Thursday, July 4, 2013

KLIA2 : MAHB,UEM dan Binapuri Jangan Jadi Lembu Kenyang


Penghujung Ogos 2010 PM telah melakukan majlis pecah tanah pembinaan KLIA2 bagi menggantikan terminal tambang murah (LCCT) sedia ada. Syarikat UEM Construction Sdn Bhd dan Binapuri Holdings Berhad telah dipilih sebagai kontraktor utama pembinaan berkenaan.

Mengikut jadual projek berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh 20 bulan.

Jika diambil kira bermula pada bulan September 2010, bermakna KLIA2 sepatutnya siap pada Jun 2012. Namun sehingga kini ianya masih belum siap. Dikatakan lima kali penangguhan telah dilakukan. Awal tahun ini Malaysia Airport Holdings Berhad selaku tuan kepada KLIA2 mengumumkan bahawa lapangan terbang itu akan dirasmikan pada 28 Jun 2013. Bagaimanapun beberapa minggu lalu MAHB sekali lagi mengumumkan penangguhan penyiapan KLIA2  ke April 2013. 

Dimana yang tak kena dan apa yang tak kena sehingga penangguhan demi penangguhan terpaksa dilakukan ? 

Sehingga ke hari ini MAHB, UEM dan Binapuri gagal menjelaskan secara terperinci kepada rakyat kenapa perkara itu berlaku. 


Selain daripada soal kelewatan, soal kos turut menjadi persoalan. Kos asal dikatakan berjumlah RM 1.9 bilion telah meningkat kepada RM 4 bilion. Jika benar ianya menunjukkan peningkatan 100 peratus dan boleh membina sebuah lapangan terbang lain. Jika benar ini juga tidak adil kepada penender-penender lain yang turut membida projek berkenaan. Penender lain mungkin tidak berjaya kerana mereka masuk dengan harga tinggi, maka MAHB memilih UEM dan Binapuri kerana mereka masuk dengan harga yang logik. Tetapi jika kos meningkat sehingga 100 peratus adakah ianya masih lagi logik ? 

Soal berkenaan dengan kelewatan dan peningkatan kos KLIA2 telah beberapa kali dibangkitkan oleh DAP dan turut dijadikan modal oleh mereka dalam PRU yang lalu untuk menghentam BN. Malangnya MAHB dan UEM bersikap seperti lembu kenyang. Mereka terus membiarkan pembangkang memainkan isu berkenaan tanpa mereka menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang. Kesalahan bermula dari mereka, yang kena BN. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya. Apa yang susah sangat nak panggil satu sidang media dan jelaskan dengan terang segala punca kelewatan dan peningkatan kos ? 

13 comments:

Anonymous said...

mana tak naik kos, kejap2 AirAsia nak bangunan yang lagi besar kena ubah lagi lepas tu nak itu nak ini...

Anonymous said...

Guna Lebih FIREFLY, MAS dan MALINDO.

Anonymous said...

tlg jgn nak salahkan kontraktor dan Malaysia Airport dlm kes ni Air Asia perlu disalahkan. Byk kali Air Asia nak mengubah spesifikasi dan sering kali kelulusan lambat diterima dari pihak Air Asia. Berzaman Malaysia Airports berperang dgn Tony,persetujuan tidak dpt diterima sehinggalah CEO baru msk.Masalahnya mmg dah perangai Tony tak nak mengaku kesilapannya , dari kes KLIA2 sehingga hal penumpang Air Asia tersangkut tidak dibenarkan naik flight di Vietnam , mana dia nak mengaku..

Anonymous said...

Jangan melatah atau membuat tuduhan yang bukan bukan. Selalunya pembinaan kompleks yang sebegini besar memang banyak pertukaran itu dan inilah dengan kata lain pertukaran atau penambahan spesifikasi2 dari yang sedia ada.ini salah satu faktor yang membawa pada kelewatan dan penambahan kos.

Anonymous said...

Setuju dengan Anon 12.48. Apa apa pun the Airport will be bigger and better

Anonymous said...

Akupun setuju AA patut dipersalahkan.Mungkin dia orang nak masuk jarum, masukkan kroni/PEMANDU diperingkat awal pembinaan tapi tak berjaya maka bermcm alasan diadakan, akhirnya kontraktor sekarang & MAHB dipersalahkan supaya rekod mrka buruk.Cuba2 cari kebenaran??

Anonymous said...

jangan tak salahkan khazanah yang ada kepentingan dalam air asia dan mahb, mas serta uem

lima kali ajer tukar design? buat lah kajian sikit dan usah main belasah

Anonymous said...

kita tak terlibat sama dalam proses tu senangla kita cakap..cer masuk teknikal meeting/client consultant meeting..baru kita tahu bermacam masalah dalam projek ni..isu dia projek ni design awal lain..yg nak buat lain..bila buat plak macam macam nak ditukar..macam macam nak ikut kehendak itu ini..tukar kedudukan menara..tukar ketinggian menara..macam macam hal..

To Live Again said...

Ni mmg perancangan licik AA yang memang berkeras taknak pindah ke lapangan terbanag yang sempurna ini.Mereka lebih senang beroperasi di GUDANG dan bukan di AIRPORT.Dgn cara ini mereka boleh lari dari membayar air port tax pada pihak MAHB.Dgn cara ini mereka boleh mengekalkan harga yg kononnya MURAH.Yerla nk selenggara GUDANG mana la nk sama dgn selenggara AIRPORT.

Mereka sengaja menukar spesifikasi berkali-kali supaya terjadi kelewatann pd projek.Dn spt biasa BN akan mendapat TAIK dn pembangkang mendapat PELURU.

Sgt licik pembangkang.Barua2 mereka penuh spt lambakan sampah di dalam kerajaan dn membuat sabotaj pd kerajaan.Rakyat akan marah dn sokong pembangkang.

Well done Tony! Lu mmg sial!

Anonymous said...

Bila klia2 2 dibuka AA bukan lagi menjadi syarikat pernerbangan terulung tapi jadi macam QPR dan Fi caterham. Kentut je lebih.

Anonymous said...

Jangan salahkan AA,salahkan si Bodoh yg sentiasa mengikut telunjuk AA.Apakah AA yg keluar duit utk buat lapangan terbang tu,sehingga setiap perubahan yg di mintanya perlu di laksanakan,atau pun setidak-tidaknya setiap perubahan dan keliwatan yg timbul kerena kereenah AA misti di cahge kepada AA,baru betul.Sekarang ni minta si Bodoh yg ikut telunjuk AA tu bayaar sebarang pertambahan kos.

raismazzadam said...

Sape tuan rumah...sukahati dia la sepatutnya...tp kes ni penyewa lg berkuasa dari tuan rumah...itu tandanya apa...lu fikir lu jawab...

Anonymous said...

Ini di sebab oleh bodohwi dan kroni-kroninya yang dah terperangkap dengan AA sampai nak buat airport sendiri dekat LABU -Labu nya.