Monday, July 29, 2013

Kuala Besut : Kekuatan Idris Jusoh dan Kecelaruan Pas Buatkan BN Sapu Bersih Semua Pusat Daerah Mengundi


Sebaik sahaja Dun Kuala Besut kosong macam-macam pendapat yang dilontarkan. Ada yang kata BN akan kalah, ada yang kata BN akan menang, ada yang kata akan terbentuk kerajaan campuran dan ada yang kata MB Terengganu akan bubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan untuk mendapat mandat yang lebih kuat. 

Saya sendiri pula dari awal lagi telah meramalkan Pas akan kalah di kerusi tersebut. Antara faktor utama yang mendorong saya meramalkan begitu kerana itu adalah kawasan Idris Jusoh. Pengaruh yang ada padanya 70 peratus sudah cukup untuk menjamin kemenangan BN. Ini kerana beliau sangat popular di kawasan berkenaan diatas kerja-kerja yang beliau lakukan. Orang kampung mana di Besut yang tidak kenal beliau ? Semua orang mengenalinya. Ada yang memanggilnya Pak Yeh, ada yang panggil Datuk Deris dan ada yang panggil Haji Derih.

Idris Jusoh pernah diberi nama Iblis Jusoh oleh puak-puak Pas Terengganu kerana geram dengan kehebatan beliau membuat gerakan untuk menumbangkan Pas di Terengganu pada tahun 2004. 

Selain daripada faktor Idris Jusoh, faktor orang melayu semakin takut selepas melihat keputusan PRU 13 juga turut menyumbang kepada kemenangan BN. 

Disebalik persiapan BN untuk mencatat kemenangan di Kuala Besut Pas pula bergolak dengan masalah calon dan masalah jentera PRK. 

Saya yakin 100 peratus Che Long bukanlah calon pilihan utama Pas Pusat. Sebab apa saya kata begitu ? Sebab tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah Pas seseorang individu yang dipilih sebagai calon Pas diminta bersumpah secara terbuka di depan orang ramai sepertimana yang Pas lakukan kepada Che Long di malam pengumuman pemilihan beliau sebagai calon. 



Kita tahu selama ini setiap orang yang dipilih sebagai calon Pas akan diminta bersumpah bahawa orang itu tidak akan meninggalkan Pas atau melakukan pengkhianatan kepada Pas. Tetapi majlis bersumpah itu dilakukan secara tertutup di depan barisan kepimpinan mereka sahaja. Dalam kes Che Long beliau diminta bersumpah secara terbuka di depan orang ramai. Kenapa Che Long dimalukan sebegitu rupa ? Pas mahu supaya semua orang melihat sumpah Che Long kerana bimbangkan Che Long lompat atau keluar parti jika dia menang. Maklumlah Che Long bekas orang Umno walaupun kini beliau bendahari Pas Besut. 

Bekas-bekas Umno yang kaya-kaya masuk Pas jawatan yang selalu Pas berikan adalah bendahari. Supaya senang Pas nak kaut duit. Samalah seperti Kamaruddin Jaafar pada tahun 1998. Semasa Kamaruddin dalam Umno bersama Anwar apa yang Pas tak kata kepada dia kerana Kamaruddin berada dalam Berjaya Group yang dikuasai Vincent Tan, dimana sport toto turut terletak di bawah Berjaya Group. 

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dan Kamaruddin Jaafar masuk Pas terus diberi jawatan bendahari Pas Pusat. Dah halal ke semua duit toto tu bila masuk akaun Pas ?  

Bercakap pasal sumpah Che Long....selama ini dalam mempertahankan Anwar Ibrahim Pas sering kata dalam islam tiada sumpah-sumpah. Yang ada hanya sumpah untuk suami isteri sahaja. Tetapi kenapa pula dalam kes Che Long Pas minta dia bersumpah ? 

Jika Che Long diminta bersumpah, kenapa pula Mustafa Ali tidak boleh bersumpah untuk menafikan dirinya empunya spender putih cap crocodile dalam satu paparan video bersama seorang wanita ? 

Berbalik kepada kisah di Kuala Besut....

