Friday, May 31, 2013

Kes Dr Khir Toyo : Penjawat Awam Perlu Berhati-Hati Jika Mahu Membeli Sesuatu


Akhir Disember 2010 Dr Mohd Khir Toyo bersama seorang ahli perniagaan, Shamsuddin Haryoni telah didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa. Ianya membabitkan jual beli sebuah rumah di Shah Alam. 

Kesalahannya kerana Khir telah membeli sebuah rumah daripada Shamsuddin dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal yang dibeli Shamsuddin. 

Pada masa proses jual beli itu berlangsung Khir adalah MB Selangor yang dikategorikan sebagai penjawat awam. Manakala Shamsuddin pula seorang pemaju pembinaan di negeri Selangor. 

Beberapa bulan selepas didakwa maka berjalan proses perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hari pertama perbicaraan sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Shamsuddin yang sebelum  itu yang didakwa bersama-sama dengan Khir telah ditarik balik pertuduhan ke atasnya oleh pihak pendakwaraya dan telah bertukar watak daripada tertuduh kepada saksi utama pendakwaraya. Saya tidak pasti samada ini juga tergolong dalam kategori rasuah atau tidak ? Jika ada sesiapa yang faham mohon tolong jelaskan. 

Hampir setahun perbicaraan berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, akhirnya hakim memutuskan Khir bersalah dan beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta rumahnya dirampas Kerajaan Malaysia. Khir telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Semalam pula Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011. 

Saya mengikuti rapat kes perbicaraan ini, dan saya nak berkongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang saya tahu. 

Saya difahamkan kes yang melibatkan Khir ini adalah kes yang pertama di Malaysia. Khir tidak melakukan rasuah menerima wang tunai berjuta-juta ringgit sepertimana yang digembar gemburkan, atau mendapat rumah itu secara percuma. 

Khir membeli rumah terbengkalai itu daripada Shamsuddin pada harga RM 3.5 juta sepertimana yang dinilai oleh jurunilai bertauliah yang terkemuka Rahim and Co. Dalam keterangannya di mahkamah Shamsuddin mengakui bahawa beliau yang menawarkan kepada Khir untuk membeli rumah itu. Khir tidak membeli secara tunai, sebaliknya membuat pinjaman dari HSBC sebanyak RM 3 juta. 

Dengan kedudukannya serta gaji yang diterimanya waktu itu dia layak untuk membayar ansuran bulanan dengan pinjaman sebanyak itu. Yang itu tidak perlu kita pertikaikan. Lagi pun yang memberi pinjaman itu adalah HSBC, sebuah bank yang bukan senang-senang nak luluskan pinjaman. Lihat dokumen berkenaan di sini.

Shamsuddin pula pada waktu itu adalah seorang pemaju perumahan di negeri Selangor dan menjalankan perniagaan dengan PKNS. Khir pula selain daripada menjawat jawatan MB, beliau juga adalah Pengerusi PKNS. 

Nak dijadikan cerita Shamsuddin ada meminta sokongan Khir untuk satu urusan beliau di PKNS. Khir setuju untuk menyokong permohonan Shamsuddin. Disini kita perlu ingat, sebarang surat sokongan yang kita bawa tidak ada jaminan kita akan mendapat apa yang dipohon. Samalah dalam kes Shamsuddin ini, sokongan daripada Khir gagal mendapat apa yang beliau pohon. Sila baca di sini

Disinilah yang menjadi punca kepada pendakwaan terhadap Khir. Kerana Khir ada kuasa dan Shamsuddin ada kepentingan dengan Kerajaan Selangor. Maka tindakan Khir membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada dibeli Shamsuddin walaupun itu harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah, ianya tetap menjadi satu kesalahan. 

Kes yang melibatkan Khir ini perlu dijadikan pengajaran oleh mana-mana penjawat awam dalam Malaysia.  Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menjadi satu kesalahan walaupun kita yakin ianya tidak salah. 

Contoh...

