 Pendkwa atau DPP ini hantar mereka ni ke pejabat Gani Peetail untuk kerja2 dakwa

Gani Peetail duduk saja makan gaji buta .....malas keja lembik sebab tua tunggu apa lagi pencen lah

Cari yang bulih kerja ganti Gani ni

keh keh keh............

Anonymous said...

Ini baru kita dengak kes d mana PDRM dan pendakwaan dapat pujian mereka ni patut naik pangkat la.....

Timbalan2 Pendkwa atau DPP ini hantar mereka ni ke pejabat Gani Peetail untuk kerja2 dakwa

Gani Peetail duduk saja makan gaji buta .....malas keja lembik sebab tua tunggu apa lagi pencen lah

Cari yang bulih kerja ganti Gani ni

keh keh keh............

Anonymous said...

Aku tak nk tunggu kes lahat datu... jeng jeng jeng...

Anonymous said...

alhamdulilah .akhirnye keadila dpt dlaksanakn..tahniah kpd PDRM dn PEHAK JABATAN PEGUAM NEGARA..!

Anonymous said...

Hairan sungguh aku, hakim kes saiful menolak bukti dna yang masih fresh dan sampel tersebut diambil dari lokap tertuduh. Kononnya sampel tersebut dikhuatiri tercemar. Bagaimana pulak ngan hakim kes sosilawati yang menerima bukti dna cuma dari cebisan tulang yang terendam berhari-hari lamanya dalam sungai yang penuh dengan macam-macam pencemaran.

Anonymous said...

wajar lagi ka gani patail jadi peguam negara???
rasanya ds najib harus buat sesuatu....

Anonymous said...

Off Topic sikit:

Dalam Kosmo hari ini dilaporkan Peguam Haris Ibrahim penyokong Pakatan Rakyat di tahan polis ketika sedang makan tengah hari di sebuah restoren makanan Cina yang diragui status halalnya. Sebagai orang Melayu beragama Islam(?) sudah tiadakah tempat yang lebih sesuai untuk menjamu selera makan tengah hari?

Anonymous said...

Takk sabar rasanya bila ketua mangkuk berayun nk masuk jail.

Anonymous said...

Perlaksanaan hukum satu perkara lagi. Rayuan makan masa yang panjang. Faham jer lah! Banyak ular itu ular ini.

Mahu lagi 10 tahun baharu di jalankanhukum?????

Anonymous said...

Tahniah PDRM, nak tanya ...boleh beritahu kita tak.. bila le agak-agak PDRM dapat tangkap dan hukum gantung mandatori dalang disebalik pembunuhan Altantuya Syaaribu yang diletupkan dalam lubang tu kan????- Yang pandai-pandai menabur fitnah sana sini...siapa tok dalang tu? Najib sendiri pun dah mengaku tak kenal siapa itu Altantuya

2) Boleh tak PDRM siasat dan tangkap sesiapa yang membuat fitnah dalam internet bahawa isteri PM membeli cincin berlian dari New York tu? Mana mampu PM nak beli berjuta-juta gitu...bukankah slogan Rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan..!

Harap PDRM dapat bertindak cepat agar pemikiran rakyat khasnya golongan muda tidak di pengaruhi oleh 'mereka' demi kepentingan negara