Pesuruhjaya Pas Terengganu
Kecelaruan jentera PRK Pas jelas kelihatan sejak awal lagi. Besut terletak dalam negeri Terengganu. Maka sudah tentulah Pas Terengganu yang diketuai Wahid Endut perlu bertanggungjawab dalam PRK berkenaan. Pada mulanya Pas Terengganu menamakan adun Pas Paka sebagai pengarah pilihan raya mereka. Entah bagaimana jadinya tiba-tiba ianya bertukar kepada orang Pas Kelantan, Husam Musa. Dari situ orang ramai sudah boleh melihat kecelaruannya. Kemudian Pesuruhjaya Pas Terengganu , Wahid Endut meninggalkan Kuala Besut untuk menunaikan umrah. Pelik tak ? Orang yang mengetuai Pas Terengganu tinggalkan medan perang di saat perang sedang berlangsung. Sudah tentu ada yang tak kena. Jika rancangan untuk menunaikan umrah telah dirancang lebih awal sekalipun, beliau sepatutnya menangguhkan pemergiannya kerana PRK sedang berlangsung di kawasan takluknya. 

Pas sering melaung-laungkan kepada pengikut-pengikut mereka tentang perjuangan islam mereka dalam Pas. Bagi mereka berjuang dalam pilihan raya adalah satu ibadah untuk menegakkan islam. Sampai masa ketua tinggalkan perperangan untuk pergi umrah. 

Semasa kempen sedang berlangsung juga seribu satu kecelaruan Pas yang dapat dilihat. Husam Musa sebagai pengarah pilihan raya sepatutnya menjadi jurucakap rasmi Pas kepada media. Tetapi itu tidak berlaku...sekejap Dzulkifli Ahmad yang bercakap....esok pula Hatta Ramli yang bercakap. Esok lagi Satiful Bahari pula yang bercakap. Esok lagi Hanafiah pula yang bercakap. Akhirnya calon Pas tidak dibenarkan buka mulut untuk bercakap. 

Calon Pas sendiri pun tidak kurang juga peranannya dalam menambah kecelaruan terhadap Pas. Belum apa-apa lagi dia sudah berkata untuk melantik orang menguruskan tugasnya sebagai wakil rakyat jika dia menang kerana dia sibuk dengan urusan perniagaannya di Kota Bharu. 

Kehadiran Nik Aziz menuduh orang Umno tidak sembahyang menambah lagi derita Pas di Kuala Besut. Video ucapan Nik Aziz tersebar dari satu rumah ke satu rumah. Sikap melampau Pas berpolitik di bulan Ramadhan menimbulkan rasa benci pengundi kepada mereka. Mana tidaknya jika di pasar tani dan pasar Ramadhan pun Pas pasang pembesar suara kuat-kuat dan melalak-lalak berceramah membuatkan pengundi berasa jelek.

Kehadiran pelancong politik Pas dari negeri lain membuat flash mob di sana-sini membuatkan masyarakat luar bandar di Kuala Besut merasa terkejut dan menambahkan lagi rasa benci mereka terhadap Pas. 

Inilah antara sebab Pas kalah habis di semua kelapan-lapan Pusat Daerah Mengundi dimana dalam PRU 13 dua bulan setengah sebelum PRK Pas menang di dua Pusat Daerah Mengundi. 

Dalam pilihan raya kecil hebat macamana sekali pun kita jika kita bukan orang tempatan jangan kita nak berlagak. Hanya orang tempatan yang faham sensitiviti masyarakat tempatan. Di pihak BN walaupun jentera pilihan raya diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin, tetapi setiap perkara yang hendak dilakukan ianya perlu dirujuk kepada Datuk Seri Idris Jusoh dulu yang lebih memahami keadaan setempat. Sebab itu MB Terengganu sendiri selaku Pengerusi BN negeri serah kepada Idris Jusoh untuk menentukan segalanya. 

Satu lagi contoh dalam PRK Galas pada 2010. BN pada masa itu menyerahkan kepada Ku Li selaku pemimpin tempatan di Gua Musang untuk membuat segala keputusan. Apa yang nak dibuat semuanya perlu dirujuk kepada Ku Li. Jika Ku Li kata jangan makan tak perlu dilakukan. Sikap hormat menghormati akhirnya membawa kejayaan kepada BN apabila BN berjaya merampas kerusi Pas dalam PRK Galas. 

Bukan macam Pas yang caca marba. Pilihan raya di negeri Terengganu, orang Kelantan dan orang Selangor pula yang sibuk nak menjadi kapten. Akhirnya kalah habis kelapan-lapan PDM. 