Kedai alatulis ABC adalah pembekal alatulis kepada jabatan atau kementerian anda selama ini.  Dan anda mungkin orang yang ada kaitan atau berurusan untuk sebarang pesanan alatulis daripada kedai alatulis ABC. Satu hari anda ke kedai alatulis berkenaan untuk membeli satu rim kertas A4 bagi kegunaan dirumah anda. Pemilik kedai alatulis itu menjual satu rim kertas A4 di kedainya pada harga RM 12.00. Tetapi dia jual kepada anda RM 8.50. Di pasaran pun itulah harga satu untuk satu rim A4. Jika anda beli pada harga RM 8.50 ianya merupakan satu kesalahan walaupun memang itulah harga pasaran. Sebabnya anda ada kepentingan dengan si penjual.....

Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap Khir. Ya lah....berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau yang memikul. Semoga nasih menyebelahinya di Mahkamah Persekutuan kelak. Sama-sama kita doakan....

38 comments:

Anonymous said...

Hakim diMalaysia ni boleh membaca dan tahu niat orang.kerana sikap hakim yang sudah tertanan sifat buruk sangka boleh mendatangkan kesusahan ,Undang undang itu adalah tafsiran semata mata terpulanglah kepada hakim mentafsir nya .Sebab itu dari 10 hakim 9 masuk neraka jahanam dan merika akan kekal didalamnya .

Anonymous said...

apa yg pelik mcm mana nilai rumah tu blh jd rendah daripada harga beli? harga hartanah jarang alami susut nilai melainkan hartanah yang selalu tenggelam bila banjir..

Anonymous said...

Hakim lebih arif la

Anonymous said...

ketika A membeli rumah itu , rumah itu lengkap dan berharga rm6juta.... A telah buat renovasi dan meroboh rumah lama...namun atas sebab masalah kewangan A tak mampu menyiapkan, ketika itu A telah berjumpa dengan B dan menawarkan untuk B membeli rumah dari A...

A mahu menjual dengan harga asal yakni rm6juta, sedangkan A telah meroboh rumah terbut dan dalam proses pembinaan semula dan separa siap...maka B tidak bersetuju untuk membeli dangan harga tersebut memandangkan rumah telah dirobohkan..maka B menyarankan jurunilai bank membuat penilain..maka bank menilaikan harga hartanah tersebut adalah rm3.4juta...dan B menawarkan harga tersebut pada A, A mempunyai pilihan untuk menolak atau menerima harga tersebut...

maka A pun menerima lah harga tersebut dan B pun buat loan dari bank...

Maka perlukah B didakwa atas kesalahan menggunakan jawatan untuk mendapatkan sesuatu imbuhan?

Anonymous said...

ketika A dan B berurusan tiada siapa pun peduli dan ambil tahu, tapi oleh kerana cina haram jadah tu buat laporan, dan kerajaan BN nak tunjukkan yang BN ni telus, dan SPR pun tak berat sebelah, makan pembunuhan karekter dilakukan, dengan mengorbankan orang seperti DrKhir..korang nampak tak betapa teruknya mereka yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan DrKhir ni.di dunia lepas, akhirat esok menanggung la termasuklah hakim yang bijaksana tu

Anonymous said...

Habis le tak boleh beli kete bawah nilai dari kawan2(kete lagi cepat turun harga)..

Anonymous said...

Salam RBF..

Nak tanya..apa jadi dengan hutang bank Khir Toyo tu. Mahkamah batalkan juga ke? Atau rumah kena rampas hutang bank tetap kena bayar..Apa akan terjadi dgn rumah tu, kena lelong atau pulang balik pada tuan yg asal? Rasa mcm x adil plak kes ni dikendalikan..

Anonymous said...

lawyer, valuer dan bank,tak salah ke.

Anonymous said...

Kalo kes ini melibatkn puak pakatan mungkin keputusan adalah sebaliknya...maklumla sbnrnya undang2 di bawah kuasa pakatan!!!!!hakim pon goyang...

krn kesalahan Khir Toyo cume mmbeli rumah di bawah harga ..mslhnya itula nilai yg di takrifkan oleh jurunilai!

Sipati dgn KT...dia menjadi mangsa keadaan ..di tikam dari luar dan dalam parti jugak...

Anonymous said...

Jual beli ini melibatkan willing buyer dan willing seller.
Kalau pembeli diputuskan rasuah, maka penjualnya pun patut dikenakan hukuman yang sama.

Anonymous said...

sprm apa citer dgn tanah nik aziz yg dijadikan isu. Kalu kata tanah itu dibawah perbadanan MB sampai sekarang tak tunjuk buktinya, dlm geran jelas2 nama individu bernama nik aziz.

