Friday, July 12, 2013

Video:Azam Calon Pas Sekiranya Beliau Menang Di Kuala Besut




Belum menang lagi dia dah pasang niat apa yang dia nak lakukan sekiranya dia menang. Dia nak serah kepada orang lain untuk jalankan tugas wakil rakyatnya. Dia sibuk dengan urusan perniagaannya.

12 comments:

Anonymous said...

he he he he he....jadi kalo dia menang ..akan ada wakil dari wakil rakyat....omak aihh...wakil rakyat dah amek 20%..wakil nnt mahu 40%..n wakil2 kpd wakil pn akan amek berpersen2...makanya di penghujung citer rakyat Kuala Besut tinggal NO SEN atau nonsense....
bha ha ha ha ha ha

Anonymous said...

CALON PAS YANG PALING BANGANG DAN PALING BENGONG TUUU...
BOIKOT BCL ABD ....he ehe GERAKAN ANTI PKR BLOGSPOT.COM

Anonymous said...

Politik adalah satu perniagaan ...POLITIS.

Anonymous said...

Waaa..senang hidup jd wakil rakyat kalau mcm nie..tang projek ko sebat tang pasal rakyat ko upah org uruskn...terbaekk la wakil rakyat mcm nie....ptuiii

anti bohmau said...

PAS SILAP BESAR LETAKKAN CALON GILO MENIAGO LAGI NIH!! SILAP AAA...

tokku banggu

Anonymous said...

Bukan Pas silap pilih calon. Tapi dah tak ada lagi orang yang layak nak dicalonkan. Main bedal jer la.

Anonymous said...

Seri 16-16

Apa juga korang nak kata tentang calon Pas yang sorang ini. Saya tak mahu kisah. Saya tetap mahu Pas dimenangkan dalam PRK Kuala Besut. Kita nak try 16-16 keatas Umno dan Pas. Kita nak uji hati perut Umno dan Pas sama ada mereka fikirkan melayu fikirkan islam lebih daripada mereka fikirkan perut mereka sendiri.

Kalau terjadi keadaan 16-16, kalau pemimpin Umno dan pemimpin Pas sungguh2 berjuang untuk melayu untuk islam, mereka akan bermesyuarat, berbincang, berpakat memikul tanggung jawab secara bersama untuk mentadbir negeri.

Tak apa lah, jawatan MB biar Umno pegang. Jawatan exco dirombak dan disusun semula dibahagi sama banyak bilangannya (eg. Umno 5 Pas 5). Saya rasa di pihak Umno tak ada masalah untuk menerima. Cuma bimbang dengan Hadi Awang, dia ni ulamak tapi yang menerima tarbiah daripada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, yang bertindak mengikut arahan LKS dan LGE, yang melihat Umno sebagai musuh dunia akhirat. Kalau nak buat kacau pun dia ni sekor saja, tapi kalau lain2 wakil rakyat Pas melihat ini lah satu2nya peluang untuk Pas membuktikan kepada orang melayu bahawa Pas boleh bersama2 dengan Umno atas kepentingan melayu dan islam, begitu juga di pihak Umno. Maka baik Pas mahu pun Umno sepatutnya berdoa supaya keadaan 16-16 itu benar2 terjadi sebagai mana kita umat islam berdoa agar bertemu dengan " malam lailatul qadar " dalam bulan ramadan ini.

Walau pun Hadi Awang itu Presiden Pas, tetapi jika dia membuat kacau selepas terjadi keadaan 16-16 hanya kerana kepentingan perut dia tidak tertunai, maka pada Muktamar Agong Pas 2013, Hadi Awang ini wajib dan wajar di halau daripada menduduki barisan kepimpinan Pas. Saya berani berkata orang melayu tak berparti menjauhkan diri daripada Pas kerana Hadi Awang .. (1) Kerjasama dengan DAP (2) Banyak mengalah kepada DAP (3) Isu Kalimah Allah.

Biarlah angka 16-16 di Trengganu menempa sejarahnya tersendiri. Biarlah angka 16-16 itu menjadi angka suci yang akan mengikat melayu dalam memulakan langkah membina semula kesatuan melayu yang telah hampir2 berjaya dihancurkan oleh musuh2 melayu yang disangka rakan setia kawan oleh orang melayu selama ini.

Kepada Pas, kita nak ingatkan jadikan jurang pencapaian kerusi parlimen diantara Pas dengan DAP yang ibarat " langit dengan bumi " sebagai pengajaran untuk menerima kebenaran bahawa " Pas sentiasa dalam kerugian, Islam sentiasa terkebelakang bila Pas meminta bantuan daripada golongan kafir ".

Ayuh Umno, ayuh Pas mari kita cuba angka 16-16 siapa tahu ada keramat dan ada hikmat disebaliknya.

Hj Ariffin

Anonymous said...

17 : 15 lah..
tak perlu nak test2.

Anonymous said...

Ambo Sokong 16-16.
Umno 16 Pas 16.

Maka tokleh nak bentuk kerajaan
Terpaksa lah gi mengadap sultan
Maka Sultan pun lalu bertitah
Kamu berdua jangan duk berbalah

Negeri ini beta yang punya
Kamu berdua perintah bersama
Biar musuh melayu tidur tak lena
Umno Pas berbaik mereka paling keciwa

Orang Umno dan orang Pas
Jangan takut enam belas enam belas
Kalau Umno dan Pas ikhlas
Nikmat dua2 pihak akan galas

Hj Ariffin

Anonymous said...

Nak tanya orang Umno Kuala Besut. Hangpa puas hati kah dengan pembelaan Najib keatas bangsa melayu selepas kita ramai2 pakat undi Umno pada PRU13.

Kalau hangpa rasa Najib buat yang terbaik untuk melayu selepas dia menang PRU13 ... okay undi lah calon Umno dalam PRK Kuala Besut.

Tapi kalau hangpa rasa Najib nampak2 nak lebih jaga hati cina daripada hati melayu selepas dia menang PRU13 ... undi saja calon Pas dalam PRK Kuala Besut sebagai tanda protest terhadap Najib.

Undi Pas = Protest Najib Abaikan Melayu.

Mat Kedah

Anonymous said...

Ini bukan macam PRU tahun 2008. Letak posman pun menang.

Biarlah rakyat Besut membuat pilihan. Mereka lebih tahu mana yang buruk dan mana yang baik.

Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Anonymous said...

Kuala Besut 16-16. Insyalah.