Monday, July 22, 2013

Kurang 40 Jam Sebelum Pengundian Pas Masih Bergolak Di Kuala Besut


Kurang 40 jam lagi sebelum pusat pengundian Dun Kuala Besut dibuka pada jam 8 pagi Rabu ini, masalah dalaman yang dihadapi Pas di Kuala Besut masih belum selesai hingga kini. 

Tak pernah lagi rasanya dalam sejarah pilihan raya kita boleh melihat Pas berperang sesama mereka sendiri. Seingat saya inilah kali pertama ianya berlaku. Semuanya berpunca daripada rasa tidak puas hati  perlantikan Husam Musa sebagai pengarah pilihan raya Pas.

Semua orang tahu daerah Besut dan Dun Kuala Besut terletak dalam negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan. Seawal kerusi Dun Kuala Besut kosong Pas Terengganu telah menggerakkan jentera mereka dan melakukan apa-apa kerja yang patut dilakukan termasuk dalam soal pemilihan calon dan pembentukkan jawatankuasa PRK. Pas Terengganu diterajui oleh Abd Wahid Endut.

Mengikut maklumat yang diterima antara calon yang telah disenaraikan oleh Pas Terengganu pada peringkat awal adalah bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi dan seorang pemuda Pas, Riduan Mohd Nor. Manakala Wahid Endut pula telah mengumumkan Adun Pas Paka, Satipul Bahri sebagai pengarah pilihan raya berkenaan. 

Ding...dong...ding...dong....difahamkan hasil campur tangan MB telah bersara di peringkat Pas pusat telah membawa kepada pemilihan Azlan@Endut yang juga dikatakan rapat dengan Husam Musa sebagai calon.  Bukan setakat orang Husam yang dipilih sebagai calon, malah Husam turut dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Seorang pun tiada pemimpin Pas Terengganu dalam sidang media yang diadakan ini
Di sini kita boleh lihat siapa yang bijak mempengaruhi MB yang telah bersara supaya mempengaruhi Pas Pusat dalam soal pemilihan calon ? 

Akhirnya Pas Terengganu membawa diri meninggalkan gelanggang PRK Kuala Besut. Segalanya telah dirampas oleh Husam. Dan kini dikatakan Pesuruhjaya Pas Terengganu membawa diri ke Mekah untuk menunaikan umrah. Secara logik beliau sebagai orang yang mengetuai Pas Terengganu tidak sepatutnya meninggalkan kawasan pilihan raya yang diadakan dalam negerinya. Betul ke beliau pergi umrah ? Atau untuk cover line sahaja kerana tak nak bagi nampak beliau merajuk ? Samada beliau pergi umrah atau tidak ianya tidak menjadi masalah. Yang penting beliau tidak kelihatan di Kuala Besut.

Panglima tinggalkan medan perang sewaktu pertempuran....wajarkah ?
Kisah apa hubungan Husem dengan calon Pas berkenaan yang wajib anda baca di sini

Ada orang Pas Terengganu yang berkata, apa ke benda ni ? Husam yang Sultan Kelantan dan Pas Kelantan pun dah tak nak, tiba-tiba dilantik sebagai pengarah pilihan raya ? Tak ke bodoh ? 

Di sini Pas bukan sahaja berantakkan sesama mereka , malah turut berdepan masalah dengan PKR. Sehingga kini jentera PKR dikatakan tidak membantu Pas. Maklumlah sebelum ini PKR Terengganu menuntut kerusi Kuala Besut untuk mereka.

Malang sungguh nasib Pas di Kuala Besut....mereka cuba nal laga-lagakan Ahmad Said dan Idris Jusoh. Kini mereka yang terlaga semasa sendiri kiri dan kanan.

Untuk melihat apa yang terjadi di Kuala Besut anda boleh lihat di sini

10 comments:

Anonymous said...

Ntahla dgn PAS neh...dah macam2 kekhilafan di perlihatkan secara sengaja ataupon secara xsengaja tapi masih ada lagi yg taksub mmprcayai...

kalo org Ganu masih xserik lagi dgn 'suasana' semasa PAS menguasai ngr dulu,,undilah PAS...ternyata PAS berjuang bkn demi agama tapi demi 'habuan' ...Islam cume pada nama parti n penampilan tapi tidak pada perjuangan...

UNDI PAS = DAP + PKR...liberal, sosialis, komunis , tolak ngr Islam , lgbt, gadai kalimah Allah..

Anonymous said...

org ganu ngaloh sokmo dgn sek2 klatang...besut tu ganu biar dia kecek supe mu pung...ganulah jugok. bakpe dok ngikuk je si husang bengong nih????