Anonymous said...

Aku bukan lah peminat setia bekas MB Selangor tu tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena apabila Yg Arif membuat keputusan.

Aku berharap keadilan dapt diserlahkan ketika bekas MB masih hidup. Jangan nanti, 2 tahun akan datang, ada pulak penkaji undang undang akan meneliti kembali perjalan kes ini dan mengataka satu kesilapan telah berlaku.

Kepada mereka yang duduk dikerusi dan membuat keputusan, buat lah sejujurnya dan jangan nanti kamu apabila diadili diPadang Masyhar menerima padahnya...

Dan aku sokong: Anonymous May 31, 2013 at 3:35 PM said...

Jual beli ini melibatkan willing buyer dan willing seller.
Kalau pembeli diputuskan rasuah, maka penjualnya pun patut dikenakan hukuman yang sama.

Ye lah kita ni bukan semua dalam bidang perundangan tapi.......

Anonymous said...

Saya percaya ada musuh yang ingin jatuhkan Khir. Bagi saya Dr Khir adalah seorang yang berkaliber dan berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin yang lebih tinggi.. sebab itu ada yang ingin mencantas dia dari awal lagi. Semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT. Mungkin rahmat di sebalik kes ini ALLAH SWT ingin menyelamatkan Dr Khir agar lebih bertakwa dan dekat padanya yang sebenar-benarnya lebih baik.

Anonymous said...

Dalam kes ini saya bersimpati pada Dr.Khir,beliau telah di khianati oleh orang yg dia bantu.Walau pun harga rumah yg di belinya rendah dari harga asal,itu bukan keistimewaan utknya ,kerana rumah tersebut sudah di robohkan utk di bena rumah yg baru,tapi tergendala,biasanya pemunya pasti mengalami kerugian jika mahu di jual juga dalam keadaan demikian.Betul seperti penjelasan anon 2.45.

Anonymous said...

Banyak kemajuan Negeri Selangor yg telah di capai dalam masa Dr.Khir,kalau di bandingkan dgn Khalid Gagap.

Anonymous said...

Sepatutnya Khir ini berubah selepas Mat Tyson. Tapi ciri-ciri itu nampak berluasa juga. Sepatutnya beliau muhasabah diri, dan membetulkan keadaan. BN hilang kuasa di Selangor ini kerana pemimpin nya tak mahu berubah, nak ikut cara yang lama jugak.

Anonymous said...

Berapa yg khir patut beli???
Berapa????
BERAPA?????
Begini ya. Kat taman aku harga rumah dinilai Rm160,000. Itulah harga yg terdekat bila ada jual beli. Tp ada satu rumah terbiar. Dah lama. Bbrapa tahun. Rosak teruk kerana anai2 pun buat sarang besar. Bank lelong dgn harga RM108,000. Tp sampai skrg tak laku. Org tak mau beli.
Kl bank jumpa khir dan tawarkn rumah itu dgn harga rm160,000 patutkah????. Tentulah khir tak mau kerana harga yg dinilai hanyalah rm108,000 kerana rumah rosak teruk. Bila setuju khir buat loan. Lps tu khir dituduh rasuah. Tak faham aku. Ok berapa harga kalau ia bukan rasuah?????. Adakah khir beli harga Rm110 @ rm120 @ rm130 ribu pun rasuah.
Berapa nilai sebenar??????

Anonymous said...

Sabarlah Khir, sekiranya kamu dikhianati, cepat atau lambat, si pengkhianat tak ken terlepas. Tidak kat dunia, kat padang Mahsyar nanti

Anonymous said...

Org BN akan jatuh disebabkan oleh
org BN sendiri. Itu yg sedihnya

Skrg ni, Anwar berahim x bahaya sgt. Sbb dia x
ada kuasa
Yg bahaya adalah, mereka dlm UMNO sendiri

Anonymous said...

Dr Khir nampaknya berada dalam situasi amat memilukan. Mana rakan rakan seperjuangan dalam UMNO yang sepatutnya beri sokongan moral. Beginikah semangat yang ditunjukkan oleh warga UMNO ?

Anonymous said...

