Monday, May 13, 2013

Menteri KDN:Silap Pilih Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Kedudukan Datuk Najib

Esok genap seminggu Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai PM selepas PRU 13. Semua orang kini sedang tertunggu-tunggu barisan kabinet yang bakal dibentuk Datuk Najib. Dengar-dengar khabarnya Rabu ini ianya akan diumumkan.

Dengan keputusan PRU 13 yang baru berlalu kita pun tahu bukan satu tugas yang mudah untuk Datuk Najib membentuk pasukannya. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira. Kuota negeri, kuota parti dan sebagainya. 

Datuk Najib juga perlu berhati-hati untuk membentuk kabinet kali ini atas pelbagai faktor lain lagi. Zaman hari ini bukan lagi zaman kerajaan tahu semuanya dan rakyat akan terima bulat-bulat apa yang diputuskan oleh kerajaan. 

Silap kabinet ianya boleh mengundang bahaya kepada kedudukan Datuk Najib.


Seperti yang saya kata di atas , zaman sekarang bukan lagi zaman kerajaan tahu semuanya. Tetapi zaman rakyat tahu segala-galanya.

Dalam banyak-banyak jawatan dalam kabinet, jawatan yang betul-betul menjadi perhatian dan buah mulut rakyat sejak lepas PRU hingga ke hari ini adalah Menteri Dalam Negeri.

Rata-rata masyarakat bercakap mereka tidak mahu lagi Datuk Seri Hishamuddin dikekalkan sebagai menteri berkenaan. Mengambil kira gelombang masyarakat apa yang saya nampak sekiranya Datuk Najib mengekalkan Datuk Hisham di KDN ianya akan mengundang rasa tidak puas hati rakyat dan mereka akan mencemuh Datuk Najib, seterusnya boleh mendatangkan bahaya kepada kedudukan politik Datuk Najib. 

Cukuplah dengan kesilapan memilih beberapa calon tertentu dalam PRU lepas, hinggakan kerusi yang kita boleh menang jadi kalah gara-gara calon. Sekarang rakyat semua terlebih cerdik dari kerajaan. Zaman letak batu dan kayu sebagai calon BN pun boleh menang telah berlalu. 

Rakyat jadi cerdik pun kesilapan kerajaan juga. Kerana kerajaan sediakan peluang pendidikan yang terlalu sempurna hingga rakyat semua jadi cerdik dan kini mereka boleh berlawan atau kritik kerajaan bila-bila masa.

45 comments:

Anonymous said...

Dakwa pemimpin pembangkang yg adakan perhimpunan haram yang sah2 langgar undang2...nobody above the law!!

Anonymous said...

Kalau nak jugak, ujudkan Kem baru... KAM - Kem Amaran Malaysia .... He he he

Anonymous said...

He is a toothless tiger,gugurkan dia dr kabinet.

Anonymous said...

Apa cina mau dah ramai orang dapat agak...APA PAS MAHU???...Ini yang melayu PAS kena jawab pada diri sendiri...Melayu Islam negeri Kedah Perlis NS Terangganu Perak dulu sokong PAS sekarang dah beralih semula ke Barisan Nasional..mereka rasional berfikir dan bertindak sepanjang 5 tahun yang lalu...kecuali Melayu Kelantan@MELAYU BUDU...Akui lah PAS dalam Pakaran Rakyat cuma No 3 selepas PKR dan DAP..Apa yang PAS mahu dalam PR.. Kalimah Allah dilacurkan,Penzina dan Peliwat diangkat jadi pemimpin,bila kroni berzina lagi banyak tayang lagi banyak pahala...dosa zina nak campak kemana, bila kroni sokong murtad PAS sokong, hudud boleh dah tutup buku.. Nak kata jadi kuasa pengimbang dalam PR atau nak tubuh negara Islam sekali LGE, Anwar dan Karpal Sing jerit senyap jadi SETAN BISU...Nak jadi kuasa pengimbang jauh skali.. hasil ajaran tok guru paling haprak malah ulama pondok pun tak sokong tok guru...MELAYU BUDU layak kerja di sektor swasta syarikat cina bukan sektor kerajaan..Ketua jabatan harap pantau melayubudu dan melayu PAS...Pada APA LAGI PAS MAHU???

Anonymous said...

