Thursday, August 29, 2013

PKR Selangor Bergolak Rebut Harta Karun, Faekah Bakal CEO MBI

Sejak lepas PRU 13 kedudukan PKR di Selangor sentiasa bergelegak. Ianya berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap Khalid Ibrahim. Punca utama yang menyumbangkan rasa tidak puas hati terhadap Khalid pula berpunca dari gelagat seorang betina yang bernama Faekah Husin.

Selain dari menjadi setiausaha politik Khalid Ibrahim , Faekah juga adalah orang kanan Wan Azizah.  Seperti yang diketahui umum hubungan Wan Azizah dengan Azmin juga sentiasa dingin. Peperangan yang berlaku di Selangor melibatkan puak Wan Azizah dengan puak Azmin.

Selepas PRU 13 mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikan oleh Anwar telah mengarahkan Khalid Ibrahim agar tidak melantik Faekah semula sebagai setiausaha politik bagi mengatasi masalah  penguasaan yang terlampau Faekah ke atas Khalid.

Anwar telah mengarahkan Khalid agar membawa masuk Saifuddin Nasution@Din Batak ke dalam pejabat MB sebagai ketua staf. Semua orang tahu kemasukkan Saifuddin ke dalam pejabat MB adalah untuk mengawal pergerakan Khalid dan Faekah.

Kehadiran Saifuddin di pejabat MB tidak dialu-alukan oleh Khalid dan Faekah. Saifuddin diminta melaporkan diri kepada Faekah. Lebih malang lagi sebagai ketua staf sepatutnya Saifuddin di tempatkan di pejabat MB di tingkat 20 dan 21, tetapi apa yang terjadi Saifuddin di tempatkan di tingkat 5. Baca selanjutnya di sini.

Ketika mengulas isu Saiffuddin tidak masuk pejabat, Khalid Ibrahim menjawab seperti berikut,
"Kita tak ada pejabat tapi kita ada apa yang dipanggil laptop atau Ipad. Itulah yang dimaksudkan dengan pejabat. Kerana komunikasi kini, ramai orang lebih gembira berkomunikasi sambil memukul bola golf.' 

Boleh baca selanjutnya di sini

Berita yang baru tersebar pula mengatakan Khalid Ibrahim tidak melantik Faekah lagi secara rasmi sebagai setiausaha politik, tetapi dia masih menjalankan tugas itu secara tidak rasmi. Dan Faekah akan diberi satu jawatan baru iaitu CEO Menteri Besar Incorporated (MBI). Perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi. Wow.....lagi besar pangkatnya selepas ini. Lagi hebatlah cengkaman Faekah ke atas Khalid. Dan lagi bergolaklah PKR Selangor. 

Blogger flying kick ada ceritanya bagaimana kisah Anwar dikencing Khalid Ibrahim di sini...

Apa yang terjadi ini menunjukkan kepada kita semua inilah wajah sebenar orang yang berceramah siang malam sampai tersembur air liur bertan-tan memaki hamun Umno kononnya gila kuasa, rasuah, dan sebagainya. Mereka sebenarnya yang lebih teruk. Tipu orang ramai kononnya berjuang untuk rakyat, untuk negara dan sebagainya. Padahal semuanya berjuang untuk mendapat keuntungan diri sendiri. 

5 comments:

Anonymous said...

Penganut Pakatan rakyat amat sesuai dgn peribahasa ..

kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang taik...

Kuman seberang laut nampak tapi sopak kat badan xprasan pon atau wat xtau jer...

Cakap xserupa bikin..

Anonymous said...

Btl ke faekah husin nie anak dara tua..mohon pncerahan..

Anonymous said...

dulu zaman bn kat selangor pun sama teruk jer.. penyamun 2 macam mokhtar katun,sarip jarjang,satim demand,hir toyo dan ramai lagi kaki sakau dan kaki songlap.. politik ni sama kotor ja.. public yang takda apa2 hubungan tak dapat apa2 manfaat pun..yang kaya dua2 puak haram jadah politikus ni saja.. blogger mcm hang ni dapat la ubah sana sini sikit buat kerja.. baca bolehlah..dengar dan ikut tak payah... dua2 parti macam haram jadah..

Anonymous said...

PKR (PR) menang di Selangor sebab 99% pengundi cina dan india undi. Melayu ada juga yang undi PKR (PR) tapi mererka adalah terdiri daripada melayu2 yang " tak berapa cerdik aqal ".

Tahniah dan syabash kepada melayu perlis, melayu kedah, melayu perak, melayu negeri sembilan, melayu melaka, melayu johor, melayu pahang dan melayu trengganu.

Kepada melayu2 yang sebut tadi saya ingin berkata " anda celik aqal " jika dibandingkan dengan melayu pulau pinang, melayu selangor dan melayu kelantan.

Semuga Najib akan menjaga kepentingan melayu di negeri2 yang Umno dapat jadi MB agar Umno menang lebih 2/3 pada PRU14 nanti.

Anonymous said...

bodoh betul orang yang bagi komen pasal melayu ni. sy tidak sebelah mana tapi dr pandangan saya orang melayu dr negeri yg dipanggil melayu cerdik ni la yang sebenarnya melayu bodoh bahalol. di sebabkan melayu bahalol ni lah maka kita terpaksa menanggung segala kos kenaikan yang sedang melanda kini.

sy masih lagi didalam exco pemuda umno selangor. terus terang saya katakan umno BN sudah hancur di selangor di sebabkan kerakusan betina BN sendiri. harap semua faham.

seperti apa dikatakan oleh tun mahathir sendiri perlantikan pak lah dan najib adalah satu kesilapan yang paling dikesali oleh beliau sampai mati.