Semasa kempen bukan main lagi Pas cakap berlagak kononnya mereka akan menang PRK berkenaan. Lihat sini , sini , sini , sini , sini , sini

Bila kalah tiba-tiba pula kata BN rasuah pengundi dengan projek....

Cara kempen BN sama di mana-mana PRK. Rakyat tempatan ada masalah mereka selaku kerajaan mereka selesaikan. Bila Pas kalah mereka kata BN rasuah pengundi. Bila Pas menang seperti di Kuala Terengganu tahun 2009, Bukit Gantang tahun 2009, Manek Urai tahun 2010 dan Permatang Pasir tahun 2010, mereka kata rakyat dah tolak Umno dan BN kerana mereka mengamalkan rasuah. Rasuah juga....BN menang mereka kata rasuah.....BN kalah pun mereka kata rasuah.....

Orang BN bagi duit minyak kepada pengundi luar yang pulang mengundi mereka kata rasuah. Tetapi apabila Pas bagi minyak motosikal kepada pengundi mereka kata itu sedekah jariah. Lihat video dan gambar di sini.


Itulah Pas....dulu kini dan selamanya tetap dikuasai iblis. Ada kalanya terfikir juga jenis apakah iblis yang menguasai Pas ini ? Sebab setahu kita iblis semua kena rantai pada bulan Ramadhan. Tetapi iblis Pas boleh terlepas dari rantaian sampai boleh fitnah orang tak sembahyang dan mengamalkan rasuah sesuka hati mereka sahaja. 

Tahniah diucapkan kepada semua jentera BN dari segenap peringkat yang bergerak dengan tersusun dan kemas sepanjang tempoh kempen. Semua hormat pada tugas masing-masing. Cubaan Pas untuk melaga-lagakan Datuk Seri Ahmad Said dengan Datuk Seri Idris Jusoh juga tidak menjadi. Ini satu contoh yang baik  kerana kita tidak termakan propaganda yang dicipta musuh. Akhirnya kita berjaya  mencipta kejayaan.

Takziah kepada Husam Musa kerana kalah hatrick...Kalah di Putrajaya, kalah saman dengan Kicdefella, kalah di Kuala Besut. Lain kali jangan banyak sangat berkhayal....hidup atau perancangan mesti di dunia realiti. 

19 comments:

To Live Again said...

Salam RBF,

Sy bersetuju dgn 'Dato Deris Factor' di Kuala Besut.

Jika kita tengok kekuatan umno di Terengganu dulu naik mencanak di bawah kepimpinan Dato Idris tapi jatuh merudum bila Dato Idris mula diketepikan.

Terus terang syaa katakan,saya amat kecewa bila Tuanku Sultan Sultan Terengganu pada tahun 2008 tidak memperkenankan pelantikan Idris Jusoh untuk kekal sebagai MB walaupun BN mng cemerlang 2/3 walaupun umno dilanda tsunami politik pada 2008.Bukan maksud saya nk menderhaka pd Sultan tp tindakan Sultan menolak beliau tanpa alasan2 kukuh menyebabkan Pas mendapat laba politik yg sgt besar hasil dari perpecahan umno.

Kita tidak boleh salahkan Idris dan pasukan beliau jika mereka diakatakan MERAJUK.Jika saya menjadi Idris pon sy akan MEARJUK.Beliau telah bekerja keras merampas Terengganu dari cengkaman Pas pada 2004 dgn mengekalkan kemenagngan bergaya pada 2008,alih-alih diketepikan tanpa sebab musabab yang kukuh.

Ya,ada org mengatakan pelaksannan projek mega berbilion ringgit di Terengganu spt Majjid Kristal,Pulau Wan Man,TTI dll yg melibatkan berbilion wang rakyat mengundang kemurkaan Sultan yg dikatakan amat marah WANG RAKYAT digunakan sewenangnya.

Tp kita juga harus ingt RAKYAT yg dikatakan MARAH kpd Idris jugak la meberi kemenangan 2/3 pd BN tahun 2008 dn rakayat yg MARAH pada 2013 juga hampir menumbangkan Ahmad Said.

Boleh tak RBF kupas sikit siri krisis Idris VS Ahmad Said ni.Sy kurang info la pasal benda ni.

Anonymous said...