Saya hairan mengapa penunjuk perasaan belum ditangkap. Tengok kerajaan Singapura - cepat-cepat tangkap dan dakwa. Polis kita ni seperti takut untuk bertindak. Pencacai pakatan bermaharajalela tetapi polis cuma berkata mereka "akan" bertindak.Apa layu sangat pihak penguasa?

Anonymous said...

Pening kepala DS Najib....bertambah gugur rambut...rakyat terlebih cerdik sekarang...

Anonymous said...

No more mr nice guy!!! Itu approach yg patut najib gunakan.

Anonymous said...

Mohon jugak supaya TIDAK disenaraikan KJ sebagai ahli kabinet..

Anonymous said...

Opsss ... saya nak bangkang pasal KJ.. bukan bangkang dia jadi menteri tapi bangkang mereka yang menjadi ahli umno tetapi bahalol kerana pernah bertimbalan perdana menteri yg bernama al juburi..

Anak muda seperti Khairy wajar diberi peluang dan digilap bakatnya yg terserlah untuk menjadi barisan pemimpin masa depan ..

Malanglah umno yg masih mempunyai ahli yg tak kenal mana satu intan dan mana satu kaca, disamping mempunyai hati busuk dan tamak haloba. merekalah yg menyebabkan segelintir orang melayu merasa kecewa dan menyokong pembangkakng yg diterjui oleh anu war berahi al juburi !!!

Anonymous said...

ANAK MUDA BLOGER MULAI SEKARANG MESTI JADI KUMPULAN PENDESAK UNTUK KEPENTINGAN WARGA UMNO. TIADA SIAPA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN MELAINKAN ANDA SEMUA. TOLONGLAH SAUDARA KAMU DIKAMPUNG YG MENJADI PENGUNDI SETIA UMNO BERPULUH TAHUN TANPA MENDAPAT KEISTIMEWAAN APA APA. MEREKA INI TIDAK PANDAI BERPURA PURA, JAUH SEKALI MEMINTA HARTA BENDA. KESIANLAH PADA MEREKA, JIKA BERATUS JUTA BOLEH DI BERI UNTUK MENARIK ORANG CINA, YANG HASIL NYA SIASIA, TIDAK BOLEHKAH KALI INI MENTERI KITA TUNDUK KEBAWAH MELIHAT NASIB HAMBA ANDI INI? ATAU MAU TUNGGU DEKAT PRU 14 BARU MAHU DATANG BUAT JANJI?

Anonymous said...

Anon 9.24 adalah pencacai PKR. Jangan nak menyamar penyokong umno. Kamu mesti sokong KJ kerana kamu kenal siapa KJ yang telah melapaskan ketua kamu anu..war!

Anonymous said...

ANIFAH AMAN -ANIFAH AMAN- ANIFAH AMAN
MENTERI KDN

Anonymous said...

Depa tunggu AMARAN menteri dulu

Anonymous said...

Bila lagi nk bertindak pada puak2 haraam jadah blackout ? sana sini buat perhimpunan haram . Mohon semua KPN alert . tangkap sahaja pengajur , penceramah dan peserta perhimpunan haram. Anda punyai akta untuk bertindak . puak2 ni makin hari , makin kurang ajar. cuba mencemarkan imej malaysia di mata dunia. MOHON POIS SEGERA BERTINDAK !MASA BERCAKAP , NASIHAT , AMARAN DAH BERLALU !

Anonymous said...

Cadang Zahid Hamidi. Cuma bengang betul dengan Saifuddin Abdullah. Dia ni dari dulu cenderung kpf PKR dan lembik takda semangat patriotik. Memang patut kalah parlimen Temerloh. PM sepatutnya buang aje pemimpin sebegini.

Anonymous said...

Give KJ a break,saya rasa dia ni ada potential,whatever perception that people have towards him is another matter. Orang muda, with good academic qualification,I am sure jika
Najib include him in the cabinet,saya rasa dia tidak akan mengecewakan.Bila seseorang berani meluahkan pendirian dia supaya di resapkan dalam cabinet baru Najib, sudah tentu its a very sign. I might be wrong,but who knows kalau tak bagi seseorang tu peluang

Anonymous said...

Setuju org mcm Saifuddin ni la yg merosakkan bangsa melayu. Tiada semangat utk perjuangkan hak melayu silap2 bolah dijual semuanya hak melayu..


Anonymous said...

