Tuesday, May 21, 2013

Pehin Seri Taib Mahmud Layak Dinobatkan Sebagai Tokoh Politik Paling Hebat


Jika ada anugerah tokoh politik paling hebat di Malaysia tidak lain tidak bukan Ketua Menteri Sarawak,Pehin Seri Abdul Taib Mahmud adalah satu-satunya tokoh yang layak diberikan anugerah itu. 

Memulakan karier politiknya pada 1963 di peringkat negeri Sarawak , kemudian berpindah ke pusat, kembali semula Sarawak dan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 1981, dan bertahan sehingga ke hari ini. 

Kita semua tahu selepas PRU 2008, PKR dan DAP cuba mengasak Taib Mahmud habis-habisan. Tak cukup dengan mereka, NGO-NGO antarabangsa pun turut serta. Semuanya dengan satu matlamat iaitu menumbangkan Taib Mahmud. Tapi sayangnya mereka gagal....

Walaupun pelbagai gelombang yang mereka cuba buat, pelbagai fitnah yang mereka cuba taburkan, Taib Mahmud tetap utuh dan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 pada pilihan raya negeri Sarawak tahun 2011. 

DAP, PKR dan NGO antarabangsa cuba lagi mengasak Taib Mahmud untuk menghadapi PRU 13. Mereka buat satu video yang memaparkan lakonan saudara Taib Mahmud sendiri. Tapi mereka gagal lagi....

Taib Mahmud tetap utuh dan teguh. Sarawak menjadi negeri yang menyumbang kerusi parlimen terbanyak kepada BN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Sebelum PRU 13 Taib Mahmud berjanji dengan PM bahawa Sarawak boleh menyumbang 24 kerusi. Bila keluar keputusan mereka sumbang 25 kerusi daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Lebih dari sasaran....

Lebih memedihkan hati DAP dan memilukan hati PKR apabila parti yang dipimpin Taib Mahmud (PBB) menang 100 peratus di kerusi yang mereka tandingi. Bertanding 14 kerusi, menang pun 14 kerusi. 

Gila DAP dan PKR dibuatnya.....makin mereka fitnah , makin kuat Taib Mahmud....

Selepas PRN Sarawak 2011, ramai orang yang kata sekiranya Taib Mahmud tidak berundur sebelum PRU 13 maka BN akan menerima keputusan yang buruk di Sarawak. 

Sekarang apa cerita ???

Ada ke mana-mana pemimpin politik dalam dunia ini daripada negara-negara yang mengamalkan sistem pilihan raya seperti kita yang boleh bertahan 50 tahun ? Bukan 20 tahun , bukan 30 tahun , tapi 50 tahun (1963-2013) Taib Mahmud boleh bertahan dan masih mampu untuk berikan keputusan yang cermerlang. Dan beliau sendiri tidak pernah kalah bertanding dalam pilihan raya. 

Kejayaan Taib Mahmud adalah satu kejayaan yang luar biasa. Untuk mencapai kejayaan yang luar biasa tentulah ada ramuan rahsia yang tersendiri. Oleh yang demikian sementara beliau masih sihat dan sementara beliau masih dikurniakan hayat oleh Allah SWT , maka adalah baik kiranya pemimpin-pemimpin politik BN dapat menuntut ilmu daripadanya. 

Tahniah Pehin Seri...

Terima kasih rakyat Sarawak kerana terus memberi sokongan kepada BN....

38 comments:

Anonymous said...

Mamat ni mmg power tp minah yg dia kawin tu gua tak boleh belah...

Anonymous said...

sebab dia humble ... cuba dekat.

tp mcm biasalah,
org kita kalau xder kurang pada si empunya badan, serang pulak bini dan family ...adeh

Anonymous said...

sebelum pru lepas, ada opismate aku cakap, si taib mahmud pemimpin umno paling lama jadi MB dari nik aziz, punyala nak kutuk umno, aku jawab sejak bila taib mahmud masuk umno? kahkahkah... org nak berpolitik dia pun sama nak, tapi tak tahu apa2 cuma mengikut jer cakap org mcm burung kakak tua...

mat saga said...

ini baru hero...

bentara guru said...

lame memang lame tapi risau gak kalau jadi mcm tganu mcmane.x semena2 tumbang..bn juga melopong t..selain taib.musa aman.adnan,mohamed perlu istiqomah ada bek brundur secara terhormat.dari berundur secara dihambat

Anonymous said...

anon 11.14 am .


la biar la dia kawin dgn sape pun . dia ade kemampuan . kita jangan pulak cemburu dgn dia. kita patut tanya dia , ape rahsia dia ade bini cantik . boleh memerintah sampai 50 tahun kat sarawak tu . melayu takkan ke mana kalau asyik kerjanya nk singkat kain org lain , tapi terlupa nk tengok balik kain sendiri . fikir2kan .