Tiada kejadian yg sempurna di dunia ini, kecuali dgn izin Allah. Manusia yg sentiasa mencela mencaci menfitnah tohmah dan pelbagai perkara tidak baik kepada org lain nescaya akan terbalik semula kepada dirinya sendiri. Balasan di dunia akan mereka dpt sebelum di azab diakhirat.

Anonymous said...

Lawok, lawok! isi minyak motor, free 3 jam saja! PAS parti singkek!

Anonymous said...

Hj Derih memahami rakyat ,cerdik dan memandang jauh kehadapan...Kami bangga dengan kepimpinannya.Lo ni..kami lebih bangga dia dah jadi menteri...faktor isteri juga penting

Anonymous said...

saya paling suka dengan para terakhir ..... hahahahaaaa .... husam ... husammmmmm

Anonymous said...

BN menang kerana rasuah.. eh eleh... PAS menang sebab banyak 'buat asas' le. Tak sedor diri lagi puak-puak mereka ni...!!!!

Batu asas jambatan palekbang..
Batu asas lebuhraya rakyat...
Batu asas stadium baru..
Batu asas bawah KB ade minyak (saje aku tambah batu asas tu, tapi memang Husam ade cakap pasal bawah KB ade minyak pun.. pelawok)

Nasib baik tak sempat nak letak batu asas untuk projek keretapi laju 1 jam dari KB ke KL... dari Gua musang ke KL, laluan adalah atas di angin bukan di atas tanah.. (HUSAM PELAWOK..PELAWOK..PELAWOK...)

Anonymous said...

Idris Jusoh ni jatuh nama sebab dikudakan pak lelah nak kayakan kroninya parick badawi. Duit minyak hilang rakyat tak dapat manafaat. Tetapi sebenarnya Idris jusoh ini kalau kerja lebih sistematik,

Anonymous said...

Bila la Ahmad Said nak kena guling nih.. MB paling takde pandangan jauh, kurang ilmu, takde visi, kekampungan, pendek kata bodoh laa..

Rakan Media Rakyat News said...

Assalamualaikum,

Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

Sekian, jutaan terima kasih.


Rakyat News

http://www.rakyatnews.my/

Anonymous said...

Tahniah BN. Tapi perlu ada kerjasama yg lebih hebat antara pemimpin tertinggi dan pastikan rasuah tiada dlm UMNO utk memenangi PRU yg akan datang. Pastikan semua janji ditepati.

Betulkah ada janji nak korek muara sungai dgn kos sehingga RM600 juta? (Lihat outsyedthebox.com).

Saya pun tak faham dgn blogger mamak syed ni. Kata penyokong BN tapi sepanjang masa mengutuk kerajaan. Kata islam tapi sentiasa mengutuk ulama. Katanya hadis dalam bahasa Arab cerita. Jadi tak boleh digunakan sebagai rujukan. Agaknya pegangan beliau adalah ahli shi......

Saya harap dapatlah saudara nasihatkan beliau agar berpada2 memberi pendapat tentang BN dan Islam sekiranya beliau penyokong BN. Penulisannya telah banyak menghasut penyokong BN menentang BN dan Islam.

Anonymous said...

Siapa Menang dan Siapa Kalah di Kuala Besut.

Umum mengatakan pihak yang Menang adalah BN dan yang kalah adalah Pas. Kenapa tak ada yang kata kata pihak yang menang adalah BN dan yang kalah adalah Pakatan Rakyat ? Pertandingan yang berlaku adalah diantara Parti Barisan Nasional dengan Parti Pakatan Rakyat.

Siapa anggota Parti Barisan Nasional = Parti Umno, MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan 8 parti2 lain. Siapa anggota Parti Pakatan Rakyat = DAP, PKR dan Pas.

Di Kuala Besut, saya tak setuju kalau nak kata pertandingan diantara BN melawan Pas. Kalau BN menang pun saya tak rasa BN hebat sebab BN itu umpama seekor Gajah sedangkan Pas hanya seekor kancil yang kerdil dan lemah. Tetapi kalau BN menang kerana berjaya mengalahkan PR, itu saya betul2 tabik dan tak malu nak puji " BN Hebat ".

Di Kuala Besut, pertandingan sebenarnya diantara Umno dengan Pas. Yang menang adalah Umno dan bukan BN. Yang kalah adalah Pas dan bukan PR.

Kalau nak kata BN yang bertanding, adakah parti2 komponen MCA, Gerakan, MIC, PPP dan SUPP turun berkempen membantu Umno di Kuala Besut ? Kalau nak kata PR yang bertanding, adakah parti2 DAP dan PKR turun kempen membantu calon Pas ?.