Dalam 5 tahun..perkasakan semula modul BTN di peringkat IPTA dan sektor awam..Ramaikan golongan ulama' dan profesional dalam UMNO..Macamana sekalipun penggabungan Pas+Umno perlu dijayakan dan disokong..Lantik Mufti Perak+Dr Asri sebagai pemudahcara muzakarah Umno dan Pas..Kekuatan Islam akan muncul bila 2 parti terbesar ini bergabung..Indahnya bila melihat PM kita menziarahi Ust azizan di Hosp.P.Pinang tempoh hari.ini lah bibit perpaduan kita satu ummatan wahida..

Anonymous said...

Tak setuju KJ. Apa yg dia nuat sebagai Ketua Pemuda? Tiada perjuangan langsung. Tiada suara langsung untuk perjuang org melayu. Dia dan hishamuddin merupakan ketua pemuda yg terlemah dlm sejarah umno. Beza sunggguh masa zamsn Najib malahan anuar ibrahim juga hebat. Pemuda Umno ni srpatuynya lebih vokal dan haluan kiri yg perjuangkan org melayu. Bukan duduk srnjap aje..


Anonymous said...

Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda PAS perlu sama2 fikir kearah mewujudkan kelestarian dlm konteks kemakmuran, sosial, pendidikan dll.brpandukan Al Quran dan dan As Sunnah..Marilah berdamai..Ruang dan peluang masih ada untuk tuan2..kami sokong 100% usaha murni ini..

Anonymous said...

Pokoknya saya MAHU kdn yang fleksible.Lembut dalam tegas...bertempat dan tegas yang bersesuaian.Dlm keadaan sekarang ,sukar jugak dato najib nak cari orangnya.

Anonymous said...

shahril x boleh la...nanti kalo adek dia sigereja tu buat hal..
susah dia nak ambik tindakan

belang said...

Anifah Aman sesuai Menteri KDN

Anonymous said...

Ha ha....yg beriya iya tolak kj tu sebenarnya kecut dgn karisma kj ...takut nk berdebat la tu....biarkn kj ada dalam kabinet seronok tengok dia berdebat bahasa melayu ok bahasa inggeris lagi kelas..oxford english style....biarkn kj seorang jadi hang nadim dalam kabinet......yg tutuh kj tu sebenarnya macai pembangkang

Anonymous said...

Bung mokhtar kinabatangan

Anonymous said...

menteri KDN yang paling sesuai....Tan Sri Rahim Nor...musa hassan atau Datu Hamzah sabah.... tak sesuai ahli politik... Anifah Aman terbaik sebagai Menteri Luar Negeri... ada karisma and aura....

Anonymous said...

tak kan najib lupa....`kita tak boleh layan khabar angin'....`yg dtg tu bukan penceroboh'.....hilang akai ke nak pilih dia lg.....

Anonymous said...

GUA SETUJU TOK HISHAM PONDAN DILANTIK JADI MENTERI AMARAN... HAHAAA.. WOI TANGKAP LA KOMUNIS CELAKA NI TENGOK SPORE BERANI TANGKAP SI MENTERI AMARAN MANJANG BERI AMARAN J3E

Anonymous said...

Sokong!!! Tolong beri perhatian kpd akar umbi (ahli biasa) dan petugas parti yg berkerja tanpa mengharapkan apa2 balasan.. Tolong lah tgk sama akar umbi-ketua bahagian dan ketua caw.kenal kami time nak di pergunakan ja..lepas dah guna PM bg bajet turun kpd kaki bodek ketua bahagian ja.. Allah maha berkuasa di atas segalanya..

tokgaru said...

KDN ni elok Tok Najib sendiri yang pegang. Ini portfolio penting. Portfolio ni jaga polis, jaga imigresen dan jaga JPN.

Kalau PR berjaya bentuk kerajaan saya aci lawan TPM1 Lim Kit Siang akan pegang KDN. Pasal apa ?, lu orang sendiri boleh fikir la.

Hanya orang Umno saja yang nampak sebab apa Lim Kit Siang mahu pegang KDN. Orang Pas kita dah tahu dah tahap pemikiran dan IQ mereka, macam pemikiran dan IQ tok2 guru depa la.

Anonymous said...