Anonymous said...

bila plak pehin sri jadi pemimpin umno ? hahahah ... umno kat sarawak x wujud woi ! umno ade kat sabah je . pehin sri ni , leader parti PBB . PBB Nama dia , parti pesaka bumiputera bersatu sarawak . ini parti khas untuk bumiputera sarawak . bukan umno ok. sila kaji fakta bai. malu klu cacai PR baca .

Anonymous said...

UMNO dharamkn dulu sapa yg duduk sbelah tun mahatir?nila org yg ttp duduk dsebelah tun even UMNO dg dharamkn pd masa tu!mana tokoh2 UMNO yg lain?jd x yah la nk jatuhkn tan sri taib dgn cara kotor.sarawak maju atas usaha dia dn rakan2 kabinet dia!bkn pkr,pas or dap!

Anonymous said...

sabah sarawak????
hmmmmm....

ada check statistik warga asing yg dpt IC kat dua negeri nih??

mmg patut pun BN power kat sini..

RCI pasal sabah baru2 ni pun dah dedahkan macam2.bagi IC mcm bagi duit raya

Anonymous said...

UMNO diharamkan dahulu, MCA yang mengetuai BN.

Karang MCA lemas, UMNO dah kata "Boleh Blah"

Agaknya PBB tak tau kut. Tunngu masa je, suatu ari akan berpalid tadah jugak.

Tu lah permainan politik Melayu.

Anonymous said...

Patut lah Anwar meroyan sakan. Anwar meroyan sebab DAP gagal tumbangkan Umno. Dulu aku sangkakan Pas yang beria2 nak tumbangkan Umno. Tapi sesudah keputusan PRU13 keluar baru lah aku tahu bahawa yang beria2 sangat nak kan Umno tersungkur adalah DAP. Sebab yang duk menyalak salahkan SPR nampaknya DAP lah yang lebih, Pas nampaknya udah boleh menerima takdir ketentuan Allah. Anwar tu setakat jadi pecacai Lim Kit Siang dan DAP jer.

Salak Anwar salak, jangan tak salak. Salak biar bergegar gunung. Kalau tuan kamu si Apek Lim Kit Siang kata STOP, haa baru lah kamu berhenti menyalak.

Apek Lim Kit Siang, lu kasi makan baik2 punya makanan mesti itu Anwar akan salak lagi kuat untuk lu la.

Polis pun nampakya macam tak ambil peduli dengan salakan Anwar. Agaknya dalam hati KPN, " berapa lama lu mau salak, berapa kuat lu mau salak, lu salak la, gua tak paduli sama lu selagi lu tak ada gigit orang ".

Kasihan Anwar udah 16 hari dia menyalak tak berenti2. Nak STOP tak boleh sebab Apek Lim Kit Siang tak panggil dia STOP. Kaasihaaannn dia ....

Keep on barking my dear Anwar.

Anonymous said...

Semuanya terjadi dengan izin Allah. Manusia boleh komplot seberapa licik dan seberapa jahat yang mungkin... sekiranya Allah tidak merestui, tidak akan menjadi. Taqdir dan ketentuan Allah yang Maha Agung dan Maha Berkuasa ini lah yang kebanyakan orang Islam sudah lupa terutama golongan 'cerdik pandai'.

Anonymous said...

kepada Anon 5:17 PM

kalau tak tahu apa2 jangan banyak cakap....kat Sarawak satu yang aku tengok..orang Melayu dia bersatu...kat Masjid atau surau tidak digunakan untuk ceramah politik..ada cubaan tapi gagal...Dalam masjid atau surau cerita pasal hal akhirat bukan dunia...kalau nak sembang dunia pergi tempat lain banyak...isu kalimah ALLAH memang orang kristian guna tapi sebutan dia lain..dan kitab Bible yang ada perkataan Allah datangnya dari Indonesia..benda ni ramai tahu kat Sarawak tapi orang Sarawak tahu diam kan aje..lagi pun tak digunakan meluas...Aku personaly pernah hadir majlis makan malam untuk kampung pedalam yang beragama kristian...mereka ada sebut bunyi macam perkataan ALLAH tetapi sebutan memang jauh ..macam ALA lebih kurang..apa yang penting aku tengok kat Sarawak...budaya hormat menghormati antara satu sama lain berlain kaum dan agama

Anonymous said...