Terima lah kenyataan UMNO Menang di Kuala Besut dan Bukannya BN. Mengakui lah kebenaran UMNO menang di Kuala Besut kerana Faktor Muhyidin dan bukan sama sekali kerana faktor Najib.

Di pihak Pas, belajar lah menerima kebenaran Allah swt bahawa Pas ditolak oleh orang Kuala Besut kerana faktor DAP yang kafir yang tidak sedikit pun ada rasa hormat kepada agama Islam.

Insyalah, selagi Pas bergantung kepada DAP untuk memperjuangkan islam maka kita yakin Allah akan menjauhkan hati orang2 islam daripada mengingati Pas.

Ahli Umno Titiwangsa.



Anonymous said...

" Yes, Ahli Umno Titiwangsa ", I support the move to remove Najib.

Anonymous said...

Pada teman Idris Jusuh ni sesuai jadi Menteri besar.....Tapi nak buat macam mana sultan tak suka dia ......

Anonymous said...

Deris Gaduh dgn kerabat sultan pasal balak..

DON MELAYU said...

Itu lah PAS dengan sandiwaranya yang sering dimainkan sejak dulu hingga sekarang..kau rbf, nasib baik la husam tak janji nak buat highway dri kuala besut trus smpai ke pulau perhentian..dia kalau bab2 rncang projek ni mmg dia hebat husam ni, tapi semua angan2 dia jela...dapat duit dia rembat...PAS dah xde arah tuju dah skrg,masa kempen di kuala besut hari tu pun diorng tak dpat skongan dri DAP dan PKR...DAP dah dpat undi melayu sebelum ni, dah puas dia kudakan PAS skrg ni dia buat anjing jelah kat PAS

Anonymous said...



Saya pernah terbaca ada pelawat blog bertanya ANTARA SUNNI DENGAN SYIAH, SIAPA ISLAM DAN SIAPA KAFIR ?

Tapi mendukacitakan kerana tak ada siapa yang berani menjawab.

Anonymous said...

Korang tengok Najib punya respon. Sebelum ini dah berapa ramai orang2 biasa yang mati kena tembak. Najib sepatah pun tak kata apa. Tapi bila yang kena tembak tu orang yang ada pengaruh yang ada duit maka keluar dalam paper Metro " Najib Bimbang Kes Tembak ". Ptuiiii .... siapa yang punya angkara. Dulu masa ada ISA ada Ordinan Darurat, keadaan tak semacam ini, sekarang Malaysia lebih teruk daripada negara Thaiand, lebih tak selamat daripada negara Thailand.

Siapa yang hapuskan ISA ?
Siapa yang hapuskan Ordinan Darurat ?

Dan sekarang adalah masa untuk kita perwakilan Umno menghapuskan Najib daripada Umno dan kerajaan pula.

Ahli Umno Titiwangsa

Anonymous said...

rasuah minayk motor mana blh jalan bai. budak2 skrg pi melepak pun bawak ipad. takat minyak rm5 tu sapa nak heran...
mentaliti kelad berapa la puak pas ni..

Anonymous said...

MEMANG BENAR IBLIS DIRANTAI PADA BULAN PUASA NIH....TETAPI IBLIS TUA DARI KELANTAN DAH TERLEPAS DAN BUAT FITNAH ORANG UMNO TAK SEMBAHYANG HANYA DIA SEORANG YANG SEMBAHYANG.....DIA TU BEKAS MB AKU LAH....MALU SUNGGUH AKU SITUA BANGKA NIH MASIH LAGI JADI BAPAK FATWA (KARUT)ORANG LAIN DI KALA USIA SESENJA DIA SELAUNYA DIMULIAKAN DAN SEMAKIN CANTIK PERIBADI DAN TUTURNYA..TAPI MALANG BELIAU TERUS HANYUT DENGAN DOSA KERING DAN SEMAKIN HILANG KEMULIAAN NYA......SEMUA ITU MUNGKIN CELAAN ALLAH BUAT BELIAU DI BULAN MULIA INI......SEMOGA NIK AZIZ BERTAUBAT DAN HABIS SISA USIA DENGAN KERJA MULIA DAN BERFAEDAH......amin..amin....yang ikhlas MAMUD KOTA BHARU.