Kedudukan Datuk Seri Najib BUKAN keutamaan. Yang harus kita tanya ialah soalan 'APA AKAN JADI KEPADA MALAYSIA JIKA ORANG2 SEPERTI ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG TERUS DIBIARKAN BERMAHARAJALELA?'. Selama ini Kerajaan BN khasnya KDN dilihat seolah2 takut untuk mengambil tindakan keatas pemimpin2 pembangkang yang terangan2 melanggar undang2 negara. Itu sebab selepas PRU13 semakin ramai orang terutama Cina yang kurang ajar. Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau DS Najib sendiri boleh mati pada bila2 masa sahaja jika ajal mereka telah sampai. Mereka hanyalah manusia yang tidak boleh lari dari kematian. Tetapi mereka akan mewariskan Malaysia kepada generasi akan datng. Jika hari ini Malaysia dirosakan maka kerosakan tersebut tidak mungkin dapat dipulihkan dan akibatkan pemimpin2 hari inilah yang mesti dipertanggungjawabkan. Wallahulam.

mtk

Anonymous said...

Njib kena wujudkan Kementerian Amaran rakyat Malaysia , Memnetri Amaran Polis pun da amaran, Adakah semua amatan in d patuhi, unfang2 baru yg najib buat ada kah meka patuhi....Najib dan pejabat Peguam negara da kena liwat dg puak ini, Masih tak belajar apa paklah buat silap, Post Mortem pun akhir , buta silap yg sama

Ahmad Albab said...

Anwar dulu pun orang seronok tengok dia berdebat.. Akhirnya?

Anonymous said...

1. Kalau BN dapat 160 kerusi parliemn sekali pon tetapi ahlidan barisan kabinetnya lemah, lembab dan pengecut serta "dead wood" pun tak guna jugak. Harapkan Pm seorang yg berhempas pulas.

2. Walaupun hanya dapat 133 kerusi tetapi kalau ahli dan anggota kabinetnya kuat, berani dan tegas, insyaa ALLAH kerajaan akan menjadi mantap.

3. Satu hari nanti rakyat yang menyokong kerajaan juga akan kecewa sekiranya menteri2 hanya pandai bercakap tetapi tiada tindakan yang berkesan. Tidak mustahil penyokong2 ini akan mengubah sokongan mereka kerana kecewa.

4. Kalau PM masih mahu melantik Hishamuddin lagi kerana dia naib presiden UMNO atau kerana SEPUPUnya, berikanlah kementerian lain. Saya cadangkan kementerian kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita.

Anonymous said...

najib seharusnya bertegas dlm hal ni..ini bkn soal main2 dlm pemilihan kabinet..isyarat pru13 tlh mceritakan segalanya...jika abg jib masih nk kekalkan menteri amaran ni.. elokla abg jib redha akn keputusan pru14 menanti kelak...lgpun hisham amaran ni, dh penat pn bkerja...bagi la dia rehat...
:)

Anonymous said...

kalau semua x layak saya cadangkan datuk tajudin ahli parlimen pasir alak..tgk muka pun org dah takut..khairy x banyak menyumbang dalam pru 13..org muda banyak terpesona dengan im4u daripada kempen pemuda umno

Anonymous said...

datuk tajudin abd rahman ahli parlimen pasir salak...

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan malaysiakini

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

KDN tak lemah. Yang lemah orang yang mengetuai KDN. Dia setakat berani "gemaq" nak ambil tindakan saja. Beratus laporan polis dibuat terhadap bermacam2 karenah puak pembangkang, semuanya hampeh belaka, hapah tindakan pun tarak.

Kesannya puak pembangkang sekarang semakin berani, semakin kurang ajaq.

Teringat saya masa Megat Junid jadi Menteri KDN dulu sewaktu ISA masih ada. Kalau dengan Megat Junid, orang macam Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu tu dah lama "ghagaih dinding" (panjat dinding) tak tahu duduk dimana tak tahu siang tak tahu malam sepanjang 60 hari dalam siasatan. Mat Sabu pernah ceritakan pengalaman menjadi tahanan ISA dalam satu ceramah Pas yang saya pernah hadir.

Zaman nak gempaq orang dah tak laku lagi dah Hisham ooiii ... Rakyat nak tengok KDN betul2 bertindak, bertindak kerana nak selamatkan rakyat dan negara.

Keras dan Lembek.

tokgaru said...

Ulamak, selamanya dia akan jadi berkecuali bila dia tak menyertai mana2 parti politik. Fatwa dia adalah fatwa yang mengikut hukum agama .. boleh pakai.