Biarlah asal sah...dr langgan china doll n gay..lg rakyat x leh terima...

Anonymous said...

May 21: To fulfill the "increasing expectations of the people", Sarawak state assemblymen today rewarded themselves with a whopping three-fold salary increase.

Announcing this, Second Finance minister Wong Soon Koh, who is also state assemblyman for Bawang Assan, said the review of the remuneration was done in view of the increasing expectations of the people, and the increase in pay will be backdated to January 2012.

"Sarawak is as big as the peninsula and a lot of state assemblymen have to cover a large territory, particularly those who serve the rural areas," said Wong.

According to the government-controlled Bernama, the whole exercise including the backdate pay will cost the state coffers some RM17 million.

Anonymous said...

ape nk heran gaji adun sarawak naik...adun selangor dh naik dl 3 ke 4 tahun lepas...xkecoh pn....

Anonymous said...

Mungkin susah sedikit parti parti yang dianggotai kaum pendatang hendak 'makan' orang pribumi sarawak. Apa yang hendak dijualkan keturunan pendatang ini? Korupsi? Ketidakadilan? Kesamarataan? Awak sudahlah datang tak berundang, hidup mewah lepas itu biadap.

Anonymous said...

tahniah...ketua kaum dpt kenaikan elaun rm500-700..

ketua menteri sarawak dan konco2 naik berlipat kali ganda...

mmg patut RBF puji melangit pemimpin mendahulukan rakyat sarawak nih...

huhuhuhu..

Anonymous said...

tahniah...ketua kaum dpt kenaikan elaun rm500-700..

ketua menteri sarawak dan konco2 naik berlipat kali ganda...
_________________________________
ketua kaum jage kaum nye saje...ketua menteri jage satu negeri..mcm2 kaum die jaga...tugas nye lebih besar dr ketua kaum...tugas besar gaji pn besar la...tu pn bodo la ko nie...

Anonymous said...

Gila kau naik gaji sampai lagi tinggi dari PM... apa cerita ni....

Anonymous said...

anon 10.43

rakyat lagik skali dibodohkan mat taib...

pegi la jenguk2 skit pedalaman.ketua kaum mintak air paip,kerajaan bagi tangki tadah air hujan....

pandai sangat pemimpin mcm nih...

Anonymous said...

mne ko tau mat taib nie xde jenguk area pedalaman...ko maen tuduh2 je...

Anonymous said...

aku setuju gaji menteri dinaikkan. tak kira lah dari pakatan atau bn. kena naikkan mcm spore. gaji menteri tinggi so tak ada menteri yg akan ambil peluang buat bisnes dari kontrak kerajaan. bayar gaji depa tinggi so depa boleh focus berkerja. cuba tgk gaji menteri spore banding dgn msia. mcm langit dgn bumi.

Anonymous said...

anon 10.59...
kt kelantan mb nye bg batang paip tp xde air yg kuar..yg kuar angin je...lagi haru...ade plak yg kuar bukan air paip tp kuar air teh berkarat...uikuikui..

Anonymous said...

anon 11.09pm..

kelantan jer?kat pahang tu apa cer??
negeri PM tuh...sibuk2 nk bagi air kt selangor,rupa2nyer kat pahang pun ada masalah air..

back to topic..
anon 11.07pm galakkan KM/MB dpt gaji besar...sedara,KM Sarawak tu mmg dah tahap kaya sekaya-kayanya...pakai rolls royce tuh...mewahhhhh sgt...

Anonymous said...

kalau tak dengki dan iri hati bukan melayu namanya ,,,

mohd ekhsan said...

Ya kami tak akan guna masjid utk berpolitik. Pasal kalimah Allah itu hanyalah cubaan puak2 tidak bertanggungjwab. Saya boleh kata di sini kami tidak berpuak2,mungkin lain pahaman politik ya tpi kami ttp sembah yg tidak mati yg Esa. Kami ingin melihat saudara saudari di sana bersatu. Ini tanah kita. Izin kan mereka berteduh tp x izin kan mereka ambil. Salamun alayka

Anonymous said...

Anwar kasi rolls royce kat sapa2 jmpa muka mcm lam video besi tu how? Kalau pakai tak ckup kaya mcm org yg nak bagi rolls royce

Anonymous said...

Hai..macai mr bean army dah menempek kat blog ni pulak..desperate nye..psikology divert isu ni utk orang yang lemah art of thinking je..cuba lagi ye anak2 mr bean oi..

