Tuesday, May 28, 2013

Status Halal Makanan Dalam Pesawat Air Asia Diragui


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta menyiasat semua kemudahan penyajian makanan oleh syarikat-syarikat pembekal kepada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia terutama di sektor Filipina, Thailand dan Hong Kong.

Sebuah gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Liga Lindungi Perlembagaan (Ligan) dalam satu kenyataan berkata, jabatan agama tersebut perlu mengesahkan status pensijilan halal berhubung kemudahan penyajian makanan dalam sektor penerbangan AirAsia di ketiga-tiga negara tersebut.

"Ligan juga meminta Jakim menyiasat kedudukan pensijilan halal oleh badan yang didakwa tidak diiktiraf.

"Kami meminta AirAsia menyatakan secara terang dan jelas tentang dasar syarikat tersebut berkaitan pensijilan halal di dalam mana-mana aspek operasinya, khusus penyediaan makanan," kata kenyataan berkenaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut meminta Jakim membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

NGO itu turut meminta Jakim menyiasat pakej-pakej percutian yang dianjurkan AirAsia yang mereka percaya tidak mengambil kira aspek halal walaupun dijanjikan begitu di dalam promosi tersebut.

Menurut kenyataan itu, selagi AirAsia tidak mengeluarkan jawapan rasmi, Ligan menggesa semua pengguna Islam memboikot makanan yang dijual AirAsia di dalam mana-mana penerbangannya.

"Kami juga mengajak dan menasihatkan orang ramai untuk mencemuh AirAsia dalam kalangan kenalan dan masyarakat sehingga syarikat berkenaan memohon maaf berikutan sikap biadab mereka terhadap semua pengguna terutama yang pernah melalui pengalaman pahit dengan syarikat penerbangan itu," tegasnya.

Utusan Online


RBF: Saya daripada dulu lagi dah ragui makanan dalam Air Asia apabila saya mengetahui sebuah syarikat milik bukan orang islam yang membekal makanan untuk penumpang pesawat Air Asia. 

Sebab itu sampai sekarang pun saya tak makan makanan dalam pesawat itu. Kalau makan sekali pun setakat memakan makanan ringan dan minuman sahaja. 

Saranan PPIM agar pihak JAKIM membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan dalam pesawat Air Asia ada asasnya. 

Oleh yang demikian untuk sementara waktu adalah baik sekiranya kita tidak memakan makanan dalam pesawat itu sehingga JAKIM sahkan semuanya halal. 

25 comments:

Anonymous said...

tak perlu nak minta JAKIM siasat.kita boikot terus

Anonymous said...

Sememangnya makanan yang disediakan meragukan. Perkhidmatannya pun sama jugak. Banyak caj tersembunyi. Tapi sejak akhir2 ni, aku juga meragui status melayu dan Islam pekerja2 air asia dari pengurusan atas hingga ke bawah. Jantina mereka pun aku ragui. Boikot aje la air asia ni keseluruhannya.

Anonymous said...


Sebelum CEO Air Asia kutuk Utusex Malaysia semua nya ok dengan AirAsia.Hampa hentam semuanya makanan yang dihidang.

Sekarang nampaknya semua tak halal.Orang UMNo memang perangai selamanya begini.

Anonymous said...

Ape ke bangang tahap gaban ko ni. tetibe lak umno dikaitkan. wei.. umah jiran aku kena pecah minggu lepas. agak2 ko orang umno punye keje jugak ke... baghal!!???..

Anonymous said...

Air Asia Taken To Australian Court For Misleading Pricing

One of the basic rules of advertising prices in Australia is that you have to prominently display the entire cost. The Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) is taking Air Asia to court, alleging that it has advertised flights without showing the total costs including taxes and other fees.

The ACCC says that flights between Australia and a number of destinations were listed on the Air Asia web site “did not display some airfare prices inclusive of all taxes, duties, fees and other mandatory charges”. A court hearing has been set for March 2.

The rule regarding component pricing has been in place since 2009, and the ACCC enforces it quite regularly for airlines. Air Asia was one of the airlines warned by the ACCC to smarten up its act last year, which presumably explains why a court action is now happening.

http://www.lifehacker.com.au/2012/01/air-asia-taken-to-court-for-misleading-pricing/


Anonymous said...

kucing aku mati kena langgar.. org PAS yg bawa keretea tu..He!He!

Anonymous said...

9.39,,,ini orang pendek akal...cepat sentap!

Apa kena mengena dengan UMNO?


