Sunday, June 30, 2013

Mungkinkah Ini Orangnya Yang Akan Membawa Cabaran BN Di Kuala Besut ?


Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Alor Selinsing, Jerteh, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas pada tahun 1954 dan Sekolah Rendah Agama Ittifaqiah pada tahun 1959. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin pada tahun 1972.

Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah pada tahun 1973 dari Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum memasuki Universiti Ain Saham, Mesir dan memperolehi Diploma Pendidikan pada tahun 1975. Beliau dianugerahkan gelaran Doktor Falsafah bidang Dakwah dan Tasawuf dari University Of Kent, England pada tahun 1986.

Beliau pernah dipilih sebagai Pelajar Terbaik peringkat Sarjana semasa menuntut di Universiti Al-Azhar .

Dato' Dr. Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru di Kolej Islam Klang pada 1976. Selepas itu beliau mengembangkan kerjayanya dalam profesyen pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah dilantik sebagai pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam pada tahun 1980. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (UKM) 1993.

Selanjutnya pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Pengajian Islam sebelum dilantik sebagai Profesor Jabatan Pengajjian Dakwah dan Kepimpinan, pada tahun 2000 dan Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 1999.

Dato' Dr. Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Rektor KUIM setelah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Besut pada pilihan raya umum Malaysia 2004. Pengorbanan beliau akhirnya menghasilkan kejayaan setelah beliau memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan kawasan lawannya dari Parti PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pada pemilihan UMNO, Dato' Dr. Abdullah dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia serta dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Biro Hal Ehwal Agama UMNO Malaysia dan Ahli Jawatankuasa, Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Pada peringkat negeri, beliau yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Cabang Tiga Mak Sara juga sebagai Ahli Jawatankuasa serta Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Terengganu turut dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Besut.

Beliau dilantik menjadi penasihat Perdana Menteri Malaysia mulai 2 Mac 2009. Beliau menggantikan Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Abdullah bin Md Zin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Besut, negeri Terengganu. Beliau berjaya menang dengan mendapat undi sebanyak 8090.

Calon lawan ialah Husain bin Awang dari PAS yang mendapat 4,758 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 84 %. Undi rosak sebanyak 668 undi.

Sumber: Wikipedia

Tahun 2004 bertanding kali pertama di Parlimen Besut beliau menang dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 2008 menang lagi....

Tahun 2013 beliau tidak bertanding....

Adakah beliau calon yang sesuai untuk BN pertaruhkan di PRK Kuala Besut ? 

Pada pandangan saya beliau mempunyai pakej yang cukup untuk membawa cabaran BN, termasuklah tidak pernah kalah. Namun mungkin faktor umur yang menjadi sedikit masalah. Usia beliau sama dengan usia Umno. 

Apa pula pendapat rakan-rakan pembaca sekalian ???

10 comments:

anok besut daroh meroh said...

salam rbf...
era doloh mat zin dah berlalu d besut
saya harap pimpinan letok muko baru
ore mudo sket...rama hak berbakat

Anonymous said...

dah senja, cari la yang baru lepas zohor sikit.bukan apa takut kang prk lagi pulak

Anonymous said...

Rumah kata pergi.,,kubur kata mari-mari-mari

Anonymous said...

Menarik Tentang PRK Kuala Besut

Lim Guan Eng minta Pas boikot (jangan masuk bertanding). Kenapa ya ? Adakah Pas di remote control oleh pemimpin DAP ? Kita sama2 tunggu dan lihat.

Respon daripada Mustafa Ali pemimpin tertinggi Pas (SU Agong). Menarik untuk ditafsir. Kata Mustafa, " Pas kena bincang dan rujuk kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum buat keputusan ".

Anda nampak ke tidak, betapa lemah nya pemimpin Pas bila berdepan dengan pemimpin DAP. Sepatutnya, kalau betul2 anak jantan, kalau betul2 ada maruah, Mustafa Ali kena jawab, " saya minta Lim Guan Eng jaga urusan DAP saja lah, Pas nak bertanding atau tidak dalam PRK Kuala Besut tak ada kena mengena dengan DAP ".