Anonymous said...

BILE PM NK UMUM BONUS NIE????LAME DH TUNGGU NIE...LAST WEEK CKP ADE BAYANG2 UTK PENJAWAT AWAM.....APE DAH XKN NK TUNGGU RESULT PRK KUALA BESUT BR NK UMUM...

Anonymous said...

Pendekatan yg diambil oleh pembangkang di Besut adalah sama seperti pendekatan yang diambil oleh Feel Mikaelson (FM) dalam pertandingan golf "the open championship 2013".

Tatkala lain-lain pemain sedang mendahului dengan pungutan markah 2-3 mata atas par, sedangkan FM pula hanya memungut 2 mata bawah par (yakni harapan FM untuk muncul juara teramatlah tipis), tup-tap, pernyataan ini keluar dari mulut beliau:

"kemungkinan besar (disebabkan saingan yg sengit dan tekanan yang lebih biso daripada biasa) pungutan mata menyamai par sudah dianggap cukup tinggi untuk melayakkan pemain teratas untuk jadi juara open championship pada tahun ini"

Seperti dijangka, dalam pada lain-lain pemain terperangkap dengan pernyataan tersebut (iaitu berasa selesa hinggakan persaingan jadi kendur), FM sebaliknya menggunakan kekuatan mental untuk meningkatkan saingan dan seterusnya menamatkan permainan dengan pungutan 3 bawah par!

Pungutan 3 bawah pas sudah cukup selesa untuk mengangkat FM sebagai juara buat kali ini kerana lain-lain pemain yang terperangkap dengan pernyataan beliau telah merosot pungutan mata yakni hanya mampu mengumpul mata sebanyak par atau bawah par saja.

Soalnya apakah taktik yang digunapakai oleh pembangkang pada kali ini yg pada kebetulan serupa taktik yang digunakan oleh juara baru open championship 2013 memiliki keberkesanan sama seperti taktik FM?

Atau apakah pembangkang akan sekali lagi berdepan dengan hakikat ini: "manusia merancancang, Tuhan tentukan"?

Anonymous said...


Kuala Besut 16-16

Anonymous said...

16 - 16 ke bendanya kalau PAS macam main pondok2 je kat Besut. Calon macam tangkap muat je.

Langsung tak ada uuummmppphhhh.

Anonymous said...

Kalau PAS menang PRK Kuala Besut nanti tahulah siapa yg berlaga sesama sendiri.Kerajaan BN Trengganu mesti goyang dan lemah.Pembangkang dan Kerajaan akan mempunyai kuasa dan suara yg sama rata.Takdelah Datuk Ahmad Said mendabik dada sgt.Husam Musa kelak akan lebih berpengaruh,Muka pecah tanah dah maju selangkah jd muka pecah majoriti pulak.. makin kelas..

usin said...

kalau bn menang bergaya di kuala besut, pm umum bonus raya setengah bulan gaji minimum rm500.00. selebihnya lagi 2 bulan gaji pada bulan 10 dan 12. kalau menang nyawa2 ikan atau kalah....paham2 ajelah. jiwa kacau, pasti merajuk. tak pasal2 cukai akan melambung masa belanjawan nanti. haru kita ooooo....

Anonymous said...

Saya sendiri penyokong Pas berasa malu dengan sifat pemimpin Pas sekarang... Parti islam tp memperjuangkan utk memiliki harta dunia bukan Akhirat...Auzubillah

Anonymous said...

Teman orang perak nak tumpang sekaki buat komen. Boleh kan ?

Bunyinye sangat hebat kempin BN ni.
Penyokong berduyun-duyun kemane saja kempin di adakan.
Pas nampak huru-hara. Kimpintak ade sambutan. Husam Musa dah nak jadi macam Hitler (Misai nye lah)
Keyakinan nampak 100$ BN menang besar esok.
Hakikaynye keputusan muktamat esok.Lepas pengiraan peti undi.
PRU13 pada mulanye menampakkan BN akan menang besar.Semua bangsa sokong BN. Siap dengan tulis baju I Love PM. lagi. Lepas pengiraan undi , BN cemeh-cemeh tak tersungkur !.Di negeri teman cuma lebih 2 kerusi aje. Di Terengganu lebih 1. P.Pinang dan Selangur cemeh tak kosong.
So, jangan syok sangat hingga lupa pengalaman lalu.
Semoga semua yang layak turun mengundi di PRK Ho.1 Kuala besut esok.

By : Cikgu"S"