Aku pun pelik gak ngan law ni..aku pun rasa ada tikam belakang ni.yg aku heran benda yg berkaitan pr..langsung x jumpa bukti.cth menantu nik ajis tu..mungkin agaknya allah sengaja x mau dia n keluarga di hukum di dunia..tu psl asik telepas.

Buat kt sabar la.bykkan berdoa.harap jgn tikam parti lepas ni wpun anda tahu ada org yg sengaja aniaya anda.

Buat umno..hentikan la politik menikam ni...ingat allah byk2.najib pun kena tgk la benda ni.mana ada ahli yg ada masalah hulurkan bantuan.sudah smp masanya kita bersatu..

Anonymous said...

Kesalahannya kerana Khir telah membeli sebuah rumah daripada Shamsuddin dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal yang dibeli Shamsuddin.

Pelbagai persoalan timbul:-

1. Adakah pembeli perlu tahu harga asal rumah yg hendak dibeli & tak boleh dibeli jika harga yg ditawarkan lebih rendah dari harga asal.

2. Tidak pernahkah rumah yg terdapat di Malaysia ini dijual lebih rendah dari harga asal. Ini adalah kes pertama seumpamanya?.

3. Adakah pembeli ingin/gembira membeli rumah dgn harga yg lebih tinggi dari yg dinilaikan oleh penilai berdaftar?.

4. Adakah bank akan meluluskan pinjaman lebih tinggi dari yg dinilaikan oleh penilai berdaftar?.

Terlalu banyak faktor yg mempengaruhi nilai sesuatu hartanah spt kedudukan, jenis, persekitaran, keadaan semasa hartanah, penawaran/permintaan, lingkungan harga, kemudahan pinjaman & tidak terkecuali keadaan kewangan penjual.

Anonymous said...

Harap ada pemimpin umno yg membantu dengan sekurang2nya sokongan moral kpd KT. Mrk yg menganiaya atau tikam blkg KT, mari kita secara bjemaah bdoa agar diberi balasan stimpal. Kami x rela ada unsur khianat sesama Melayu yg jangka panjangnya akan memusnahkn Melayu itu sdr. Kena ingat, kita akan dhormati jk bangsa kt bjaya, bukan hnya sorang 2 yg bjaya. Kpd KT hrp bsabar n bdoa sbb doa org yg teraniaya adalah lbh makbul.

Anonymous said...

Setelah baca cerita kes ni, saya setuju dengan penerangan Anonymous - May 31, 2013 at 2:45 PM.

Anonymous said...

Buat DSKT, diharap bersabar dgn ujian ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku ini. Di harap bersabar dan tenang, dah pohonlan doa dari Allah untuk membantu anda.

amir from Oman

Anonymous said...

keputusan copy paste dari hakim mahkamah tinggi yang mengaku saudara kpd si Anu tu.

Arun dari Kaherah

Anonymous said...

Dah rumah terbengkalai, mestilah lebih murah.

Anonymous said...

Yg saya faham si A dan berkenan dgn rumah tersebut dr thn 2004 lg. suruh si B belikan.Renovation pun d buat menurut idea sdan kehendak sii A, walaupun c B yg bayar. Sekian lama renovate si A pun nak beli. Beli semasa renovation untuk mengabuli mata masyarakat dan juga jurunilai. Panggil jurunilai. Almaklumla rumah tgh renovate memang la nampak tak siap. Penilaian pun mcm harga rumah tak siap la.
Dalam kes ni saya lihat perancangan telah di buat awal2 lg. Tetapi kuasa Allah siapa boleh lawan.

Anonymous said...

kenapa Boss PKNS beli rumah dengan kontraktor dia. ini yang tak betul ni.

Anonymous said...

Mcm bodoh la kes ni... Mcm citer kartun pun ada...gud plan utk jtuhkn org yg tak bslah...buat Dr Khir Toyo...selagi kita tak bslah...dkatkn diri dgn Allah...mtak doa byak2 pd Allah....cina babi msuh Dr pasti akn dpt blasan Allah nti..

Anonymous said...

Doa org teranaya...tiada hijab antara langit dan bumi....dr khir, pegi la umrah selalu...byak2 doa dpan kaabah...kita tgok ptjuk Allah lpas Dr blik umrah nti

Anonymous said...