Anonymous said...

kelantan jer?kat pahang tu apa cer??
negeri PM tuh...sibuk2 nk bagi air kt selangor,rupa2nyer kat pahang pun ada masalah air..
____________________________________
bodo nye mamat nie...xtau nk beza kn masalah air n krisis air...sume tempat even kt negara maju ade problem oi...

Anonymous said...

anon 11.07pm galakkan KM/MB dpt gaji besar...sedara,KM Sarawak tu mmg dah tahap kaya sekaya-kayanya...pakai rolls royce tuh...mewahhhhh sgt...
__________________________________
mb selangor pn kaya raya gak...ex tokoh korporat tu...tp gaji mb pn die sapu gak...belum lg elaun2 laen...tu la jgn la dengki sgt...nie la melayu...

tokgaru said...

Demonstrasi Jalanan

Alhamdulilah. Nampaknya Pas berada dalam satu saf dengan rakyat terbanyak. Pas tidak bersetuju dan tidak akan turut serta.

Saya sangat2 percaya bahawa Demonstrasi Jalanan ini adalah cetusan idea Cina DAP untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Umno.

Saya juga mau nyatakan orang Melayu tidak menolak Pas andainya Pas tidak bersama dengan DAP. Saya yakin prestasi Pas mungkin lebih baik lagi jika Pas berjuang sendirian. Kedah mungkin kekal dengan Pas, bilangan kerusi yang dimenangi oleh Pas mungkin lebih daripada yang dimenangi oleh DAP.

Nasi sudah jadi bubur, Pas menang paling corot dalam PRU13. Allah yang tentukan supaya terjadi begitu. Terima lah dengan penuh keinsafan. Ada hikmah disebalik.

Mari lah bersama dengan Umno kita bina negara bangsa untuk membentengi ancaman DAP terhadap kuasa politik orang Melayu Umno dan Pas. Percaya lah kalau DAP yang naik bukan Umno sorang saja yang sakit, Pas juga akan disakiti oleh DAP selepas Umno berjaya dinazakkan. Musuh DAP adalah Melayu, ingat itu. Jangan kita MEMBARUAKAN diri untuk meletakkan DAP di tampuk kuasa. Biarlah Anwar sorang2 MEMBARUAKAN dirinya. Dan dia tak akan berjaya.

Ingat. Singapore yang diperintah oleh Cina PAP. Selagi ada bulan dan matahari Melayu Singapore tidak akan bangkit2 lagi dah. Hatta jika turun bantuan dari langit sekali pun, nasib Melayu Singapore setakat yang hari ini sahaja, sama macam rakyat Pelastin dibumi Pelastin menentang zionist.

Jika Malaysia ini dapat kepada DAP. Keadaan sama akan berlaku kepada kita orang melayu. Kerana jika saya adalah pemimpin DAP, tahu lah saya bagaimana nak melemahkan orang melayu. Saya akan gunakan Islam semaksima mungkin ... dan akan hancurlah orang melayu kerana agamanya. Ini lah yang sedang kita orang melayu alami. Ujudnya jurang yang besar antara Umno dengan Pas adalah kerana Islam. Liatnya orang Melayu nak bersatu juga kerana Islam. Nik Aziz nak ludah orang Umno pun kerana Islam. Pas gagal dalam PRU13 adalah disebabkan Islam.

Ir. Mukmin said...

Tuan RBF,
Gerak dan aturkan pertemuan antara Ketua Pemuda Umno dan Ketua Pemuda Pas..insyaAllah, bermula dari yang muda.. ada jalan kepada semua yang inginkan kesatuan Islam yang kuat..
maaf sekadar pendapat...

Anonymous said...

baiknya..ckp.. najib siap standby kosong kerusi Kem Pengangkutan lg..utk jaga hati diaorg..

ko ni pkr yee patutpun..pkr parti paling jahat dlm pakatan..

TO RBF PLEASE READ said...

boleh adjust /tolong saya

bila saya replay ..screen sy gelap(yg replay tu)

color setingg ka

Anonymous said...

u dont know ka ..anwar suka lompat2.. prevention is better then cure..

dia ceredik..dia tau pkr tu sapa

muslim said...

aku mohon ampun bg pihak tok guru wahai tuhan ku yg maha perkasa...'
engkaulah menjaga kami selama ini..engkau memberi rezeki.. melindung org2 melayi yg lemah

kami mengiktiraf pengurniaan mu yg byk..dan sgt kurang lah kami akan bersyukur..

Alhamdulillah wahai rabku..

Anonymous said...

dah dapat ipad bagai taib ok la...