Sebaliknya, bila selalu sebut UMNO, itu doa,UMNO berkekalan selama lamanya.

Anonymous said...

Tak perlu tunggu JAKIM siasat..slow lembab!

Gunakan KUASA Rakyat bagi pastikan AIrAsia bungkus. Boikot IPO AIr Asia Julai 2013. Pastikan saham dia tidak dapat sambutan dan saham tiada nilai.

Takbir 3x!

Peniti Karat said...

Anon 9.39 p.m.

Komen la secara berhemah. Jangan jadikan diri anda babi politik.

ado363 said...

Betul boikot je biar IPO dia nanti xde nilai

Anonymous said...

Kita buruk-buruk kan servis airasia dlm paper dlm internet hari-hari pun dah cukup buat org takut nak beli IPO airasia hehehe....

Anonymous said...

Aku memang dari dulu dah boikot semua sykt penerbangan dan makanan yg dihidangkan termasuk airasia sebabnya aku sendiri pun x pernah naik kapal terbang sejak kecil.ha.ha.ha

Anonymous said...

Anon May 28, 2013 at 9:39 PM,

.. ramai orang sebenarnya dah serik nak naik AA sebab banyak sangat penipuan.

.. orang Melayu yang kena selalunya senyap tak suka menyalak macam puak-puak tertentu, tapi senyap tak semestinya tak bertindak

.. saya dah lama tak naik AA sebab dah terkena sekali masa nak pergi Melbourne beberapa tahun yang sudah. Sekarang ni lebih suka terbang MAS, Qatar dan Etihad walaupun lebih mahal. Lebih reliable dari AA so senang sikit nak buat planning. Takde lah tak pasal-pasal hantar SMS/email "cancel flight". WTF?

Anonymous said...

Anon 9.39pm sememangnya bahlul PAS. Sebab dulu panggil Anwar Al-Juburi tapi lepas Anwar keluar UMNO terus angkat jadi pemimpin. Kemudian,bila Hassan Ali keluar PAS, terus di hina oleh puak PAS. Biasalah, Parti Anjing Suruhan(PAS) DAPigs macamtu lah perangai.

Anonymous said...

Minggu lepas saya terpaksa menaiki pesawat AirAsia pergi dan balik ke Kota Baharu. Pesawat MAS dan Fire Fly penuh. Tidak ada apa2 yang boleh dibanggakan oleh Air Asia kecuali dalam penerbangan balik Air Asia bukan sahaja menerbangkan manusia tetapi juga beberapa ekor lalat yang menggangu penumpang. Lalat adalah binatang kotor yang biasanya berada ditempat2 kotor. Air Asia mungkin boleh menukar moto mereka dari ' Everyone Now Can Fly' kepada Everyone and Everything Can Fly' atau 'Fly with The Flies'.

Anonymous said...

Tak guna naik airline yang selalu tak menepati janji.

Anonymous said...

Harap kerajaan BN bertegas dalam isu2 macam ni....
jangan nakharapkan blogger2 dan NGO2 saja buat kerja menahan fitnah PR...
kerajaan BN haram tak buat apa2 statement pun...
menorok macam tikus ketakutan sahaja...

Anonymous said...

kita kena kaji semula status halal dan juga pengeluaran sijil halah kpd syarikat Cina...kempen ABC mesti diperhebatkan!!!

Anonymous said...

ORANG TAIPING!

ORANG TAIPING!

ORANG TAIPING!
Tolong pastikan betul ke SPRITZER tu dekat dengan kubur cina...

kita boikot minuman SPRITZER tu...

celaka bagi org ninum air dekat dengan kubur cina

aku amir

Anonymous said...

Jakim tidak akan bertindak ...jakim masih membuta......dan dibutakan....jika jakim bertindak jakim akan ditekan.......

el halim said...

Jgn la salahkan jakim oii..korang ingat jakim ni buat satu kerja je ke? Berhemah la sikit kalau nak bercakap pun..tak payah tunggu jakim, boikot je..

Anonymous said...

kami orang taiping dah lama boikot produk SPRITZER, punca air dekat kubur cina

Anonymous said...

ajaran Bro Anwar Bin Ibrahim..apa2 pun semuanya salah UMNO sampai la ke lubang cacing..

Anonymous said...

OMG betul ke air Spritzer punca dekat dengan kubur CINA. Kalau betul mari kita war war kan besar besaran. Mungkin ramai tak tahu.

Anonymous said...

Boikot selamanya..