Tetapi bila ulamak menyertai politik. Fatwa dia dah jadi fatwa sampah, tak ikut hukum lagi, hanya ikut nafsu politik ulamak itu saja .. tak boleh pakai.

Contoh berkenaan ulamak Pas.

Dulu kata ORANG ISLAM HARAM BERPAKAT DENGAN ORANG KAFIR MEMBENTUK KERAJAAN. Tapi hari ini DAH TAK HARAM lagi sebab Pas sedang berpakat dengan DAP (Kafir).

Dulu kata HARAM WANITA MASUK BERTANDING DAN BERCERAMAH DALAM PILIHANRAYA. Tapi hari ini DAH TAK HARAM lagi sebab ramai wanita masuk bertanding atas tiket Pas.

Jangan terkejut Ulamak jenis ini, satu hari nanti boleh buat Fatwa TIDAK HARAM MEMINUM ARAK ASALKAN JANGAN SAMPAI MABUK ATAS NIAT NAK MERAIKAN TETAMU ATAU MERAIKAN MAJLIS.

Dengan Ulamak jenis ini serba mungkin boleh berlaku. Insyallah kalau panjang umur, kita jangan terkejut jika ia benar2 terjadi.

Ini lah yang dikatakan Ulamak Politik.

Anonymous said...

Kemeneterian Pelajaran & Pengajian Tinggi perlu disatukan. Kolej Matrikulasi yg. kini dibawah KMP hendaklah diletak dibawah KPT. KDN perlu ditukar nama kepada KKDN (kementerian keselamatan dalam negeri). KJ saya rasa tak perlu diberi jawatan kabinet kerana dia sendiri menawar diri secara terbuka, tak pernah berlaku sebelum ini. Dari situ watak orangnya sudah boleh dibaca rakyat jelata.

Anonymous said...

Tahniah kepada Pas Perak. Dengan pertolongan God (Allah) di Negeri Perak Pas menang 18 DUN dan DAP 5 DUN manakala PKR juga 5 DUN.

Tahniah kepada Nizar Jamaludin.

Melayu DHPP

Anonymous said...

kene cari yg mcm arwah TUN DR.ISMAIL or arwah TAN SRI GHAZALI SHAFIE!kurang bckp banykn keje..tegas dlm membuat keputusan!

zakzak said...

Saya kurang bersetuju kalau tuan blog menyalahkan pendidikan tinggi yang menyebabkan UMNO dan juga BN kurang mendapat sambutan. Adakah tuan blog suka orang yang kurang pandai terus menerus menjadi penyokong kerajaan? Yang hanya tahu mengganguk setuju tanpa mengetahui pokok perbincangan?
Kewujudan blog ini sendiri menunjukkan yang tuan tanah adalah lebih pandai menulis daripada kebanyakan orang, benda yang burukkah?
Benarkah itu yang selalu dipikirkan kebanyakan orang UMNO? Patutlah ramai kawan2 PAS dan PKR saya yang kata hanya orang bodoh je masuk UMNO. Kehadiran kami tidak disukai rupa2nya.
Tuan blog,
Now more than ever, UMNO needs intellectuals, academicians, people with skills etc to help you guys get back the middle class votes that you have lost soo much in the last GE13.

If you really love BN, and UMNO you would best try to convince Najib to really pick his ministers well. No more deadwood, sembang je lebih, corrupted, and ineffective ministers. And then do a good job managing Malaysia, cater to all segments of the society. Decrease corruption and seen doing it, surely more of us will vote BN after this.

I voted for BN because I believe Najib is the better person to head Malaysia. Ohh.. dan saya juga ada PhD. Hasil polisi kerajaan Malaysia. Untuk itu saya berterima kasih. Fyi, dulu saya penyokong pembangkang, namun saya dah berubah kerana saya lihat pembangkang x boleh pakai. Do i made that decision without debating with myself pro and cons? Thanks to my PhD training, i choose with clear conscience and conviction.

Anonymous said...

Semua org politik ni lebih byk bercakap drp buat kerja tu sebab ramai org xsuka dgn meka yg ckp xserupa bikin. Kerja la woi org politik jgn 24 jam berpolitik je. Kerja diutamakan pasal semua yg telah dipilih rakyat perlu jd hamba rakyat. Gaji pun rakyat yg bayar.