Setakat ini saya berani kata, MEMANG CONFIRMED PEMIMPIN PAS DI REMOTE CONTROL OLEH PEMIMPIN DAP. Respon Mustafa Ali terhadap desakan Lim Guan Eng adalah kenyataan nya. Bukan pelik jika Hadi Awang juga senada dengan Mustafa Ali.

Pas Pas Pas. Kau besar atau DAP yang besar dalam Pakatan Rakyat ?

Hj Ariffin

Anonymous said...

PRK Kuala Besut

Tahu kah anda kenapa Lim Guan Eng tak mahu Pas masuk bertanding. Bukan kerana dia takut Pas kalah. Yang paling Guan Eng takut adalah, kalau Pas menang. Kalau Pas menang, DAP tak senang duduk, DAP akan kepanasan. Anda akan kata, " Pelik ".

Anda sedar atau tidak andainya Pas menang, kedudukan DUN Trengganu adalah 16 Umno - 16 Pas. Maka dengan perkenan Sultan Trengganu akan terbentuk lah kerajaan negeri secara Pakatan di antara Umno dengan Pas.

Saya, anda dan hampir keseluruhan orang melayu telah sekian lama mengimpikan perpaduan melayu melalui Pakatan Umno-Pas. Walau pun saya berjiwa Umno, dan anda berjiwa Pas, tetapi mimpi kita tentang perpaduan melayu ada lah sama. Betul tak ?

Saya berani kata, dan 100% yakin, ini lah yang Lim Guan Eng dan DAP takut, dia takut kalau Umno dan Pas berjaya duduk dalam satu kelembu di Trengganu ... cita2 DAP untuk menawan Tanah Melayu (Malaysia) pada PRU seterusnya tidak akan berjaya.

ADAKAH ANDA RELA DAP MENJADI PEMERINTAH SEBAGAI MANA PAP MENJADI PEMERINTAH DI SINGAPORE ???

Pada saya, Pas kena masuk bertanding dalam PRK Kuala Besut, dan sebagai pengundi kita kena MENANGKAN PAS demi untuk melihat KERAJAAN PAKATAN UMNO-PAS menjadi kenyataan. INI KALI LAH kita buat experiment di sebuah makmal yang kecil (peringkat negeri) sebelum kita buat experiment di makmal yang lebih besar dan complicated (peringkat pusat).

Hendaknya rakyat Trengganu dan para pemilih di DUN Kuala Besut ... Nampak Apa Yang Hj Ariffin Nampak.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Hari tu bising Kelantan calun recycle ... sekarang kamu nak recycle. Dahlah kempen untuk rais tu pemimpin recycle juga.

Anonymous said...

Isu Jonker Walk. Tahniah kepada KM Melaka. Datok jangan peduli dengan Menteri Nazri Aziz tu. Nazri tu bukan pemimpin Umno yang ada semangat membela melayu. Saya percaya semua orang Umno dan orang melayu yang undi dia pada PRU13 sekarang ini sedang menyesal yang amat sangat. Harap2 pada PAU 2013 ni riwayat Nazri dihabiskan oleh para perwakilan Umno di PWTC.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Ambo dok d Besut. Pada ambo dan gu-gu lain, tok soh ambik Datok Lah lah...ramai ore tok sir doh ko dio nih....tak cas ligas...mitok cari calon mudo......

Apa Pun Tak Boleh said...

lim kit siang tua nak mampus masih lagi bertanding. nik aziz tua gayut masih lagi bertanding... karpal tak larat nak berjalan masih bertanding... ini kan pula dato abdullah zin yang masih gagah dipertikaikan umurnya. adakah penganut pas dan penyembah dewa liwat sanggat takut kepada winable candidate ini.... pi mampuslah penganut dan penyembah.

Anonymous said...

Salam,
aku sokong Dr Abdullah. Beliau orang yang baik dan mempunyai pakej akademik agama yang lengkap...malahan ramai bebudak PAS lulusan UKM tu di Besut adalah anak murid beliau belaka..... sekurang-kurangnya depa hormat dekat tok guru mereka yang telah mencurahkan ilmu di KIK, UKM dan USIM dulu..