Jual beli suka sama suka. Kadang ada orang terdesak nak pakai cash, so dia jual dgn harga yang orang mampu beli. Kes ni pelik sebab orang ketiga yg tiada kena mengena tak setuju.....jadi terbatal. Pening.

Anonymous said...

Teruskan merayu pd Allah swt, insyaAllah kejayaan memihak Dr.

Anonymous said...

KT beli tanah ke harta ngan tanah..??
berapa nilai tanah tanpa rumah ??
berapa pula nilai rumah x termasuk tanah ??
tolong jelaskan aku budak nak belajar..

Anonymous said...

yg peliknya kadang2 bila buat rayuan..keputusan x sama macam yg asal (keputusan hakim pertama)
persoalannya jika x buat rayuan ape akan jadi?
tidakkah ini satu kesilapan yg amat besar...
maknanya hakim pertama telah membuat keputusan salah(?)
apa akan jadi pada hakim tersebut???
ade x tindakan pada hakim tersebut??
kalau xde ...sape2 pon bole jadi hakim la kalo gitu..
ini pada lojik akal la bagi aku yg baru nak belajar kenal undang2
tolong jelaskan jika aku salah tafsiran...

Anonymous said...

MAAF LA AKU TAK TERER SANGAT BAB UNDANG-UNDANG NIH, CUMA BARANGKALI ADA PENEMUAN-PENEMUAN OLEH HAKIM BICARA YANG KITA TIDAK TAHU KERANA KITA TIADA DI DALAM BILIK PERBICARAAN SEMASA KES SEDANG BERJALAN. APA YANG DIBENTANGKAN OLEH KT KEPADA KITA ADALAH DI SEBELAH PIHAKNYA MANAKALA APA YANG DITEMUI OLEH HAKIM TIDAK DICERITAKAN KEPADA KITA. MEBGIKUT SIDANG AKHBAR AG HARI TU TELAH MENDEDAHKAN KEPADA KITA SEDIKIT MAKLUMAT DI PIHAK PENDAKWAAN. KATANYA DARIPADA KETERANGAN SAKSI RUMAH ITU TELAH DIMINTA OLEH KT SUPAYA SAKSI MEMBELINYA DAN MENGARAHKAN SUPAYA DIBUAT RENOVATE, DENGAN MENAMAKAN KONTRAKTOR TERTENTU UNTUK MELAKSANAKANNYA. MALANGNYA KONTRAKTOR BERKENAAN TIDAK DAPAT MENYIAPKAN KERJA-KERJA TERSEBUT. JADI KITA NAMPAK SETAKAT INI SEMACAM KETERLIBATAN KT DALAM KES INI BERMULA DARI AWAL LAGI.

LAIN LAH KALAU KT TIDAK TAHU TAHU MENAHU TIBA-TIBA DATANG ORANG NAK JUAL RUMAH DENGAN HARGA 6.5 JUTA SEBAB KATANYA DIA NAK JUAL MODAL SEBAB DIA BELI DENGAN HARGA TU. BARU LAH KT BOLEH KATA AWAK TAK BOLEH JUAL DENGAN HARGA TU SEBAB HARGA TU SEMASA RUMAH TU ELOK TAPI SEKARANG RUMAH DAH TINGGAL MACAM KANDANG LEMBU TAKKAN NAK PAKAI HARGA TU LAGI KOT. AKHIRNYA PASTI TUAN RUMAH TAK BOLEH NAK TOLAK BAHAWA HARGA RUMAHNYA YANG SUDAH MACAM KANDANG LEMBU ITU MESTI MENGALAMI SUSUT NILAI. DENGAN SEBAB ITU MUNGKIN MUNASABAH DENGAN HARGA 3.5 JUTA SAHAJA.

** lagi satu aku tak berapa suka bila kita disabit dengan sesuatu kesalahan lalu tuduh kononya ada konspirasi la, bunuh karekter la dan tah apa-apa lagi,..came on la, itu cara nuar brahi tu,..patutnya kita muhasabah dan cuba lakukan tazkiah diri,..

WALLAHU AKLAM

Anonymous said...

hakim tu adalah sedara anuar, ari tu dia ada mengaku...

Anonymous said...

Bukankah perjalanan mahkamah berasaskan bukti dan fakta.....dibuktikan ia bersalah ...peguam khir sewaktu urusan jualbeli sepatutnya ariff juga.